بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
1300 tahun Islam memerintah dunia, umat manusia diasuh dan dididik dengan aqidah Islam, tidak kira yang Islam mahupun yang bukan Islam. Ini bermakna, hidayah telah sampai kepada orang kafir, dan mereka boleh memilih untuk kekal dengan kekafiran mereka atau memilih Islam.
1300 tahun Islam memerintah dunia, umat manusia diasuh dan dididik dengan aqidah Islam, tidak kira yang Islam mahupun yang bukan Islam. Ini bermakna, hidayah telah sampai kepada orang kafir, dan mereka boleh memilih untuk kekal dengan kekafiran mereka atau memilih Islam.
Atas dasar keimanan inilah Sang Khalifah memerintah dunia. Khalifah memerintah dunia mengikut apa yang telah disyariatkan mengikut al-Quran dan as-Sunnah. Atas dasar ini, segala sistem ciptaan Ilahi diterapkan dalam kehidupan, termasuk tatacara berpakaian dalam kehidupan sehari-harian.
Namun, sejak kejatuhan Daulah Khilafah pada 3 Mac 1924 bersamaan 28 Rajab 1342H, umat Islam kehilangan perisai untuk melindungi mereka. Apa yang ingin difokuskan adalah kehidupan muslimah semakin terancam, sejak penerapan sistem sekular oleh Mustafa Kemal Laknatullah mula menular. Sejak jatuhnya Daulah Khilafah di Turki, sistem sekular disebarluaskan dengan begitu pantas.
Sistem sekular yang diterapkan oleh Mustafa Kemal Laknatullah kononnya menjadi pemacu pemodenan Turki. Walhal, sistem tersebutlah yang menggagalkan dunia hingga ke saat ini. Muslimah dilarang untuk memakai pakaian yang menutup aurat. Sekiranya mereka memakai tudung, tudung mereka akan dirampas oleh pembelot-pembelot Islam yang digaji oleh pemerintah sekular. Tudung mereka ditarik dengan penuh rasa benci terhadap syariat Islam.
Tidak cukup sekadar itu, tudung dan niqab juga diharamkan oleh negara Barat seperti di Perancis. Perang propaganda seperti video dan kartun yang menyatakan Islam menindas wanita dengan hijab turut membuatkan muslimah di Barat bertambah tertekan. Mereka yang berhijab akan dipandang dengan pandangan yang semacam. Bahkan, ada juga yang dilabel sebagai 'pengganas' disebabkan oleh tudung mereka.
Walaupun masalah ini berlaku saban hari, muslimah di Barat tetap istiqamah dengan pemakaian tudung mereka. Malah, mereka telah mengadakan demonstrasi aman berkaitan perintah pengharaman tudung di Barat. Walaupun mereka dihina dan dipandang serong, pendirian mereka tetap tertancap kukuh.
Namun begitu, lain pula yang berlaku di negara kita. Tiada perintah pengharaman tudung sekalipun. Muslimah bebas untuk memakai tudung, niqab, mahupun jubah sesuka hati mereka tanpa ada halangan. Namun, peluang ini disia-siakan begitu sahaja.
Ramai wanita-wanita Islam di Malaysia dengan sesuka hati mendedahkan aurat. Tidak cukup dengan mendedahkan rambut mereka, pakaian ketat disarung pula pada badan mereka, bagaikan sarung nangka. Perasaan malu tidak sedikitpun lahir dari jiwa mereka tatkala tubuh mereka diperhatikan oleh masyarakat sekeliling lebih-lebih lagi kaum lelaki.
Mengapa perkara ini berlaku? Perkara ini berlaku adalah kerana sistem uqubat tidak diterapkan dalam kehidupan kita. Sebaliknya, undang-undang sekular diterapkan dalam kehidupan kita. Pendedah aurat, baik lelaki mahupun perempuan tidak dikenakan hukum takzir oleh pihak penguasa. Justeru, semakin ramailah golongan yang tidak tahu malu terbentuk. Semuanya kerana hukum hakam Islam tidak ditpraktikkan dalam kehidupan.
