Google Website Translator Gadget

Jul 14, 2011

"Hayaatul ‘Am - Hayatul Khassah"

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.            (An Nur : 31)
Aurat Wanita dalam Hayaatul ‘Am (Kehidupan Umum/Public Life)

Yang dimaksudkan dengan hayaatul ‘am adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar dari kawasan rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu
(a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan
(b) libas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung).
Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti di jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai dan seumpamanya. Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah,
Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.”
Oleh sebab Al-Quran adalah berbahasa Arab, dan perkataan “jilbab” itu adalah perkataan Arab, maka kita hendaklah memahami apakah yang dimaksudkan “jilbab” di dalam bahasa Arab. Dengan kata lain, kita hendaklah memahami dan mengikuti apakah yang orang Arab faham bila disebut jilbab. Maka inilah pakaian yang diperintahkan oleh Allah kepada perempuan. Di samping itu, perincian tentang pakaian ini telah pun dijelaskan di dalam banyak hadis sahih yang wajib diikuti oleh setiap orang.

Jadi, apakah makna jilbab itu? Selain dari melihat sendiri kepada nas-nas hadis tentang pakaian yang dipakai Muslimah semasa zaman Rasulullah, kita juga boleh merujuk kepada banyak kamus Arab untuk mengetahui makna “jilbab”. Dalam kitab Al-Mu’jam Al-Wasith karya Dr. Ibrahim Anis , jilbab diertikan sebagai ats-tsaubul musytamil ala al-jasadi kullihi (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau ma fauqa ats-tsiyab kal milhafah (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah (seperti jubah), atau al-mula’ah asy-tamilu biha al-mar’ah (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita).

Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan pakaian yang satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah ke bawah, yakni hingga ke mata kaki. Maksud milhafah/mula’ah (Arab) adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar, lalu diulurkan ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya. Untuk pakaian atas, wanita diwajibkan memakai “khimar” iaitu tudung atau apa sahaja kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang leher baju di dada.

Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,
Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” 
Pakaian jenis ini (jilbab dan khimar) wajib dipakai oleh seorang Muslimah (yang telah baligh) apabila hendak keluar menuju ke pasar-pasar atau berjalan melalui jalanan umum. Setelah memakai kedua jenis pakaian ini (jilbab dan khimar) maka barulah dibolehkan baginya keluar dari rumahnya menuju ke kehidupan am tanpa sebarang dosa. Jika tidak, maka dia tidak boleh (haram) keluar dari rumah kerana perintah yang menyangkut kedua jenis pakaian ini datang dalam bentuk yang umum, dan tetap dalam keumumannya dalam semua keadaan. Mana-mana wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah mereka dan layak mendapat seksa Allah di akhirat nanti.  

Pakaian wanita dalam Hayatul Khassah (Kehidupan Khusus/private life) 
 
Yang dimaksudkan dengan hayatul khassah adalah keadaan di mana seseorang wanita itu menjalani kehidupannya di rumahnya bersama dengan anggota keluarganya yang lain.

Adapun cara seorang Muslimah menutupi auratnya di hadapan lelaki ajnabi dalam kehidupan khusus seperti di rumahnya atau di dalam kenderaan peribadi, syarak tidak menentukan bentuk/fesyen pakaian tertentu tetapi membiarkan secara mutlak tanpa menentukannya dan cukup dengan mencantumkan lafaz dalam firman-Nya,
wa laa yubdiina” (“dan janganlah mereka menampakkan”) (Surah An-Nur:31)
atau sabda Nabi,
lam yashluh an yura minha” (“tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya”) (HR Abu Dawud).
Jadi, pakaian yang menutupi seluruh auratnya kecuali wajah dan telapak tangan dianggap sudah menutupi, walau bagaimana pun bentuknya. Tetapi ia adalah tertakluk kepada hukum tabarruj (sila lihat perbincangan di bawah).

