Google Website Translator Gadget

Jun 28, 2011

Rejab sudah.. Syaa'ban pula Inysa'Allah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Sabda Rasulullah: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
Alhamudlillah Rejab sudah hendak sampai penghujungnya dan akan meninggalkan kita dengan seribu satu kelebihan. Berbahagialah mereka yang mengambil sepenuh kesempatan dari fadhilatnya. Jika diizinkan Allah kita akan berkesempatan  bersama Rejab pada tahun hadapan. Dan Insya'Allah semoga kita dapat memuliakan Rejab tahn hadapan kita lagi mulia dan barokah darai tahun ini Insya'Allah, kita doa kan bersama..

Kini muncul pula bulan Syaa'ban Bulan yang berada di tengah-tengah antara Rejab dan Ramadan. Bulan yang juga penuh dengan fadhilat dan keberkatannya.

Ulamak berpendapat, bulan Rejab adalah bulan kesempatan untuk kita meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela manakala Ramadan pulan bulan untuk mengubat hati dan jiwa.

Syaaban bererti berpecah atau bercerai-berai. Ini kerana mengambil sempena peristiwa orang-orang Arab pada bulan tersebut berkeliaran ke merata tempat untuk mencari air. Ada pula berpendapat, Syaaban bermaksud pemisah iaitu pemisahan antara bulan Rejab dan Ramadan.

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:
“Tahukah kamu sekelian, mengapa dinamakan bulan Syaaban? Maka umatnya menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.”
Baginda meneruskan sabdanya: “Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
KEUTAMAAN SYAABAN:

“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain)
Allah swt mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Allah juga banyak mengurniakan  rahmat kepada hambaNya. Rasullah bersabda yang bermaksud:  
“Allah mengangkat amalan-amalan semua hambaNya pada bulan ini.”                         
Dan sebagian ulama menyebutkan bahwa hikmah dari puasa Sya’ban adalah sebagai latihan guna menghadapi puasa Ramadhan. Tatkala seseorang telah merasakan manis dan lezatnya berpuasa di bulan Sya’ban, maka ia akan masuk pada bulan Ramadhan dalam keadaan penuh semangat dan kesiapan serta telah terbiasa untuk berpuasa.
“Allah melihat kepada makhluk-Nya pada malam nishfu (pertengahan) Sya’ban lalu mengampuni seluruh makhluk-Nya kecuali orang musyrik dan orang yang bertikai.”
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Saidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang bermaksud:  
“Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak  dari puasanya di bulan Syaaban.”

Fari Usamah bin Zaid radhiyallâhu ‘anhu, beliau berkata kepada Rasulullah shollallâhu ‘alaihi wa ‘alâ âlihi wa sallam, 
“Wahai Rasulullah, saya tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam suatu bulan sebagaimana engkau berpuasa pada bulan Sya’ban?” Maka beliau menjawab,“Itu adalah bulan antara Rajab dan Ramadhan yang manusia lalai darinya. Dan ia adalah bulan yang padanya segala amalan akan diangkat kepada Rabbul ‘Alamin. Maka saya senang amalanku diangkat sementara saya sedang berpuasa.”
Berkata Ibnu Rajab rahimahullâh, 
“Nabi SAW telah menyebutkan bahwa tatkala (bulan Sya’ban) dihimpit oleh dua bulan yang agung; bulan Harom (Rajab) dan bulan Puasa (Ramadhan), maka manusia pun sibuk dengan keduanya sehingga (Syaa’ban) terlalaikan. Dan banyak manusia yang menyangka bahwa puasa Rajab lebuh afdhal dari puasa (Syaa’ban) karena ia adalah bulan haram, dan hakikatnya tidak demikian.”
Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud: 
“ Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”
APAKAH AMALAN YANG WAJAR DILAKUKAN DI BULAN SYAABAN? 

Memperbanyakkan puasa sunat:
  • Dalam Kitab Durratun Nasihin dinyatakan bahawa Rasulullah saw bersabda   bermaksud:
“ Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaa'ban, tiga hari pertengahannya dan tiga  hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”
  • Jika berpuasa sehari dalam bulan Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga. Diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.
  •  Jika berpuasa sebulan  pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut dan ditolaknya (terlepas) daripada kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.
  •  Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis (juga dalam Syaaban) dimasukkannya dalam syurga .(Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah.)
  • Rasulullah saw turut bersabda yang bermaksud:
“ Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa bulan Syaa'ban.”
Perbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah saw:
Sabda Nabi saw yang bermaksud: 
“Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)  
Bertaubat:
Bulan Syaa'ban merupakan bulan untuk kita memperbanyakkan taubat kepada Allah swt.

MALAM NISFU SYAABAN:

“Allah melihat kepada makhluk-Nya pada malam nishfu (pertengahan) Syaa’ban lalu mengampuni seluruh makhluk-Nya kecuali orang musyrik dan orang yang bertikai.”
Hadits di atas adalah satu-satunya hadits shohîh  yang menunjukkan keutamaan malam nishfu Syaa'ban. Dan hal ini berlaku bagi mereka yang mempunyai kebiasaan beribadah pada malam hari yang bertepatan dengan malam nishfu Syaa'ban. Ini bukanlah berarti bahwa diizinkan untuk melakukan ibadah-ibadah khusus yang tidak pernah dilakukan pada hari-hari lainnya sebagaimana kebiasaan sebagian manusia yang menghidupkan malam nishfu Syaa'ban secara khusus.

Tidak pernah dinukil dari Nabi SAW dan para sahahabatnya ada yang menghidupkan malam nishfu Syaa’ban secara khusus dengan melaksanakan shalat lail (malam) dengan melebihkan malam-malam lainnya, apalagi melakukan upacara keagamaan khusus yang sama sekali tidak ada tuntunannya dalam agama kita.

Perhimpunan (malam Nisfu Syaa'ban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidaah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas.

Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidaah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidaah, dan setiap yang bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, fatawa Mu‘asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

Inilah kenyataan Dr. Yusuf al-Qaradawi, seorang tokoh ulama umat yang sederhana dan dihormati. Namun dalam masalah ini beliau agak tegas kerana ia bercanggah dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW

 Wa'Allahualam

Jun 26, 2011

MATI manakah kita?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”

“ Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.

” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, ” Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”

Pemuda itu menyambung lagi, ” Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”

” Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.

” Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”

Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”

” Kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.

” Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.
” Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”

” Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.

” Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Dan ingatlah jua sesungguhnya setiap yang hidup akan merasa kematian, dan segala yang berlaku adalah diatas kehendak Allah SWT, dan tiada siapa yang dapat melawan kehendaknya.

Bersama-samalh kita berdoa agar kita dikurniakan mati yang husnul khatimah bukanya mati yang suul khatimah.. Insya'Allah..

Jun 23, 2011

"Logik ke Isra' Mikraj ni?"

