Google Website Translator Gadget

Jul 12, 2011

Ishh.. Ditegur salah, Tidak ditegur serbasalah..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
A - "Cantik keeee? Tak elok orang pandang.. Nanti pandangan masyarakat  macam mana? orang dah straight away boleh fitnah.. pakai pengilat kuku ( nak eje quetex takut salah) mesti tak sembayang.. Kan kita diwajibkan untuk jaga semua tu.. elakan dari fitnah bukan menimbulkan fitnah.. ^_^"

B - Whatever you sayyy! Mmg orang pakai nail polish jahat. Suit yourself, may you find better friends ahead aite?

C - "sy pkai bersebab! bkn sj2 xnak solat la derr! then xsmestinya org xpakai tu pon solat.ntah2 lg truk.huhu"

A - "takpelah sampi situ je lah.. as what you said.. pakai bersebab.. and one thing i didn't said sape2 pakai nail polish jahat.. I just said that.. lebih elok tak pakai.. takde timbul fitnah semua.. aku tegor ape yang aku rase patut tegor tu jea.. yang lain terpulang lah kat individu sendiri.."
Sabda Rasulullah S.A.W.
“Sesiapa antara kamu yang melihat satu kemungkaran, maka ubahlah ia dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka ubahlah dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu ubahlah dengan hatinya dan itu selemah-lemah iman.” (hadis Muslim)
Ya Allah salahkah aku menegur.. Tidak ditegur kata kawan.. Ditegur begini pulak jadinya.. Bukanlah niat dihati hendak menjatuhkan dan mengatakan yang dia jahat, Tapi niat dihati hendak tengok kita sama-sama berjaya dunia dan akhirat, Niat dihati hendak melihat syariat Allah itu dihormati dan ditegakkan... Salah ke aku Ya Allah.. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“ Berbicaralah kepada manusia menurut kadar kemampuan akal mereka masing-masing” (riwayat Muslim)
Aku cuba menegur degan cara tidak terlalu deras dan tegas, namun tidak juga aku tegur degan terlalu lembut.. Aku cuba mengalas teguranku degan cara tidak langsung kearah point yang aku cuba sampaikan.. Ya Allah kurnikanlah hidayah kepada mereka Ya Allah, Janganlah kau tutup hati mereka dari menerima hidayah mu Ya Allah.. Ternyata betulah ape yang berlegar difikiran ku, Memang sukar menegur orang yang sudah tahu.. 
 

Bukanlah niat dihati hendak mengatakan yang aku ini baik manakal yang engkau itu jahat, Dihati cuma ada perasaan kasih-sayang kerana Allah sebagai saudara semuslim dan kawan sekuliah. Tidak pernah telintas aku memandang engkau rendah, kerana semua nikmat itu datang dari Allah.. Mungkin juga aku tidak layak untuk menegurnya, Namun tidak salah jika  aku mencuba, Sekurang-kurangnya niat dihati untuk menegur dan mengajak kepada kebenaran dapat juga kurialisasikan.. 


Memang sudah menjadi lumrah bagi setiap muslim yang beriman kepada Tuhannya untuk merasa cemburu terhadap kemungkaran yang berlaku di hadapan mata. Begitulah juga diriku yang cuba untuk menghalang kemungkaran itu terus berlaku..  Begitulah sepatutnya yang perlu ada dalam setiap jiwa muslim hari ini. Merasa benci dan tidak setuju dengan ‘muhkhalafah syar`iyyah’ yang terjadi.


Mungkin benar kata mereka, Itu semua bersebab.. Tetapi sekuat mana sebab mu itu jikalau hendak dibandingkan dengan syariat Allah?.. Ingatlah setiap perbuatan kita diatas bumi ini akan disoalkan kembali diakhirat kelak.. Aku tidak mahu mengambil share dan saham kemungkaran yang telah engkau lakukan kerana aku tidak menegur engkau.. Mungkin juga sering dikatakan " aku pakai nail polish masa aku uzur, Bukan masa aku tidak uzur dan aku boleh sembahyang. Nanti dah boleh sembahyang aku tanggalkanlah" Persoalanya bukan Uzur atau Tidak Uzur, Namun persoalanya, Akidah kita dan akhlak kita sebgai seorang muslim dan seorang yang bergelar islam. Sekiranya orang islam itu mewarnakan kukunya seperti orang-orang sudah terang kafirnya, Apakah yang membezakan kita dengan mereka? Bukanlah hendak mengkafirkan mereka, namun imej islam dan imej wanita islam itu haruslah dijaga dan pelihara. sesungguhnya,
“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka”.

Isunya bukan masaalah uzur atau tidak uzur, Sekiranya diwaktu uzur mungkin dianggap halal bagi mereka yang mewarnakan dan mengilatkan kuku kerana mereka tidak mengerjakan solat maka tiada yang dianngap sebagi solatnya tidak sah sekiranya wuduknya tidak sampai keseluruh anggota badan... Walau bagaimanapun itu bukan isunya, isunya adalah perbuatan tersebut boleh menimbulkan fitnah.. Bukankah tidak elok dipandang masyarakat, wanita muslim tapi kuku warna merah hitam kuning..Haruslah difikir pandangan masyarak, Mereka yang pakai nail polish  orang dah straight away boleh fitnah.. pakai pengilat kuku mesti tak sembayang.. bukankah kita diwajibkan bagi mengelakkan  dari berlakunya fitnah bukan menimbulkan fitnah..


 Dalam hadis yang lain diriwiyatkan oleh Imam Ahmad bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud
 "Sesungguhnya Allah, tidak mengazab orang ramai dengan perbuatan yang dilakukan oleh orang yang khusus (Allah tidak mengazabkan orang ramai apabila ada golongan tertentu mengerjakan maksiat di kalangan mereka) sehinggalah mereka melihat maksiat berlaku di kalangan mereka sedangkan mereka mampu mencegahnya tetapi tiba-tiba mereka tidak mencegahnya."


Apabila berlaku demikian Allah Ta’ala mengazabkan orang yang khusus (tertentu) mengerjakan maksiat dan orang ramai yang tidak melakukan maksiat turut sama ditimpakan azab." Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ada menulis dalam artikel nya "Mesti ada tegur menegur antara satu sama".. Maka sudah menjadi kewajipan kita sebagai sesama islam menegur satu sama lain..


Wallahu ‘alam bi sawab.
  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player