"Eh.. Prepaid pun dah nak kene cukai sekarang? 6% pulak tu.. Haish Riba' tau.."
"Mana kau tau Riba', Eh jap.. Kau baru tau, Ketinggalan zaman ke apa kau ni lah.. =P"
Entry ini tercetus akibat dari concern seorang Sahabat bertanya tentang hukum Cukai, And thanks for asking sahabat..
Baiklah, Cukai ataupun bayaran (sumbangan) yang dikenakan oleh kerajaan terhadap orang
perseorangan (perbadanan, syarikat, barang-barang, dan lain-lain) untuk
perbelanjaan negara dan lain-lain.
Baiklah, Berbalik kepada konsep asal setiap perkara. Memang pada azalinya setiap perkara adalah neutral yang hukumnya adalah harus. Sebagi Contoh arak dan Khamar yang dimana pada asalnya adalah harus untuk diminum sehinggalah turun firman Allah..
Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." (Sahih Muslim)
Memang tidak disangkalkan sejak zaman Nabi SAW dan zaman Khalifah lagi sistem seakan cukai telah dipraktikan bagi menyumbang kepada pendapatan dan ekonomi negara. Sebagai contoh Jizyah. Jizyah ataupun sistem seakan cukai yang dikenakan kepada Non-Muslim yang mendiami negara dibawah pemerintahan islam. Jizyah atau bahasa kasarnya adalah wang perlindungan yang dikenakan bagi mendapatkan perlindungan penuh dibawah perundangan islam.
Namun, Bagi setiap perkara itu ada pro dan kontranya dimana Jizyah hanya dikenakan kepada individu laki-laki dewasa baligh yang berkemampuan dan bukan pada wanita, kanak-kanak, fakir miskin dan orang gila.. Namun berlainan pula ceritanya bagi sistem percukaian yang dikenakan bagi sesetengah negara yang bercorak kapitalis dengan cara tidak memilih bulu dalam mengenakan cukai.
Bagi sesetengah corak pemerintahan yang tanpa pernah memikirkan sedikit pun bagaimana Islam menjana pendapatan
negara, mereka rata-rata mengamalkan sistem ekonomi Kapitalis yang rakus menghisap darah rakyat melalui cukai. Namun Dari Ahmad, Abu Daud & Hakim Nabi SAW pernah bersabda,
“Sesungguhnya tidak akan masuk syurga orang yang memungut cukai (mukus)”
Dan dalam Riwayat lain juga,
“Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” [HR Ahmad].
Sudah terang bukan, hadis ini menunjukkan bahawa hukum menjatuhkan cukai bagi dijadikan
pendapatan negara, malah sesiapa sahaja yang
memungut cukai, maka tempatnya sedemikian didalam hadis. Namun, kerajaan
Kapitalis yang tidak pernah takutkan azab Allah langsung tidak
mempedulikan hadis dan syariah Allah.
Mangapa sibuk menyalak bukit mengikut corak kerajaan Kapitalis yang ada tidak pernah ingin mengkaji dimana dan bagaimana sumber
pendapatan bagi sesebuah Negara Islam itu dapat dijana.
Telah terang ditetapkan oleh Allah dan
RasulNya pelbagai cara sesebuah negara boleh menjana ekonomi negara. Ghanimah, Fai’, Kharaj, ‘Usyur, Khumus, Rikaz,
Jizyah dan lain-lain sudah cukup terang memberikan jawapan bagi segala permasalahan cukai yang bersifat Kapitalis yang sudah jelas haramnya.
Sumber-sumber ini adalah sumber yang diredhai oleh Alah
dan langsung tidak menzalimi rakyat sebagaimana dalam sistem kufur
Kapitalis yang bukan sahaja merampas harta rakyat, malah akan membawa
pemerintah ke Neraka
Aisyah r.a berkata : saya telah mendengar rasulullah saw bersabda di rumahku ini : ya allah siapa yang menguasai sesuatu dari urusan umatku, lalu mempersukar pada mereka, maka persukarlah baginya. Dan siapa yang mengurusi umatku lalu berlemah lembut pada mereka, maka permudahlah baginya. (Muslim)Imam Abu Hanifah menyatakan,
"Apabila seorang pemimpin menggunakan kekayaan negara dengan cara yang tidak sah ataupun melakukan kezaliman dalam melaksakan hukuman kepimpinannya dianggap batal.."
Kerana 6% kerana itulah akan memebawa pemerintah ke Neraka. Itulah ‘hadiah’ dari sebuah ideologi Kapitalis, yang bukan sahaja akan membinasakan negara,
malah diri pemimpin itu sendiri.
P/s - Bukanlah hendak menfatwakan yang mana haram atau yang mana Halal, Entry ini juga tidak menyatakn dengan terang yang mana Halal atau yang Mana haram, Anda punya akal yang sempurna dikurnikan Allah, Fikirlah dengan akal yang dikurniakan Allah itu bukanya menggunakan nafsu bagi membezakan yang mana baik atau yang mana buruk.. Namun hukum Allah jelas menyatakan sebegitu.. Tepuk dada tanya iman, dan kerana segalnya datang dari Allah..
Waallahualam...
1 comment:
:)
Post a Comment