Google Website Translator Gadget

Sep 24, 2011

Kerana Janji Allah Itu Pasti.. Sequal

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Alhamdulillah, Entri ini merupakan bahagian kedua dari Entry ini dan entri ni berkisar mengenai hadis serta dalil mengenai Ya'juj serta Ma'juj.. Ya'juj dan Ma'juj tidak lain hanyalah merupakan salah satu dari Makhluk citaan Allah SWt, dan bakal dikembalikan hanya kepada Allah jua.. 
[93] Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung, dia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan. [94] Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka? [95] Dia menjawab: (Kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. [95] Dia menjawab: (Kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. [96] Bawalah kepadaku ketul-ketul besi; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: Tiuplah dengan alat-alat kamu sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya. [97] Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya. [98] (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar." (al-Kahf : 83 - 98)
Dari susut perkataan Ya'juj dan Ma'juj, Imam Al-Alusi, Ibnu Manzur dan Al-Hafiz Ibnu Hajar berpendapat bahawa perkataan Yakjuj dan Makjuj berasal dari bahasa asing (bukan bahasa Arab). Sesetengah ulama lain mengatakan ia berasal dari bahasa Arab. Abul Kalam Azad pula menyatakan bahawa perkataan Ya'juj dan Ma'juj berasal daripada bahasa Ibrani, dan pada asalnya ia adalah bahasa asing. Masyarakat Yunan menyebutnya sebagai Gog dan Magog.

Firman Allah SWT yang Bermaksud,
“(Kebanyakan manusia masih berselisihan) dan berpecah-belah dalam urusan agama mereka; (ingatlah) mereka semuanya akan kembali kepada Kami (untuk menerima balasan). Dengan yang demikian, sesiapa yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan, sedang dia beriman, maka tidaklah disia-siakan amal usahanya dan sesungguhnya Kami tetap menulisnya. Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan di akhirat kelak). (Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi. Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas): Aduhai celakanya kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri.  (al-Anbiyaa’: ayat 93-97)
Demikianlah dalil yang dijelaskan oleh Allah, Dalil dari Surah Anbiyaa menerangkan bahawa bilangan Ya'juj dan Ma'juj adalah terlalu ramai, dan Ya'juj dan Ma'juj ini akan dilepaskan dari Tembok Zulkarnain sehingga satu masa yang dijanjikan oleh Allah kelak..Dimana manusia saling berpecah belah, MAnusia tidak lagi mementingkan persaudaraan dan hanya memikirkan keseronokan dan memakan harta seisi bumi dengan sewenang-wenagnya tanpa memikirkan Halal, Haramnya..  Maka demikianlah bila tiba masa itu, bertebaran dan bertempiaslah gerangan Ya'juj dan Ma'juj ini memenuhi seisi bumi sehingga dicatatkan pengghuni neraka Allah skala Umat manusia dengan Ya'juj dan Ma'juj ini adalah 1:1000.. 

 Surah Al-Anbiya' Ayat 96, ternyata bahawa Yakjuj dan Makjuj turun dalam keadaan laju dari tempat yang tinggi dan keadaan mereka (kelajuannya) adalah seperti serigala berjalan. Dan jelas bahawa ayat itu menunjukkan jumlah mereka adalah ramai.
Menurut hadis diriwayatkan oleh Ibnu Abu Hatim dan Ibnu Mardhawiyyah melalui Ibnu Amru bin Aus daripada datuknya, bahawa Yakjuj dan Makjuj ini berjima' secara bebas dengan perempuan dari kalangan mereka (maksudnya mereka menjima' sesuka hati) dan ikatan perkahwinan mereka dibentuk mengikut kehendak mereka sendiri. Dan inilah yang membuatkan konsep hidup Ya'juj dan Ma'juj ini productive dan menghasilkan Zuriat dan Kaum yang ramai dan dimurkai Allah..  Ibnu Hajar berkata bahawa di kalangan Yakjuj Makjuj ada yang mahir dalam sektor perkilangan, pemerintahan dan sebagainya, dan anggota kerajaan serta rakyat amat patuh kepada ketua. Ibnu Hajar juga berpendapat bahawa mereka mempunyai pokok-pokok dan tanaman-tanaman dan juga peralatan-peralatan.

Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Mardhawiyyah melalui Abdullah bin Amru, juga diriwayatkan oleh Abdu bin Hamid melalui sanad sahih daripada Abdullah bin Salam:
"Sesungguhnya (Yakjuj dan Makjuj) daripada zuriat Adam dan di belakang mereka ada tiga umat, tidak mati di kalangan mereka melainkan meninggalkan lebih daripada seribu zuriat.."
 Dari Tabrani dan Ibnu Mardhawiyyah dan Al-Baihaqi dan Abdu bin Hamid daripada Ibnu Umar:
"Dinamakan (Yakjuj dan Makjuj) kepada tiga umat: Tawil, Taris dan Mansik".
Firman Allah SWT di dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu dengan yang lain; dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di Padang Mahsyar”.(Al-Kahfi ayat 99)
Imam Al-Alusi berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj mempunyai umur yang paling panjang. Ibnu Kathir telah berkata bahawa bilangan mereka tidak dapat ditetapkan, tetapi pasti jumlah mereka sangat ramai. Demikianlah pendapat Ualama' terdahulu mengenai jumlah Ya'juj dan Ma'juj..

Di dalam Riwayat Sahih Muslim:  
Rasulullah SAW terjaga dari tidurnya sambil bersabda :
Lailaaha illallah. Celakalah bangsa Arab kerana kejahatan telah dekat. Hari ini sebagian dinding Ya’juj dan Ma’juj terbuka sekian ini.”
Dan sufyan(perawi hadis ini) melingkarkan jarinya membentuk angka sepuluh. Aku (Zainab bt Jahsy) berkata :
“ Wahai Rasulullah, akan binasakah kami, sedangkan di tengah-tengah kami ada orang-orang yang soleh?”
Beliau bersabda:
“Ya, jika banyak kemaksiatan”. ( HR Imam Muslim - Sahih Muslim)
Dimikianlah Nabi SAW membimbangi kerosakan yang bakal dilakukan oleh Ya'juj dan Ma'juj ini terhadap Umatnya.. Sesetengah ulama berpendapat bahawa mereka ini melakukan kerosakan dan keganasan dengan menerkam ke atas mangsanya seperti binatang yang merangkak, liar dan ganas. Mereka juga memakan ular, kala dan semua yang bernyawa. 
 
”..Rasulullah SAW bersabda ; manusia akan dibakar disisi Ya’juj dan Ma’juj, panah dan perisai(senjata) mereka sejauh tujuh tahun perjalanan(kecepatan). ( Ibnu Kathir)
Al-Kalbi berpendapat:
"Mereka ini keluar ke bumi pada musim bunga dan memakan semua yang dijumpainya sama ada yang hijau atau yang kering. Mereka juga membawanya masuk ke dalam bumi. Dan sesiapa yang berjumpa dengan mereka nescaya akan disiksa dan dibunuh." 
Sesetengah ulama lain berpendapat bahawa mereka memakan manusia dan merosakkan apa yang ada di bumi setelah mereka keluar.

Menurut Imam Ahmad daripada Abi Said al-khudri berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,
”dibukakan tembok Ya’juj dan Ma’juj, kemudian mereka keluar sebagaimana Allah berfirman, “mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” lalu orang-orang lari ketakutan dan menghindari mereka ke kota-kota dan benteng-benteng. Salah seorang dari mereka mulai berkata, “ mereka adalah penduduk bumi, kita telah menyelesaikan mereka, tinggal langit. Selanjutnya salah seorang dari mereka menggerakkan tombak pendeknya lalu melemparkannya ke langit, maka tombak tersebut kembali kepada mereka dengan celupan darah fitnah dan cubaan. (Ibnu Kathir)
“…Sungguh telah ada pada tempat ini air, lalu mereka berjalan sehingga sampai pada bukit khamar dan dia adalah bukit Baitul maqdis. Lalu mereka berkata , “kami telah membunuh siapa sahaja yang ada dibumi , maka marilah kita membunuh siapa yang berada di langit, kemudian mereka melemparkan anak panah(senjata) mereka ke langit, lalu Allah membalikkan anak-anak panah tersebut kepada mereka yang telah tercelup dengan darah .” Dan pada riwayat Ibn hajar, “ maka sesungguhnya aku telah mengeluarkan hamba-hamba-Ku yang tidak ada kekuatan pada seseorangpun untuk memerangi mereka.”
Tujuan Mereka meggerakan Tombak mereka kelangit adalh bertujuan untuk menghapuskan penduduk dilangit. Dan kini mereka beranggapan mereka berkuasa membunuh penduduk dilangit.. Dan melemparkan tombak dilangit dan dibalikan oleh Fitnah yang berupa tembok yang dilemparkan kelangit tadi pulang dengan keadaan berdarah.. Dimana mereka telah menyelesaikan semua penduduk bumi, Kecuali Kaum yang Bersama Nabi Isa AS yang  bersembunyi di sebuah tempat persembunyian yang berupa gua, Hal ini kerana, Tiada daya umat yang terselamat di akhir zaman bagi menentang kekejaman dan keganasan yang dilakukan oleh Ya'juj dan Ma'juj..

