Google Website Translator Gadget

Sep 12, 2011

Sistem Syura..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Mereka sibuk dengan isu pentadbiran british, Mereka sibuk dengan isu mempertahankan bangsa, dan mereka sibuk dengan idology Komunisme. Entry ni mungkin tidak jauh bercanggah dengan Entry ini tetapi Entry kali ini adalah lebih kearah kefahaman Syura atau pemerintahan berlandaskan syariat atau wahyu.. 

Hati ini tergerak menekankan isu ini adalah kerana ramai pihak yang masih tidak mengerti kesamarataan sistem syura samada anda Budha, Hindu, Kristian mahupun Islam sendiri. Dimana segelintir pendapat menggap sistem Syura tidaklah efektive sekiranya dilaksanakan di dalam Malaysia akibat dari pada tempias isu Rakyat  Majmuk dan juga tempiasa idology Satu Malaysia.. 

Sesungguhnya dalam sistem pemerintahan atau pentadbiran negara Islam, prinsip keadilan dan persamaan hak adalah penting dalam menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyatnya tidak kiralah umat Islam mahupun bukan Islam. Ini dapat dilihat pada zaman pemerintahan Rasullullah s.a.w yang telah berjaya menubuhkan sebuah negara Islam yang mengamalkan sistem pemerintahan dan perundangan yang berasaskan syariat islam. Semua rakyatnya mendapat hak yang adil dan saksama. Walaupun menghadapi tentangan daripada kaum Quraisy Makkah dan gangguan daripada Yahudi dan kaum bukan Islam. 

Ia terbentuk berdasarkan sebuah kanun atau perjanjian bertulis iaitu Piagam Madinah yang telah dibentuk berdasarkan wahyu.. Ia mengandungi beberapa fasal yang melibatkan hubungan antara orang Islam dan bukan Islam dan merangkumi aspek politik, agama, sosial, ekonomi dan ketenteraan. Dalam bidang politik, semua manusia adalah berprinsipkan sama rata dalam Islam. Sistem pemerintahan yang berasaskan sistem syura adalah tidak sama dengan sistem demokrasi yang telah dijalankan oleh negara kita sekarang ini. Ia dapat dliihat dari segi hak dan tanggugngjawab rakyatnya. 
Syura adalah suatu bentuk perbincangan yang membawa kepada kebenaran dan ketepatan dalam menyelesaikan masalah. (Al-Nasafi)
Undang-undang Syura ataupun syariat adalah telah ditetapkan oleh Allah s.w.t yang mencakupi segala kehidupan manusia tidak kira dari aspek politik, ekonomi, mahupun sosial atau muamalat. Oleh itu sistem syura adalah merupakan suatu sistem pemerintahan yang berlandaskan syariat yang telah digariskan oleh Allah s.w.t dalam al-Quran. Sistem syura ini adalah merupakan suatu sistem yang dicernakan sejak zaman Rasulullah s.a.w untuk melaksanakan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dengan cara bermusyawwarah.

Definisi syura adalah kata nama daripada perkataan “Al-Musyawwaratun” atau “Watasyawwarun” bererti mengutarakan pendapat (Dr. Lukman Thaib, 1995). Definisi syura ini jelas menunjukkan bahawa pendapat adalah diutamakan di dalam sesebuah perkara. Melalui prinsip ini peranan ummah atau rakyat Islam adalah dipentingkan di dalam perlaksanaan dan pembuatan sesuatu dasar yang berlandaskan al-Quran.

Sebaliknya Islam sebagai satu agama yang mempunyai prinsip keimanan yang tinggi kepada Tuhan, mengasaskan sesebuah negara itu berdasarkan kekuasaan Allah dan manusia pula ditugaskan sebagai khalifah. Amalan-amalan di dalam demokrasi Islam adalah merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah. Bagi demokrasi liberal menurut setengah-setengah sarjana menganggap demokrasi sebagai asas atau dasar manakala sebahagian yang lain pula mendefinisikannya sebagai bentuk atau kaedah. Namun begitu kebanyakan sarjana bersependapat bahawa demokrasi ialah sistem yang berasaskan pihak berasingan yang majoriti, pentadbir menghormati hak minoriti (Dr. Lukman Thaib 1995:8).
Allah SWT telah menyatakan di dalam kitabnya akan kebatilan mana-mana perundangan yang menyimpang daripada apa yang telah ditetapkannya.
“Ingatlah, kepunyaan Allah hak ciptaan dan segala urusan“ (Al- A'raf 54)
“Hukum itu tidak lain hanya bagi  Allah.. Dia menyuruh supaya kamu jangan menyembah  melainkan kepadanya. Demikian itulah agama yang lurus”.( Yusuf 40)
Dari Dr. Solah Sowi bahawa meletakkan kekuasaan tertinggi di tangan rakyat adalah merupakan perkara yang bertentangan dengan agama Islam dan juga agama-agama samawi yang  lain. Semenjak Nabi Adam A.S. diciptakan sehinggalah lahirnya Nabi Muhammad SAW tiadalah kuasa tertinggi dalam pentadbiran melainkan syariat Allah SWT sahaja.   

Jelasnya perlembagaan tertinggi hanyalah terletak kepada syara’ dan tidak kepada selainnya. Keseluruhan undang-undang yang menuntut  kepada perintah yang berkaitan dengan mukallaf ataupun pilihan kepada hambanya hanyalah milik Allah SWT sahaja. Manakala manusia tiada baginya hak sedikitpun untuk mengubah mana-mana ketetapan yang telah nyata dan pasti melalui petunjuk dan wahyunya.
Sumber :
Wallahualam.. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player