Google Website Translator Gadget

Jun 6, 2011

"Qiamullail" - Sumber kekuatan rohani..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


[1] Wahai orang yang berselimut!. [2] Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat) [3] Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, [4] Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil". [5] (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya). [6] Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya. [7] (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya; [8] Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Al-Muzzammil (Ayat 1-8)

Solat Tahajjud,
Solat Tahajjud ialah solat sunat yang didirikan setelah terbangun dari tidur,walaupun tidur sebentar. Waktunya antara isyak sampai Subuh.Waktu utama dari satu sampai Subuh. Jumlah rakaat tidak terbatas,paling kurang dua rakaat.Jadi cara melakukan hendaklah tiap dua rakaat dengan satu salam.  Banyak ganjaran yang diperolehi bila selalu mendirikan Solat Tahajjud. Antara lain mudah mendapat rezeki dan doa dimakbulkan Allah. 
  • Lafaz niat:
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akbar.
" Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
  • Pada rakaat pertama ucaplah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun .Rakaat kedua ucaplah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas
  • Semasa sujud akhir pada rakaat kedua ucapkanlah sebanyak tiga kali,iaitu

Ertinya: 
"Oh Tuhanku masukkanlah aku daripada pintu kebenaran dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran juga dan kurniakanlah bagiku daripadamu seorang penolong

  • Selepas memberi salam ucaplah doa :

Ertinya : 
" Ya Allah bagimu segala puji. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagimulah segala puji,Engkaulah raja penguasa langit dan bumi. Bagi Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi., Engkaulah yang hak dan janjimu adalah benar ,dan perjumpaanmu itu adalah hak dan firmanmu adalah benar dan syurga adalah hak dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu hak benar , dan Nabi Muhammad SAW adalah benar ,dan saat hari kiamat itu benar .Ya Allah kepadamulah kami berserah diri(bertawakal), kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepadamulah kami rindu,dan kepada engkaulah kami berhukum

Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan maupun yang kami nyatakan". Engkaulah tuhan yang terdahulu dan tuhan yang terakhir .Tiada Tuhan melainkan engkau Allah Rabbul'alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah"


Kelebihan Qiamullail,
Daripada Abu Hurairah : Aku bertanya : 
Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku tentang suatu amalan yang membolehkan aku masuk Syurga lalu nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya engkau akan masuk Syurga dengan selamat – Dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Ibnu Habban dengan sanad sohih
Daripada Abdullah bin Salam katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : 
Wahai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, jalinkanlah silaturrahim dan bangunlah untuk dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya kamu akan masuk Syurga dengan selamat – Dikeluarkan oleh Tarmizi, Ahmad, Hakim, Darimi, Ibnu Majah dan Ibnu Saad dengan sanad sohih
Daripada Abu Hurairah katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :
Puasa yang paling afdhal selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah Muharram dan sembahyang sunat yang paling afdhal selepas solat fardhu ialah solat pada waktu malam – Dikeluarkan oleh Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasaie, Ibnu Khuzaimah, Ahmad, Darimi, dan Baihaqi dengan sanad sohih
Daripada Abdullah ibnu Umar katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : 
Wahai Abdullah ibnu Umar! Janganlah engkau menjadi seperti si Pulan di mana dia bangun pada waktu malam tetapi dia tidak melakukan ibadat qiamullail – Dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Ahmad  dengan sanad sohih


Janji dan nikmat Allah kepada manusia sebagimana lazimnya ayat-ayat Allah, setiap diceritakan atau didatangkan khabar berbentuk ancaman bagi orang-orang yang menderhaka dan melanggar suruhanya, maka dikahabarkan juga berita gembira bagi orang-orang yang mentaati perintah-Nya.

Sememangnya Qiyam bukanlah sesuatu yang wajib, Tetapi Qiyam merupakan santapan rohani bagi setiap islam, Qiyam mengajar setiap individu muslim supaya tidak mempunyai perasaan atau merasakan diri sesorang individu itu terlepas dari dosa dan perkara-perkara yang dimurkai-Nya. Sesungguhnya kita sudah menyimpang terlampau jauh dalam kehidupan seharian kita, kita seharusnya bermuhasabah diri bagi menginsafi kedosaaan dan kecelaan yang telah kita lakukan.

Bagi mereka yang menegakkan Qiyam, nescaya teranglah kubur-kubur mereka, Dimana sekalian manusia sedang nyenyak dibuai mimpi, Namum meraka gagah melekatkan pelita mereka bagi menerangi malam-malam Qiyam mereka,

Qiamullail adalah satu cara mendekatkan diri kepada Allah yang sangat dituntut oleh agama. Qiamullail adalah bangun sepertiga malam untuk melakukan ibadat tertentu seperti solat, doa, zikir dan sebagainya. Qiamullail  juga adalah sumber kekuatan rohani bagi orang mukmin, kalau dilihat sewaktu zaman rasulullah SAW, para sahabat telah diwajibkn selama setahun. Disini mengambarkanbetapa pentingnya Qiyam dalam mendidik dan membentuk aqidah yang mantap.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, Sesungguhnya kami rindu akan Qiamullail mu Ya Allah, Sesungguhnya kami telah jauh dari jalan taubat-Mu Ya Allah, Sesunggunya kami adalah ummat mu yang lemah. Berikanlah kami kekuatan dalam kami menegakkan kan Qiyam-Mu Ya Allah. Sesungguhnya kami lebih sanggup membiarkan syaitan yang merupakan musuh ku yang nya membisikkan dalam dirikami kemalasan dan kepayahan dalam melakukan Qiyam, Dari kami takutkan Engkau dan Keberkatan engkau Ya Allah. Sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri. Ya Allah kuatkanlah iman dan taqwa kami Ya Allah, Insya'Allah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player