Google Website Translator Gadget

Aug 10, 2011

That not love..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Kisah seorang pemuda bernama Leman,


Ada tiga perkara yang apabila terdapat pada diri seseorang, niscaya dia akan merasakan manisnya iman, yaitu Allah & Rasul-Nya lebih dia cintai dibanding yang lain; dia tidak menyukai seseorang kecuali karena Allah; dan dia tidak ingin terjerumus ke dalam kekufuran sebagaimana ia tidak ingin dilempar ke dalam kobaran api neraka
Mungkin pernah hati ini tewas degan cinta insaniah, Mungkin pernah hati ini tewas dengan nafsu, dan Mungkin pernah hati ini tewas dengan wanita. Aku tewas, aku tewas degan pandangan lahiriah, Aku tewas dengan tekanan sebaya dan aku tewas melihat mereka berkasih sayang.
" Eh... Kau bila nak ade Girlfriends, Ehh.. Kau bila nak ade awek"  " tak macho lah takde awek, Kau muke dah ade, duit ade Kereta pun ade, tapi satu je Kau takde awek, Pegilah cari satu.. Tu si dia tu ade.."
Mungkin akibat tekanan sebaya aku hampir terjerumus, Mungkin akibat nikmat kurniaan Allah yang sementara aku terjerumus.. 
" Eh kau dengan si dia tu ade apa-apa ke? Aku tengok kau lately ni rapat semacam je dengan dia, Try dia sudah bukan luak pun, aku tengok pun dia macam syok dekat engkau.."
 Mungkin akibat kebodohan aku aku tertipu, dan mungkin akibat kebodohan aku aku All out..
" Eh kau dengan dia dah? Bile declare? Asal tak declare lagi? Masa apa lagi yang kau nak.. Dulu kau ushar die bukan main.. Ni dah nak dekat dapat kau nak masa-masa lagi.. Declared je sudah nak takut apa?.."
 Mungkin kebodohan aku, aku sanggup bersedih, mungkin kebodohan aku, aku sanggup gadaikan cintaku kepada yang maha esa terhadap sesuatu yang tidak pasti..
" Awak ni saya tak pahamlah, awak nak masa apa lagi.. Saya tunggu lama untuk awak declared, bila saya dah ready awak selalu cakap tak bersedialah ape lah, awak ni betul ke tidak?.."
Mungkin kekhilafan aku, aku mengadaikan hati aku, Hampir setiap hari maksiat menjadi teman ku.. Hampir setiap hari Zina Hati tidak pernah segan menemaniku..
"Ehem, aku tengok naik broga tadi bukan main lagi, Astaghfurullah Hal Azim, Telah ku melmapaui batasku, telah ku melampaui segala yang bukan halal bagi ku.. Ustaz selalu kata, Kalau pegang mereka yang bukan Muhrim ibarat memegang Seekor Babi, Ibarat itu lah dosanya memegang Wanita yang bukan muhrim.. Rakan-rakan ibarat seperti memberi sokongan, Tetapi hati kecilku tetapmengatakan tidak..
Jauh dilubuk hati ku aku takut, Hati kecil ku bersbisik  mengambarkan kerisauan akan kekuasaan Allah.. Jauh dilubuk hatiku aku tahu cinta ku yang agung, tidaklah sepatutnya melebihi cintaku terhadap Insan.. Mungkin bende ini dianggap biasa, tapi aku tidak sanggup menagung seksa yang kalian biasakan.. Namun ku teruskan juga perjuangan "Cinta Suci" itu.. Sejauh mana sucinya.. Waallahualam..
" Rantai leher dan Bunga menjadi hadiah di hari jadi.. Dikatanya sweet di katanya Romantik, Hatiku berbunga, Tanpa rasa sedikit takutkan Allah.. Astaghfirullah Hal Azim, Jahilnya Aku, Hinanya aku dan Kotornya aku.. Namun Kisah cinta kami tidak pernah declared dan tidak pernah Rasmi sehingga..."
Mungkin hatiku jauh, mungkin mentalku jauh dan mungkin nafsuku membuak-buak.. Sehingga, Allah menunjukan kekuasaanya, Allah maha kaya, dan paling penting aku yakin Allah masih sayang Akan aku.. Insya'Allah..
"Hubungan menjadi rengang akibat seorang pemuda, Pemuda tersebut mengait rasa cemburu dihatiku sehingga gugur ketanah dan teruslah terkubur buah cemburu itu tanpa dipungut, dan kami terputus hubungan hampir sebulan dan finally declared-lah saya takut dan tidak berani untuk meneruskanya lagi...Aku takut Allah, Aku tidak sanggup menyuburkan dosa diatas rimbuna kenikmatan Allah.. Alhamdulillah Allah Maha pengasih.. Dan aku bersyukur kepad Allah diatas kehadiran pemuda itu.. "
Mungkin kini bukan lagi mungkin, Kini pasti aku mengikut hawa nafsu, Kini pasti hatini tewas degan wanita, Kini pasti hatiku dan mentalku jauh dari Allah, Kini pasti aku bodoh kerana memilih cinta insaniah, Kini pasti aku bersedih kerana insan bukan kerana Allah.. Dan Kepastian tu aku aku pastikan tidak akan berlaku lagi.. Sedaya upaya aku menghindari diriku dari kancah Al Taqrabu Zina.. Hanya pada Allah aku berserah.. Aku berserah agar Allah mengurniakan Ruh Cintanya terhadap hambanya yang masih tercari-cari ini..
“Sesungguhnya di antara hamba-hamba Allah itu ada beberapa orang yang bukan Nabi dan syuhada menginginkan keadaan seperti mereka, karena kedudukan di sisi Allah.

Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, tolong kami, beritahu siapa mereka?”

Rasulullah Saw. Menjawab, ”Mereka adalah satu kaum yang cinta mencintai dengan ruh Allah tanpa ada hubungan sanak saudara, kerabat di antara mereka, serta tidak ada hubungan harta benda yang ada pada mereka. Maka, demi Allah, wajah-wajah mereka sungguh bercahaya, sedang mereka tidak takut apa-apa di kala orang lain takut, dan mereka tidak berduka cita di kala mereka berduka cita.   (H.R Abu Daud)

Ya Allah! Aku mengharap Cinta-Mu; cinta para hamba yang mencintaimu; dan kecintaan terhadap amal yang bisa mendekatkan diriku pada cinta-Mu
P/s - Aku tewas, dan Insya'Allah.. Tidak Akan tewas lagi, Dan dengan rahmat dan nikmatnya, Kekalahan dan Ke-tewasan itu menjadi peneman aku akan nikmat dan kebesaran Allah yang tidak pernah putus itu.. Insya'Allah.. 
 

1 comment:

cimie said...

ayoh Asyabab, Takbir! Allahuakbar!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player