Google Website Translator Gadget

Feb 4, 2012

ما الذي يحتفل به....

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
"Pada suatu hari, ketika Aishah menjahit baju pada waktu sahur, tiba-tiba jarumnya terjatuh. Secara kebetulan, lampu yang dipasang sejak tadi dipasang telah malap.

Nabi Muhammad masuk dalam kegelapan tetapi wajahnya yang bercahaya itu menyebabkan Aisyah berjaya mengutip kembali jarum yang terjatuh.

“Wahai Muhammad, alangkah bercahayanya wajahmu,” kata Aisyah.

Kemudian, dia menyambung, “Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?”

Nabi Muhammad menjawab, “Orang yang bakhil.”

Aisyah bertanya lagi, “Siapakah orang yang bakhil?”

“Orang yang bakhil itu ialah orang yang tidak mengucap selawat ke atasku apabila mendengar namaku disebut,” jawab Nabi Muhammad."
12 Rabiul Awal 1433.. 

Eh Maulidur Rasul lah.. 
Berkumandanglah disini dan disana.. 
Media Massa Media Hiburan yang sibuk menyanjung dan mengaungkan Muhammad SAW.. 

Kesal.. 
Terus dengan kekesalan.. 
Mengapa tiba Rabiul Awal baru sibuk nak mengagungkan Imam kita.. 
Saidina Kita dan Maulana kita...  

" Menghayati Perjuangan Rasulullah di TV * "

Demikianlah tema salah sebuah media swasta yang mula menghayati perjuangan Rasul Junjungan.. Barulah mula menyanagkan kisah perjuangan dan kisah tauladan yang memaparkan Akhlak baginda..

**************************

Tanggal 12 Rabiul Awal...
tercatat sejarah seorang pemuda bakal mengemparkan tanah arab jahiliyah dan mengemparkan seluruh alam dengan berkat dan keindahan Akhlak beliau..

Tanggal 12 Rabiul Awal..
Mmencatat sejarah sebagai permulaan Syariat serba lengkap,
syariat yang Kamil lagi Mutakamil..  

Tangal 12 Rabiul Awal..
Mengukir keindahan dunia Hijrah..
Hijrah mengagungkan Allah sebagai tuhan yang esa..

Tuhan yang mencipta dan menghapuskan..
Tuhan yang maha bijak sana merancang..
Tuhan yang mengetahui akan segala yang Hak dan Batil..

Dan Kini selepas 1433 tahun kelahiran beliau..
12 RAbiul Awal masih tetap Gah disambut..

Persoalanya...

Apakah yang kita sambut..
Kita sambut kelahiran seorang Nabi?
Kita sambut kelahiran seorang Rasul?

Atau hanya sekadar itu saja.?

Adakah kita sambut Islam yang dibawa?
Adakah kita menyambut syariat yang dibawa?
Adakah kita sambut Corak dan gaya hidup Baginda?
Adakah kita sambut corak dan gaya pemerintahan yang baginda didik?
Adakah kita menyambut baik Sunnah-sunnah dan Hadis-hadis Baginda?
Adakah kita menyam sifat Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatanoh baginda?
Adakah kita menyambut baik prinsip dan undang-undang yang baginda bawa?

Atau kita hanya sekadar menyambut hari kelahiran Baginda?

Bukankah Kesyumulan Islam yang dibawa oleh baginda?

Apakah yang sebenrnya kita sambut?

Keputeraan baginda?

*********************************

KEPUTERAAN RASULULLAH SAW
Adapun nasab keturunan baginda SAW adalah: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf. Dikatakan bahawa nasib baginda SAW ini sampai kepada Nabi Ismail AS.

