Google Website Translator Gadget

Oct 15, 2011

Murtad : Offensive vs Defensive (1)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah, Di kesempatan yang sementara ini, Kini ku teruskan lagi Usaha ku untuk Menulis.. Baiklah, Enty kali ini  merupakan agak sensitive dan merupakan kesinambungan dari Entry berkisar Anak-anak kunci syurga Di Sini.
"Dan sesiapa daripada kamu berpaling (murtad) daripada agamanya, dan mati sedang tidak percaya, amalan mereka menjadi sia-sia, di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah orang-orang Api; di dalamya mereka tinggal selama-lamanya." (2:217)

Hal ini kerana, Kerisauan kini kian meruncing, Makin hari semakin banyak isu murtad dalam kalangan umat islam kita , dan lebih menyedihkan, dari 500 survey yang ditebarkan oleh pihak UM, 305 helaian kembali dengan Murtad.. Nauzubillah Min Zalik, Semoga kita tetap berada dalam lembaran hidayah Allah AWJ.. Insya Allah.. 

Semakin Isu ini melonjak naik, Semakin ramai pihak menunding Jari kearah satu sama lain.. Mana tidaknya, Majority mengatakan bahawa akibat dari kepayah dan kesusah mendapat bantuan dari pihak berwajib mendorong mereka meminta pertolongan dari pihak lain.. Namun yang menyedihkan lagi adalah, Kebanyakan mereka yang murtad adalah dari kalangan saudara baru.. Ada yang murtad kembali akibat pihak berwajib yang menghina dan menyindir mereka yang memohon bantuan dan bekalan zakat dengan mengatakan..
" Ni dah potong, dan potong? "
Dan ada pula dari kalangan kes yang terpencil dimana seorang balu yang juga saudara baru meminta surat keizinan untuk bernikah lain setelah habis edah bagi mengisi kekosongan hidupnya, Namun sebaliknya beliaudi hina dan disindir juga oleh pihak berwajib dengan kata-kata..
"Kubur Suami kamu masih merah, dan mayat suami kamu masih belum menjadi tanah, kamu sudah sebuk menggatal mahu nikah lain"
Astaghfurullah hal Azim, Inikah yang Islam ajarkan kepada kita, adakah islam mengajar kita supaya menghina satu sama lain? Tambah menerukkan keadaan, mereka adalah  saudara baru, Bukan hinaan dan cacian yang mereka harapkan dari kita, Tetapi adalah sokongan dan bantuan dari kita saudara seislamnya..
Daripada Abi Hamzah Anas Bin Malik r.a. khadam Rasulullah s.a.w., daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya, "Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah ia mengasihi kebaikan untuk saudaranya sebagaimana ia mengasihi kebaikan untuk dirinya sendiri"

Statistic juga menunjukan isu murtad ini kian berleluasa akibat dari sikap individu itu sendiri, Kepincangan akidah adalah merupakan Faktor utama, Bukan mahu meletakkan kesalah diatas bahu siapa-siapa, kesalahan tidak patut diletakkan atas bahu ibu bapa yang mendidik, Sekiranya ibu bapa telah jenuh penat mendidik namun sikat anak itu sendiri merupakan faktor utama.. Iman itu bukanlah sesuatu yang boleh diwarisi begitu juga taqwa.. Namun ada juga kalangan masyarakat yang bukan tertarik dengan Kristian, Namun tertarik dengan cara dakwah mereka dan terjerat dalam tikaman lidah dengan mereka..

Salah satu faktor tersungkurnya seorang muslim itu setelah berada diatas landasan yang benar adalah kerana sikap kita sesama muslim ini yang terlalu Defensive. Berlainan pula dengan paderi-paderi kristian yang menerapkan sikat offensive dalam dakyah-dakyah mereka. Defensive tanpa Offensive tidak menjamin sebarang kejayaan.. Namun Offensive tanpa usul juga mengundang kepada kejatuhan.. Samalah dengan kebatilan yang dirancang, pasti mampu menjatuhkan kebenaran yang rapuh..

Baiklah, Berbalik kepada motif asal entry ini, Bagimana Mahu menjadi Offensive dalam saling kita Defensive..  

Sudah diketahui Umum, Konsep Kristian adalah berkonsepkan Unsur Trinity, Dimana Trinity Menggambarkan, Tuhan Bapa (Father), Tuhan Anak (Jesus) dan Ruh Kudus (Holy Spirit).. Namun tiada satu dalil dalam Bible mengatakan tentang kensep ini.. Namun apa yang paderi-paderi mereka cuba dakyah adalah melalui gambaran Dimana Allah itu satu adalah tiga, Dan Tiga itu adalah satu.. 

