Google Website Translator Gadget

Nov 25, 2011

Fitrah Solat Bermula Di Rumah..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW bersabda: 
Apabila seorang anak telah mengenal kiri dan kanan, ajarlah dia bersembahyang“.
Dari Dato' Dr Fadzilah Kamsah, Statistic menunjukan seramai 80% umat islam yang bergelar dan memengang title sorang Muslim masih lagi tidak menyempurnakan dan menunaikan solat lima waktu dengan lengkap sehari semalam.  Jangan kata menyruh solat Dhuha mahupun Tahajud, Solat yang wajib lima waktu itu tidak terdaya.. 

Mungkin ramai terkejut, dan mnungkin ramai juga terkesima, namun hakikat tetap hakikat dan fakta kini bukanlah sesuatu yang boleh diputarbelitkan menjadi auta.. Peratusan ini bukanlah sekadar congakan dan anggaran namun peratusan ini diperolehi melalui tinjauan beliau sendiri iaini, Dato' Dr. Fadzilah Kamsah melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah serta motivasi yang beliau kelolakan merangkumi seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masa kini..

Apa yang dimaksudkan dengan Gaya hidup masa kini.. Bagaimana kehidupan serta gaya hidup masa kini mampu menyumbang kepada peratusan yang hampir-hampir saja mencecah jumlah mejoriti serta lulus dengan cemerlang A+ dalam isu meniggalkan solat..
 


Bukankah Nabi Muhammad SAW telah menyuruh kita agar mengajarkan anak-anak didalam bab solat sejak dari umur 7 tahun dan pukul kalau tidak solat bila umur 10 tahun.
Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud).
Justeru, Dimanakah proses pentalbiyahan mengenai solat ini bermula.. dan dimana pulak titik noktah penghabisan bagi proses pentalbiyahan ini..
"..Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun.."
Hadis jelas menerangkan proses pentalbiyahan ini bermula dari awal lagi, Ayat Perintahkanlah itu bukanlah bererti pada usianya menjangkau umur Tujuh tahun baru sibuk terkial-kial mahu mengajar dan mendidik tentang rukun-rukun solat serta bacaan-bacaan solat.. Namun ayat perintahkanlah itu bererti, pada umur tujuh tahun itu, si anak sudah kenal apa itu solat dan sudah mampu bagi melaksanakan solat itu dengan teratur dan berdisplin..

Demikianlah Fitrah Solat itu bermula dirumah, Siapakah guru serta Murabbi pertama bagi si Anak yang tidak mengerti apa-apa..


Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkata: Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bersabda: Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani maupun seorang Majusi. Sebagaimana seekor binatang yang melahirkan seekor anak tanpa cacat, apakah kamu merasakan terdapat yang terpotong hidungnya?. 
Setiap sesuatu itu bermula dari fitrah dan si ibu serta bapanyalah yang bakal mencorakanya.. Sekali lagi, Fitrah Solat Bermula Di Rumah, Dimana Ibu bapa bakal membentuk peribadi si anak itu, dan peribadi itu bermula dari Solat.. 

Jika solatnya Baik dirumah nescaya, Baik jugalah solatnya disegala macam keadaan.. Pentalbiyahan bemula pada umur tujuh tahun, namun pendidikan dan pengajaran penuh tentang solat itu bermula dari lahirnya si anak itu seperti saya beritahu terlebih dahulu..

Bagaimana pengajaran solat bermula dari lahir si anak itu.. Jika baik solat ibu bapanya tidak mustahil pentalbiyahan yang sekecil zarah juga mampu membentuk si anak yang celik solat dan lapang pentalbiyahanya..  

Isunya bukan si anak yang perlu ditalbiyah terlebih dahulu, Namun si ibu bapa penjaga yang perlu melalui proses pentalbiyahan terlabih dahulu bagi membentuk istitusi keluarga berbentuk dan kearah corak Talbiyah yang berkesan..
“Hai orang beriman, peliharalah dirimu dan  keluargamu daripada api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.” (Surah at-Tahrim, ayat 6)
Didikan dan talbiyah ibu bapa yang membimbing anak adalah melalui teladan serta akhlak yang baik serta mampu membantu  mereka  bijak  menilai  apa  yang  baik atau buruk tanpa boleh dipengaruhi oleh sesiapa..
“Perintahkanlah anakmu melaksanakan solat pada usia mereka tujuh tahun dan pukullah mereka apabila enggan mengerjakannya pada usia 10 tahun.” (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Bagi isu memukul anak sekiranay mereka enggan.. Nabi tidak meminta anak dipukul sebelum usianya 10 tahun walaupun mereka melanggar perintah Allah SWT, tetapi mereka perlu sentiasa dinasihat dan dibimbing supaya proses pembentukan akhlak mulia dapat dilakukan dengan sempurna serta konsisten.

Ingattlah, Ibu bapa yang tidak bertegas atau merotan anak kerana meninggalkan perintah Allah SWT selepas mereka berusia 10 tahun bakal mendepani anak yang tidak boleh ditegur jika melakukan kesalahan, tidak taat perintah Tuhan, serta keliru antara suruhan dan larangan agama. Juteru, Pentalbiyahan dan fitra si anak itu sememangnya bermula dari rumah...
 
Wallahuala..
Jazakumu Allahu Khair..
 


 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player