Google Website Translator Gadget

Oct 15, 2011

Murtad : Offensive vs Defensive (2)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Sambungan dari..

Kita juga sedia Maklum Dimana Agama Kristian Mengambil Symbol Salip sebagai Symbol agama mereka. Simbol Salib ini dianggap suci dimana mengikut kepercayaan mereka Jesus atau Tuhan anak yang telah disalib bagi menjadi korban untuk dosa-dosa manusia bermula dari Nabi Adam AS. 

Antara dakyah yang sering paderi-paderi kristian ini lemparkan adalah.. Kamu sembahyang lima waktu, Kamu berpuasa, Kamu mengerjakan perkara sunat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji atau umrah tapi yakinkah kamu bakal memasuki Syurga Allah dengan amal ibadat tersebut? 

Lalu kita menjawab, Syurga Neraka semua kerja Allah, Kita sebagai Hamba haruslah Berusaha mengejar dan mengapai syurga yang dijanjikan Allah itu dengan penuh Ketaqwaan dan Tawaduq. 

Dan Disitulah bermula dakyah mereka, dengan mengatakan kamu tidak yakin dengan Islam, Kalau kamu yakin tentu saja kamu pasti akan memasuki syurga Allah.. Mereka mengatakan bahawa Isa AS atau Jesus telah disalib bagi mengorbankan dirinya bagi menebus segala dosa manusia sejagat bermula dari Adam AS. Dan dalam agama kristian, Walau bagimana besar dosa kamupun pasti kamu Akan masuk syurga kerana Warisan Dosa manusia telah diampunkan melalui pengorbanan Jesus iaitu anak tuhan. Dan kamu akan dibaptis dan dimandikan bagi menyucikan dirimu dari dosa-dosa warisan Dan kamu akan dijanjikan syurga melalui pembaptisan ini.. 


Baiklah,  Sesorang kristian itu akan menjadi suci dari dosa-dosa warisan bermula dari Adam AS  apabila dibaptiskan. Baiklah Mereka mendakyahkan bahawa warisan ini diwariskan dari satu manusia ke manusia melalui jasad, dimana Si Ibu kahwin dengan Si Ayah dan melahirkan seorang Bayi yang berdosa yang harus dibaptiskan bagi menyucikanya dari dosa. Darimanakah datang dosa Bayi tersebut sekiranya kedua ibu bapa bayi tersebut sudah dibaptiskan terlebih dahulu, Dan mengapa bayi itu masih bergelumang dengan dosa Warisan sedangkan kedua Ibu bapanya sudah suci dibaptiskan sejak kecil lagi? 

Proses Pembaptisan ini dilakukan Oleh paderi sesebuah kristian, persoalanya dari manakah mereka mendapat Authority untuk menyucikan seseorang itu dari dosa Warisan melalui proses mandian itu? Siapakah mereka mampu menyucikan seseorang dari dosa, Sedangkan Nabi yang menerima Wahyu tidak mampu menghapuskan dosa-dosa, dan hanya Allah sahajalah yang mampu melakukanya.. 
Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman : “ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi. Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu. Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”

Seterusnya, Kristian Menganggap bahawa Isa AS atau Jesus adalah Anak tuhan, Dan Termaktub dalam Konsep Trinity Mereka, dan anak tuhan yang sama jugalah yang menjadi korban atas segala dosa warisan itu melalui pengsaliban Nabi Isa As atau Jesus.  Namun tidakkah kita hairan, Mengapakah Tuhan menghantar anaknya untuk menjadi korban dosa-dosa warisan manusia? Mengapa tuhan menyamakan darjat anaknya yang mulia dengan manusia sehingga menjadi korban bagi menghapuskan dosa-dosa warisan? Mengapa tidak tuhan yang berkuasa mutlak, Tuhan yang menjadikan bumi dan langit menurunkan zat yang lain bukan dari anaknya untuk menjadi korban dosa-dosa warisan? Mengapa perlu Tuhan menghantar anaknya untuk menjadi korban, Sedangkan Tuhan itu berkuasa terhadap segala sesuatu?
 "And it came to pass in those days, that he (Jesus) went out into a mountain to pray, and continued all night in prayer to God" (Luke 6:12).
Seterusnya, Mereka menggap bahawa jesus itu adalah tuhan, Bukankah tuhan tidak berhendakkan segala sesuatu, dan bukankah tuhan itu tidak perlu berdoa dan memohon kepada tuahan yang lain. Mengapa perlu dia memohon kepada tuhan sedangkan dia adalah tuhan?  Salah satu Verse dalam Bible ada termaktub,
Then Jesus went with his disciples to a place called Gethsemane, and he said to them, "Sit here while I go over there and pray."(Matthew 26:36)
Verse diatas menyatakan dimana Isa AS berkata kepada salah satu dari Sahabatnya bahawa dia mahu pergi Berdoa atau Bersembahyang. Kepada Siapakah Jesus mahu Bersembahyang sedangkan dia adalah salah satu tuhan dari tuhan-tuhan Trinity itu?
"should always pray and not give up." and then Jesus asked "...will not God bring about justice for his chosen ones, who cry out to him day and night? (Luke 18:1 )

