Google Website Translator Gadget

Nov 25, 2011

Hijrah Lima Perkara..


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

"Dari Rasulullah SAW, Akan tiba pada umatku satu zaman dimana umatku Kasihkan Dunia namun melupakan Akhirat, Kasihkan hidup lupakan mati, kasihkan Istana-istana lupakan lubang-lubang kubur, kasihkan harta lupakan yang mereka bakal dihisab dan Kasihkan Makhluk lupakan Al-Khaliq"
Manusia selalunya pada hakikikatnya akan melakukan hal ini walhal sepatutnya sebagai Hamba Allah swt kita jangan pernah kita hampir dan dekat melakukan ia.


Kasihkan Dunia namun melupakan Akhirat


Dunia hari ini seolah-olah menyaksikan bahawa manusia tidak lagi mementingkan dan memikirkan dari mana datangnya rezeki mereka, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Akan datang kepada manusia suatu zaman di mana manusia tidak lagi mengambil-kira apa-apa yang mereka perolehi, apakah rezeki itu daripada sumber yang halal ataupun haram.”(Bukhari & An-Nasa’i)
Zaman sekarang, manusia hanya mementingkan wang ringgit dan pendapatan yang lumayan. Manusia tidak lagi mengambil peduli sama ada cara mereka itu sah atau tidak di sisi Islam. Asalkan dapat makan sudah. Asalkan poket penuh sudah. Sekiranya cara untuk mendapatkan rezeki itu salah di sisi Islam, maka rezeki itu turut menjadi haram..

Kasihkan hidup lupakan mati


Manusia hari ini ibarat di medan perlumbaan, sibuk berlumba bagi mengecapi kemegahan dan gahnya dunia. Bertongkat langit berpahat angkasa mereka ibaratkan kehidupan didunia.. Tiada yang kekal didunia yang kekalabadi adalah kehidupan akhirat.. 
"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).  (Al-Ankabut 64)"
Sesungguhnya kehidupan didunia tiada nilai disisi Allah, Dunia adalah ibarat permainan dan hiduran yang melalaikan, tetapi beruntunglah mereka yang mampu menepis permainan yang melalaikan serta mampu  mengubahnya menjadi satu saham dan keuntungan yang besar menuju hari akhirat..
"…..dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.   Al-Gafir (Al-Mukmin 39)"

kasihkan Istana-istana lupakan lubang-lubang kubur

Nun jauh disana dapat dilihat bangunan pencakar langit.. Pencakar langit kini bukanlah menjadi nama jolokan dan simpulan bahasa anak melayu lagi.. Tetapi kini dengan gah pencakar langit benar-benar mencakar langit dengan ketinggianya menutupi awan. 

Setinggi mana sipencakar langit mencakar langit, namun hakikat asal dan fitrah asal bakal kembali rebah mencium bumi..  WTC yang dulu Gah menempa nama di seluruh pelusuk bumi akhirnya rebah tersembam menjelang 9/11..

Begitu jugalah hakikat kita sebagai manusia, Setinggi mana kita bernaung dan setinggi mana kita menapak lubang kubur juga menjadi peneman dikala fajar menyinsing mengggu hari pembalasan tiba.. 
 “Sesungguhnya kubur itu adalah merupakan satu taman dari taman-taman syurga dan merupakan lubang dari lubang-lubang neraka.”
Didalam Surah Al-baqarah juga turut berkias.. 
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui. (al-Baqarah 216) 

kasihkan harta lupakan yang mereka bakal dihisab 
Sedarlah wahai orang yang lalai.  Bahkan kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupanya. (Al-Qiyamah 20 & 21)
Dalam keadaan sedar atau tidak sedar namun itulah hakikat manusia hari ini, Kecintaan dunia, kesenagan dunia dan kemewahan dunia kini seolah-olah menjadi main point bagi mereka. Dunia di ibaratkan seperti medan bagi mereka menabur butiran-butiran dan benih-benih kemewahan dunia tanpa memikirkan siapakah yang memeberikan butiran dan benih itu.. 
Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan " (Al-Qasas 77)
Dan ingatlah, Tiada pernah Allah melarang kita mencari kemewahan dunia, Namun kemewahan akhirat itu jangan pernah ditinggalkan.. Sedarlah, kemewahan Akhirat itulah yang sepatutnya dikejar terlebih dahulu, Kemewahan dunia bakal menyusul dan mengambil tempatnya dikemudian hari..
Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada tuhanya" (As-Syura 36)

Kasihkan Makhluk lupakan Al-Khaliq

Islam mengajar manusia tentang pengurusan cinta, iaitu bagaimana manusia seharusnya menyusun skala prioriti cintanya. Urutan tertinggi perasaan cinta adalah kepada Allah SWT, kemudian kepada Rasul-Nya . Cinta pada sesama makhluk diuruskan sesuai dengan firman-Nya iaitu kedua orang ibu-bapa, kaum kerabat , anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, rakan sekerja, ibnu sabil dan hamba sahaya. Sedangkan harta, tempat tinggal, dan kekuasaan juga mendapat posisi untuk dicintai pada tempat yang lebih rendah . 

