Google Website Translator Gadget

Aug 9, 2011

Berubah dan Mengubah.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Ya Allah lemahnya aku sebagai khalifah mu diatas muka bumimu ini.. Membawa Al-kitab Al-Quran yang satu aku sudah malu dan segan dengan tomahan dan kata-kata masyarakat sekeliling bagaimana aku mahu membawa jihad dan dakwah ku kearah yang lebih baik Ya Allah.. Mungkin aku tidak perlu berperang mempertahankan Islam seperti para sahabat.. Namun berperang dengan diri sendiri saja aku sudah tidak mampu, bagai mana mahu bergolok bergadai dan menitiskan darahku dimedan perang.. Allah, Lemahnya aku..Tetapi tidak terlambat untuk aku berbah dan turut mengubah.. Insya'allah dengan izin Allah...

Ya Allah Aku Malu..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Ya Allah, terkadang aku malu mengadapmu, Terkadang aku malu memohon keampunan dari mu, terkadang aku malu memandang langitmu dan segala keindahan alammu ini Allah. Aku hambamu yang kerdil aku hambamu yang leka dan aku hambamu yang lalai.. Seringkali aku melakukan dosa terhadapmu, dan seringkali itu juga aku memohon kemaafan darimu..  Aku malu, aku malu, aku melakukan dosa dengan panca inderamu, aku malu melakukan dosa dengan nikmatmu yang tidak terkira dan aku malu melakukan dosa dengan kedua belah kakiku berpijak diatas bumimu ini..

Dan hari ini adalah antara hari yang aku berasa sangat malu terhadapmu Ya Allah.. Hari ku kumulakan dengan rasa bersalah dan rasa kecewa terdahap diriku.. Hariku dimula dengan kelakuan dosa ku, hariku dimula dengan sifat sambil lewa ku, hari ku dimula dengan sifat tidak sabarku, hariku dimula dengan sifat amarahku.. Allah, hinanya aku berpijak diatas bumimu dan berpayungkan langitmu.. Seakan tidak layak bagi ku untuk berpijak dibumimu ini..

Hatiku hampa, hatiku sedih memikirkan perkara-perkara dosaku.. Namun aku risau aku mungkin akan mengulanginya lagi kemudian hari.. Aku beristighfar kepadamu dalam masa yang sama aku takut aku bakal membatalkan istighfarku.. Astaghfirullah Hal Azim.. Tuhan yang maha pengampun, hanya padamu aku memohon keampunan dan hanya padamu sahaja aku bertaubat.. Mungkin aku tidak kuat untuk tidak melakukan dosa, dan mungkin aku tidak kuat untuk terus tidak melakukan dosa.. Tetapi tidaklah pernah jemu aku bertawakal kepadamu dalam aku bersabar meninggalkan segala laranganmu dan segala dosa-dosamu.. 

Mungkin benar kata ustaz di surauku merangkap guru sains di sekolah rendahku, Kita kena bersyukur kerana kita melakukan dosa, Kita kena bersyukur kerana dikurniakan rasa menyesal dan rasa bersalah ketika melakukan dosa.. Adakah debaran yang kurasai setiap kali aku melakukan dosa adalah tanda aku takut melakukan dosamu.. Akan tetapi debaran itu tidaklah selalu hadir, debaran itu kadang-kadang hanya hadir sesudah aku melakukan dosa.. Astaghfirullah Hal Azim.. Hanya lafaz istighfar mampu ku alunkan ketika debaran itu tiba, dan hanya rasa bersalahdan rasa pilu hati kesedihan dapat ku talunkan disamping tidak dapat aku memperbetulkan lagi segala perkara dosa yang telah kulakukan..

Namun perkataan berputus asa terhadap mu Ya Allah tidaklah pernah wujud dalam vocabulary dan kamus hidupku.. Aku percaya pintu taubat mu tidak akan pernah tertutup buat hambanya sehingga matahari terbit dari barat.. Dan tidaklah pernah aku berputus harapan dari pada keampunan darimu Ya Allah.. Bismillah Hi Tawakal Tu Ala'allah.. Hanya itu yang lantunkan setiap kali aku mengangkat wudhuku,hanya itu ku lantunkan setiap kali aku mengabdikan dri kepadamu, dan hanya itulah yang kulantunkan dalam setiap perkara harianku.. Dengan harapan rahmat dan redha mu mengiringi segala perkara yang kulakukan.. Insya'Allah.. 




