Google Website Translator Gadget

Mar 3, 2012

Eternal Warranty..


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا اِنْ تَمَسَكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوْا اَبَدَ
كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِى
Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya
nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku

Terpaku mata melihat, dan leka jari-jemari terus manaip, menaip bait-bait ilmu yang ditimba dan di tadah untuk disampai, dan Insya'Allah terus disampaikan sekadar yang mampu..
Monitor dan PC menjadi teman baik dikala Goggle Translate dan Thesaurus menjadi peneman memperbetulkan kalimah yang terpadam dari lubuk ingatan dan kotak minda yang kian rapuh..
Namun kota dan negara hati yang terus mengharapkan hidayah dan mengharapkan rasa Cinta kepada Kekasih yang satu dan Tuhan yang mengurniakan hati berserta dengan mata yang mempu melangkauwi pendirian akal dan sekali gus nafsu terus terfikir dan termenung sejenak, dan terus menimbulkan bibit-bibit persoalan..
Persoalan yang timbul sejenak singgah di madrasah Subuh,
Tiada yang kekal abadi bukan? Setiap yang berjalan dimuka bumi ini tiada jaminan bagi mereka bukan? Tetapi mana silapnya, Kenapa tiada jaminan bagi sesuatu itu, paling jauh jaminan mungkin seumur Hidup..
Namun apa jaminan sesudah hidup, Dimana jaminan cagaran seumur hidup yang lenyap dikala jasad kaku menuggu dikambus debu dan tanah berlumpur?
Tetapi kita silap, Islam telah memberikan jaminan jaminan yang sudah ramai mengetahuinya, tetapi sejauh mana kita meyakini jaminan itu, Jaminan yang tiada bakal sesat mereka yang berpegang dengan Kalam Allah dan tutur kata serta perbuatan kekasih Allah yang satu..
********************************************************
Al-Quran menduduki Ranking dan Melebihi dari Carta 20 mahupun Carta Hati dalam kehidupan insan Muslim. Pembangunan pelbagai aspek Tamadun Islam mestilah berteraskan nilai-nilai murni yang bertitik tolak dari panduan wahyu Illahi yakni al-Quran dan al-Sunnah. Bukan berdasarkan panduan jelmaan akal manusia yang terikat dengan suluhan anggota pancaindera manusia semata-mata. Anggota pancaindera terbatas keupayaannya sebagai sumber ilmu.

Mengenai al-Quran, Allah antara lain telah berfirman yang bermaksud,
"Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya al-Kitab (al-Quran) dan Dia tidak mengadakan kebengkokan di dalamnua (1); sebagai bimbingan yang lurus untuk memperingatkan akan siksaan yang sangat pedih dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman,yang mengerjakan amal salih, bahawa mereka akan mendapat pembalasan yang baik (2), mereka kekal di dalamnya untuk selama-lamanya (3)" -surah al-Khafi [18]:ayat 1-3)
Al-Quran al-Karim adalah merupakan mukjizat,imam dan akhlaq Rasulullah sallallau alaihi wa sallam. Ia juga sebagai Highlight dada Baginda serta cahaya hatinya dan penghilang kesedihannya. Generasi para sahabat radiyallahu anhum ajma'in, adalah merupakan contoh unggul dalam mendemokrasikan keimanan dan amalan berdasarkan petunjuk al-Quran hingga generasi ini dikenali sebagai generasi al-Quran. Inilah generasi yang merupakan alumni cemerlang keluaran madrasah Nabawiyyah sallallahu alaihi wa sallam berserta gulungan Ijazah yang Kekal abadi.

Allah telah memberikan kemulian kepada kita sebagai kaum muslimin dengan menganugerahkan Kitab Suci yang terbaik yang diturunkan kepada manusia. Rabb juga telah memuliakan kita dengan mengutus Nabi yang terbaik yang pernah diutus kepada manusia.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman yang maksudnya,
"Sesungguhnya telah Kami turunkan kepada kamu sebuah Kitab yang di dalamnya terdapat sebab-sebab kemulian bagimu. Maka apakah kamu tiada memahaminya?" (surah al-Anbiya' [21]: ayat 10).
Kitalah,kaum muslimin satu-satunya umat yang memiliki manuskrip langit yang paling 'authenthic', yang diberikan untuk menjadi petunjuk bagi umat manusia. Infact Bukan saja 'authentihic' tetapi exotic dan bukan calang-calang kitab. Anugerah ini terus terpelihara dari perubahan dan pemalsuan kata mahupun makna. Allah telah menjamin untuk memeliharanya dan tidak dibebankan tugas itu kepada sesiapapun dari sekalian makhluk-Nya.

Allah berfirman; yang maksudnya,
"sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya"(surah al-Hijr [15]: ayat 9).
Al-Quran adalah Kitab Illahi 100%, dan Kitab complete set berserta Volume dari Konsep Muamalat, Politik, Hudungan kekeluarga sehingga adab dan kebersihan. Mengenai kedudukan ini, Allah berfirman, yang maksudnya,
"Alif Lam Ra (inilah) suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci, yang diturunkan dari sisi (Allah) Yang Maha Bijaksana lagi Maha Tahu"(surah Hud [11]:ayat 1)
Allah Subhanahu wa Ta ala berfirman; yang bermaksud,
"...dan sesungguhnya al-Qur'an itu adalah Kitab yang mulia (41).Yang tidak datang kepadanya (al-Quran) kebatilan baik dari depan mahupun dari belakangnya,yang diturunkan dari Tuhan Yanh Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji" (surah Fussilat [41]:41-42).
Tidak ada di dunia ini,suatu Kitab - baik kitab itu Kitab agama mahupun kitab biasa - yang terjaga dari perubahan dan pemalsuan, kecuali al-Qur'an.Tidak ada seorangpun yang dapat menambah atau mengurangi satu huruf pun darinya.Ayat-ayatnya dibaca,didengarkan,di hafal dan dijelaskan sebagaimana bentuknya ketika diturunkan Allah Subhanahu wa Ta ala kepada Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam dengan perantaraan ruh yang terpecaya iaitu Malaikat Jibril 'alaihi al-salam.

