Google Website Translator Gadget

Jul 11, 2011

Ishh.. Malu..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

 
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.            (An Nur : 31)
Kiri kanan, depan belakang.. Lihatlah remaja kini semakin berani mendedahkan perhiasanya seperti tiada rasa segan dan rasa malu. Bukan kata remaja mak remaja makcik remaja pun turut sama tanpa segan silu sibuk menayangkan perhiasan-perhiasan mereka. Cantik kata nya.. Ish nak cantik, setakat mana nak cantik tu? Cantik lagi wanita bertudung berjilbab.
Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (HR Abu Dawud)
Yang tidak menutup auratnya satu cerita, Yang menutup aurat begini pulak rupanya, Dari atas tegok molek cantik mulus. sejuk mata memandang Bertudung, dari jauh tengok Berbaju kurung bertudung litup. Subhana'Allah mai dekat, Ya Allah, Astaghfirullah Hal Azim, baju nampak lengan nampak ketiak pulak.Itu satu hal, Yang lain pulak tudung dah cantik tapi seluar tak pakai, ish cantik sangat ke pakai legig tu? Lucah tau? , Subhana'Allah ternyata benar hadis nabi, Umat akhir zaman kebanyakanya akan berbogel. Subhana'Allah ternyata kita memang berada dizaman-zaman kritikal itu. Ingatlah Insan jangan diambil ringan setiap tuntutan Allah. Ingatlah siksaan Allah itu amatlah pedih.

Perempuan tidak reti segan, Kita orang lelaki yang naik segan, naik geli geleman tengok tabiat-tabiat perempuan-perempuan ini, Mana pegi malu korang ntah tak tahu, Tolonglah, dah banyak sangatkah nikmat Allah yang kamu semua dapat untuk diagihkan kepada mata-mata yang ranjang melihat susuk tubuh badan kamu itu? Bersyukurlah dengan nikmat Allah itu wahai muslimah, wahai anak-anak hawa..

Yang tidak menutup aurat sibuk menunding jari pada mereka yang menutup aurat, "Eleh perempuan yang bertudung tu, Kadang-kadang lagi teruk dari kami yang tidak bertudung ni" Yang bertudung sibuk menunding jari pada yang bertoncet dan bersanggul " Tengok tu, rambut perang rambut karat, di ingat cantik agaknya, tengok kami pakai tudung cantik molek, suci jea muka" Ishh.. Cerminlah diri masing-masing dahulu kalau nak mengata nak menunding jari dekat orang, Ingat lah,
Dari Abi Hurairah r.a katanya : “Telah bersabda Rasulullah SAW : “ Janganlah kamu saling dengki mendengki, janganlah kamu saling tipu menipu, janganlah kamu saling belakang membelakangi dan janganlah kamu menjual di atas jualan setengah daripada kamu dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayai dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) serta tidak boleh mendustai dan tidak boleh menghinanya. Taqwa itu di sini (Nabi berkata sambil menunjukkan ke arah dadanya tiga kali) Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu bahawa ia merendahkan saudara seIslamnya. Sekalian orang Islam atas orang Islam yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya.
Batasan aurat wanita
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Agaknya, semua laki-laki tu saudara dia, mahram die, tu yang die sibuk menampakkan auratnya. Astaghfirullah Hal Azim.  Yang si artis lain pulak ceritanya, bertudung-bertudung, Sanggul remos nah amek kau.. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [An-Nur (24):31].
Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan.

Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah

Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan.

Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an.

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar,
Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud] 
Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian. Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi:


Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa".

p/s -Batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum), akan dibincankan dalam entri yang seterus-seterusnya... Insya'Allah
Wallahu ‘alam bi sawab.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player