Namun situasai hari ini, Cinta akan kekasih yang tiada hujung pangkalnya seolah-olah mengambil takhta dan pola tetinggi dalam ranking  skala prioriti cinta. Si Kekasih cintakan kekasihnya sehingga sanggup bergolok bergadai, berlurutkan pakaian..  
"Seseorang tidak akan memiliki kebaikan, meraih kemenangan, merasakan kenikmatan dan kesenangan hakiki kecuali mengesakan cintanya kepada Allah SWT semata, dan Allah lebih dicintainya daripada yang lainnya" ( Ibnu Qayyim al-Jauziah)
Alangkah letih dan sungguh merugikan apabila manusia hanya dibebani dan diagah-agahkan  oleh cinta dunia, mengejar cinta makhluk, memburu harta dengan segala cara. Sedangkan nasib di akhirat nanti adalah ditentukan oleh amalannya ketika hidup di dunia, Bersungguh-sungguh mencintai Allah, atau terlena oleh dunia yang fana ini. Hanya orang yang bertakwa sahaja yang mampu membuktikan cintanya yang sejati kepada Allah swt. Berpada-padalah dalam menyintai Makhluk.. Ibarat kata-kata Imam Nawawi..
'Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.' {Imam Nawawi)
***********************************************************

Oleh itu.. Semperna Maal Hijrah Tahun ini, Tahun 1433 sudahkan kita membuat satu penghijrahan yang terbaik.. Sudahkah kita bermuhasabah akan apa yang kita lakukan sepanjang tahun lepas, dan sudahkan kita bermuhasabah akan apa yang bakal kita laksanakan pada tahun ini.. 

Marilah kita bersama-sama berhijrah kearah yang lebih baik dan insya Allah ke arah sinar yang terbaik.. Dan Insya'Allah Sinar yang terbaik itu menggu anda dipengguhujung pencarian sinar itu..
Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.(al-Qasas 56)
Hijrah yang terbaik adalah, Berhijrah kepada sesuatu yang buruk kepada sesuatu yang lebih baik..
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.( HR Imam Bukhari)
Hijrah, Konsep hijrah dari segi bahasa membawa erti berpindah, dari satu tempat ke satu tempat yang lain. namun, erti konsep hijrah adalah lebih luas kalau dilihat daripada konteks wurud hadith di atas. hadith ini diwurudkan nabi saw ketika peristiwa hijrah di mana ada di antara rombongan Muhajirin yang berhijrah kerana berkehendakkan sesuatu di Yathrib, ada pula seorang yang berhijrah kerana berkehendakkan perkahwinan yang dijanjikan kepadanya. dan yang lain berhijrah kerana Allah dan rasul-Nya.
 
Disebalik hijrah yang dilakukan secara fizikal, lebih penting adalah hijrah yang dilakukan dalam batinnya. kerana Allah melihat kepada hati dan amal sebagai nilaian;
“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu tidak melihat kepada tubuh-tubuhmu, tidak pula kepada bentuk rupamu, tetapi Dia melihat kepada hati-hatimu sekalian.” (Riwayat Muslim:Riyadhus Solihin)
Hijrah yang dilakukan ini adalah hijrah yang melibatkan hati. kerana dengan hatilah badan bisa jadi rosak, dengan hatilah badan bisa jadi binasa. dan dengan hati jualah, badan akan jadi gagah perkasa. maka hijrah yang paling penting adalah hijrah hati. dari perkara buruk kepada perkara yang baik, dari yang baik kepada yang sempurna atau yang hampir dengannya.
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. (Riwayat Bukhari dan Muslim: Hadith 40)
Kerana apa kita berhijrah? adakah kerana kita merasakan bahawa perjanjian dengan teman wanita itu menyebabkan kita mahu berubah? dan kita mengatakan bahawa kita berubah kerananya seorang teman lelaki baik perempuan dan dia memberi sokongan moral kepada kita? habis, kalau sampai masa kalian putus hubungan, apakah kalian akan tetap dengan perubahan yang dibuat atau kalian akan beralih arah kembali ke jalan yang dahulu? lihat impaknya secara realiti. orang yang berubah kerana seseorang apabila mengetahui bahawa ia akan mengecewakannya, maka perubahannya akan mendadak lebih buruk dari sebelumnya.

atau adakah kita mahu berubah kerana kita bisa mendapatkan sesuatu? ya, kita mungkin akan mendapatnya, tetapi apakah selepas mendapatkan sesuatu yang kita kehendaki kita akan terus menjadi kita yang telah berubah atau kita kembali kepada titik asalan kerana kita sudah memiliki apa yang dicita? inilah bedanya perubahan atau hijrah yang dilakukan kerana rasa iman dan taqwa kepada Allah. orang yang berubah kerana rasa cinta kepada Allah akan terus memercu kepada cinta-Nya tanpa berralih pandang atau berubah arah biarpun jutaan mehnah yang menghalang. berbanding dengan perubahan orang yang berasaskan nafsu dan material, mereka tidak akan berubah lama. akhirnya mereka akan terjerumus kembali ke dalam lembah kehinaan.

Tanya diri kembali, kerana apa kita hendak berubah? kerana Allah atau kerana cintai makhluk? atau kerana sesuatu? kalau hari ini niat kita untuk berhijrah itu terpesong, perbetulkanlah… Bertautlah cuma kerana dan kepada Allah, dan jangan mengharapkan manusia, kerana manusia kerap mengecewakan, kerana kasih manusia bermusim. Insya'Allah doa saya buat Bother dan Sister  yang ingin mengubah diri dan berhijrah ke jalan Allah yang lebih baik, semoga ditetapkan pendirian dan ditabahkan hati menghadapi dugaan dari Ilahi, kerana untuk mengecap manisnya iman, perlu merasa pahitnya dunia
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? ( Al-Ankabut 2)


Wallhu'alam..
Jazakumu Allahu Khair..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player