بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dimana batas kita?
Sms, phone call,dating, chatting dan berpuluh-puluh lagi fitnah komunikasi tanpa sebarang urusan penting antara laki-laki dan wanita yang bukan mahram adalah merupan selangkah kehadapan menghampiri zina. Ia merupakan jangkitan jangkitan ikhtilat yang boleh menjerumus seseorang kepada penyakit merbahaya tidak hairanlah mengapa dirakamkan didalam Al-Quran didalam surah Al-isra' 17:32,
"janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk-buruk jalan"
Ikhtilat
Ikhtilat, ikhtilat merupakan pergaulan antara laki-laki dan perempuan yang bukan mahram yang pada asalnya haram." al-asl al-ikhtilat haram". Namum keindahan islam telah memberi keringanan bagi kita namun jika hanya atas dasar urusan dan kerja maka berinteraksi antara laki-laki dan perumpuan bukan lah menjadi haram namum sudah menjadi harus.
tetapi keharusan ini tidaklah seharusnya diambil kesempatan dengan melepaskan sebebas-bebasnya, tetapi sebaliknya terdapat adab, akhlak dan batasan yang menjadi perantara. syarak sendiri telah menyebut "al darudah tuqaddaru bi qadaruha" yang bermaksud darurat hendaklah diukur dengan kadarnya. tetapi situasi anak muda sekarang sering menjadikan alasan "urusan" sebagai cara ataupun kaedah bagi mereka meg-halal kan ikhtilat yang pada asalnya haram. Perkara-perkara ini seolah-olah telah menjadi sebati dan dianggap sebagai budaya.
"URUSAN" dari sudut manakah urusan yang memharuskan ikhtilat? urusan adalah sesuatu yang kita boleh hujahkan dan pertahankan tatkala dibentangkan bahawa itu adalah urusan apabila dibentangkan dihadapan Allah di akhirat kelak. sekiranya masih terdapat sekelumit rasa was-was sama ada ia adalah satu urusan ataupun tidak maka was-was itulah yang dapat memagari diri kita dari berlakunya ikhtilat dan berwaslah .Nabi SAW bersabda,
"kebaikan itu ialah kelokan budi perkerti dan dosa itu adalah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya."
Fitnah cinta
cinta adalah sesuatu yang pada asalnya suci dan bersih kurnian Allah. tidak dinafikan sememangya fitrah manusia mahu disayangi dan ingin menyangi namum sesuatu yang dulunya suci boleh tercemar apabila disalurkan kepada jalan-jalan yang mendekati zina ataupun Taqrabu al-Zina. bercionta sebelum berniklah ini adalah sangat ditentang berkata Prof. Syeikh Yusuf al-Qaradawi,"saya ingin menegasakan apa yang sering saya katakan. saya tidak meneyetujui apa yang dilaungkan segolongan orang tentang pentingnya bercinta sebelum berkahwin kerana cara seperti ini di khuatiri mengundang bahaya dan terjebak dalam syubhah"
hal ini kerana terlampau ramai yang bercinta melalui medium yang salah seperti berpacaran melalui panggilan telefon yang sia-sia lebih-lebih lagi anak-anak muda. pada awalnya berpacaran melalui cara ini hanyalah tujuan suka-suka namun kemudain ia nya boleh menjadi ketagih sehingga akhirnya menghampiri zina.
pernahkan kita dengar sesuatu perhubungan itu dimulakan dengan sesuatu yang "berat-berat"? hal ini tidak ubah seperti pepatah melayu sikit-sikit lama-lama jadi bukit. sesuatu biasa dimulai dengan yang "ringan-ringan" dahulu iaitu menghampiri zina. menghampiri zina seolah-olah sudah menjadi trend seluruh pelusuk masyarakat sama ada muda mudi orang dewasa mahu pun kanak-kanak. Nabi SAW sendiri telah bersabda,
cinta yang berlandaskan fitnah yang tersalur ke jalan-jalan yang menghampiri zina ini tidak kemana dan hanya akan disakiti dan dikecewakan sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak. Marilah kita sebagai jentera islam bersama-sama dalah memerangi "Taqrabu al-Zina". Insya'Allah, Allah sentiasa bersama-sama orang yang benar.
pernahkan kita dengar sesuatu perhubungan itu dimulakan dengan sesuatu yang "berat-berat"? hal ini tidak ubah seperti pepatah melayu sikit-sikit lama-lama jadi bukit. sesuatu biasa dimulai dengan yang "ringan-ringan" dahulu iaitu menghampiri zina. menghampiri zina seolah-olah sudah menjadi trend seluruh pelusuk masyarakat sama ada muda mudi orang dewasa mahu pun kanak-kanak. Nabi SAW sendiri telah bersabda,
"kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membua kamu buta tuli"Dalam riwayat yang lain Nabi SAW telah bersabda,
"mata itu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan). Lisan itu berzina dan zinya adalah dengan bercakap ( yang sia-sia,lucah dan sebagainya). Kaki itu berzina dan zinanya adalah dengan melangkah (untuk bermaksiat). Tangan itu berzina dan zinanya adalah dengan merangkul (untuk bermaksiat). Hati itu berkeinginan dan berangan-angan.Faraj yang kemudian membenarkan atau medustakanya." Riwayat al-Bukhari,Muslim dan Abu-daud.
Insya'Allah
Allah telah berpesan dan mengingatkan kita dalam firmanya yang bermaksud,"Teman-teman kesayangan pada hari itu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang yang bertaqwa"marilah kita sama-sama memikul tangungjawab menjadi remaja yang menjaga kesucian diri. sesungguhnya remaja yang menjaga dan membina kualiti fardu muslim Insya'Allah akan dianugerahkan dengan baitul muslim. Manakala baitul muslim ini pula akan mencorakan generasi yang hebat untuk membina masyarakat muslim seterusnya negara dan khalifah di masa hadapan. Insya'Allah.
cinta yang berlandaskan fitnah yang tersalur ke jalan-jalan yang menghampiri zina ini tidak kemana dan hanya akan disakiti dan dikecewakan sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak. Marilah kita sebagai jentera islam bersama-sama dalah memerangi "Taqrabu al-Zina". Insya'Allah, Allah sentiasa bersama-sama orang yang benar.
No comments:
Post a Comment