Aug 8, 2011

Ujian, Wudhu dan Solat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Mungkin ujian Allah itu kadang-kadang berat, mungkin juga kadang-kadang ujian Allah itu terlalu susah untuk dihadapi.. Tetapi percayalah tidaklah Allah datangkan sesuatu itu dengan sia-sia.. Bagi saya yang masih terkial-kial mencari keredhaan hidup didunia dan akhirat, Ujian Allah itu tidak ubahlah seperti cubit-cubit sayang Allah dekat kita, Tidak lengkaplah hidup kita kalau tidak ada ujian bukan... Ibarat kita solat, tidak akan lengkap dan sempurnalah solat kita tampa wudhu bagi menyucikanya dan memperbolehkan solat kita..
“Demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar.” ( Al-Baqarah, ayat 155)
Hakikatnya, bukanlah diturunkan ujian Allah itu untuk menyusahkan atau membebankan kita, Tapi sebaliknya ujian Allah itu adalah salah satu mediun dalam syllabus Allah mentalbiyah kita. Ujian Allah itu adalah bertujuan bagi menguji keiman dan ketaqwaan kita kepada Allah.. Sama ada kita seorang yang mudah goyah dengan ujian Allah atau seorang hamba yang bersikap sabar tawadhuk dan tawakal kepada Allah dalam menghadapi ujianya...

Berbalik kepada wudhu dan solat, Cara kta menangani ujian Allah itu haruslah bersifat seperti wudhu dan solat.. Dimana setiap solat itu wajib baginya kita untuk mengangkat wudhu, maka tidak akan sahlah solat sesorang itu  tanpa kehadiran teman rapatnya wudhu itu bukan.. Kita ibaratkan Solat itu adalah ujian Allah, Sebelum kita menunaikan dan mengerjakan solat wudhu itu haruslah diambil dengan sempurna dari Niatnya sehinnggalah rukunya yang terakhir iaitu membasuh kaki dan tertib itu tidak termasuk amalan-amalan sunat dalam wudhu yang digalakkan..

Wudhu itu dimulakan dengan berkumur-kumur membasuh rongga-rongga dan seterusnya di ikuti dengan membasuh muka berserta niat.. Begitulah kita menghadapi ujian Allah sehari-harian, Haruslah kita bermuhasabah diri dengan mengratapi dan menyesali dosa-dosa semalam dan membersihkanya, ibarat kita membasuh muka,  meratapi dan menyesalinya tidaklah cukup, haruslah diikuti dengan niat mahu berubah dan dan niat tidak mahu mengulanginya lagi, Ibarat kita mengangkat niat semasa mengangkat wudhu kita.. Nescaya jalan bagi menghadapi ujian allah itu bakal terbentang luas untuk kita..

Kemudian kita susuli dengan membasuh anggota-anggota badan seperti Mencuci anggota tangan, kepala, telingga dan kaki kita.. Hal ini tidak ubahlah seperti kita mengghadapi ujian Allah.. Sebelum kita menghadapi ujian Allah itu, Tangan kita haruslah suci dari melakukan perkara-perkara dosa dan sentiasa lah berdoa kepada Allah agar dikurnikan rahmatnya dan memperoleh keberkatanya hidup didunia dan akhirat.. Kepala dan pemikiran kita haruslah suci berserta yakin, Istiqomah dan tawakal kita hanya kepada Allah.. Ini kerana setiap ujian itu datang dari Allah dan hanya dari Allah jugalah penyelesaian setiap ujian itu..
“Doa itu bermanfaat terhadap kejadian yang sudah berlaku atau kejadian yang belum berlaku. Oleh itu, wahai hamba Allah, hendaklah kamu berdoa.” (Diriwayatkan oleh Ahmad, Ibn Majah dan lain-lain)
Membasuh telinga tidak ubahlah sepertika kita menjaga pendengaran kita dan memperdengarkanlah diri kita dengan ayat-ayat Allah serta memperdengarkanlah diri kita dengan zikir-zikir dan ceramah-ceramah yang bakal mempertingkatkan ketaqwaan kita terhadap Allah swt. Membasuh kaki adalah ibarat kita menyucikan dirikita dengan mempergerakkkan kaki kita kearah ketaqwaan Allah seperti berjalan bagi menunaikan solat berjemaah, berjalan menuju ke majlis-majlis ilmu, dan juga berjalan mengerjakan amal jariah hanya kerana Allah.. 

