Google Website Translator Gadget

Dec 25, 2011

Di Sudut Sebuah Kejahilan..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

  
Agama itu nasihat, Untuk Siapa? 
Untuk Allah, KitabNya, RasulNya, Para Pemimpin kaum Msulimin dan bagi manusia umumya..

Haih.. Keluhan berpanjangan.. 
Kadang-kadang kita disibukkan dengan dunia, Kita disibukkan dengan tugasan dan juga kadang-kadang kita disibukkan dengan bermacam ujian..

Namun, Kesibukan itu sedikit demi sedikit kian membawa kita jauh kepada nasihat dan semakin dekat dengan kemaksiatan dan perkara Lagha..

Semakin sibuk dengan Musicnya, sibuk dengan drama yang sementara.. Semakin sibuk dengan rakan-rakanya sehingga terkadang terlupa.. Kita terlupa yang satu itu kalau semakin kita menghampirinya, semakin ia terus melekat didalam hati.. 
" Apa aku buat ni, Aku islam, Tapi aku sibuk buat bende lagha, Mana isu-isu dakwah yang aku sibuk bincangkan, Mana tiang-tiang yang aku sibuk julang untuk di pacakan, dan dimana kata-kata nasihat yang sibuk aku syairkan dan lantunkan.. Ustaz kata, Maksiat menggelapkan hati.."
Keluhan terus menjadi teman.. 
Keluhan kini berpanjangan mengalunkan lagu sedih dan lagu hiba..
Keluhan tanda pasti dan yakin, Maksiat kian menghampiri dan perkara Lagha kian menjadi sehabat kekal.. 
Hai sahabat hai brothers and hai Sister, Infat bukan Kamu tapi aku sendiri.. Keluhan walau panjang mana sekalipun, tidak membawa kemana.. Tindakan dan atitute itu harus di ubah..  

Kalimah "Agama itu nasihat" atau "Agama adalah Nasihat" tidak lain bahawa dengan nasihatlah agama dapat dibangunkan dan nasihat itulah nasihat dan pasak penyokong agama.. 

Al-Khatabi ada berkata..
"Secara prinsip, kebaikan daripada sifat-sifat baik tersebut kembali kepada pelakunya sendiri kerana Allah tidak memerlukan kebaikan daripada sesiapapun.. " 
Ingin aku Penuhi hati ini dengan satu rindu, Rindu pada yang satu, Rindu untuk mendapatkan cintaMu Ya Allah, dan ingin ku penuhi jiwa ini dengan satu cinta

Cukup sekadar bagiku bagiku Allah dan segalanya hanya untukMu, Tidak ku sedari hatiku yang sejak azali lagi penuh dengan segala terisi segala tentang Allah, Kini pudar dan gugur satu persatu akibat tidak ku Ikhlilatkan diruku dengan dunia.. 

Kepada Nabi Muhammad tercurah sholawat Allah, Kepada Muhammat ku junjug tinggi peribadinya, Peribadi seorang pejuang, Peribadi seorang pemimpin dan peribadi sejati sorang Muslim pendokong agama Allah..

Namun..
Aku disini kian layu..
Mana pergi diriku yang pernah bersemagat mendokong kerja-kerja dakwah baginda.. Mana pergi diriku yang dulu menyanjung tinggi peribadi beliau.. dan mana pergi diriku yang dulu menghafal hadis dan sunnah-sunah baginda walaupun secebis dari jutaan bintang malam..

Tiada Tuhan selain Allah dan cukup bagiku Allah..
Dan cukup Allah bagiku sebagi pedoman aku untuk mengutip kembali sinar yang pernah ku gengam..
Nabi Muhammad Itu pesuruh Allah..
Hanya cukup sekadar Muhammad SAW itu sebagai idola dan contoh teragung bagi aku terus memengang dan menjulang sinar yang pernah bersinar dulu..

Allahu Akbar..
Dimana Iman ku.. 
Dimana pudarnya kata-kata dakwahku..
 "Ya Allah.. Kian Jauh aku terleka..."


"Hasby Robbi Jalallah
Mafi qalby Illallah
Alalhadi Shalallah
Laa Ilaa ha Illallah"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player