Berdasarkan hal ini maka setiap bentuk dan jenis pakaian yang dapat menutupi aurat iaitu yang tidak menampakkan aurat dianggap sebagai penutup bagi aurat secara syar'i, tanpa melihat lagi bentuk, jenis, atau fesyennya. Namun demikian syara' telah mensyaratkan dalam berpakaian agar pakaian yang dikenakan dapat menutupi kulit. Jadi pakaian wajib dapat menutupi kulit sehingga warna kulitnya tidak diketahui. Jika tidak demikian, maka tidak dikatakan menutup aurat. Oleh kerana itu apabila kain penutup itu tipis/transparent sehingga nampak warna kulitnya dan dapat diketahui sama ada kulitnya berwarna merah atau coklat, maka kain penutup seperti ini tidak boleh dijadikan penutup aurat dan haram hukum memakainya.
 
http://www.mykhilafah.com/fikih-muslimah/1273

 
Mungkin issue aurat dianggap "bias" oleh sesetegah pihak dimana aurat sering dikaitkan mostly on women rather then men. Namun bukanlah ini bertujuan bagi menjatuhkan maruah atau mennyukarkan keadaan, tapi sebaliknya adalah untuk menjaga maruah kedua-dua belah pihak samada laki-laki ataupun perempuan. Samada laki-laki ataupun perempuan, kedua-duanya mempunyai kepentingan masing-masing dalam menjaga auratnya. 
 
Namun keadaan dan situasinya berlainan bagi jantina ataupun pihak, dimana perempuan dianggap sedikit bertuah kerana mempunyai lebih kawasan yang diklasifikasikan sebagai keaiban dan harus dijaga dan disorokkan dari pandangan mahram nya. Ini kerana perempuan dianggap tinggi dari sisi islam bukan sekadar pemuas nafsu dan bahan tontonan bagi lelaki. kerana sebaik-baik perhiasan ada lah wanita solehah, dan wanita solehah adalah wanita yang menjaga batas-batasnya sebagi seorang wanita muslim dan harus berbangga menjadi wanita islam.

Islam bukanya melarang bagi seorang muslimah untuk menjadi fashionable ataupon mengikut peredaran masa dalam berpakaian. Memang sifat azali seorang insan mahu kelihatan cantik. Allah itu sendiri canti, dan Allah itu suka akan kecantikan. Namun ini bukanlah satu lesen bagi seseoarng itu untuk berlebih-lebihan dalam pakaian ataupun apa-apa perkarapun. Acuan islam itu haruslah diguna pakai dalam melakukan apa-apa perkara samada berpakaian mahupun dalam pergaulan. Berbanggalah menjadi seoarang islam kerana islam itu adalah agama yang syumul, dan segala yang diperintah dalam hukum-hakam islam ada untuk kesenangan dan kemudahan seorang muslim bukanlah sebagai bebanan. Kerana setiap qada' dan qadar yang baik ataupun buruk adalah datang dari Allah bagi menguji hamba ciptaanya. 
 
Tuntunan Islam dalam masalah pakaian sebenarnya tidaklah rumit untuk difahami. Kalaupun terkesan sulit, tidak lebih dari dorongan gejolak kebebasan diri kita. Tanpa disedari, virus kebebasan telah menjauhkan diri dari Islam. Sehingga terkesan tidak mudah untuk mengamalkan aturan Islam terutama dalam pergaulan pada saat ini. Selain itu, kebanyakan masyarakat telah jauh dari suasana Islam turut mempengaruhi - secara langsung atau tidak dari segi kebiasaan, tingkah laku, dan cara penilaian kita.

Perlu difahami, bahawa keadaan masyarakat akan tetap seperti ini, bahkan boleh jadi lebih buruk dari sekarang tatkala da’wah Islam masih belum berhasil. Tapi, suasana yang tidak Islam tidak boleh dijadikan hujah untuk meninggalkan syariat Islam. Kenapa ?
 
Pertama, kerana Allah Swt tetap meletakkan pahala dan dosa terhadap kita. Jika kita mentaati aturan -pergaulan Islam- dengan ikhlas, maka kita akan mendapat pahala, dan jika sebaliknya, kita akan mendapat dosa. Jika kita mengikuti kebiasaan masyarakat yang tidak Islami, maka bagaimana kita akan mempertanggungjawabkannya dihadapan Allah? Mungkinkah masyarakat akan membela kita nantinya? sudah pasti tidak.

Kedua, keadaan masyarakat yang tidak Islami tidak boleh dijadikan sebagai standard ukur untuk menilai baik, buruk, benar dan salah, tapi syariat Islamlah yang harus dipakai sebagai ukurannya. Upaya yang mesti dilakukan saat ini, semestinya tetap sabar dalam menjalani ‘berat’nya syariat, seraya berusaha mengajak masyarakat agar bertindak sesuai dengan Islam. Caranya? Da’wah. Nah, mari kita lakukan bersama, semoga Allah meredhainya. Amin


p/s - issue lelaki dan aurat bakal ditempatkan dalam entri yang seterus-seterusnya insya'Allah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player