Google Website Translator Gadget

Jan 8, 2012

Ya Shyabab Al-Islam..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


"Sekumpulan mukminin yang bepusat dirumah al-arqam, diatas tangan mereka terlaksana kemenangan Islam, dan diatas tangan mereka itulah adalah tangan-tangan para Pemuda Pendukung Syariat dan Pemuda Perwira Islam"
Empat puluh tahun Umur baginda, dikala angka mencecah empat puluhan Rasulullah SAW terus bersinar dan bangkit menjadi Rasul pilihan.. Baginda mendahului Abu bakar sebanyak tiga tahun, Umar genap mencecah 27 tahun manakala Usman lebih muda daripada Baginda SAW dan Ali merupakan antara yang paling muda diantara mereka.. 

Tidak lupa juga, Abdullah ibn' Mas'ud, Abdurrahman bin Auf, al-Arqam, Said bin Zaid, Mus'ab bin Umair, Billal bin Rabah, serta berpuluh-puluh lagi, bahkan beratus-ratus lagi bilanganya..

Mereka semuanya adalah Para pemuda, Para pemuda Shyabab al-Islam.. 

Para pemuda itulah yang telah bersusah payah mengaung jerih perih tangungan yang hebat diatas belakang mereka bebanan dakwah.. Bebanan yang mereka rasakan bahawa di jalan dakwah ini terukir segala kesabaran, dan keazaman.. Azab serta pengorbanan adalah suatu tokok tambah kemanisan dalam syiar menegakkan jalan dakwah... 
“Tidak bergeser kaki seorang hamba pada hari kiamat sampai ia dipertanyakan tentang 4 perkara; tentang usianya untuk apa dihabiskan, tentang masa mudanya untuk apa dipergunakan, tentang hartanya dari mana didapat dan untuk apa dinafkahkan, dan tentang ilmunya untuk apa diamalkan.” 

************************************************************

Harun ar-Rasyid, Uqbah bin Nafi', serta Qutaibah al-Bahili.. Adakah dunia pernah mengenal tokoh yang lebih tinggi dan mulia dari Mereka? Adakah ada Khalifah yang lebih bersimpati terhadap orang lain dan lebih berbelas kasihan? Ataupun lebih terkedepan dan alim daripada mereka?

Merekalah telah melaungkan kebebasan sewaktu umat lain masih dibelenggu perhambaan..  Merekalah menyebarkan tauhid pada hari akal masih terikat belenggu jahiliyah, mereka jugalah yang menegakkan keadilan di ketika mana Parsi dan Rom memperkotak-katikkan bangsa-bangsa untuk kehendak kaki-kaki yang ketagih berperang..

Mereka telah membelanjakan harta didalam kemuliaan, ketika disuatu sudut sana orang lain sibuk mengumpulkan harta-harta kezaliman... Mereka bergadai berhabis menjaga maruah dan kehormatan sewaktu orang lain sibuk menjual ibu-ibu serta adik beradik perempuan..  

Mereka beriman dengan agama, mereka gagah mengangkat dunia juga dengan agama.. Jerih perih kerana dunia, namun perkidmatan mereka tetap kepada agama.. Menghimpunkan antara agama dan dunia supaya gentar musuh Islam memandang gah dan mulia, Insya'Allah Dunia dan Akhirat.. 

Darah para syuhada menjadi wangian bagi para pemuda. Panahan musuh tidak lain menjadi kebangaan dan perhiasan kemegahan dan kesempurnaan. Mengharungi Maut di jalan Allah menjadi nyanyian wanita dan anak kecil.

Perarakkan Syuhada umpama Majlis keramaian dan majlis kegembiraan. Gemercing pedang seakan lantunan musik dan nyanyian yang menghiasi halwa telinga.. Bagi peperangan itu terdapat bayi yang merah  serta enak dibela dan dibelai tangan ibu yang lembut menghayun buaian. 

Bayi yang kini merah pada hakikatnya merupakan satu-satunya generasi, generasi yang jauh tidak seperti generasi lain. Generasi pemuda Ya Shabab al-Islam yang tidak seperti mana-mana pemuda, pemuda perintis tidak seperti baki umat lain... 
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)"
 Mereka adalah datuk moyangku, maka bawakanlah kepada ku orang yang sama seperti mereka..

Mereka yang sama apabila kita bertemu di lain perhimpunan.. Insya'Allah..
Qasidah Nukilan Farazdaq... 

Kami Al-Shyabab...
"Allah Matlamat kami, Rasul ikutan kami, al-Quran perlembagaan kami, Jihad jalan kami, Mati syahid di jalan Allah cita-cita kami tertinggi.."
"Umat kita akan mengetahui bahawa kita...
Tidak menunggang kesusahan dengan penuh kecintaan kepadanya..
Sekiranya kami berjaya, betapa seringnya berlaku..
Segala kesusahan menjadi remeh buat mereka yang mencarinya..
Sekiranya kami menemui kematian, Sesungguhnya telah pun dihidangkan..
Gelas-gelas kematian kepada setiap mereka yang akan meminumya..
Dan Kami pemuda pendokong Islam.. Insya'Allah..
Akan sentiasa bersedia menyambut gelas-gelas kematian demi Jihad Fisabilillah.. 
Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan. (at Taubah 105)
Doa terakhir kami adalah segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam..."
 

 
Jazakumu Allahu Kahiran Kathiran..
Wallahu'Alam..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player