Nabi Muhammad SAW lahir pada tahun Gajah iaitu tahun tentera Abrahah melanggar masuk untuk menyerang dan menawan kota Makkah. Namun percubaan untuk menawan Kaabah ini menemuni jalan kegagalan apabila Allah Taala menghantar sekumpulan burung Ababil untuk memusnahkan angkatan tentera Abrahah itu dalam sekelip mata sahaja. Mengikut pendapat yang paling hampir bahawa baginda SAW telah dilahirkan pada 12 Rabiulawal tahun itu (terdapat juga beberapa pendapat lain lagi).

Baginda SAW adalah seorang yatim ketika dilahirkan. Bapanya wafat ketika usia baginda SAW dua bulan dalam kandungan ibunya. Setelah dilahirkan baginda SAW dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib kemudian disusukan oleh Halimah binti Abi Zuwaib dari puak Bani Saad Bakri.

Kampung Bani Saad pada ketika itu mengalami kemarau yang teruk. Setelah sampai Nabi Muhammad SAW untuk menyusu maka kampung tersebut berubah dari sebuah kampung yang tandus kepada sebuah kampung yang subur lagi menghijau. Di kampung ini jugalah baginda SAW telah dibedah perut oleh malaikat ketika usia baginda lima tahun. Ini adalah di antara keberkatan dan mukjizat baginda SAW yang telah dikurniakan oleh Allah Taala.

Ibu baginda SAW telah wafat ketika usia baginda enam tahun. Ini menyebabkan baginda SAW menjadi yatim piatu. Kemudian baginda dipelihara dan dididik pula oleh datuknya Abdul Mutalib sehingga usia baginda lapan tahun. Setelah datuknya meninggal dunia baginda dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.

RASULULLAH SAW UTUSAN ALLAH TAALA
Rasulullah SAW merupakan pesuruh Allah Taala yang diutuskan kepada umat Islam dan seluruhnya. Sebagai umat Islam yang beriman maka wajiblah kita mentaati segala perintah dan suruhan yang datangnya dari junjungan besar Rasulullah SAW tanpa membantahnya walaupun sedikit. Perintah mentaati rasul-Nya amat jelas dinyatakan di dalam nas-nas dari al-Quran al-Karim ataupun al-Hadis antaranya:

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan kepada orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu. Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah an-Nisa: ayat 59).

Oleh itu, sebagai tanda kita mengimani dan mencintai Rasulullah SAW, beberapa perkara yang akan saya nyatakan di bawah ini boleh dijadikan pegangan kita:

BERADAB DENGAN RASULULLAH SAW
Firman Allah Taala bermaksud: 
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasul-Nya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah a-Hujuraat: ayat 1).
Firman Allah Taala bermaksud: 
Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul (Rasulullah SAW) di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (Surah an-Nur: ayat 63).
MENTAATI RASULULLAH SAW
Firman Allah Taala bermaksud: 
Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah SAW) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad: Ayat 33).
Firman Allah Taala bermaksud: 
Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah SAW) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. (Surah al-Hasyr: ayat 7).
Firman Allah Taala bermaksud: 
Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasul-Nya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32).

BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH SAW
Firman Allah Taala bermaksud: 
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
  Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: 
Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).

MENGASIHI RASULULLAH SAW
Firman Allah Taala bermaksud: 
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah ali-Imran: ayat 31).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: 
Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
  Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasul-Nya lebih daripada cinta kepada perkara lain... (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
MENGIKUTI SUNNAH RASULULLAH SAW
Firman Allah Taala bermaksud: 
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Surah al-Ahzab: ayat 21).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: 
Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasul-Nya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).
PENUTUP
Sebagai umat Islam yang sayangkan baginda SAW hendaklah kita mengikuti segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Ini sahajalah bukti yang paling kukuh bahawa kita menyayangi dan mencintai Rasulullah SAW sepenuh jiwa. Akhir sekali, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Sambutan Maulidur Rasul SAW 1433 H / 2012 M kepada seluruh umat Islam. Jadikanlah amalan mengikuti ajaran baginda SAW pada setiap ketika dan bukan sekali dalam setahun.