Menegaskan pentingnya ummah memberi perhatian yang setepatnya kepada al-Qur'an,Syaikh Yusuf al-Qaradawi dalam Madkhal al-Ma'rifah al-Islam menulis;    
"Adalah menjadi satu keperluan (agar kita dapat beramal dengan al-Qur'an dan mengikut petunjuknya dengan baik).Kita hendaklah jelas apa yang dikehendaki oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dari kita dalam Kitab-Nya.Ini bergantung kepada sejauh manakah kita memahaminya dengan baik serta ketepatan dalam pentafsiran kita terhadap ayat serta hukum-hakamnya hinggalah kita tidak mengatakan sesuatu yang tidak dikatakan oleh al-Qur'an atau mengandaikan apa yang tidak diandaikan olehnya,atau kita menambah sesuatu yang bukan darinya atau mengurangkannya,atau mendahulukan apa yang dikemudiankannya,atau mengkemudiankan apa yang didahulukankannya.Ini memerlukan kepada kaedah dan disiplin tertentu yang dapat menghalang permainan orang-orang yang engkar,putar-belit orang-orang yang jahil dan penyelewengan orang-orang yang menyeleweng.    

******************************************
Dalam konteks kehidupan ummah dan bermasyarakat, al-Sunnah merupakan model hidup kepda merealisasikan tatacara hidup uamat islam. Mengenai kedudukan ini,Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman;yang maksudnya,
"Katakanlah:"Jika kamu(benar-benar)mencintai Allah ikutilah aku,nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu". Allah  Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"(surah Ali'Imran [31]:ayat31).
Dalam ayat yang lain ,Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman yang maksudnya,
"Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia.Dan apa yang dilarangnnya bagimu maka tinggalkan, dan bertaqwalah kepada Allah.Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya" (surah al-Hasyr[59]:ayat 7; lihat juga surah al-Nur [24]:ayat 48-52).
Merujuk kepada al-Sunnah,Rasululluah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda yang maksudnya,
"Sesungguhnya perumpamaanku dan perumpamaan barangapa yang diutuskan aku dengannya oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala adalah seumpama seorang lelaki yang mendatangi kaumnya an berkata: "Wahai kaumku!,sesungguhnya aku telah melihat sepasukan tentera dengan mata keplaku dan sesungguhnya aku pembawa berita ancaman, selamatkanlah diri kamu, selamatkanlah diri kamu. Maka ia telah ditaati sekumpulan orang dari kaumnya dan merekapun meninggalkan tempat itu pada awal waktu malam dengan sembunyi-sembunyi maka merekapun selamat.Adapun golongan lagi mereka yang mendustakannya,maka mereka dimusnahkan oleh pihak musuh pada awal-awal pagi lagi.begitulah perumpamaan barangsiapa yang mentaatiku lalu mengikuti apa yang aku bawa dan perumpamaan barangsiapa yang mengengkariku,ia mendustakan apa yang aku bawa dari kebenaran" (hadith riwayat al-Bukhari daripada Abu Musa radiyallahu 'anh, Sahih al-Bukhari Jil.IX, Kitab al_I'tisam bi al-Kitab wa al-Sunnah,bab al-Iatida' bi sunan Rasululluah sallallahu 'alaihi wa sallam...,hadith no.6906)

Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam turut bersabda; yang maksudnya,
'Barangsiapa yang taat padaku,bererti telah taat kepada Allah.Dan barangsiapa yang mendurhakaiku,bererti telah durhaka kepada Allah" (hadith riwayat Imam Ibn Majah daripada Abu Hurairah radiyallahu sallallahu 'alaihi wa sallam, hadith no.3)
Sunnah ialah semua perkara yang bersumber daripada Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam sama ada perkataan,perbuatan,ataupun pengakuan baginda(Muhammad, 1996:4). Sunnah berbeza dengan al-Qur'an. Ini adalah Sunnah bukanlah kalam Allah tetapi ia merupakan kalam Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam, perbuatannya atau pengakuannyan Baginda. Walau bagaimanapun, makna yang disampaikan adalah daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Berhubung dengan kedudukan ini ,Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda yang maksudnya,
"Ketahuilah bahawa Daku telah diberi al-Kitab dan yang menyamainya..."(hadith riwayat Abu Dawud daripada al-Miqdam bin Ma'dikarib radiyallahu 'ann, SunanAbu Dawud Jil. V, Awwal Kitab al-Sunnah, bab fi luzumi al-sunnah, hadith no.4436)
Semoga Allah Subhanahu wa Ta 'ala mengurniakankapada kita tawfiq dan hidayah-Nya untuk kita mempelajarinya,mengkaji dan menhayati tututan Al-Quran serta al-Sunnah dalam semua dimensi kehidupan kita dan sekali gus menjadi refleksi yang hidup kepada Generasi Al-Quran dan al-Sunnah Yang meyeluruh dan berbendtuk Three-Dimensional yang meliputi seluruh Aspek dan perkara.

Wallahu' Alam...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player