Google Website Translator Gadget

Sep 4, 2011

Jom Puasa Enam..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Jom Kita Puasa enam.. 
"Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Allah Subhanahu Wataala berfirman : "Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya (dapat diperiksa sendiri dan dinilai baik buruknya), melainkan amalan puasa, maka sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku (Aku sendiri yang dapat memeriksa dan menilainya) dan oleh sebab itu Aku sendirilah yang akan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa." (Hadis riwayat Bukhari). 
Jelas bukan Hadis diatas menerangkan, Bahwasanya setiap amalan kita (anak Adam) kita adalah bergantung terhadap effort dan usaha kita dalam melaksanakanya, sama ada baik atau buruk amalan kita itu, Kalau baik amaln kita itu, Maka baiklah Balasan yang kita bakal peroleh dari Allah kelak, Insya'Allah.. 


But in this case, Bagi ibadat puasa, Allah sendiri yang dapat secara stright to the point tentukan buruk baik puasa kita, kan dah terang lagi jelas yang,
"....sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku (Allah) (Aku sendiri yang dapat memeriksa dan menilainya) dan oleh sebab itu Aku sendirilah yang akan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa."
 Jelas Bukan.. 


Puasa enam ialah puasa yang dikerjakan dengan berturut-turut atau berselang-selang sebanyak enam hari pada bulan Syawal selepas Hari Raya Fitrah.Puasa enam itu sunat dikerjakan oleh orang yang telah mengerjakan puasa Ramadan sebulan penuh dan juga sunat dikerjakan oleh orang yang tidak berpuasa Ramadan sebulan penuh disebabkan keuzuran yang diharuskan oleh syarak seperti haid dan nifas, musafir atau orang sakit. 

Manakala bagi orang yang meninggalkan puasa Ramadan dengan sengaja adalah haram melakukan puasa enam kecuali setelah selesai mengqada puasanya.Namun ganjaran pahala puasa enam bagi orang yang tidak berpuasa penuh bulan Ramadan tidak sama dengan ganjaran pahala bagi orang yang mengerjakan puasa enam selepas mengerjakan puasa Ramadan sebulan penuh.

Puasa enam ialah puasa yang dikerjakan dengan sebanyak enam hari pada bulan Syawal selepas Hari Raya Fitrah dan Sunat hukumnya samada dilakukan secara,
  1. berturut-turut atau 
  2. berselang-selang sebanyak enam hari pada bulan Syawal selepas Hari Raya Fitrah         
Sunat puasa enam ini berdasarkan sabda Baginda Rasulullah SAW yang maksudnya,
"Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun." (Hadis riwayat Muslim).
Namun beberapa perselisihan pendapat terhadap waktu dan cara melaksanakan puasa Enam ini, dimana sebahagian ulama berpendapat puasa enam itu dilakukan secara berturut-turut bermula daripada 2 syawal. Manakala ulama muta’akhirin pula berpendapat puasa enam itu harus dilakukan secara tidak berturut-turut seperti berselang-seli dan sebagainya selama dalam bulan Syawal. Walau bagaimanapun mengerjakannya dengan berturut-turut selepas Hari Raya adalah lebih afdal.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengibaratkan puasa enam sebagai berpuasa sepanjang tahun kerana sebulan puasa Ramadan itu menyamai puasa sepuluh bulan dan puasa enam pula menyamai dengan 60 hari atau dua bulan. Jika dicampurkan sepuluh bulan dengan dua bulan, maka genaplah ia setahun, itulah yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun. Seperti Hadis,
"Berpuasa sebulan (disamakan) dengan sepuluh bulan puasa, dan berpuasa enam hari selepasnya (disamakan) dengan dua bulan puasa, maka kedua-duanya itu (jika dicampurkan) genap setahun." (Hadis riwayat Al-Darimi). 
Berdasarkan hadis ini juga, sebahagian ulama menjelaskan bahawa puasa enam hari dalam bulan Syawal diberikan ganjaran yang sama dengan ganjaran puasa di bulan Ramadan, kerana setiap kebajikan itu dibalas atau diberikan dengan sepuluh kali ganda. Sebagaimana juga mereka mengatakan 
"Membaca Surah Al-Ikhlas itu sama dengan membaca sepertiga Al-Quran."

 p/s - bersama-samalah kita merebut sekali lagi pelunag yang telah Allah berikan lagi ini, dan selamat mengerjakan puasa enam, Insya'Allah..


Wallahu'Alam..

1 comment:

cimie said...

mai2.. insyaallah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player