Google Website Translator Gadget

Nov 27, 2011

Nabi, Sahabat dan Cemeti..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Diceritakan pada suatu ketika sebelum sepeninggalan Nabi Muhammad mengadap Allah AWJ. Nabi yang kini nazak menggu hari bagi malaikat Israil menyabut tubuh kaku dan tidak bermaya. Dalam keadaan nazak, Nabi meyimpan rasa Rindu terhadap sahabat-sahabat baginda serta berhajat hendak bertemu dengan sahabat-sahabat baginda..
 
didalam keadaan tubuh baginda kaku serta tidak bermaya, Baginda menyatakan hajatnya untuk bertemu para sahabat kepada Umar serta Ali.. Lalu baginda mengese umar serta Ali untuk memapah baginda bagi menuju ke masjid..

Setibanya di masjid, Umar dan Ali memapah Baginda SAW naik ke ata mimbar. Kemudian Nabi SAW menyuruh Billal Bin Rabbah bagi melaungkan azan bagi menarik perhatian para sahabat di madinah untuk mengahadirkan diri berkumpul bertemu dengan Rasulullah.  Meskipun pada waktu itu belum lagi tiba waktu solat.

Setelah tibanya para sahabt dari seluruh pelusuk madinah.. Nabi memulakan bicaranya..
"Ketahuilah wahai para sahabatku sekalian, Tidak lama lagi masaku untuk bertemu dengan Allah SWT akan tiba"
Kemudian Disambung lagi ucapan baginda..
"Sudahkah aku meyampaikan kepada kalian semua bahawa Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Serta sudahkah aku sampaikan kepada kalian bahawa Aku adalah penyuruh dan penyampai wahyu dari Allah.."
Lantas para sahabt menjawab pertanyaan baginda..

"Ya Sudah, Wahai Rasulullah.."
Kemudian pertanyaan baginda menyusul kembali..
" Sudahkah aku sampaikan bahawa solat itu wajib, Puasa itu wajib, Haji itu wajib serta zakat itu adalah wajib bagi kalian"
"Sudah Ya Rasululullah.."
 Para sahabat menjawab..

Rasululluh terus bertanya, sehingga satu soalan yang terkemudianya..
"Tidak lama lagi aku bakal bertemu Allah, Adakah aku pernah berhutang dengan kalian, Jika ada beritahu serta tuntutlah hutang itu terhadap ku, Aku tidak mahu mengadap Allah SWT dalam keadaan berhutang kepada manusia.."
Para sahabat diam tanpa seribu kata, Para sahabt hanya mampu mengelengkan kepada mereka tanda tiada satupun dari kalangan mereka pernah Rasululluah SAW berhutang dengan mereka.. 

Kemudian Baginda SAW bertanya lagi..
"Tidak lama lagi aku bakal bertemu Allah, Adakah aku pernah berhutang dengan kalian, dan sudahkah aku langsaikan hutang tersebut..  Jika ada beritahu dan aku belum melangsaikan hutang tersebut tuntutlah hutang tersebut terhadapku, Aku tidak mahu mengadap Allah SWT dalam keadaan berhutang kepada manusia.."
Sekali lagi para sahabat mengelengkan kepala mereka disusulu tanpa kata yang keluar dari mulut para sahabat.. 

Sehingglah pada ketiga kalinya Nabi SAW, Bertanya lagi.. 
"Adakah aku pernah berhutang dengan kalian, dan sudahkah aku langsaikan hutang tersebut..  Jika ada beritahu dan aku belum melangsaikan hutang tersebut tuntutlah hutang tersebut terhadapku, Aku tidak mahu mengadap Allah SWT dalam keadaan berhutang kepada manusia kerana tidak lama lagi masa aku bakal tiba bagi mengadap Allah SWT.."
Para sahabt diam seribu kata, Namun secara tiba-tiba muncul seorang dari kalangan sahabat bertanya..
"Ya Rasululluh, Aku mahu bertanya adakah ini dikira hutang.. "
Sahabat tersebut meneruskan pertanyaannya..
"Masih ingatkah engkau lagi wahai Rasulullah, Di medan peperanagn ketika perang Uhud tidak lama dahulu, Engkau menungang kuda, Lalu engkau memukul cemetimu disaat menungang kuda tersebut, Tetapi cemetimu tidak mengenai kudamu tetapi sebalinya mengenai aku. Adakah ini masih dikira hutang.."
Lantas baginda berkata..
"Ya itu masih dikira hutang.. Ayuh maju, aku mahu melangsaikan hutangku kepada mu. Bagaimanakah engkau mahu aku melangsaikan hutang tersebut..
Sahabat berkata..
"Aku mahu memukul engkau seperti mana engkau emumukul aku dengan cemeti tersebut tempoh hari.."
Lantas para sahabat seluruhnya terkejut dengan perbuatan sahabat tersebut...

Lalu Baginda Nabi SAW, Menyuruh Ali menurut fatimah dirumah baginda bagi mendapatkan cemeti tersebut.. Lanta Ali bersegeralah kerumah Baginda bagi mendapatkan cemeti tersebut..

