Nabi Muhammad s.a.w. meskipun sama kejadiannya dengan manusia lain di muka bumi ini, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama. Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia-manusia biasa. Sebagai manusia yang terbaik di muka bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh untuk diteladani.
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :
Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw, Aku melihat cahaya dari lidahnya..Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan. Rasulullah umpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah. Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama. Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona. Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat. Wajahnya seperti bulan purnama. Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah. Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang. Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut. Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya. Mulut baginda sederhana luas dan cantik. Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan. Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya. Janggutnya penuh dan tebal menawan. Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah. Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya. Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.- Rambutnya terbelah di tengah.
Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat. Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa. Seimbang antara kedua bahunya. Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik. Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut. Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak. Warna kulit baginda putih kemerah-merahan. Warna kulitnya putih tapi sihat. Kulitnya putih lagi bercahaya. Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh. Badannya tidak gemuk. Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak. Perutnya tidak buncit. Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
Sesungguhnya mereka yang benar-benar mengkaji secara adil dan saksama berkenaan Nabi Muhammad SAW pasti mengagumi dan menghormati beliau seperti yang dikatakan oleh tokoh dari india, Mrs. Annie Besat, didalam bukunya yang bertajuk the life and teaching of Muhammad.
"Seseorang yang mengkaji kehidupan dan sifat nabi dari bumi arab ini dan tahu mengenai ajaran dan cara hidupnya pasti memberikan penghormatan kepada nabi yang agung ini"
Manusia yang ganas dapat beliau lembutkan, insan yang tertindas berjaya dimerdekakan dan manusia padang pasir yang tidak pernah dikenali akhirnya mampu meruntuhkan empayar Rom dan Parsi. Beliau juga berjaya mengantikan cara hidup sesat yang jahiliyah kepada tamadun unggul.
Dari Michael H. Hart, seorang ahli astronomi dan ahli sejarah terkenal di AS dalam bukunya "The 100", Nabi Muhammad SAW adalah orang yang paling berpengaruh di antara taburan penduduk dunia sepanjang zaman , ini karena Baginda SAW adalah satu-satunya manusia yang berhasil secara luar biasa baik dalam kegiatan keagamaan mahupun pemerintahan dan perilaku beliau.
Namun aspriasi rasa cinta kita terhadap Baginda SAW bukanlah melalui aspriasi Fizikal, Namun melalui akidah baginda, Akhlak baginda dan tingkah laku baginda dan tauladan yang baginda pamerkan. Bukan hanya zahir Fizikal yang menjadi ukuran kemulian baginda dan bukan hanya fizikal yang menjadi kemulian sepanjang zaman, Akan tetapi tingkah laku akidah, akhlak dan kepimpinan bagindalah yang disanjung sehingga kini hal ini kerana Akhlak baginda adalah Al-Quran itu sendiri..
Syaikh Abdurrahman as-Sa’di, beliau berkata, “Teladan yang baik (pada diri Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam) ini, yang akan mendapatkan taufik (dari Allah Ta’ala) untuk mengikutinya hanyalah orang-orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (balasan kebaikan) di hari akhir. Karena (kesempurnaan) iman, ketakutan pada Allah, serta pengharapan balasan kebaikan dan ketakutan akan siksaan Allah, inilah yang memotivasi seseorang untuk meneladani (sunnah) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam“
Aspriasi Cinta Kita bukan sahaja melalui amatan Fizikal dan Tingkahlaku beliau sahaja, Namun aspriasi cinta kita terhadap baginda adalah melalui pengamalan dan kelaziman kita dalam melaksanakan Al-Sunnah beliau, Perlaksanaan kita dalam mendukung kerja-kerja dakwah beliau, dan perlaksanaan kita dalam melaksanakan Amar Makruf, Nahi Mungkar dan disusuli selawat serta salam terhadap baginda yang sering membasahi lidah yang dahagakan selawat serta salam terhadap baginda Muhammad SAW.
Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun“Allah Ta’ala memuji semua perbuatan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan menamakannya sebagai “teladan yang baik“, dalam firman-Nya,
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (balasan kebaikan pada) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah” (QS al-Ahzaab:21).
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment