Google Website Translator Gadget

Aug 7, 2011

Mungkin Bakal Tiba Masaku

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:”Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab:”Ya.” Allah bertanya lagi: “Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?” Malaikat menjawab:”Ya”. Allah bertanya kali ketiga:”Apakah kata hamba-Ku?”Malaikat menjawab:”Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali”. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya:”Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran’.” 
Hatiku berdebar diberitakan tentang kematian, Semalam ku dikhabarkan kematian Bapa Seorang Rakan, Hari ini ku dikhabarkan berita tentang kematian abang seorang shabat.. Mungkinkah akan tiba masaku.. Hatiku berdebar stiap kali sesudah habis solat jemaah, Belum salam tiba hatiku sudah mula berdebar ketakutan dan kegelisahan.. Mungkinkah hati ku berdebar kerana mu atau mungkinkah hati ku berdebar kerana ini soalt ku yang terakhir.. Setiap solat ku dan setiap Al-fatihah ku kuhayaiti maknanya, ku fahami maksudnya, Mungkinkah ini kali terakhir aku memebacakan dan mengumandangkan Al-fatihah dalam solat ku.. 

Hatiku berdebar stiapkali imam selesai meberikan salam, hatiku berdebar imam mengumandangkan doa, dan hatiku tersentak dan terharu imam membacakan zikir.. Ya Allah.. Adakah ini perasaan takut kepadamu atau perassan takut ku yang mungkin ini solat jemaah ku yang terakhir..

Sesudah imam selesai mengumandangkan doa serta witirnya, kaki ku berat melagkah keluar masjid, dan setiap kali tu jugalah mata ku terpana melihat keindahan cahaya bulan.. Daripada bulan sabit hingga separa bulan aku melihatnya, dan sekali lagi hatiku tersentak dan hampir ku menitiskan air mataku.. Mungkinkah ini tanda takutku akan kekuasaan mu atau ini tanda ketakutan ku meninggalkan dunia yang fanaa ini.. Hari-kehari masaku bakal tiba, dan semua itu rahasiamu Ya Allah.. 
Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”satu jenazah berlalu di hadapan Rasulullah s.a.w lalu baginda berdiri. Kami pun berdiri juga mengikut baginda. Kemudian kami berkata:”Ya rasulullah! Itu jenazah orang Yahudi.” Sabda baginda:”Kematian itu mengejutkan. Oleh itu bila kamu melihat jenazah (lalu) berdirilah.”
Sesungguhnya kematian itu mengejutkan, dan mungkin keterkejutan itu lah yang bakan mengambil nyawaku.. Mungkin esok munkin lusa dan mungkin juga sekarang ini.. Mungkin aku sempat bersolat subuh namun keyakinan ku tidaklah sehingga aku sempat untuk solat zohor, asar maghrib mahupun Isyak.. Mataku memandang langit dan memikirkan bahawanya semuaini adalah kekuasaan Allah dan Atas kekuasaan Allah juga aku lahir dan atas kekuasaan Allah itu jugalah satu masa aku bakal dipanggil mengadapnya kembali..

Ya Allah hanya satu pintaku, Matikanlah aku dalam keadaan husnul khatimah bukanya dalam suul khatimah.. sesungguhnya aku berserah kepada mu 100% siang dan malam ku hanya kuserahkan buatmu, dan amal ibadah ku ikhlas kerana mu dan tidaklah ku mengharapkan pembalasan dari amal ibadahku kerana amal ibadah ku hanyalah sebagai bekalan ku menjuju kehidupan hakiki kelak..


Sesungguhnya aku berserah
hidup dan matiku kepada-Mu...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player