Dalam keadaan terkejut serta tertanya-tanya fatimah bertanya..
"Tujuan apakah engkau wahai Ali mendapatkan Cemeti Rasulullah SAW ini?"
 Ali menjawab..
"Uqasha', Sahabat Rasululluh mahu memukul baginda dengan Cemeti ini"
Lantas, Tidak dapat ditahan-tahan lagi, Airmatanya lalu bercucuran kesedihan, lalu berkata..
"Mahu diapakah Rasululullah itu hendak dipukul dengan cemeti ini, Ayahku dalam keadaan uzur, Jika mahu pukulah aku selaku Puteri baginda, Bagi mengantikan tempat Bapaku.. "
Lantas Ali menjawab..
"Aku tidak tahu, Ini urusan Baginda bersama Uqasha.."
Setibanya Ali di masjid Nabi bersama dengan cemeti baginda, Di hulurkan cemeti itu keada sahabat tersebut.. Lan Uqasha' berkata..
" Bagai mana aku mahu memukulmu Ya Rasululluah, Semasa di medan Uhud engkau berada dibawah bersamaku, Tetapi kini engkau diatas mimbar.." 
Lantas baginda menggesa Ali dan Umar memapahnya turun dari mimbarnya..
Setibanya Rasulullah tub dibawah mimbarnya, Abu bakar Ash Shiddiq berkata..
"Jika engkau mahu memukul Rasulullah, Pukulah aku jangan engkau apa-apakan Rasulullah ini.."
Nabi berkata..
'Duduk Abu Bakar, Ini bukan urusanmu.. Ini urusan aku dengan Uqasha'"
Kemudian, Umar Al-Kahatab pula mencelah..
"Ya memeng dulu aku mahu emmbunuh Rsululluah, Tetapi itu sebelum aku mengenal Allah dan Muhammad SAW. Tetapi kini jika engkau mahu mengapa-apakan Rasululluah, Janganlah engkau apa-apakan baginda. Engkau tempuhilah aku dahulu..
Nabi Juga berkata..
"Duduk Umar, duduk.. Ini Bukan urusanmu.. Ini urusan aku dengan Uqasha"..
Kemudian dicantas pula oleh Ali bagi menghalang Uqasha'
" Janganlah engkau mengapa-apakan Rasulullah wahai Uqasha', Jika enagkau mahu, Engkau pukulah aku dengan Cemeti itu, DArah Rasulullah mengalir dalam darah ku, dan akulah yang mengantikan tempat tidur baginda ketiaka baginda berhijrah ke Yathrib tempoh hari, Maka engkau pukulah aku dengan cemti itu.. Kerana akulah yang paling layak mengantikan tempat Baginda.."
Rasulullah berakata lagi.. 
''Duduk Ali, Ini bukan urusanmu.. Ini urusan aku dengan Uqasha'"
Kemudian cucu kesayangan baginda pula tiba bagi menghalang perbuatan Uqasha', Hassan dah Hussain pula berkata..
"Pukulah kami wahai Pak cik, KAmi Cucu kesayangan Baginda, Janganlah Pak Cik mengapa-apakan Datuk kami yang dalam keadaan uzur ini.." 
Sekali lagi Rasulullah berkata.. 
"Duduk Hassan , duduk Hussain.. Ini Bukan urusanmu.. Ini urusan aku dengan Uqasha"..
Kini tiada siapa lagi yang mampu membela Rasululluah..

Lantas Rasululluah SAW berkata, bersegerahlah memukul aku dengan cemetiku dan melangsaikan hutangku itu kepadamu Wahai Uqasha'..

Uqasah' bersuara lagi..
"Pada ketika engkau memukul aku, Aku didalam keadaan tidak berbaju, Maka bukalah baju mu itu wahai Rasulullah sekiranya engkau mahu aku melangsaikan hutang mu itu.."

Rasulullah melucutkan bajunya, Kini tebujur kakulah tubuh sucu baginda dalam keadaan uzur tersebut..
"Bersegeralah kamu melangsaikan hutangmu Uqasha' dan janganlah engkau berlebih-lebihan, Keran murka Allah bakal bersamamu.."
Kemudian Uqasha' menyegerakanlah urusannya bagi melangsaikan hutangnya.. Dia melompat kearah Baginda SAW, seolah-olah mahu memukul Baginda denga deras.. 

Kemudian belum sempat dia menerjah kearah baginda, dia melontarkan Cemeti tersebut dan memeluk erat tubuh kaku baginda.. 
" Wahai Rasasulullah, Aku minta maaf, Aku salah.. Bagai mana aku sanggup memukul tubuh suci engkau wahai Rasululluah.. Aku berbuat begini kerana aku takut wahai Rasulullah, Aku takut akan Azab api neraka, Aku cuma mahu memeluk erat tubuhmu kerana Aku tahu tubuhmu tidak terbakar dek api neraka, dan aku melakukan ini kerana aku takut aku bakal merindui kehadiran dan aku bakal merindui bagi memeluk tubuhmu sekiranya engkau pergi mengadap Allah AWj kelak.. Maafkan aku YA Rasulullah.. Aku minta maaf dari sulurh pelusuk hati ku Ya RAsulullulah.."
Berlinangan air mata Uqasha' serta bercucuran air matanya menahan sedu sedanya.. 

Keadaan di MAsjid nabi menjadi sayu dengan situasi yang ini.. Bercucuran air mata para sahabt yang lainya menahan sebak...
Kemudian baginda berkata..
"Jika kalian mahu melihat ahli syurga, Lihatlah kalian kepada Uqasha'"
Keadaan Masjid nabi bertambah suram dengan kesedihan para sahabat.. Kemudian para sahabat seluruhnya memeluk erat kedua tubuh kaku Nabi Muhammad SAW dan Uqasha'....

p/s - bercucuran air mata kami disaat pertama kali mendengar kisah ini, Semoga kisah ini menjadi taudalan bagi kita menghadpi Hijrah mendatang dan menambahkan rasa cinta kita kepada Baginda SAW.. Insya'Allah ya Wahai Brother dan Sister sekalian.. 

Waallahu'Alam..
Jazakumu Allu Khair..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player