Google Website Translator Gadget

Sep 6, 2011

Muslim United..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Yang disana Sibuk dengan Komunisme, yang disini pula sibuk dengan Umnonya, sibuk dengan PR-nya, yang disitu pula sibuk dengan ketuanan Melayunya, tidak temasuk pula yang Racistnya.. Astaghfirullah.. Tetapi siapa pula hendak menongkah arus mempertahankan ketuhanan Islam dan Memperkembangkan Jihad membawa syiar-syiar Allah..

Entri ini bukan hendak menyentuh sensitiviti masyarakat namun hendak memperbetulkan diri jua,

Mengapa sibuk bertongkat langit mepertahankan sesuatu yang tiada penyudahnya, sedangkan kita boleh bertongkat dibawah syiar-syiar Allah yang bersifat Rabanniah dan Abadan Abada.. 

Mengapa sibuk menjaga ketuanan bangsa namun ketuhanan Islam berciciran entah kemana..

Sedangkan Nabi SAW sendiri membantah ketuanan Abu Jahal yang mempertahankan Bangsa Arab, yang juga merupakan se-bangsa dengan Nabi SAW. Namun Nabi SAW tetap berpegang teguh  dan menjunjung erat Ketuhanan dan Wahyu Keislaman Allah.. 
Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya, "Bukan dari golongan ku (umat Islam) sesiapa yang menyeru kepada Assobiah (suku Bangsa) dan bukan dari golongan ku sesiapa yang mati atas jalan Assobiah (suku Bangsa)" (Hadis riwayat Abu Daud).
Hadis diatas sudah terang lagi bersuluh,
"Bukan dari golongan ku (umat Islam) sesiapa yang menyeru kepada Assobiah (suku Bangsa).."
Dengan hanya menyeru kepada perkara Assobiah saja sudah cukup untuk membuat kita terkeluar dari Umat Muhammad SAW, Apatahlagi, bagi mereka yang sanggup bermati-matian dalam mempertahankan Hak hak Assobiahnya dan meletakkan perjuangan atau nama suku kaum serti UMNO-BN, MACMA, PERMIM dan bermacam-macam lagi yang kesemuanya mengaku Islam tetapi pada hakikatnya, masing-masing memperjuangkan kepentingan suku bangsa masing-masing.

“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Tidak kiralah Cina, India, Arab, Pakistan mahupun Melayu, Kita semua sama, Kita mengadap kiblat yang sama, Kita menyembah tuhan yang sama, kita punyai penyampai wahyu dan Risalah Allah yang sama.. Mengapa perlu sibuk bertelagah berkelahi mempertahankan bangsa, Bangsa tidak membawa kemana, tetapi akidah dan syiar yang satulah yang dapat kita perolehi manfaatnya bersama Kelak.. 
“Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah. Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu”. (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq).
Ingatlah wahai saudara saudariku yang kucintai kerana Allah, kita hendaklah tahu bahawa setiap mukmin itu bersaudara tanpa mengira bangsa dan puak. Hak-hak persaudaraan Islam telah ditentukan oleh Allah dan rasulNya. Nilai persaudaraan ini hendaklah sentiasa kita pegang. Perbezaan keturunan dan bangsa tidak boleh menjejaskan hal ini. Inilah asas perpaduan yang terpenting. Inilah perpaduan yang menyelamatkan kita dunia dan akhirat.

Istilah Racism dan perkauman sepatunya tidak pernah wujud dan menjadi jurang anatara kita, Tidakkah kita sedar, putih ke kita, hitam ke kita atau pun biru ke kita, Kita semua Muslim bukan?..  Kita semua Hamba Allah yang satu Bukan?.. Dan Kita semua berpaksikan kiblat yang satu bukan?.. Mengapa perlu mendabik dada, menghunus pedang, menjujung tombak, dan mangacu senjata api merajakan kekuatan masing-masing. Sedarlah wahai saudara saudariku bukan senjata yang harus disiap siagakan, tetapi berpegang eratlah kepada tali-tali Allah yang Lima itu..
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah-belah; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara jantung hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara (persaudaraan Islam). Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu darinya (disebabkan nikmat Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Surah Ali ‘Imran ayat 103).
Perjuangan bangsa tidak membawa kita ke mana-mana, hanya dengan keegoan dan kesombongan kerana dilahirkan sebagai bangsa Melayu atau Cina atau India tidak memabawa apa-apa makna. Ia hanya akan menyebabkan kebencian dan kemarahan bangsa lain. 

Berbeza dengan perjuangan memartabatkan Islam.Tidak kira apa jua bangsa kita, kita adalah saudara dan orang bukan Islam yang baik pula adalah kawan yang perlu dihormati. Islam mengajar kita supaya memerintah dengan adil dan saksama. Islam mengajar kita supaya memartabatkan Islam! Bukan bangsa! Jika Rasulullah sendiri mendoakan kebinasaan kepada bangsanya, apa pula kelebihan bangsa kita jika meninggalkan Islam seperti ini?

Imbas kembali dan berfikir sejanak apa yang telah berlaku kepada masyarakat kita hari ini:
  • Berzina, rogol dan sumbang mahram.
  • Golongan paling tinggi membuang dan membunuh anak.
  • Meninggalkan solat (jika berterusan boleh jadi murtad).
  • Tidak melaksanakan undang-undang Islam.
  • Rahsuah berleluasa.
  • Wanita berpakaian tetapi telanjang. Hasilkan pula rekaan fesyen alaf baru yang jauh terpesong dari landasan Islam. Seolah-olah terma dan syarat pemakaian yang ditetapkan oleh Allah itu sangat ketingglan zaman, hodoh dan hina!
  • Mengagung-agungkan hiburan.
  • Menyediakan pusat judi terbesar di asia tenggara.
Rating menunjukkan bahwa Melayu Islam, tidakkah kita berasa terhina? Berpegang pada agama Islam.. Namun Islam sama naik, Maksiat juga sama naik?.. Astaghfirullah Hal Azim...  Sekarang apa guna melebihkan kepentingan bangsa tetapi rialiti Islam sering dipijak dan diperlekehkan..


p/s - Rakan dan taulan, Entri ini bukan hendak mengutuk bukan untuk menindas, namun inilah realiti masyarakat hari ini, Justeru marilah bersama kita kembali berpaksikan Al-Quran dan Al-Sunnah, bukan sibuk menjaga ketuanan bangsa..  Insya'Allah.. 

Wallahu'Alam..

1 comment:

cimie said...

"Islam mengajar kita supaya memartabatkan Islam! Bukan bangsa! Jika Rasulullah sendiri mendoakan kebinasaan kepada bangsanya, apa pula kelebihan bangsa kita jika meninggalkan Islam seperti ini?"

aku suka bahagian ni.. :)

dah brpa kali aku prtghkan kat depa2.. ada apa dengan bangsa! apa yang aku lawaknya.. jgn jadi JEBAT!
:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player