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Pada malam dijalankannya Rasulullah saw dari Masjidilharam datanglah kepadanya tiga orang pada saat sebelum turunnya wahyu, sedangkan Rasul pada waktu itu sedang tidur di Masjidilharam. Kemudian berkatalah orang yang pertama: “Siapakah dia ini ? Kemudian orang kedua menjawab: “Dia adalah orang yang terbaik di antara mereka (kaumnya). Setelah itu berkatalah orang ketiga : “Ambillah orang yang terbaik itu. Pada malam itu Nabi tidak mengetahui siapa mereka itu, sehingga mereka datang kepada Nabi di malam yang lain dalam keadaan matanya tidur sedangkan hatinya tidak tidur. Demikianlah para Nabi, meskipun mata mereka terpejam, namun hati mereka tidaklah tidur. Sesudah itu rombongan tadi tidaklah berbicara sedikitpun kepada Nabi sehingga saatnya mereka membawa Nabi dan meletakkannya di sekitar sumur Zam-zam. Kemudian Jibrilah di antara mereka yang menguasai diri Nabi, lalu Jibril membelah bagian tubuh, antara leher sampai ke hatinya, sehingga kosonglah dadanya. Sesudah itu Jibril mencuci hati Nabi dengan air Zamzam dengan menggunakan tangannya, sehingga bersihlah hati beliau. Kemudian Jibril membawa talam yang terdapat di dalamnya bejana dari emas yang berisi iman dan hikmah. Kemudian dituangkanlah isi bejana itu memenuhi dada beliau dan urat-urat tenggorokannya”. (H.R. Bukhari dan Anas)
Bahwa Nabi saw bersabda : “Datang kepadaku seseorang (Jibril). Kemudian ia mengeluarkan hatiku. Setelah itu dibawalah kepadaku piala yang terbuat dari emas yang penuh dengan iman, lalu ia mencuci hatiku. Setelah itu menuangkan isi piala itu kepadaku. Kemudian hatiku dikembalikannya seperti sediakala.” (H.R. Bukhari dari Sa’sa’ah).
“Bahwa Rasulullah saw bersabda : “Didatangkan kepadaku Buraq, yaitu binatang putih lebih besar dari keledai yang lebih kecil dari bagal. Ia melangkahkan kakinya sejauh pandangan mata. Kemudian saya mengendarainya, lalu ia membawaku sehingga sampai di Baitulmakdis. Kemudian saya mengikatnya pada tempat para nabi mengikatkan kendaraannya. Kemudian saya salat dua rakaat di dalamnya, lalu saya keluar. Kemudian Jibril membawa kepadaku sebuah piala yang berisi minuman keras (khamar) dan sebuah lagi berisi susu; lalu saya pilih yang berisi susu, lantas Jibril berkata : “Engkau telah memilih fitrah sebagai pilihan yang benar”. (H.R. Ahmad dari Anas bin Malik).

Israk Mikraj merupakan peristiwa yang bukan lah dianggap lojik oleh akal segelintir manusia yang lemah iman dan pegangan takqwanya. Israk Mikraj ni betol ke? Boleh percayakah Israk Mikraj ini? betulkah perjalan dari Baitulmaqdis ke masjidilharam yang mengambil masa berbulan-bulan boleh digerakkan dalam masa satu malam sahaja? Wujudkah batu yang terapung menunjukan rasa takut dan hormat terhadap wahyu nabi Allah ini? Buroq, ape tu? Inilah dilema yang mungkin mengagangu fikiran segelintir akal manusia yang lemah. Tetapi Israk Mikraj adalah sesuatu yang benar dan tidak dapat disangkal lagi sekiranya dinilai dari sudut pandang keimanan dan ketaqwaan seorang mukim. Ingatlah, bahawa tiada yang mustahil disisi allah dan ilmu allah itu tidak akan kering sekiranya dibentangkan keatas tujuh lautan dibumi ini skalipun. Hadist riwayat Aisyah ra., ia berkata
Batu terapung Israk Mikraj
Batu terapung Israk Mikraj
Rasulullah saw. membaca firman Allah yang berbunyi: Dialah yang menurunkan Alkitab (Alquran) kepada kamu. Di antara isinya ada ayat-ayat yang muhkamat, itulah pokok-pokok isi Alquran dan yang lain ayat-ayat mutasyabihat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti ayat-ayat yang mutasyabihat daripadanya untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya, padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami. Dan tidak dapat mengambil pelajaran daripadanya melainkan orang-orang yang berakal. Setelah membaca firman tersebut Rasulullah saw. bersabda: Apabila kamu melihat orang-orang yang mengikuti ayat-ayat yang mutasyabihat dari Alquran, maka mereka itulah orang-orang yang telah disebut oleh Allah. Maka waspadalah terhadap mereka
Perlukan kita mencari kelojikan sesuatu nas atau ayat-ayat Allah itu sekiranya telah terang tertera dan tercatat didalam Al-Quran dan hadis-hadis Rasullah SAW sendiri tentang kesahihanya. Pernahkah kita mempertikaikan kenapa kita perlu tawaf mengelilingi Ka'bah sebanyak tujuh kali bagi melengkapkan Ummah atau Haji, kenapa tujuh, kenapa tidak enam taupun lapan? Pernahkah kita bertanya dan memeprtikaikan kenapa solat subuh dua rakaat, solat zuhur, asar dan isyak empat rakaat manakala solat maghrib itu tiga rakaat? kenapa tidak semua solat kita dua rakaat sahaja kan lebih mudah? pernahkah kita?