Wallahualam.

Jan 29, 2012

Dimana Uhibbuki fillah..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)
Aku terus terduduk.. Terduduk termenung.. dimana rakan-rakan ku.. diamana rakan-rakan ku yang dahulu mengular dan mencucuk langit.. Kawan Setoing-toing mencari Tamatagh al-Alam... 

Aku yang terduduk memikir.. Hati kini kian bergelora seribu pertanyaan.. Mr. Brain tidak henti memikir dimana mereka, apakah bahagia mereka dan seronok mereka disaat aku menjauhi mereka.. Sudah dapatkah mereka, dan sudah puaskah mereka mengecapi keseronokan dunyawi.. 

Atau..
Sudah sediakah mereka untuk tiba dan menyambut tangan aku mendaki tangga bersama mencari Keredhaan Allah..
“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)
Ya.. Aku sayang.. Aku sayang kamu semua.. Hanya Allah sahaja tahu.. Tapi Sayangku pada kamu tidak pernah melebihi sayangku Pada Tuhan dan Rasulku..

Sayangku... sehingga takut kamu semua tertimbun dengan keseronokan dunia, Sayangku.. sehingga gentar aku melihat kamu seolah-olah biasa dengan perkara dosa...

Dimana gentarmu wahai sahabat, 
dimana kau campakkan fitrahmu wahai sahabat...

Fitrah yang takut akan dosa..
Fitrah yang cinta akan amal ibadah..
Fitrah yang rindu mencari redha Illahi..
Fitrah yang merindui kehadiran Muhammad..
(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." (al-Zukhruf:67)
Tiadalah aku mahu kita berbalah disaat umat lain gentar berpeluh menunggu nasib...
Tapi mahulah aku kiranya kita saling bertaqwa, terus bersahabat sehingga disana nanti...
"Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya" (Riwayat Abu Daud)
Cukuplah bagiku sekiranya kita mencari cerminan bagi diri masing-masing.. 
Cerminan yang memantulkan Akhlak yang bertuhan dan Illah hanya Pada yang satu... Cerminan yang bukan bertuhankan nafsu dan keasyikan dunia... 

Dimana Uhibbuki Fillah ku..
Yang aku sayang dan Cintai kerana Allah.. 
Dan (Dia) Yang mempersatukan hati mereka orang-orang beriman. Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah al-Anfaal : 63)

"Kau tahu apa itu makna uhibbuki fillah?" .
"Mencintaimu kerana Allah," Ringkas jawapanya
Guys.. My prayers Is Always with you
In hope that one day we will walk hand in hand 
Hand in hand towards what Allah always wanted..

Jan 28, 2012

Istiharkanlah.. Wahai Islam..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


"Akan ada orang-orang yang pandai mengucap al-Quran di bibirnya, akan tetapi tidak sampai di hatinya. mereka menuntut ilmu belajar al-Quran dan menamakan dirinya Qari, mungkin akan ada di antara anda hai sahabatku, maka awas-awaslah terhadap mereka itu kerana, akan melihat kelak bahawa mereka akibatnya akan masuk Neraka.."
Al-Quran  perlembagaan kami.. Mungkin tidak pernah lekang bait-bait ini diperdengarkan serta dipantunkan.. Tapi apakah cara dan usaha kita dalam merialisasikan slogan al-Quran sebagai panduan kami??
"Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong).. (Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.." (Al-KAhfi 1& 2)
Hendaklah kamu beriman dengan sepenuh hatimu berserta pengakuan penuh perasaan bahawa al-Quran adalah Kitab Allah yang diturunkan oleh Allah SWT de dalam hati Rasulullah SAW sebagai pembawa berita gembira dan amaran kepada seluruh alam.. 
Mungkin mudah jika tampak pada Lisan.. Namun perbuatan serta hati bukanlah semudah apa yang ditampak pada kehalusan ukiran lisan.. 

