Google Website Translator Gadget

Jul 2, 2011

"Kubur Lain-Lain"

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Pertama sekali, sekiranya entri ini menyakitkan hati sebahagian reader saya degan rendah diri meminta maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki, kerana niat dihati hanya ingin menyampaikan dan ingin meningatkan kita sesama ummah dan saya rasa ini adalah tanggungjawab bersama. Dalam menjalankan dakwah, sering kali terdapat berbagai jenis halangan, jenis ragam manusia,jenis soalan, jenis jawapan, jenis bangkangan dan sebagainya.

antara ucapan bangkangan yang sering di utarakan adalah,
"Engkau Tak payah la nak membebel sangatlah, Kubur Lain-lainkan, kau sape nak tegur-tegur aku pulak, dah alim sangat ke?" " bukan kau yang tentukan aku masuk syurga ataupun neraka"
sekali dipandang bagi sesetengah  orang yang menyampaikan dakwah atau cuba menegur, jawapan atau tentangan ini adalah pemati ayat untuk mereka, bagi para pembangkang pula, ayat-ayat tidak masuk akal seperti itu sangat lah digemari kerana dapat mematikan ayat pendakwah dan memuaskan hati mereka. bagi orang-orang yang tidak berilmu pula, dengan mudahnya akan menerima dan menyokong ayat-ayat pembangkang itu hanya mengunakan akal tanpa befikir panjang.

Perkara sebegini terjadi adalah disebabkan kerana kekerasan hati dan tidak boleh terima teguran, keluarlah ayat yang melampau seperti itu, tidak ubah seperti kaum jahiliah, yang agak malangnya ayat-ayat seperti itu keluarnya dari mulut seorang yang beragama islam dan lebih dikesalkan lagi ayat itu keluar dari rakan-rakan kita.

wahai saudara-saudari ku, ketahuilah,setiap perkataan yang keluarnya dari mulut kita ini akan dipertangungjawabkan di akhirat kelak, dan ingatlah setiap ayat itu adalah doa. amatlah jahil sesiapa yang berkata-kata tanpa berfikir, wahai saudara-saudari serta diriku ini, jika kita tidak mengetahui akan sesuatu hal, berlajarlah, jika kita hendak bertindak atas sesuatu perkara berfikirlah dahulu...

Ketahuilah, Al-Quran itu diturunkan oleh Allah kepada rasullulah dan sebagai pembimbing dan contoh kepada kita bagi mendapatkan keredhaan allah kelak di akhirat, Didalam Al-quran serta sunah rasullullah sendiri pun telah diajarkan kepada kita akan perkara yang perlu dibuat dan perlu dihindar, satu persoalan buat mereka2 yang suka mengeluarkan ayat seperti diatas tadi,
saya ingin bertanya,

Hukum hudud, cara solat, larangan berzina, suruhan berbuat baik dan lain-lain terdapat di dalam Al-Quran dan sunnah Rasulullah dosa,pahala,neraka,bentuk hukuman, dan lain-lain adalah kerja Allah menasihati,mengingatkan, menegur, menguat kuasakan undang-undang islam,mencegahkan kemungkaran dan lain-lain seperti yang termaktub didalam alquran dan suruhan nabi adalah kerja seluruh umat islam, dan disinilah letaknya tugas setiap orang sebagai pendakwah
Nampakah mereka bahawa kerja yang kita semua lakukan adalah suruhan Allah dan bukannya kerja Allah, dan memang benar untuk menentukan hukuman dosa pahala, syurga neraka bukan kerja kita, dan tidak pernah sesekali pun para-para ustaz/pendakwah melakukan kerja yang memang hak mutlak milik Allah, jika kebencian dan tuduhan masih lagi mahu diteruskan, ingin saya bertanya adakah saya dan pihak-pihak pendakwah dikatakan melakukan kerja Allah jika kami menyampaikan ataupun menasihati dengan mengatakan:

"seorang penzina perlulah disebat 100x, seorang penfitnah dosanya lebih besar daripada membunuh, sesiapa yang tidak menutupi aurat (rambut) maka di dalam neraka kelak rambutnya akan digantung dan kepalanya mendidih2, berdosa jika kita derhaka terhadap ibu bapa dan lain-lain"
Adakah ini semua jika kami "katakan dan sampaikan" maka itu dikira kami melakukan kerja Allah? tidak sama sekali, tidakkah kalian mengetahui bahawa itu semua firman Allah dan kata Rasulullah? Kami hanya menyampaikan dan menghukum mengikut syariat Allah
DAN MENJADI KEWAJIPAN BAGI SETIAP MUSLIM UNTUK MENYAMPAIKAN, MENGAJAR DAN SALING INGAT MENGINGATI ANTARA SATU SAMA LAIN, kerana ini adalah SURUHAN ALLAH!! KERJA KITA SEMUA...

Berhati-hatilah ketika bicara wahai saudara-saudariku, kerana jika silap berbicara kelak binasa di hari muka, fikir-fikirkanlah, bahawa jika kita berkata seperti diatas tadi "adalah umpama kita memperlecehkan suruhan Allah," 
Menolak nasihat atau teguran pndakwah tanpa sebab adalah sama seperti menolak penyampaian suruhan Allah iaitu tidak mahu dengar dan memperlecehkan suruhan Allah dan samalah juga seperti  melawan Allah. Fikirkanlah saudara-saudari seislamku, adalah dikira cukup baik jika ada yang mahu menegur dan menasihati kita, kerana disitu terletaknya tanda bahawa orang-orang tersebut "concern" akan kita, mengambil berat akan kita dan sayang akan kita, bersyukurlah dan terimalah teguran dengan hati yang terbuka,mudah-mudahan kelak Allah mempermudahkan kita dalam melakukan kebaikan dan memperbaikkan lagi akhlak kita,

Ya Allah, permudahkanlah perjuangan hamba-hamba-Mu dalam menegakkan agama-Mu,suruhan-Mu dan hukum-Mu di muka bumi ini, bantulah mereka ya Allah, dan berikanlah kesedaran kepada mereka yang masih lalai serta yang keras di hati, hanya kepadamu kami pohonkan ya Allah..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player