Contoh simple yang mereka sering dakyahkan adalah dengan Bismillah Hirahman Nirahim.. Dimana dalam basmallah terdapat Tiga tuhan bagi pandanagn Mereka, Dimana dalam Basmallah ada Allah, Tuhan Rahman dan Tuhan Rahim.. Selain itu mereka juga turut mendakyahkan dimana dalam Al-quran Kerap kali Menggunakan Perkataan Kami bagi kata nama bagi Allah, Megapa Allah tidak menggunakan Aku tetapi menggunakan Kami.. Dan disitulah mereka mengukuhkan dakyah mereka sehingga ada segelintir muslim yang Offensive ketandusan kata bagi mematahkan bidas mereka.. sebagi Contoh dalam Surah Al- Insan..  
Kami telah menciptakan mereka dan menguatkan persendian tubuh mereka, apabila Kami menghendaki, Kami sungguh-sungguh mengganti (mereka) dengan orang-orang yang serupa dengan mereka. [al Insan, 76:28]
Berapa banyakkan tuhan yang telah menciptakan kita dengan meggunakan perkataan kami seperti ayat diatas?  Hendaklah diketahui, Penggunaan perkataan 'KAMI' yang merujuk kepada ALLAH di dalam al-Quran berkaitan dengan seni tatabahasa Bahasa Arab itu sendiri. Ia bukanlah bermaksud jamak atau ramai. 'KAMI' itu tetap merujuk kepada ALLAH yang Satu yang melibatkan perbezaan “al-Mutakallim al-Mu’adzdzim li Nafsih-i”.. Faham disitu?..

Dakyah lain adalah melibatkan Nama Muhammad dalam Al-Quran dan Nama Isa Dalam Al-quran.. Memang tidak dinafikan Nabi Isa disebut dalam Al-Quran sebayak 25 dan Nabi Muhammad SAW hanya di sebut sebanyak 4+1, Dimana 4 adalah Muhammad, dan 1 adalah Ahmad.. Disinilah Mereka memutarkan dakyah, Dimana mereka membahaskan dimana Isa AS adalah lebih mulia berbanding Muhammad SAW dengan kehadiran Nama Isa yang melebihi Nama Muhammad SAW di dalam Al-Quran.. 
Sebagai Contoh, Anda Semua adalah tetamu yang datang beraya di rumah saya Pada Aidilfitri yang lepas, Mengapa Perlu saya memuliakan diri saya sedangkan Tetamulah yang wajar dimuliakan terlebih dahulu.. Samalah Dengan Konsep Nabi Isa AS dan Muhammad SAW.. Mengapa perlu memuliakan Muhammad SAW dalam risalah yang merupakan Wahyunya, yang secara azalinya disampaikan oleh Baginda Muhammad SAW sendiri, dan megapa perlu memuliakanya lagi sedangkan Baginda Sudah Tersedia Mulia.. 

Tambahan pula Allah telah menetapkan bahawa semua nabi bermula dari Nabi Adam hinggalah Nabi Isa a.s terikat dengan janji bahawa mereka akan beriman dan seterusnya membela atau membantu Rasulullah s. a. w. Firman Allah yang bermaksud: 
Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil perjanjian dari para nabi: “Sungguh, apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa kitab dan hikmah, kemudian datang kepadamu seorang rasul yang membenarkan apa yang ada padamu, niscaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya”. ( Surah Ibrahim : 81).
Dan lagi, Pendakyah Kristian turut memesongkan Fakta dimana mereka menafikan bahawa Muhammad SAW adalah nabi akhir zaman. Mereka Sering mencetuskan pertikaman lidah dengan mempertikaikan Nabi Muhammad adalah nabi akhir zaman, Bagaimana Muhammad SAW boleh menjadi Nabi Akhir Zaman sedangkan Isa AS bakal turun kembali kebumi setelah diangkat oleh Allah pada Akhir Zaman Esok.. Dan isu inilah yang sering menggugurkan akidah sesorang bagi mereka yang tidak kukuh bertapak..


Sebagi Contoh, ada empat orang adik beradik, si abang kerja luar negara tak balik-balik, Pendek cerita kesemua ahli keluarga dan adik-beradiknya meniggal, dan kini tinggal si abang. Dan pembahagian harta harus dilakukan, Kebetulan si abang pula pulang kekampung. Peguam yang menguruskan harta bertanya kepada si abang, Anda  siapa, adakah si abang akan mengatakan bahawa dia anak bongsu dalam keluarga tersebut? Pasti Tidak bukan, Sudah pasti dia masih akan mengatakan bahawa dia adalah anak sulung dalam keluarga tersebut.. Dan beginilah situasi bagi Isu Nabi Muhammad SAW Nabi Akhir Zaman..

p/s - entry ini bersambung kerana kehuatiran entry ini akan terlalu panjang..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player