Google Website Translator Gadget

Aug 13, 2012

Tarbiyah The New Ottoman Empayar (1)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
TOPS, Training Of The Palestinian Specialist.
Ya Allah, tiada kata pegantar kata syukur yang dapat ku alun dan lontarkan yang lebih mulia selain dari Alhamdulillah, Ya Segala Puji bagi-Mu Ya Allah, yang terah menyentap batin dan tubuh kaku ini disaat alunan Al-fatihah dialunkan oleh Imam

Hati ku kini tersentak sekali lagi, Ini bukan Imam Abd. Hakim mahupun Hj. Sharom yang mengimami solat Isyak malam ku ini. Hati ku kuat mengatakan Ini Imam dari Palestine yang Diuar-uarkan sehari sebelum ketibaan mereka.

Ya Kali Ini naluri ku terus kuat mengatakan sebegitu, dan terbukilah kini Imam Sulaiman dan Tenaga pengajar Dari Universiti Islam Gaza Imam Muhamed, datang mengjegah bagi menyampaikan Khabar dari Palestine.

Alhamdulillah, Khabar dari saudara dan Ikhwat dari Palestine ini megetarkan dan merafakan kembali semagat yang kian pudar, dan semagat yang telah lama lena dibuai cara hidup ZION yang aku sendiri mengetahu aku hidup didalamnya. Ya Allah Lindungilah aku dari terus leka Ya Allah.. 

Hari ini 12/08 2012, 

Pintu hatiku dikejut dah diketuk terus diketuk oleh TOPS di KUIS dimana aku bentangkan tentang senario sebanar perjuangan pembebasan Palestin hanya akan berlaku apabila umat ini menyokong agenda jihad.



Jihad tidak pernah luput sepanjang zaman, didokong oleh ulama dan pendukong-pendukong baik pada fasa kelemahan apatah lagi pada fasa umat membina kekuatan. Makna kata kerja-kerja membina manusia dengan tarbiyah iman tetap berjalan di saat-saat paling suram dalam sejarah umat ini. Buktinya tersangatlah banyak.
Ketika Turki di cengkam oleh pemikiran Attaturk yang cuba membunuh Islam dari kehidupan umat Islam, para pekerja-pekerja Islam yang ikhlas terus menekuri risalah peninggalan Badi uzaman Said Nursi. Kita menyangka Islam diTurki akan hilang ruhnya apabila Turkilah negara pertama yang mengiktiraf Israel pada tahun 1949 selepas termetri The Rhodes Armistice yang memuktamadkan sempadan negara haram Israel berdasarkan garisan hijau (green line) yang dibatasi oleh sempadan Baitul Makdis Timur dan Tebing Barat sekaligus berdirinay entiti zionis di atas 78% bumi Palestin. 6o tahun selepasnya kita melihat Turki yang kembali bangkit sehingga dijoloki sebagai 'The New Ottoman'. 
Ya dari mana lahirnya figur-figur Raccep Tayyip Erdogan yang menjadi pemimpin paling tegas menghadapi Israel. Bahkan beliau menggunakan hubungan diplomatik dan setiakawan yang telah wujud di antara Turki dan Israel sejak 60 tahun dahulu untuk kembali menjerut regim Zionis itu. Siapa dapat menjangka, hubungan diplomatik yang terbina selama ini menjadi saluran oaling berkesan untuk Turki mengenakan tekanan demi tekanan yang tidak bolih diperlekeh oleh Israel sebagaimana mereka memekakkan telinga dari cemuhan dan kutukan antarabangsa. Inilah dia buah dari tarbiyah - biarlah ia mengambil masa puluhan tahun, ia tetap merupakan jalan keluar dan penyelesaian kepada masalah umat.
Jawapan atau solusi untuk keluar dari kelemahan dan kelesuan umat ini ialah membina manusia - membina ruh, fikrah dan jasadnya dengan acuan Rabbani. Kini kita memetik hasilnya dari satu usaha tulus yang tidak pernah mengenal erti lelah dan menyerah.

Inilah pengajaran yang amat besar bagi umat Islam. Lihatlah kesan dari tarbiyah ini. Tarbiyyah inilah yang menjadi motivasi kepada Ahmad Tovudoglu dan Ermine Erdogan (isteri PM Turki) untuk menjengah saudara-saudaranya yang jauh, nun di bumi Arakan, membelai dan menangis bersama-sama tatkala suadara umat Islam Rohingya yang paling dekat menutup sempadan dan menyerahkan nasib mereka kepada musuh-musuh yang siap untuk menyembelih mereka.

Inilah keajaiban tarbiyah. Jalannya jauh tetapi pasti membuahkan penyelesaian kepada permasalahan umat ini secara tuntas dan penuh kerahmatan.
Insya'Allah, Wahai Ikhwanul Muslimin dan Ikhwat ku di Palestine, Gaza will be Free and Palestine will be ours Insya'Allah.. Because This Ummah Is Our Ummah.. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player