Justeru konsep yang sama dalam mengatasi permasalahan Haji, Umrah dan solat ini haruslah diguna pakai dan diaplikasikan secara sama dalam kita menangani permasalah yang menimpa dalam diri sesetengah individu yang tidak mempercaya dan mempertikaikan kebenaran Israk Mikraj ini.  Kita seharusnya mengambil peristiwa Israk Mikraj ini sebagai satu titik aras dan satu sempadan bagi membezakan keimanan dan sejauh mana kita keimanan sesorang individu mukmin itu sendiri. Sememangnya, Allah lebih mengetahui apa yang terkandung dalam setiap peristiwa yang diaturkan dan segala perancangan dan peristiwa yang diatur adalah sempurna zahir dan batinya dan tiada perancangan yang sempurna melainkan perancangan Allah SWT.

Sayidina Abu Bakar al-Siddiq telah menunjukan contoh yang sangat unggul apabila terus mengenepikan lojik akal apabila mendngar ungkapan Rasulluah SAW dan ayat al-Quran  berkenaan peristiwa tersebut. Mereka membuktikan keimanan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi terhadap apajua yang disampaikan oleh Muhammmad SAW.
“Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. [al-Isra' : 1]
Sepertimana juga menyebutkan berkenaan al-Mikraj dalam surah an-Najm, ayat ke-7 hingga ke-18. Firman Allah Taala :-
(7) Sedang dia berada di ufuk yang tinggi. (8) Kemudian dia mendekat, lalu bertambah dekat lagi. (9) Maka jadilah dia dekat (pada Muhammad sejarak) dua ujung busur panah atau lebih dekat (lagi). (10) Lalu dia menyampaikan kepada hambaNya (Muhammad) apa yang telah Allah wahyukan. (11) Hatinya tidak mendustakan apa yang telah dilihatnya. (12) Maka apakah kaum (musyrik Mekah) hendak membantahnya tentang apa yang telah dilihatnya? (13) Dan Sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril itu (dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain, (14) (Yaitu) di Sidratil Muntaha. (15) Di dekatnya ada syurga tempat tinggal, (16) (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. (17) Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling dari yang dilihatnya itu dan tidak (pula) melampauinya. (18) Sesungguhnya dia Telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) Tuhannya yang paling besar.

Mukjizat al-Isra’ menunjukkan kemuliaan yang tinggi kepada Rasulullah s.a.w dan peristiwa yang mengukuhkan jiwa Baginda di mana Baginda saw dilihatkan kepada kerajaan langit dan bumi. Peristiwa Isra’ juga merupakan berita gembira buat Baginda selepas kehilangan dua orang penting dalam hidupnya iaitu kewafatan bapa saudaranya, Abu Talib dan isteri tercinta, Khadijah pada tahun yang dinamakan “Tahun Kesedihan” serta selepas perjalanan dakwah Baginda saw ke Thaif yang disambut dengan penentangan dan penganiayaan kepadanya. 
Seharusnya kita menyambut peristiwa yang mengembirakan Nabi SAW degan hati terbuka dan tanpa ada perasaan syak dan berbelah-bahagi dari sibuk memikirkan lojik akal terhadap peristiwa Israk Mikraj ini. Bukankah telah terang dan jelas terdapat didalam nas dan hadis yang sahih tentang peristiwa ini apa lagi yang dirunsingkan dan menyukarkan keadaan bagi mencari kelojikannya? Kita seharunya mengenepikan lojik akal pabila bertembungnya isu anatara iman dan akal dalam sesuatu isu seperti peristiwa Israk MIkraj ini. Somoga denagn keberkatan peristiwa ini keimanan dan ketaqwaan kita boleh diupgrada dan dinaikan ke level yang lebih tinggi dan soga Allah sentiasa membimbing kita untuk terus berada dalam orbit keimanan Al-siddiq RA.