Ketahuilah kau bahawa Allah mencabar orang kafir supaya mendatangkan sebuah kitab yang setanding denganya.. Sedar tidak sedar cabaran ini telah bereterusan semenjak ianya turun sehinggalah hari dimana Allah mewarisi bumi dan orang diatasnya iaini Qiamat.. 
Katakanlah: "Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa al-Qur'an ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya (al-Qur’an), sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain". (Al-Israq 88)
Umumkanlah pada dunia, Bahawa sesiapa yang mengikuti panduan petunjuk Al-Quran dan berjalan diatas perinsip-perinsipnya, maka merekalah orang yang berada di atas hidayah dan laluan yang paling betul serta jalan yang paling lurus..
"Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus." (al-Maidah 15 & 16)
Terangkanlah kepada manusia bahawa al-Quran itu bukanlah khusus untuk sesuatu bangsa atau ajam.. Tapi al-Quran itu milik Allah untuk semua umat dan setiap bangsa.. 
"Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqaan (al-Quran) kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam." (al-Furqan 1)
Serulah dengan sepenuh hati dan tenagamu bahawa sesiapa yang menetang al_quran dan berpaling dari jalanya mereka adalah orang yang paling bodoh, jahil dan zalim pada didri sendiri maka kelak butalah mata hatinya...
“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”. Ia berkata: “Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?” Allah berfirman: “Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan”. (Ta -Ha 124, 125 &126)
Istiharkanlah secara terang-terangan sehingga dapat menegetuk pendengaran mereka yang tidak mengerti.. Mereka yang tidak mengetahui bahawa al-quran itu adalah perlembagaan, Al-Quran itu lambang kebijaksanaan, al-Quran itu manual dalam kehidupan dan al-Quran itu pemandu pelancong bagi tujuan hidup yang mulia dan laluan kemenagan.. 
"Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. " (al-Maidah 49 & 50)

Waallahu Alam..
Jazakumu Allhu Kahir...

Jan 8, 2012

Ya Shyabab Al-Islam..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


"Sekumpulan mukminin yang bepusat dirumah al-arqam, diatas tangan mereka terlaksana kemenangan Islam, dan diatas tangan mereka itulah adalah tangan-tangan para Pemuda Pendukung Syariat dan Pemuda Perwira Islam"
Empat puluh tahun Umur baginda, dikala angka mencecah empat puluhan Rasulullah SAW terus bersinar dan bangkit menjadi Rasul pilihan.. Baginda mendahului Abu bakar sebanyak tiga tahun, Umar genap mencecah 27 tahun manakala Usman lebih muda daripada Baginda SAW dan Ali merupakan antara yang paling muda diantara mereka.. 

Tidak lupa juga, Abdullah ibn' Mas'ud, Abdurrahman bin Auf, al-Arqam, Said bin Zaid, Mus'ab bin Umair, Billal bin Rabah, serta berpuluh-puluh lagi, bahkan beratus-ratus lagi bilanganya..

Mereka semuanya adalah Para pemuda, Para pemuda Shyabab al-Islam.. 

Para pemuda itulah yang telah bersusah payah mengaung jerih perih tangungan yang hebat diatas belakang mereka bebanan dakwah.. Bebanan yang mereka rasakan bahawa di jalan dakwah ini terukir segala kesabaran, dan keazaman.. Azab serta pengorbanan adalah suatu tokok tambah kemanisan dalam syiar menegakkan jalan dakwah... 
“Tidak bergeser kaki seorang hamba pada hari kiamat sampai ia dipertanyakan tentang 4 perkara; tentang usianya untuk apa dihabiskan, tentang masa mudanya untuk apa dipergunakan, tentang hartanya dari mana didapat dan untuk apa dinafkahkan, dan tentang ilmunya untuk apa diamalkan.” 

