Google Website Translator Gadget

Jul 10, 2011

"Allah Memang Dekat"

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dari Anas ra. dari Nabi saw. di dalam menceriterakan apa yang difirmankan oleh Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Agung, di mana Allah berfirman: "Bila seseorang itu mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta, bila ia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa, dan apabila ia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari". (Riwayat Bukhari).
Entri kali ini merupakan sebuah kisah yang dihadapi seorang pemuda yang bernama Ahmad. Ahmad merupakan seorang pelajar IPTS yang berulang alik dari campusnya. Perjalan pemuda tersebut mengambil masa 20 minit bagi setiap perjalan menuju ke campusnya.

Bermulalah kisah dimana pada suatu hari, kelas pemuda tersebut bermula pada pukul 10.00 pagi, dan tanpa disedari pemuda tersebut telah bangun awal dan bergerak menuju ke campusnya pada pukul 8.00 pagi. Kebiasaanya pemuda tersebut bertolak dari rumahnya satu jam sebelum kelasnya bermula. Namun pada hari tersebut, kehendak Allah adalah melebihi daripada kehendak pemuda tersebut. 

Hari pemuda tersebut dilimpahi rahmat Allah dimana, hujan melimpahi dan membasahi bumi Allah yang berkat ini. Pemuda tersebut tiba di pintu belakang campusnya berdekatan dengan rumah kedai yang berhampiran dan meletakkan keretanya dengan selamat. Pemuda tersebut memaki "hooded sweater" nya dan berlari menuju ke campusnya kerana hujan lebat melimpahi bumi. 

Hari berlalu dengan pemuda tersebut menghadiri kelasnya yang pada dari pukul 10.00 sehinggalah kelas terakhirnya pada pukul 4.00 dan berakhir pada pukul 6.00. Keadaan pemuda tersebut kian gelisah pada pertengan waktu di kelas terakhirnya kerana pemuda tersebut tidak menjumpai kunci keretanya.  Puas pemuda tersebut mencari kunci keratanya, dari pada Lab immunology hingga ke u-cafe. Ditanya SCD juga tidak menjumpai kunci keretanya. 

Pemuda tersebut mengucap panjang dan beristighfar, namun keadaan pemuda tersebut semakin kusut kerana tidak menjumpai kunci keratanya lagi. Hati kecil pemuda tersebut kuat mengatakan bahawa kunci keratnya sudah tertinggal di dalam keretanya, dan masih berada disoket kunci keretanya.  Sehinggalah pemuda tersebut mengambil keputusan degan bertawakal dan terus menuju ketempat letak keretanya. Fikiran pemuda tersebut sudah bercelaru memikirkan bahawa kebarangkalian keretanya sudah dicuri dan mungkin sudah tiada harapan bagi pemuda tersebut untuk berjumpa dengan keretanya lagi.
Hati pemuda tersebut semakin tidak menentu semakin dia menghampiri tempat letak keretanya. Dari jauh pemuda tersebut memerhatikan bahawa keretanya masih berada ditempat pakirnya lagi. Hati pemuda tersebut sakin reda dan berasa syurkur kerana keratnaya masih berada ditempatnya. Namun adakah kunci keratanya ada di sana?

Keadaam menjadi tegag apabila pemuda tersebut tiba di keratanya mendapati kunci kereta yang disangkakan masih berada di keretanya sudah tiada dan keretanya berkunci seperti ada seseorang yang menguncinya. Benak hati pemuda tersebut terasa kecewa dan sedih dan takut memikirkan kemungkinan yang mungkin berlaku seterusnya. 

Namun keadaan semakin tenang apabila terdapat satu note yang bertulis " Kunci kereta awak berada dengan saya" berserta nombor telifon. Pemuda tersebut tidak henti-henti bersyukur dan memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana pemuda tersebut masih mempunya rezeki terhadap keretanya. Pemuda tersebut yakin bahawa dengan kuasa Allahlah pemuda tersebut telah diselamtkan. Lantas pemuda tersebut terus menelifon nombor tersebut dan pemilik telefon tersebut menceritakan bahwasanya dia tergerak hati untuk melihat kereta pemuda tersebut yang berjam-jam tidak dimatikan enjin tanpa ada pemiliknya, Pemilik nombor telifon tersebut turut menggu selam 2 jam bagi memastikan pemilik tersebut tiba, namun tiada.

Lantas pemilik telifon tersebut mengambil keputusan untuk mengambil kunci kereta tersebut dan menyerahkan kepada guard di campusnya. Alhamdulillah semuanya selesai apabila pemuda tersebut dapat memperoleh kembali kunci keratnaya daripada pak guard campusnya. Subhna'Allah, Allah maha besar.. sesungguhnya allah telah merancangkan semuanya, dan setiap qada dan qadar yang baik atau buruk datangnya pada Allah. Dan Allah itu lebih dekat dari apa yang kita sangka. ingatlah barang siapa yang menjaga hak Allah, nescaya Allah akan menjaga haknya kembali, dan hanya Allah lah yang berhak merancang, dan rancangan Allah itu sangat lah sempurna dan demi kebaikan ummat nya..

peristiwa ini terjadi kepada penulis sendri, dan saya amat bersyukur kepad Allah SWT, dan kini saya lebih mengetahui bahawa Allah itu sangatlah dekat dengan kita
Wallahu'Alam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player