Dan lagi Mengapakah Penganut Kristian tidak pernah sujud berdaa dan bersembahyang sedangkan dalam Bible terang menyatakan cara Jesus bersujud bagi memohon kepada Tuhan Bapa mereka? Mengapakah mereka menyembah salib sedangkan tidak pernah ada dalil dalam Bible menyatakan mereka harus menyembah Salib..
And he went a little further, and fell on his face, and prayed, saying, O my Father, if it be possible, let this cup pass from me: nevertheless not as I will, but as thou wilt.
Verse diatas menunjukkan Jesus merendahkan mukanya bagi sujud memohon dan berdoa kepada Tuhan.. Kenapa mereka tidak sujud seperti jesus sujud kepada Tuhan Bapa Mereka? Kenapa mereka menyembah salib tidak menyembah tuhan trinity mereka? Dimanakah dalil dalam Bible yang mengajak mereka meyembah Salib? 
"Dan tidaklah orang-orang Yahudi akan berpuas hati dengan kamu, dan tidak juga orang-orang Nasrani , sehingga kamu mengikuti anutan mereka. Katakanlah (Muhammad), 'Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar.'" (Al-Baqarah 120)
Seperti yang telah dibentangkan dalam entry yang sebelumnya, Kebanyakan Muslim yang terjerat bukanlah tertarik dengan Ajaran Kristian namun mereka tertarik dengan Akhlak, Tutur kata dan Kaedah paderi-paderi Kristian yanag mereka tonjolkan dalam berdakwah.. Dimana mereka menyematkan rasa Cinta, Rasa Prihatin dan Sifat Perkongsian dan teknik dakwah mereka..  


Hal ini terbukti dimana Paderi-paderi Kristian yang giat berdakwah menyampaikan Dakyah mereka dengan teknik halus, Dimana mereka sibuk dan bergegas membantu golongan-golongan yang susah, Golongan-ggolongan yang Tersisir dan golongan-golongan yang jahil dimana mereka melihat peluang untuk menyampaikan dakyah dan menyesatkan mereka adalah lebih luas.. 

Selain itu teknik dan cara dakwah yang diadaptasikan oleh Cara dakwah Rasullah SAW ini cuba menanamkan rasa benci dan rasa tidak suka kepada islam dengan menunjukan Akhlak yang mulia mereka. Tapi Islam sebaliknya pula, mana tidaknya, Kes buang anak, Kes Zina, Kes Ragut dan Kes Samun  tidak keterlaluan saya katakan bahwasanya kebanyakan dipelopori oleh Kaum melayu Islam dengan Jayanya.. Manakala paderi-paderi kristian ini pula cuba mencerminkan sifat mulia dengan bersifat tolak ansur, suka membantu, pemurah dan juga perihatin, Maka tidak mustahil mereka yang kurang ilmu akidah mudah terjerumus.. 


Ini adalah fakta dimana Kensep salib yang mereka salipkan dibadan mereka mempunyai Subliminal masage yang bermaksud bermakna Loving, Caring and Sharing dan Inilah konsep yang mereka pegang dan terapkan dalam meyampaikan dakyah mereka.. 


Justeru, Saudara-Saudari yang Saya kasihani kerana Allah, Sedarlah Bangkitlah wahai umat, Allah tidak pernah memaksa kita dalam beragama, namun ketahuilah bahawa satu-satunya agama yang diterima disisi Allah adalah Islam dan tiada agama lain yang lebih Syumul dariNYa.. 
Tidak ada paksaan dalam (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.(Al Baqarah  256)
Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya. (Ali ‘Imran 19)
P/s - maaf Entry yang agak panjang, dan harap semua boleh memahaminya, mintak maaf atas segala kelemahan dalam entry ini..

Wallahu'Allam..

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player