Google Website Translator Gadget

Oct 24, 2011

Sejak Bila Aku Mula Menganut Agama Islam?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Kalau si polan Muniandi Anak Laki-laki Subramania Menganut Islam 23/10/2011, Ah Leong Islam 20/2/2012, dan ect.. Tapi.. Persoalanya Bila tarikh sebenar aku Menganut Islam.. Ah Leong dengan Muniandi keduanya Mengucap dua kalimah Syahadah bertarikh berikut, Aku pula? Bila aku mula-mula mengucap dua kalimah Syahadah.. 

Kalau Muniandi dengan Ah Leong saudara baru Menganut Islam ada Kad Saudara Baru menandakan mereka baru sahaja menganut agama Islam, Apa tanda aku sudah menganut Islam, Sejak bila aku menganut agama Islam? Kenapa aku tiada Kad yang menandakan aku Islam?

Mungkin Ramai akan kata, Aku islam bila aku Mengucap Syahadah, Tapi bila kita mengucap Syahadah, Dan lalu dibidas lagi Dalam solat Lima waktu sehari semalam.. Namun benarkah kita mengucap syahadah sehari semalam dengan yakinya.. Syahadah itu mudah diucap dan mudah juga terbatal.. Apaguna Syahadah tanpa iman dan taqwa?

Baiklah, Kita pause seketika persoalan diatas, Mari kita Lihat situasi berikut..

 

Berbalik kepada Isu dan persoalan diatas,
Mejoriti umat islam dan pemuda pemudi zaman kini adalah Islam dari segi nama, Dimana telah termaktub dalam hadis Nabi SAW, Tapi sekiranya kita lihat dari sudut yang berbeza, Hadis ini bukanlah sekadar Hadis namun sebaliknya ia lebih kepada sebuah Ramalan yang Nabi SAW gambarkan terhadap umat kehadapanya.. 
Daripada Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Sudah hampir tiba suatu masa, di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, tidak tinggal daripada al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Daripada merekalah berpunca fitnah, dan kepada merekalah fitnah itu akan kembali.” (Hadis riwayat al-Baihaqi) 
Not to say much, Tapi situasi masyarakat kini adalah mereka lebih beriman daripada bertakwa.. Ketahuilah dengan kehadiran Iman shaja tanpa ketaqwaan, boleh menjerumus kita kepada Neraka, Tetapi dengan Iman berserta Taqwa sajalah  dapat menyelamatkan kita dari Azab neraka dan membawa kepada kebahagian syurga yang mengalir Sungai-sungai dibawahnya (Kenikmatan yang Berterusan).  


Bagaimakah yang dikatakan Beriman tanpa taqwa? Bagaimana pula beriman justeru bertaqwa?

Menurut takrifan yang dibawakan melalui perbualan dua sahabat Nabi iaitu Ubay bin Ka’ab dan Umar bin al-Khattab radhiyallahu ‘anhuma tentang persoalan taqwa. Umar bertanya Ubay tentang pengertian Taqwa dan Ubay menjawab dengan menanyakan Umar kembali, 
"Pernah kamu melalui jalan yang berduri?"
Umar menjawab, 
“Ya, pernah”.


Berhati-hati apabila bertemu duri, kelak tertusuk terluka diri


Tanya Ubay lagi, 
“Apa yang kamu lakukan?

Umar berkata, 
“Aku akan mengangkat sedikit pakaianku dan akan melangkah dengan berhati-hati”.

Lalu kata Ubay bin Ka’ab, 
“Itulah yang dimaksudkan dengan Taqwa!”

In simple Term, Bertaqwa adalah berhati-hati dalam melaksanakan hukum dan perintah Allah, BAhkan bukan sahaja dalam hukum dan perintah Allah sahaja tetapi dalam setiap perkara, Bukankah setiap perkara yang kita lakukan itu adalah ibadah dan setiap inci dan niat yang tersirat dihati ada yang memerhati dan ada yang mencatatnya.. 

Berbalik kepada beriman tanpa Taqwa. Bagi untuk memudahkan pemahaman anda saya harap dengan situasi pendek dibawah dapat memudahkan lagi pemahaman anda.
Gadis dan hijab..
Pemuda dan Nombor ekor..

Pemimpin dan Hukum Hudud..

Pemuda/i dan Solat Lima Waktu..
Ramai Anak gadis Islam yang Beriman tanpa bertaqwa, Dimana Ramai nak gadis mengaku islam namun dimana ketaqwaan Mereka? Ramai anak gadis mengaku Islam tapi dimana Hijab mereka? Bagaimana Cara mereka berpakaian adakah menepati cita rasa seorang Islam?  Mereka mengaku Islam tapi adakah mereka bertaqwa dengan menurut perintah Allah dengan menutup Aurat mereka..


Ramai pemuda yang Islam Namun pada masa yang sama mereka masih berjudi, Ramai Anak Muda yang Islam namun mereka masih lagi Menikam Nombor, Ramai anak muda yang Islam namun masih lagi berpeleseran dan bergaul bebas ibarat tiada pengetahuan agama/ Adakh ini yang dikatan beriman justeru Bertaqwa?



Pemimpin, Pemimpin dan Pemimpin.. Pemimpin memimpin negara islam, Namun corak kepimpinan bercorak kapitalis, Dikatanya hudud tidak sesuai bagi negara berbilang kaum, Namun persoalan Penting adalah.. Adakah Huduh wajib bagi mereka yang bukan islam, Dan adakah corak kepimpinan kapitalis sesuai untuk masyarakat berbilang kaum? Well is there  exactly one pattern of Goverment Rules that can Suite All type of Races and All type of religious Expact? Justeru Ramai pemimpin yang Beriman tapi adakh mereka bertaqwa? 

Awak agama Islam, awak neriman dengan agama islam, Namun kenapa awak meniggalkan solat lima waktu? Ramai yang beriman dengan islam namun adakah mereka bertaqwa degan suruhan dan gesaan Allah? Ramai yang Islam pada nama, Namun Mengucap Syahadan saja sudah lupa, Bukan menuduh tapi itu lah raliti masyarakat kini, Bukan menyerkap jarang namun itulah mentaliti pemuda pemudi zaman sekarang.. 



Kesimpulanya, Beriman sahaja tanpa Taqwa tidak membawa apa-apa Faedah dan kelebihanya, Beriman dengan bertaqwa dengan keimanan sahajalah dapat menjamin masa depan seorang muslim hidup didunia dan akhirat.. Bukan mahu menghina dan bukan mahu menindas namun mahu memperbetulkan diri jua, Tujuan menulis adalah untuk memperingatkan diri sendiri yang alpa dan lupa.. Dan pada yang sama ingin menghidupkan sinar dakwah dalam masyarakat kita.. Waallahualam..


p/s - Hidup hanya sementara, hidup yang sementara ini lah harus di penuhi dengan keiman dan ketaqwaan kita kepada Allah, Hanya kerana dari Allah kita datang, dan kepada Allah tempat kita kembali..







 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player