Justeru, ketiadaan Daulah Khilafah menjadi punca masalah dalam kehidupan. Kerana hanya Daulah Khilafah lah yang akan menerapkan sistem-sistem Islam dalam kehidupan. Di mana, sistem-sistem Islam tersebut diturunkan melalui wahyu. Lihatlah, bab aurat pun terjejas apabila ketiadaan Daulah Khilafah.
Memang benar, sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Sesungguhnya seorang Imam (Khalifah) adalah laksana perisai, di mana orang-orang akan berperang di belakangnya dan menjadikannya sebagai pelindung (bagi dirinya)." [HR Muslim]
iluvislam.com
Wahai muslimah, sesungguhnya kamu semua adalah perhiasan dunia. Memang tidak dinafikan bahwasanya kamu semua amat beruntung kerana tiket bagi kamu untuk memasuki syurga adalah mudah tetapi mudah juga bagi kamu untuk masuk neraka jahannam ingat lah batas-batas kamu dan tatatertib kamu sebagai muslimah Insya'Allah syurga milik kamu. sesungguhnya muslimah adalah simbol kebenaran islam serta mewakili suara dunia yang bisa megemparkan dunia. Subhanallah.Wanita telah ditinggikan kemuliaannya dengan kedatangan agama Islam melalui wahyu yang telah diturunkan kepada para rasul. Anda tentu sudah tidak asing dengan cerita khalifah Islam yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khattab yang menanam hidup-hidup anak perempuannya kerana kepercayaan pada zaman tersebut bahawa anak perempuan hanya akan membawa nasib malang pada keluarga. Ini tidak lain tidak bukan, hanya meletakkan wanita sebagai serendah-rendah makhluk yang berada di muka bumi ini. Namun, kedatangan syariat Islam menenggelamkan segala kezaliman yang sekian lama wujud ini.
Adab-adab sebagai muslimah,
Pertama.
Memelihara pandangan matanya dan memelihara kesuciannya, sebagaimana firman Allah SWT
"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya...'" (An Nur: 31)Kedua.
Menutup aurat dan perhiasannya dengan baik, tidak berpakaian terlalu sempit dan menjolok mata. Allah SWT berfirman
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya, dan hendaklah mereka menutupkan kain jilbabnya ke dadanya."(An Nur: 31)Ketiga.
Hendaknya jangan menampakkan perhiasannya yang tersamar, seperti rambut, leher, kedua lengan dan kedua betis kecuali kepada suaminya atau muhrimnya. Allah SWT berfirman
“Dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. . ." (An-Nur: 31)Keempat.
Hendaklah bersopan dalam berjalan dan berbicara. Allah SWT berfirman.
“Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan ... " (An-Nur: 31)
“Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit di dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik." (Al Ahzab: 32)Kelima.
Hendaklah ia menjauhi segala sesuatu yang menarik perhatian lelaki dari dirinya seperti berdandan (tabarruj) dengan dandanan ala jahiliyah. kerana ini bukanlah akhlaq seorang wanita yang bersih. Rasulullah SAW bersabda:
Keenam.
“Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian keluar dari rumahnya agar dicium baunya oleh orang maka ia berzina." (HR. Abu Dawud)Maksudnya seakan ia berbuat zina, meskipun ia tidak berbuat demikian, maka wajib atas wanita menjauhi perilaku seperti itu
Keenam.
Wanita dilarang berduaan dengan lelaki lain yang bukan suaminya dan bukan muhrimnya, hal itu untuk memelihara dirinya dan diri orang lain dari bisikan-bisikan dosa dan memelihara dirinya dari berita-berita bohong. Nabi SAW bersabda
“Jangan sekali-kali seseorang itu bersepi-sepi dengan seorang wanita kecuali dengan muhrimnya" (HR. Muttafaqun 'Alaih)Ketujuh.
Jangan berikhtilath dengan kaum lelaki lain kecuali kerana keperluan yang terpaksa dan kemaslahatan yang dibenarkan dan dilakukan dengan seperlunya, seperti solat di masjid, menuntut ilmu, berta'awun untuk kebaikan dan ketaqwaan, yang tidak terlarang bagi wanita itu untuk ikut serta dalam memberi pelayanan kepada masyarakat, tetapi jangan lupa batas-batas syari'at dalam bertemu dengan lelaki.
No comments:
Post a Comment