Akhir sekali sebelum kita menghadapi ujian Allah itu, tertiplah kita, seperti kita tertip setelah kita berwudhu.. Tertiplah kita dengan yakin dan taat dengan segala perintah Allah itu, tertiplah kita dalam menyelesaikan maslah dan ujian Allah itu, serta tertip dalam setiap perkerjaan kita semoga ujian Allah itu dapatlah kita hadapi dengan hati yang tenang dan keyakinan yang tinggi kepada Allah tuhan yang berhak menetapkan sesuatu kepada hambanya..  Ibarat kita redha dengan ketentuan Allah yang kita harus berwudhu sebelum kita mengerjakan solat-solat kita.. Insya'Allah semoga Allah mengurniakan kekuatan kepada kita dalam menghadapi ujian-ujianya..  
"Sesungguhnya jika Allah mencintai seseorang Hamba maka dia tenggelamkan hamba itu dengan ujian dan cubaan, Ingatlah sekiranya sesorang itu tidak pernah mengalami ujian dan cubaan maka ia jauh dari kasih sayang Allah"



Aug 7, 2011

Mungkin Bakal Tiba Masaku

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:”Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab:”Ya.” Allah bertanya lagi: “Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?” Malaikat menjawab:”Ya”. Allah bertanya kali ketiga:”Apakah kata hamba-Ku?”Malaikat menjawab:”Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali”. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya:”Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran’.” 
Hatiku berdebar diberitakan tentang kematian, Semalam ku dikhabarkan kematian Bapa Seorang Rakan, Hari ini ku dikhabarkan berita tentang kematian abang seorang shabat.. Mungkinkah akan tiba masaku.. Hatiku berdebar stiap kali sesudah habis solat jemaah, Belum salam tiba hatiku sudah mula berdebar ketakutan dan kegelisahan.. Mungkinkah hati ku berdebar kerana mu atau mungkinkah hati ku berdebar kerana ini soalt ku yang terakhir.. Setiap solat ku dan setiap Al-fatihah ku kuhayaiti maknanya, ku fahami maksudnya, Mungkinkah ini kali terakhir aku memebacakan dan mengumandangkan Al-fatihah dalam solat ku.. 

Hatiku berdebar stiapkali imam selesai meberikan salam, hatiku berdebar imam mengumandangkan doa, dan hatiku tersentak dan terharu imam membacakan zikir.. Ya Allah.. Adakah ini perasaan takut kepadamu atau perassan takut ku yang mungkin ini solat jemaah ku yang terakhir..

Sesudah imam selesai mengumandangkan doa serta witirnya, kaki ku berat melagkah keluar masjid, dan setiap kali tu jugalah mata ku terpana melihat keindahan cahaya bulan.. Daripada bulan sabit hingga separa bulan aku melihatnya, dan sekali lagi hatiku tersentak dan hampir ku menitiskan air mataku.. Mungkinkah ini tanda takutku akan kekuasaan mu atau ini tanda ketakutan ku meninggalkan dunia yang fanaa ini.. Hari-kehari masaku bakal tiba, dan semua itu rahasiamu Ya Allah.. 
Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”satu jenazah berlalu di hadapan Rasulullah s.a.w lalu baginda berdiri. Kami pun berdiri juga mengikut baginda. Kemudian kami berkata:”Ya rasulullah! Itu jenazah orang Yahudi.” Sabda baginda:”Kematian itu mengejutkan. Oleh itu bila kamu melihat jenazah (lalu) berdirilah.”
Sesungguhnya kematian itu mengejutkan, dan mungkin keterkejutan itu lah yang bakan mengambil nyawaku.. Mungkin esok munkin lusa dan mungkin juga sekarang ini.. Mungkin aku sempat bersolat subuh namun keyakinan ku tidaklah sehingga aku sempat untuk solat zohor, asar maghrib mahupun Isyak.. Mataku memandang langit dan memikirkan bahawanya semuaini adalah kekuasaan Allah dan Atas kekuasaan Allah juga aku lahir dan atas kekuasaan Allah itu jugalah satu masa aku bakal dipanggil mengadapnya kembali..

