Google Website Translator Gadget

Nov 19, 2011

Brother dan Barber..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Brother serta sister sehat semuanya.. Alhamdulillah, entry kali ini genaplah entry yang ke-100 dalam Blog yang tidak seberapa ini.. Walaupun tidak seberapa, Walaupun trafic page-view tidaklah sesesak blog-blog sahabat serta sister semua, dan walaupun followers tidaklah semeriah followers broter dan sister semua.. alahamdulillah, dengan kederat yang ade sedikit semua itu bukanlah menjadi alasan untuk tidak terus menulis dan menyampaikan dakwah.. Kalau bukan kita yang menyampaikan seruan-seruan dakwah itu siapa lagi bukan.. 

Baiklah semperna ulang tahun,  aiseyh ulang tahun, tidaklah semperna entry yang ke-100 ini sedikit cerita dan coretan kisah mahu dicoretkan untuk coretan dan entry yang sekian 100 kalinya.. 

************************************************** 

Al-kisah.. Terdapat seorang Brothers, Alhamdulillah.. Indah imanya, Cermerlang Taqawanya.. Brothers yang serba serdaha ini ditakdirkan untuk menemui Tukang gunting Rambut bagi mengemaskan rambutnya.. 

semenganya lumrah seorang Barber akan bercerita bagi meghiburkan pelanggannya.. Namun sesuatu yang tidak kene menyusul apabila cerita dimulakan dengan isu semasa. Mungkin tiada apa yang tidak kenanya apabila berceritakan tentang isu semasa... Mana tidaknya, lihat saja dia dada-dada akhbar, arkib-arkib tidak lekang denga isu-isu panas yang menimpa rakyat semasa.. Mana dengan kes perbuatan sumbangnya, mana pula dengan kes zina yang berleluasanya, mana pula dengan isu buang bayi, rompak, mencuri, rahasuah dan tidak kurang pula korupsinya

Namun, keadaan diburukan apa bila si barber seolah-olah menyalahkan Sang pencipta diatas segala permasalahanya.. 
"Lihat dunia hari ini, Huru hara, kes sana kes sini, isu sana isu sini.. Kenapa Allah tidak membantu dunia hari ini.. sekiranya betul Allah itu berkuasa mengapa Allah tidak mengubah dan memperbaiki apa yang berlaku dunia hari ini, dan sekiranya Allah itu maha adil mengapa perlu ada orang yang berbuat zalim?"
Bermacam-macam lagi persoalan si Barber itu.. Namun pemuda itu diam tanpa seribu kata.. 
 " Jika benar Allah itu maha pengasih dan maha penyayang mengapa Allah tidak membantu kita untuk memulihkan dunia.. " Sambung Si barber tersebut..
Kemudian si Barber terlihat diluar tingkap kedai gunting nya, dan melihat diberang jalan hadapan kedainya terdapat dua orang hamba Allah.. Seorang pemuda dan seorang orang tua.. Lalu dibidas pula lagi oleh Barber tersebut..
"Lihat pemuda itu, Kusut masai rambutnya, Tidak bersikat tidak bergunting dan tidak kemas bercuci.. Apa nak jadilah dengan dunia hari ini..." 
"Lihat pula orang tua itu, Kusut masai, Jangggut idak di-Trim, misai panjang jambang kust masai dan rambut panjang tidak terurus.. Apa mahu jadilah dengan dunia hari ini.. 
Lantas pemuda yang pada mulanya diam tanpa kata, membuka mulutnya lantas membidas kata-kata si Barber tersebut..
"Pak Cik, Kerja pakcik Kan tukang Gunting, Mengapa Pak Cik tidak pegi membantu mereka, mengapa pakcik tidak memotong rambut mereka berdua agar nampak kemas dan teratur? Sudah tentu kerja Pak Cik adalah seorang Tukang Gunting, Pasti pakcik boleh membantu mereka... "
Si Barber itu kemudian berkata..
" Mereka tidak datang kepada aku, dan mereka tidak meminta bantuan aku untuk mebantu mereka memotong dan Trim rambut serta jambang-jambang mereka, Bagai mana aku mahu membantu mereka?" 
 Lalu pemuda itu berkata..
" Pakcik, Tidak sedarkah Pakcik bahwasanya.. Pakcik sudah pun mendapat jawapan kepada persoalan-persoalan yang Pakcik berbuih-buih persoalkan.. Begitulah juga dengan Krisi dunia Hari ini, Bagaiman mahu selesai jika semua pelaku masalah dan isu-isu tersebut tidak kembali kepada Allah.. Bagaimana mahu selali, Jika segala permasalah duni tidak disandarkan berdasarkan penyelasan Syariat yang Allah telah tetapkan.. Bagai mana Allah mahu membantu dan menolong isu serta Masalah dunia sekiranya isi dunia sibuk mencari penyelesaian diluar linkungan syarit Allah.. Tidak Begitu Pakcik?"
Kini, Si Barber yang berbuih-buih mempersoalakan permasalah dunia, dan si Barber yang petah berkata-kata tanpa tanpa henti, Terhenti dan tersentak seketika.. Solah-olah menerima tanparan yang deras.. Lantas setelah seketika Si Barber berkata lagi..
" Anak muda, Mengapa engkau tidak memberitahuku awal-awal, tidak perlulah aku bercakap panjang lebar sehingga berbuih-buih mulut ku.."
 Anak muda itu berkata.. 
"Tadi ketika Pakcik berbuih-buih berkata-kata, Pakcik sedang memegang guting bagi memotong rambut saya.. Sekiranya saya bercakap sedimikian saya kuathir pakcik akan tersentak dan memotong leher saya pula.." 
Berseloroh sambil ketawa kecil bagi, bagi mengurangkan ketegangan dan kepanasan telinga si Barber tersebut..
“ Katakanlah “ Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah di tetapkan oleh Allah untuk kami. Dialah pelindung kami dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal” [At Taubah:51]
Brother  dan sister, Think twice and ingatlah bahawa setiap tali akan putus kecuali tali Allah. Setiap pintu akan tertutup kecuali pintu menuju Allah SWT. Setiap jalan akan roboh kecuali jalan yang melorongkan kita menuju kepada Allah SWT. Setiap jambatan akan runtuh kecuali yang menghubukan kita dengan Allah SWT. Allah adalah Tuhan yang Maha dekat, Maha mendengar dan Maha menjawab permintaan hamba-hambanya. Jadi, mengapa kita tidak mengambil peluang yang berharga ini….
“Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepadaNya. Dan Yang menghilangkan kesusahan” [An Naml:62]
 “Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu” [Ghafir:60]


Jazakumu Allahu Khair..
Wallahu'Alam..

2 comments:

cimie said...

orang yang memberi itu lebih baik dari yang meminta-minta.. kn..

Unknown said...

Benar.. Tapi Sifat Allah, dia memang akan memberi.. Tapi Allah lagi suke mereka yang meminta-minta dan memperhambakan dirinya kepada Allah.. dam soal masalah hari ini, Bagaimana mahu selelsai segala perkara sekiranya tempat utuk mengadu itu, dan tempat bagi memohon pertolongan itu bukan Allah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player