Google Website Translator Gadget

Sep 25, 2011

Bukan Sekadar Syahadah..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Gempar.. Isu Sebuah Filem tempatan yang baru-baru ini mempermainkan Syadah. Isu syahadah ini bukanlah satu isu yang boleh dipandang enteng, Namun situasi kini mengambarkan sebaliknya. Dimana terdapat sesetengah pihak yang mengangap semua hukum Allah itu sebagai gurauan termasuklah dari isu syahadah, Hukum Halal dan HaramNya sehinggalah ke isu mengambil ringan dalam Ikhtilat dan Auratnya.. 
“dan katakanlah kebenaran itu adalah dari Tuhan kamu.” (Al-Kahfi 18:29)
Setiap hari, setiap waktu kita Mengucap dua kalimah syadah.. Namun sedarkah kita Ia Bukan sekadarlah  hanya Syahadah.. 


Syahadah merupakan Kalimah pertama dan salah satu faktor yang utama dalam dasar-dasr Islam. Hal ini kerana tidak sah keislaman seseorang itu tanpa melafaskanya.. Namun sadarkah kita yang ia bukan sahaja kalimah, tetapi ia lebih merangkumi kepada Pengakuan, Pengetahuan, Pemberitahuan, menerangkan dan menjelaskan mengenai keyakinan Kita kepada Allah SWT yang wajib disembah dan mengakui bahawa Muhammad Itu Pesuruh Allah. 

Dan lagi, Syahadah Merupakan Syahadatul Haq yang meliputi konsep Pengakuan dan Kebenaran.
“sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu dengan membawa kebenaran ; oleh itu hendaklah Engkau mmenyembah Allah dengan mengikhlaskan agama semata kepadaNya .” (Az-Zumar 39 : 2)
Syahadatul Haq merupakan satu pengakuan dan penjelasan ikrar daripada seorang hamba untuk bertuhankan Allah dan bernaqibkan Nabi Muhammad SAW. Ia adalah garis pemisah antara yang batil dan yang hak. 

Or in simple words, Syahadah adalah satu penyaksian dan pengakuan dimana kita bersaksi dan mengakui Bahawa Allah adalah satu-satunya tuhan yang berhak disembah dan tuhan yang mengaturkan sesutau yang baik atau buruk, dan hanya kepada Allah tempat kebergantungan kita.

Seterusnya, Kita mengankat dan bersaksikan bahawa nabi muhammad itu perseuruh Allah yang membawa dan menjunjung Syiar-syiar dan syariah Allah bersama Wahyunya dan Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai disisi Allah.. Namun sebaliknya pula bagi orang-orang yang Munafik..   Allah SWT berfirman..
“Apabila orang-orang Munafik datang kepada mu (wahai Muhammad), mereka berkata: “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau, sebenarnya Rasulullah.” Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa enqkau sebenar-benarnya Rasulullah.” Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau sebenarnya ialah Rasulnya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.” 
Syed Qutb menjelaskan: 
Sesunguhnya ciri pertama yang membezakan tabiat (masyarakat Islam) ialah masyarakat yang tegak di atas dasar mengabdikan diri hanya kepada Allah di dalam semua perkara dan semua urusan perhambaan ini dilambang dan dibentuk oleh syahadah, (sesungguhnya tidak ada tuhan yang disembah kecuali Alllah dan sesungguhnya Muhammad SAW itu pesuruh Allah).
Dr.Abdul Karim Zaidan menjelaskan bahawa al-syahadah bererti pengakuan, pemberitahuan dan keterangan. Sebab itulah orang yang menyaksikan sesuatu peristiwa itu dinamakan saksi, kerana dia memberitahu engan apa yang diketahuinya, baik dengan secara perkataan mahupun dalam bentuk perbuatan.

Ustaz Sulaiman Yasin menyatakan syahadah ialah lafaz yang khusus diucapkan oleh seseorang untuk mengkhabarkan apa yang berlaku dalam diri seorang tentang ilmu atau keyakinan akan mewujudkan zat Allah , ketunggalan dan keesaan Allah, juga tentang kebenaran rasul dan kebenaran apa yang disampaikan.

Wallahualam..
  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player