Ya Allah hanya satu pintaku, Matikanlah aku dalam keadaan husnul khatimah bukanya dalam suul khatimah.. sesungguhnya aku berserah kepada mu 100% siang dan malam ku hanya kuserahkan buatmu, dan amal ibadah ku ikhlas kerana mu dan tidaklah ku mengharapkan pembalasan dari amal ibadahku kerana amal ibadah ku hanyalah sebagai bekalan ku menjuju kehidupan hakiki kelak..


Sesungguhnya aku berserah
hidup dan matiku kepada-Mu...

Allah Always there..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”
Ya Allah sesungguhnya kau lebih mengetahui segala sesuatu.. Mungkin aku kerap disisihkan, mungkin aku kerap diasingkan dari kawan-kawan ku yang dahulunya berkongsi hilai tawa dan kegembiraan. Namun aku kini sedar sampai bilakah hilai tawa ini akan kekal? Hidup kita didunia bukan sekadar mengecapi rasa gembira dan rasa selesa. Kehidupan tidak ubah seperti Azan dan Iqomat..

Mungkin mereka sibuk mengejar hiburan Dunia, Tetapi aku tahu Hiburan diakhirat sana lebih berkat dan lebih selesa dari didunia ini.. Mungkin mereka sibuk mengejar perempuan didunia, Tetapi akau tahu jodoh dan pertemuan itu semuanya telah dirancangkan sejak anak adam itu lahir kedunia..  Kadang-kadang rasa seronok melihat mereka ada tempat meluahkan rasa rindu, rasa sayang dan rasa cinta..

Tetapi aku tahu aku ada engkau Ya Tuhan ku.. Tuhan yang tidak perlukan pembohongan, Tuhan yang tidak mengecewakan dan tuhan yang kekal abadi.. Sesungguhnya rasa takut dalam diriku ini lebih tebal dari rasa aku ingin bercinta tanpa ikatan yang sah.. Mengapa perlu mendekatkan diri kita kepada kezinaan sedangkan mendekatkan diri kearah keberkatan-Mu Ya Allah lebih manis dari cinta seorang manusia..

Ya Allah sesungguhnya aku lebih rela berada dalam keadaan terasing daripada berada dalam kalangan mereka yang lalai dan jauh dari padamu, Aku rela terasing dari mengejar kesenangan dunia yang berlebihan, Aku rela terasing melihat mereka meraikan kegembiraan dan mengapai cita-cita yang tinggi, Aku rela terasing daripada melihat mereka berlumba-lumba mengejar kesenangan dunia dan mengejar kewangan yang entah sampai bila akan kekal.. Kerana sesungguhnya aku lebih takut akan balasan akhirat, aku lebih takut akan kekuasaanmu dan akau lebih patuh kehendak dan jalan yang telah kau rancang buatku..

Dalam keterasingan, Doaku tidaklah pernah putus buat rakan-rakanku, Mungkin masa mereka belum tiba, Tetapi doa ku panjatkan dalam setiap tidurku agar meraka dapat kembali meniti jalan yang lurus, Jalan orang yang diberi nikmat bukan jalan orang yang dimurkai dan jalan orang yang sesat.. Dalam tangisan aku merintih dan mengakui kesilapan dan kehilafan ku yang sudah lepas mahupun yang terkemudian.. Dalam tangisanku aku merintih agar kami semua dilepaskan dari siksa neraka dan tempatkanlah kami di samping orang-orang yang beriman kelak.. Insya'Allah..

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Kemudian ia akan kembali menjadi seperti permulaannya, dianggap ganjil dan asing semula. Namun berikanlah khabar gembira kepada ghuraba’ iaitu orang-orang yang asing ini”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player