************************************************************

Harun ar-Rasyid, Uqbah bin Nafi', serta Qutaibah al-Bahili.. Adakah dunia pernah mengenal tokoh yang lebih tinggi dan mulia dari Mereka? Adakah ada Khalifah yang lebih bersimpati terhadap orang lain dan lebih berbelas kasihan? Ataupun lebih terkedepan dan alim daripada mereka?

Merekalah telah melaungkan kebebasan sewaktu umat lain masih dibelenggu perhambaan..  Merekalah menyebarkan tauhid pada hari akal masih terikat belenggu jahiliyah, mereka jugalah yang menegakkan keadilan di ketika mana Parsi dan Rom memperkotak-katikkan bangsa-bangsa untuk kehendak kaki-kaki yang ketagih berperang..

Mereka telah membelanjakan harta didalam kemuliaan, ketika disuatu sudut sana orang lain sibuk mengumpulkan harta-harta kezaliman... Mereka bergadai berhabis menjaga maruah dan kehormatan sewaktu orang lain sibuk menjual ibu-ibu serta adik beradik perempuan..  

Mereka beriman dengan agama, mereka gagah mengangkat dunia juga dengan agama.. Jerih perih kerana dunia, namun perkidmatan mereka tetap kepada agama.. Menghimpunkan antara agama dan dunia supaya gentar musuh Islam memandang gah dan mulia, Insya'Allah Dunia dan Akhirat.. 

Darah para syuhada menjadi wangian bagi para pemuda. Panahan musuh tidak lain menjadi kebangaan dan perhiasan kemegahan dan kesempurnaan. Mengharungi Maut di jalan Allah menjadi nyanyian wanita dan anak kecil.

Perarakkan Syuhada umpama Majlis keramaian dan majlis kegembiraan. Gemercing pedang seakan lantunan musik dan nyanyian yang menghiasi halwa telinga.. Bagi peperangan itu terdapat bayi yang merah  serta enak dibela dan dibelai tangan ibu yang lembut menghayun buaian. 

Bayi yang kini merah pada hakikatnya merupakan satu-satunya generasi, generasi yang jauh tidak seperti generasi lain. Generasi pemuda Ya Shabab al-Islam yang tidak seperti mana-mana pemuda, pemuda perintis tidak seperti baki umat lain... 
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)"
 Mereka adalah datuk moyangku, maka bawakanlah kepada ku orang yang sama seperti mereka..

Mereka yang sama apabila kita bertemu di lain perhimpunan.. Insya'Allah..
Qasidah Nukilan Farazdaq... 

Kami Al-Shyabab...
"Allah Matlamat kami, Rasul ikutan kami, al-Quran perlembagaan kami, Jihad jalan kami, Mati syahid di jalan Allah cita-cita kami tertinggi.."
"Umat kita akan mengetahui bahawa kita...
Tidak menunggang kesusahan dengan penuh kecintaan kepadanya..
Sekiranya kami berjaya, betapa seringnya berlaku..
Segala kesusahan menjadi remeh buat mereka yang mencarinya..
Sekiranya kami menemui kematian, Sesungguhnya telah pun dihidangkan..
Gelas-gelas kematian kepada setiap mereka yang akan meminumya..
Dan Kami pemuda pendokong Islam.. Insya'Allah..
Akan sentiasa bersedia menyambut gelas-gelas kematian demi Jihad Fisabilillah.. 
Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan. (at Taubah 105)
Doa terakhir kami adalah segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam..."
 

 
Jazakumu Allahu Kahiran Kathiran..
Wallahu'Alam..

Jan 2, 2012

Syahid Kerana Syahadah-Nya..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Sayyid Qutb.. 
Walaupun Jasad mu terus ditelan zaman di perkuburan..
Namun, namau terus mekar berkembang dan harum merentasi zaman.. 
Kekuatan akidahmu, ketetapan hatimu hanya pada Syahadah yang satu.. 

