Google Website Translator Gadget

Jul 2, 2011

Keadilan, Kelebihan dan Kekuasaan Allah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Imam Ali as di saat ditanya tentang keutamaan keadilan atau kedermawanan, beliau Menjawab: Pertama, keadilan adalah meletakkan segala urusan pada tempat (porsi) nya, sedangkan kedermawanan mengeluarkannya dari tempatnya ke tujuannya yang benar. Kedua, keadilan merupakan sebuah kaidah umum sedangkan kedermawanan adalah kasuistik, karenanya keadilan lebih mulia dan utama.  (Nahjul Balaghah, kata-kata Hikmah No 437)
Pertama sekali, entri kali ini bukanlah hendak mecetuskan sebarang kontroversi dan kecelaruan tetapi adalah sebagai kesedaran bersama dalam mengecapi keredhaan Allah dan memperjuangkan Syariah Allah SWT. Telah hampir kepada tarikh hari Perhimpunan Bersih, Ketua Dewan Ulama PAS kata Wajib dan Ulama' Muda UMNO kata haram. Pertentangan dua berlebel ulama' adalah berbeza, seorang kata wajib kerana di nisbahkan kepada AMAN dan seorang kata HARAM nisbah kepada menyusahkan. Orang yang taksub kepada ULAMA' PAS tidak kata apa-apa terus ikut dan kata wajib, seorang yang taksub kepada ULAMA' UMNO pun terus kata haram.


Bukanlah niat dihati hendak memihak kepada mana-mana pihak tetapi kebenaran haruslah ditegakkan, dan kebenaran tetaplah kebanaran walau bagimana kebatilan itu mendapat sanjungan dan mendapat penghormatan. Namun ingatlah bahwasanya kebenaran yang tidak terancang akan dikalahkan oleh kebatilan yang dirancang.

Ingatlah bahwasanya sekiranya sesuatu kaum itu atau sesuatu ummah itu melaksanakan sesuatu pakatan atau dalam situasi ini "perhimpunan BERSIH" atas nama Allah dan keadilan rakyat dan bagi menegakkan Syariah Allah maka secara tidak langsung perkara tersebut adalah sesuatu yang harus disertai dan disokong. 

Ulama' Yaman telah mengeluarkan fatwa di Yaman, barang siapa yang keluar bagi melakukan demostrasi menuntut keadilan dan menegakkan syariah islam, dan sekiranya dia gugur di demostrasi tersebut maka dia adalah Syahid, dan bagi mereka yang ditangkap dan di penjarakan, maka dia adalah pejuang kejalan Allah. Subhan'Allah.
Sayyidah Fatimah Az Zahra as: Allah mewajibkan keadilan untuk menjadikan hati tenang. (‘Ilalusy Syarâ i’ juz 2 hal 248)
‘Aisjah r.a berkata : saya telah mendengar rasulullah saw bersabda di rumahku ini : ya allah siapa yang menguasai sesuatu dari urusan umatku, lalu mempersukar pada mereka, maka persukarlah baginya. Dan siapa yang mengurusi umatku lalu berlemah lembut pada mereka, maka permudahlah baginya. (hr. Muslim)
Maka sekiranya melalui demostrasi bersih ini segala kezaliman, segala kemaksiatan dan segala penindasan yang berlaku di Malaysia dapat dihalang dan diberhentikan mengapa tidak? dan sekiranya melalui perhimpunan ini pemimpin yang zalim dan pemimpin yang melebihkan kepentingannya sendiri dari bejikan rakyat dapat di tumbangkan dan negera dapat diselamtkan, mengapa juga tidak? 
Ibn umar r.a berkata : saya telah mendengar rasulullah saw bersabda : setiap orang adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepemimpinannnya. Seorang kepala negara akan diminta pertanggungjawaban  perihal rakyat yang dipimpinnya. Seorang suami akan ditanya perihal keluarga yang dipimpinnya. Seorang isteri yang memelihara rumah tangga suaminya akan ditanya perihal tanggungjawab dan tugasnya. Bahkan seorang pembantu/pekerja rumah tangga yang bertugas memelihara barang milik majikannya juga akan ditanya dari hal yang dipimpinnya. Dan kamu sekalian pemimpin dan akan ditanya (diminta pertanggungan jawab) darihal hal yang dipimpinnya. (buchary, muslim)
Maka melalui hadis diatas, sudah terang dan nyata bahawasanya setiap individu yang berdiri di bumi Allah ini mempunyai tangungjawab samada pebantu rumah ataupun pemimpin. Maka anda tentukan apakah tangungjawab anda, sekiranya melalui perhimpunan bersih ini anda berasa bertangugjawab mendapatkan keadilan dan memperjuangkan Syariah Islam dan Neraca Allah maka jalankanlah tangunjawab anda itu. sekiranya anda berasa bertangunjawab bagi membanteras dan membendungnya dari berlakunya kecelaruan dan kucar-kacir di Malaysia melalui perhimpunan ini maka jalankanlah tangungjawab anda itu. Bersamalah kita mengecapi keredhaan Allah  melalui tangungjawab kita ini.  Ingatlah, 
Imam Jakfar Shadiq as: Keadilan itu lebih manis dari air yang diminum oleh orang yang sedang kehausan. (Al Kafi juz 2 hal 146 hadits no 11)
Imam Jakfar Shadiq as: Keadilan itu lebih manis dari madu, lebih lembut dari mentega dan lebih wangi dari minyak misik. (Al Kafi juz 2 hal 147 hadits no 15)
Tetapi haruslah diingatkan, Sekiranya terdapat beberapa pendapat yang berbeza antara dalil naqli dan dalil naqli, wujud fleksibiliti untuk memilih mana-mana pendapat yang dilontarkan asalkan ianya berlandaskan nas-nas yang sahih, dan nas-nas tersebut telahpun difahami dahulu maksudnya dengan tepat; melalui guru-guru yang terpercaya dan rujukan daripada kitab-kitab yang mahsyur. Jika terjadi kes dimana kedua-dua pihak tidak boleh dipersalahkan kerana masing-masing berpegang kepada nas-nas yang sahih, pilihlah mana-mana pendapat pun. Bukankah lebih memudahkan kehidupan kita jika wujud beberapa pilihan daripada satu pilihan sahaja? 

Sekiranya berlaku percanggahan pendapat antara dalil naqli dan aqli, semestinya dalil naqli yang akan diterima. Akal manusia sama sekali tidak mampu menentang keunggulan hukum-hukum Allah. Dalam suatu situasi, jika diri kita suka melakukan sesuatu tetapi tiba-tiba kita dinasihati oleh seorang saudara kita yang prihatin bahawa perbuatan kita tadi tidak dibenarkan dalam Islam, maka janganlah merungut dan janganlah berkeras hati untuk menerima hakikat ini. Ingatlah bahawa Allah s.w.t. telahpun berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 216 yang bermaksud:
“…boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Dan Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”. Sesungguhnya pengetahuan Allah itu meliputi segalanya dan tiadalah berdaya ilmu manusia untuk mempersoalkan ketetapanNya.
Pilihlah pandangan anda sama ada mahu menyertai atau tidak kerana Allah dan bukanya kerana mana-mana pihak. Kerana segalanya datang dari Allah, Sesungguhnya kita adalah Mujahedeen dan Mujahidah dalam menegakkan syariah dan agama Allah SWT dan hanya kerana dahagakan kebangkitan islam di bumi Malaysia ini. And choose wisely, Hanya Allah lah yang mengetahui segala yang Hak dan Batil..Insya'Allah
Waallahu'alam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player