Demikianlah sahaya Nabi Isa AS berdoa pertolongan Allah bagi menyelamatkan mereka. Dan Dengan izin Allah, Maka diturunkan mereka penyakit berupa Ulat yang memakan daging dileher mereka dan terhapuslah segenap Ya'juj dan Ma'juj yang kini berupa bangkai.. Bangkai Ya'juj dan Ma'juj memenuhi setiap penjuru bumi sehingga tiada satupun tempat dibumi tiada bergelempanganya bangkai silaknatuallah ini.. Dan demikianlah Allah menurunkan Hujan yang lebat bagi membersihkan seisi bumi dari bergelimpanganya bangkai mereka..

Menurut pendapat ulama; Sayyid Quthub, beliau berpendapat, secara tarjih(anggaran), bukan yakin, bahawa janji Allah SWT untuk melubangi dinding telah terjadi serta yakjuj dan makjud telah keluar. Mereka adalah bangsa Tartar yg muncul pada abad ke 7 hijrah. Mereka telah menghancurkan kerajaan-kerajaan Islam dan menebar kerosakan di muka bumi. (Asyrathu As Sa’ah : Yusuf al Wabil halaman 378) 

Tentera Tartar yg muncul pada abad ke 7 hijrah, menurut Imam Nawawi, beliau menyatakan “ sesungguhnya telah terjadi peperangan dengan bangsa Turki itu(monggol) sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW ; iaitu mereka bermata sepek , wajah kemerahan, berhidung pesek , mukanya lebar seperti perisai dan mereka mengenakan sepatu dari bulu. Mereka dengan segala pengenalannya itu telah dijumpai pada zaman kita sekarang ini dan mereka diperangi oleh kaum muslimin berkali-kali sehingga kini(Syarah Nawawi terhadap Soheh Muslim18: 37-38).
Menurut Imam Al-Qurtubi, beliau menyatakan berikut:
" Dan telah keluar sebahagian daripada mereka bangsa Turk pada zaman ini, kaum-kaum yang tidak dapat dihitung kecuali Allah, dan tidak ada yang dapat mengusir mereka daripada kaum muslimin kecuali Allah, sehingga mereka seperti Ya'juj dan Ma'juj atau sebagai pembuka bagi kedatangan mereka. Munculnya bangsa Tartar terjadi pada masa Al-Qurtubi dan beliau mengira bahawa mereka adalah Ya'juj dan Ma'juj atau pembuka bagi keluarnya Ya'juj dan Ma'juj.(Yusuf b Abdillah b Yusuf al-Wabil)
Kemudiannya bangsa Turki ini ramai yg memeluk Islam dan ditangan mereka ini diperolehi kebaikan yang banyak bagi Islam dan kaum muslimin.

Menurut saintis muslim Harun Yahya, Yakjuj dan Ma’juj berkemungkinan merujuk kepada peperangan Dunia pertama dan kedua. Ini berdasarkan Hadis manusia di bakar disisi Ya’juj dan Ma’juj serta panah dan perisai(senjata) mereka sejauh tujuh tahun perjalanan(kecepatan). Dan turunnya mereka dari tempat-tempat yang tinggi. 

Sabda Rasulullah SAW.
"Akan didatangi Baitullah untuk mengerjakan haji dan umrah setelah keluarnya Yakjuj dan Makjuj". (HR Bukhari)
dan sabda Nabi SAW bermaksud, 
"Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga tidak didatangi Baitullah untuk mengerjakan haji'.(HR Bukhari)
Apabila dihimpun kedua hadis tersebut menurut kata Imam Bukhari, bahawa setelah keluarnya Yakjuj dan Makjuj, tidak mesti meninggalkan mengerjakan haji di Baitullah pada sesuatu waktu ketika hampirnya hari kiamat ,

Daripada hadis-hadis Rasulullah SAW, jelas bahawa Yakjuj dan Makjuj ini akan muncul pada akhir zaman di Baitulmaqdis dan membuat kerosakan dimuka bumi.

p/s -Insya'allah.. Entry sterusnys bakal menrungaki konsep dan konspirasi berkaitan dengan Kemunculan Dajjal dan Ya'juj dan MA'juj ini..


Bersambung...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player