Ketetapan Syahadah...
Keteguhan kalimah Lailahaillah Muhammadur Rasulullah
tanpa ragu menggadaikan nyawamu sehingga ke tali gantung.. 

Di Tali gantung terpancar cahaya..
Di Tali gantung terpancar keindahan Syahidmu menegakan Syahadah Allah yang satu.. 
 
Sayyid Qutb gugur di tiang gantungan pada 20 Ogos 1966. Ia dikenali sebagai tokoh yang berjuang di jalan Allah, menyerahkan seluruh hidupnya untuk Allah. Seorang mukmin yang begitu kuat keyakinannya. Ia persembahkan nyawa yang murah kepada keyakinan dan akidahnya.
 
Beliau melalui bertahun usia terakhir di penjara. Ia tuangkan jiwa dan fikiran yang luar biasa dalam lembar tulisan tangannya dengan untaian kata penuh makna dan bernilai sastera. Hampir semua orang yang membacanya, akan rasa getar hati nurani dan fikirannya.

Sayyid Qutb mendapat pendidikan pertama di rumah, daripada orang tuanya yang kuat dan taat beragama. Ketika usia enam tahun, Qutb dihantar ke sekolah rendah di kampungnya, Assiyut. Pada usia tujuh tahun, ia mula menghafal al-Quran dan tiga tahun kemudian menghafal seluruh Al-Quran.

Awal dekad 1940-an, satu era baru bermula dalam kehidupan Sayyid Qutb. Dalam karya pada 1939, beliau mulai menulis beberapa siri At-Taswir Fanni Fi Quran. Tulisan ini mengupas indahnya seni yang ada dalam ayat al-Quran.

Pada 1945, beliau menulis kitab Masyahidul Qiamah Fi Quran yang isinya menggambarkan peristiwa hari kiamat dalam al-Quran. Pada 1948, Sayyid Qutb menghasilkan Al-Adalah al-Ijtima’iyyah Fi Islam atau Keadilan Sosial dalam Islam, menyatakan bahawa keadilan masyarakat sejati hanya akan tercapai apabila masyarakat menerapkan sistem Islam.

Fasa terakhir perjalanan Sayyid Qutb bermula pada 1951, waktu beliau mula bergabung dengan Jama’ah al-Ihkwan al-Muslimun, sehingga beliau meninggal di tali gantung pada 1966. Baginya, masa itu sangat penting dan kerana itu beliau menyatakan 1951 adalah tahun kelahirannya.

Sayyid Qutb bergabung bersama al-Ikhwan al-Muslimun, dua tahun selepas meninggal Imam Hassan al-Banna, pelopor al-Ikhwan pada 1949. Mereka tidak pernah bertemu muka meskipun dilahirkan tahun yang sama 1906 dan mendapat pendidikan di Darul Ulum.

Walaupun begitu, mereka mempunyai kesatuan jiwa dan persamaan orientasi berfikir. Sebelumnya, ketika Hassan al-Banna membaca buku Al-’Adalah al-Ijtima’iyyah Fi Islam karya Sayyid Qutb, dia menganggap pengarang adalah sebahagian daripada Al-Ikhwan. Lalu, Al-Banna menyatakan bahawa ‘orang ini’ (Sayyid Qutb) tidak lama lagi akan bergabung bersama Al-Ikhwan.

Sayyid Qutb juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Hassan al-Banna. Kematian al-Banna sangat terasa dalam jiwanya, walaupun belum pernah bersama dengan al-Banna. Berita kematian al-Banna diterimanya dengan perasaan menyayat hati ketika dirawat di sebuah hospital di Amerika.

Disebabkan orang Amerika bergembira menyambut berita kematian al-Banna, selepas pulang dari Amerika, Sayyid Qutb mengkaji kehidupan al-Banna dan membaca seluruh risalah karangannya. Seterusnya ia pun memutuskan untuk memikul amanah perjuangan Hassan al-Banna.

