Google Website Translator Gadget

Nov 15, 2011

Nafsu tak mengenal tudung dan janggut..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah, Selepas sudah beberapa hari tiada entry yang menyusul, kini dengan berkat dan keizinan Allah kini satu lagi entry mula dikarang.. Alamdulillah, semester baru sudah bermula, dan Latihan Industri menyusul sedikit lagi hitungan masa.. 

Sibuk menghitung masa, Namun satu yang seakan tiada hitungan terakhirnya apalagi sekiranya bukan Pakcik Facebook yang menunggu untuk Di Login, Facebook kini bukanlah lagi sesuatu yang asing bagi setiap individu.. Ada yang menjadikan facebook sebagai medium bagi menyebarkan dakwahnya, ada juga yang menjadikan facebook sebagai medium penyambung Ukhwah dan silaturahim antara sahabat hadai.. Alhamdulillah..Dan tidak kurang juga yang menjadikan facebook sebagai medium komunikasi utama dan pusat penyebaran maklumat utama, dunia dihujung jarilah katakan.. 

Namun yang paling dikesalkan, Facebook seolah-olah telah menjadi medium untuk menuai dosa-dosa.. Mana tidaknya, yang sana sibuk bermain cinta dengan si Ajnabi yang tidak pernah bersua muka, ada pula yang sibuk menyebarkan group kelakuan songsang mereka, dan ada yang sibuk menyebarkan party-party jahiliah dan konsert-konsert yang melagha tidak tentu halatujuanya.. Nauzubillah Min'zalik.. 
Namun apanya tidak disangka-sangka, ada yang menjadikan facebook itu sebagai cinta utama mereka, Mungkin ramai yang tidak sedar, Namun itulah realiti utama yang mengaburi kita semua, tidak bukan hanya anda, kadang-kadang sipenulis juga merasakan situasi yang sama. Manakan tidaknya, Siang malam dihadapan PC, Laptop, Notebook, MacBook dan sebagainya sehingga lupa segalanya, sehingga ada yang melewat-lewatkan solat dek kerana bahana facebook. Namun satu yang pasti, bukan cinta kepada facebook itu, namun nafsu yang menginginkan facebook itu.. Apabila hati mulai cintakan dunia, maka berhati-hatilah kerana cintakan dunia adalah pangkal bagi setiap kesalahan dan kesilapan manusia.
"Bergembiralah dan berharaplah apa yg akan membahagiakan kalian. Demi Allah, bukan kemiskinan yg aku khuatirkan atas kalian, tetapi aku khuatir pada kalian jika dunia dibentangkan kepada kalian sebagaimana pernah dibentangkan kepada org sebelum kalian lalu mereka merebut2kannya sebagaimana kalian merebut2kannya lalu dunia itu membinasakan kalian sebagaimana dunia membinasakan mereka." [Riwayat Bukhari dan Muslim]
Umat yang beriman selalu diingatkan agar meletakkan agama ditempat paling atas berbanding perkara-perkara lain, dan ini termasuklah didalam konteks nafsu. Apabila kita meletakan agama ditempat yang teratas, ini bermakna kita wajib mendahulukan perintah Allah dan rasulunya dari kehendak-kehendak dunyawi yang hanya menjerumus kepada kerugian dan ketidaksempurnaan. Dan apa bila agama itu diletakkan ditempat yang mulia dan paling teratas, nescaya kehendak ataupun nafsu bukanlah lawan yang setanding bagi menawan kegagahan iman dan taqwa itu. 

Malah dalam isu cinta dan soal hati serta perasaan, kita turut diingatkan agar mencintai Allah dan Rasul-Nya terlebih dahulu kemudian barulah disusulu dengan cinta yang lainya. Dalam surah at-Taubah ayat 24, Allah mengingatkan, jika mereka lebih mengutamakan perasaan cinta kepada bapa, anak, isteri, harta , perniagaan, tempat tinggi ( jawatan atau status), dan kedudukan melebihi cinta Allah dan Rasul-Nya, maka golongan ini akan mendapat seksaan yang amat pedih. 
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)"(at-Taubah 24)
Ayat ini kemudianya dibuktikan melalui situasi dimana seatu ketika Sayidina Umar Al-Khatab berkata kepada rasulullah SAW, " Ya Rasulullah, Aku mencintai diriku sendiri daripada segala-galanya, Ya Rasulullah"

Kemudian Rasulullah SAW segera menjawab, " Tidak, Demi Allah yang menguasi jiwaku, sehingga aku lebih engkau cintai melebihi daripada dirimu sendiri"

Sayidina Umar pula menjawab, "Jika begitu ya Rsulullah, Demi Allah mulai sekarang aku lebih mencintai dirimu daripada diriku sendiri"

Hey Saudara Saudariku, Engkau punya kekasih dan engkau punya orang dikasihi.. Tetapi sedarkah kita bahawa kekasih yang utama adalah terletak terlalu dekat dengan kita.. Terlalu dekat, sehingga kadang-kadang kita terlupa akan kehadiranNya..  

Hey saudara, Hey saudari.. Wake Up Fellas, Tudung dan Janggut itu tidak mejamin apa, Namun rasa cinta, dan rasa ikhlas serta kebergantungan kita hanya kepada Allah dan RasulNya yang satu itu dapat menjamin kesejahteraan kita..  Jazakumu Allahu Khair.. 
Waallahu'Alam..

p/s- Maaf diatas, entry yang agak serabut..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player