Google Website Translator Gadget

Apr 28, 2011

ummul hadis

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

"Dari Sayidina 'Umar R.A berkata : -

Telah datang seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berambut sangat hitam tanpa ada sebarang tanda-tanda musafir dimilikinya, dan tiada seorangpun dari kami mengenalinya ketika kami sedang duduk di sisi rasulullah S.A.W. Lelaki tersebut terus menuju kehadapan Muhammad S.A.W, lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata, "Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang Islam."

Lalu Rasulullah SAW bersabda: 
  • "lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah,"
  • "(dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang,"
  • "mengeluarkan zakat,"
  • "berpuasa di bulan Ramadhan,"
  • "menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya."
Lelaki tersebut berkata, "Benarlah engkau."

Maka kamipun berasa hairan kerana bertanya dan beliau mengiyakan atau membenarkanya. Kemudian ditanyakan Muhammad S.A.W oleh lelaki tersebut "Terangkan kepadaku tentang Iman"

Baginda bersabda, 
  • "(lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah,"
  • "percaya para MalaikatNya, kitab-kitabNya,"
  • "percaya para RasulNya,"
  • "percaya hari Qiamat" 
  • "dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk."
Lelaki itu berkata, "Benarlah engkau."
Dia berkata lagi, "Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan"
Baginda Muhammad S.A.W bersabda,
"Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu."
Lelaki itu bertanya lagi, "Terangkan kepadaku tentang Qiamat"
Baginda bersabda, 
 "Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya."
"Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya (Qiamat)" Balas lelaki tersebut.
Baginda bersabda, 
  • (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya 
  • dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).

Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya, "Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu?"
Aku berkata, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui."
Baginda bersabda, "Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu."
                                                                                                                
                                                                                                                     Hadis Riwayat Muslim 
Sesunguhnya hadis di atas sudah cukup untuk menerangkan tentang keempat-empat syariat penting dalam metauhidkan diri kepada Allah S.W.T, kerana didalam hadis ini telah cukup menerangkan kepada umat manusia yang bergelar muslim akan Islam, Iman, Ehsan serta Hari Qimat. Oleh sebab kesempurnaan hadis ini hadis ini di katakan sebagai Ummul Hadis . Namun manusia sering kali gagal dalam mematuhi perintah Allah S.W.T namun tidak pernah pula gagal dalam melakukan larangan-Nya.  Justeru kita sebagai ummah akhir zaman ini harus menguatkan serta memperkukuhkan lagi pasak kehidupan kita yang sudah longgar ibarat pasak bumi yang telah dimusnahkan oleh tangan-tangan manusia sendiri.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player