Google Website Translator Gadget

Aug 25, 2011

Akhirat Kita kejar, Dunia Boleh tunggu...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
"Dari Ibnu Ibnu Umar r.a katanya: rasulullah S.A.W memegang bahuku lalu ia bersabda, Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara). Dan adalah Ibnu Umar r.a berkata:Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi, dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau.."
Melihat kerenah segelintir masyarakat yang sibuk fikir dunia walaupun dalam Ramadhan ini terasa sayup sangat, Tidak sedarkah mereka Allah itu sedang meberikah hadiah dan anugerahnya, Tidak sedarkah Mereka Allah itu sedang menyediakan Bonus yang besar buat mereka lebih-lebih lagi bulan Ramadhan ini.. 

Mungkin agak terlambat Entri ini untuk menyentuh isu sebegini, Tetapi tak salah untuk mengingatkan, Kerana ingat mengingati itu tidak akan pernah putus bagi kita sesama Muslim ini..  

Lihat disana, Buffet Ramadhan, Pandang kanan, SALE baju raya, Tengok Utara Bazar Ramadhannya, dan lihat belakang Jualan Murah Perabotnya, Haih.. Buat apa sibuk mengejar dunia, sekiranya Akhirat kita berciciran.. Nak kejar dunia ni tak terkejar dek kita ini.. 

Masa bukan tunggu kita, Pejam celik sudah hari ke-26 Ramadhan, si dia sibuk mencari baju rayanya, si dia sibuk mengira  Buffet Ramadhannya, Dan si Polan sibuk Beli Emas hendak bergaya masa raya, Bila lagi nak tunjuk Emas Bling-bling ni, Raya satu tahun sekali je.. 

Sedih tengok peluang dan hadiah Allah itu mereka ketepikan, Dunia yang tidak terkejar ni berbondong-bondong bungkus bawak balik.. Astaghfirullah Hal Azim, Bukan lah hendak mengata, atau hendak mengumpat tapi, Keluh Kesah hati melihat Hadiah dan Anugerah Allah itu diketepikan oleh kerana Demam mengejar Raya hanya Allah saja yang tahu..

***********************************  

Bersamalah kita mengambil iktibar dari Keluarga Waris nabi ini sebagi peringatan bersama,

Ketika cucu-cucu Rasulullah SAW ( Hasan dan Husain) sakit, Ali dan Fatimah yang merupakan kedua orang tuanya telah bernazar, Sekiranya anak mereka pulih dari sakitnya, mereka akan Puasa Nazar selama 3 hari, Masa berlalu dan kedua anak mereka sembuh dengan Izin Allah, Maka mereka melaksanakanlah Puasa Nazar tersebut..

Hari Pertama Puasa,
Hari pertama puasa mereka tiada apa-apa untuk dimakan. Ali pergi menemui Shum'un seorang lelaki Yahudi untuk Meminjam Gandum, Dan Ali pulanglah membawa tiga sa' gandum yang dipinjamnya, 1/3 gandum digunakan untuk membuat Roti bagi juadah berbuka puasa.. Setelah selesai solat berjemaah bersama Rasulullah, Ali pulang kerumah dan mendapatai Rotinya telah terhidang untuk santapan berbuka mereka. Namun seorang lelaki miskin telah datang ke rumah mereka..
"Assalamualikum, Wahai ahli keluarga Muhammad. Aku seorang Miskin daripada kalangan ummat Muhammad. Demi Allah, Aku lapar berilah aku moga Allah akan memberikan kamu makanan daripada hidangan syurga" Berkata simiskin yang datang kerumah mereka..
Tidak sampai hati mendengar rayuan si miskin itu, mereka pun memberi makanan yang telah disediakan untuk juadah berbuka mereka itu. Akhirnya mereka hanya minum air untuk berbuka, Sekadar membasah tekak..

Hari Kedua,
Hari kedua Fatimah menggunakan 1/3 dari sebahagian lebihan gandum yang telah dipinjam untuk membuat roti bagi juadah berbuka puasa mereka. Kejadian sama berulang kembali. Dimana seorang Anak yatim pula datang meminta Makanan dari mereka kerana kelaparan..
"Assalamualikum, Wahai ahli keluarga Muhammad. Aku seorang Anak Yatim daripada kalangan ummat Muhammad. Demi Allah, Aku lapar berilah aku moga Allah akan memberikan kamu makanan daripada hidangan syurga" Berkata Anak Yatim yang datang kerumah mereka..
Tidak sampai hati mendengar rayuan Anak Yatim itu, mereka pun memberi makanan yang telah disediakan untuk juadah berbuka mereka pada hari kedua . Akhirnya mereka hanya minum air untuk berbuka pada hari kedua puasa Nazar mereka.. 

Hari Ketiga, 
Hari ketiga  sekali lagi Fatimah menggunakan 1/3  lebihan gandum yang telah tinggal untuk membuat roti bagi juadah berbuka puasa mereka. Kejadian sama berulang kembali. Dimana seorang Tawanan Musyrik  pula datang meminta Makanan dari mereka kerana kelaparan, saat hampir berbuka..    
 "Assalamualikum, Wahai ahli keluarga Muhammad. Aku seorang Tawanan Musyrik dari tawanan Muhammad SAW.."
 Tanpa teragak-agak, Kedua-dua mereka meberikan makanan mereka kepada tawan itu..

Hari Keempat,
Ali membawa Hasan dan Husain menemui Rasulullah SAW. Mereka kelihatan tidak bertenaga kerana sudah tiga hari tiga malam tidak makan apa-apa melainkan hanya air bagi mengalas peurt dan menghilangkan dahaga..

Apabila Rasulullah melihat mereka. Baginda mendapati keadaan mereka agak teruk dengan perut yang kempis tidak berisi berserta mata yang cengkung menahan kelaparan. Rsulullah memohan pertolongan Allahdan turunlah Jibril dan berkata.
"Assalamualaikum, wahai Muhammad dan  keluargamu. Sesunguhnya Tuhan-Mu meyampaikan salam buatmu dan Tahniah buat Ahli Keluargamu" 
Lalu turunlah ayat 8 - 9 daripada surah al-Insan bagi memuji tindakan mereka..
"..Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.QS. Al-Insan  (76) : 9.."
***************************************

Ingatlah, sesunggunya dunia yang kita kejar itu sebenarnya datang hanya dari Allah, Tidaklah Allah mengurniakan rezeki dan Nikmat Allah dengan bayaran dan tax, Allah tidak pernah mintak Apa-apa dengan kita, Bahkan dialah yang memberikan segala nikmat buat kita.. Maka bersama-samalah kita bersyukur dengan nikmat Allah ini. 

Bersyukur bukan sahaja dengan Mengucap Alhamdulillah, Alhamdulillah is Easy to say but Hard  to perform. Bersyukurlah dengan cara kita melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan LarangaNya. Dan ingatlah dunia ini hanya tempat sementara, Kejarlah akhirat yang kekal abadi kelak..  Semoga kita tergolong antara orang yang bersyukur.. Insya'Allah..


p/s - Dunia tidak habis dipandang, tidak habis dirasa, tidak habis didengar, dan tidak terkejar jika dikejar.. Kejarlah Akhirat, Bukanlah Akhirat itu boleh dikejar, Tapi orang berusaha mencari Akhirat, nescaya Ketakqwaan Allah bersamanya.. Insya'Allah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player