Pesan utama Sayyid Qutb yang ditekankan dalam tulisan adalah konsep al-Tauhid dari sudut al-Uluhiyyah. Menurutnya, inti tauhid Uluhiyyah adalah hak Allah daripada sudut al-Hakimiyyah dan al-Tasyri (pembuatan peraturan).

Beliau berkata, ikrar syahadah adalah pernyataan revolusi terhadap seluruh kedaulatan yang berkuasa di atas muka bumi-Nya. Maka seluruhnya itu mesti dikembalikan kepada hak-Nya.
Pada 13 Januari 1954, Revolusi Mesir melarang al-Ikhwan al-Muslimun dan pimpinannya ditangkap kerana dituduh hendak merampas kuasa. Tanpa bukti yang jelas, tujuh pemimpin tertinggi al-Ikhwan dijatuhi hukuman mati, termasuk Hassan Hudhaibi, Abdul Qadir Audah dan Syeikh Muhammad Farghali, ketua sukarelawan Mujahidin Ikhwan al-Muslimin di dalam Perang Suez 1948.

Tetapi hukuman terhadap Hassan Hudhaibi diubah menjadi penjara seumur hidup dan Sayyid Qutb dihukum penjara 15 tahun dengan kerja berat.

Pada 1964, Sayyid Qutb dibebaskan atas permintaan peribadi Presiden Iraq, Abdul Salam Arif tetapi pemerintahan Revolusi Mesir belum menerima pembebasan itu. Selepas Presiden Abdul Salam Arif meninggal dalam satu musibah pesawat, Sayyid Qutb ditangkap semula pada tahun berikutnya.

Alasannya beliau dituduh hendak merampas kuasa. Selain itu, Mahkamah Revolusi merujuk pada buku Sayyid Qutb terutama Ma’alim Fi Tariq, yang menyatakan seruan revolusi terhadap seluruh kedaulatan yang tidak berdasarkan syariat Allah.

Sayyid Qutb ditahan bersama seluruh anggota keluarganya. Sebelum hukuman gantung dilaksanakan, Presiden Naser menghantar utusan menemui Sayyid Qutb. Melalui utusan itu Presiden Naser meminta Sayyid Qutb menulis pernyataan memohon ampun supaya ia dibebaskan.

Bagaimanapun Sayyid Qutb dengan tegas menjawab:
“Telunjuk yang bersyahadah setiap kali dalam solat menegaskan bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah, dan aku takkan menulis satu perkataan yang hina. Jika aku dipenjara kerana kebenaran, aku reda. Jika aku dipenjara kerana batil, aku tidak akan menuntut rahmat daripada kebatilan.”

Pada pagi Isnin, 29 Ogos 1966, Sayyid Qutb digantung bersama sahabat seperjuangannya, Muhammad Yusuf Hawwasy dan Abdul Fatah Ismail. Dunia Islam kehilangan salah seorang pejuangnya yang berani mempertaruhkan nyawanya untuk membela kalimah tauhid.
 
Namun, Kehilanganya bukanlah sia-sia.. Kehilanganya terus memerakkan api Jihad dalam diri Mujahid dan Mujahadah yang sentiasa merindui Syahid Di Jalan Allah..

Bait-bait syair terakhir sebelum Ash-Syahid Sayyid Qutb meninggal dunia di tali gantung terus dilaungkan dan di semarakkan dari dahulu sehingga kini walaupun pemergianya telah berzaman meniggalkan kita..
 
Moga rohnya sentiasa dicucuri Rahmat dan semangatnya sentiasa diwarisi...

Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulangku yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat mulia ini
Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan Kekasih yang sedang merinduku
Taman-taman di syurga bangga menerimaku
Burung-burung berkicau riang menyambut ku
Berbahagialah hidupku di alam abadi


Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah roh ku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelana ke alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar

Jazakumu Allahu Khair..
Wallahu'alam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player