P/s - selamat menyambut malam Isra' Mikraj dan semoga kita memperoleh keberkatan bersemperna peristiwa Isra' Mikraj ini, Insya'Allah..
Wa'Allahualam..

Jun 20, 2011

Hai Wanita..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Jika anda seorang wanita sejati, anda patut berasa rugi sebab ketahuilah, lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya keatas tubuh anda sedangkan dia tahu, dia tidak berhak berbuat begitu. Bezanya lelaki dengan wanita, lelaki tidak kehilangan apa-apa biar berapa ramai wanita yang berada disekelilingnya, tapi anda pasti rugi setiap kali ada tangan-tangan yang tidak berhak hinggap di tubuh anda.
 
Hanya dengan sekali sentuh corak rama-rama sudah boleh musnah, kalau dua kali sentuh mungkin seluruh coraknya tiada, kalau tiga kali sentuh tidak mustahil sayap yang asalnya indah itu terkoyak. Jatuhlah sang rama-rama diatas tanah tanpa siapa mempedulikannya lagi. Lihatlah kehidupan dari sudut yg begini. Agar dengan itu anda dapat memelihara diri daripada menjadi habuan sang lelaki yang hanya ingin mencalitkan noda keatas diri anda.

Apa untungnya digilai dan diminati, kemudian berkorban sesuatu apabila ditagih atau diragut dengan kasar, kemudian anda ditinggalkan pergi. Di manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua-dua belah sayap anda telah tiada.

Wahai wanita, kasihilah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga. Nilai anda tentu terletak pada harga diri yang hanya sanggup dibayar oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran. Apalah ertinya digilai kalau yang menggilai hanya lelaki yang tidak tahu diri.

Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yang tahunya melihat anda sebagai ‘alat’.Tapi anda ibarat mutiara dipuncak bukit di mata seorang lelaki yg jujur. Memang sukar sedikit untuk mencari mereka. Biar terlewat, sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih. Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana-mana. Dia satu dalam seribu. Sudah tentu untuk mencarinya payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yg salah, sudahnya hanya mencemarkan hidup anda.

Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri.

Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi. Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yg terang dan indah daripada sang kelkatu yg menerjah api.

WAHAI WANITA, HARGA DIRI ANDA, ANDA YG MENENTUKAN.

""Wanita dijadikan dari tulang rusuk kiri, bukan dari tulang kepala untuk memerintah lelaki dan bukan juga tulang kaki untuk menghamba diri pada lelaki, tetapi tulang yang dekat dengan jantung lelaki…untuk merasai setiap degup jantung lelaki yang mencintainya dengan penuh kehormatan dan kasih sayang."

http://blog.upsi.edu.my/

Jun 18, 2011

TalQin Hati

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
 

Maha suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa.

Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap kalimah “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah“.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada-Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihini, Ingatlah Rasulluah SAW telah bersabda bahawa, 
“Perbanyakkanlah mengingati akan sesuatu yang memisahkan ni’mat yaitu mati”.
dan ingatlah bahawa, 
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati” (QS. 3 Ali Imran : 185). 
“Dimanapun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh” (QS. 4 An nisa : 78).
Pertama sekali, entri kali ini bukanlah hendak manakutkan sesiapa tetapi ingain mengingatkan diri saya dan sahabat sekalian akan sesuatu yang pasti berlaku dan ingatlah janji Allah itu benar, tidaklah dilambatkan satu saat dan tidak pula dipercepatkan satu saat sekiranya janji Allah itu tiba. 
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan."(Al-Ankabut : 57)
Marilah kita mengambil iktibar dan pengajaran terhadap peristiwa kematian ini, sesungguhnya kita haruslah mengambil peristiwa kematian ini sebgai sesuatu yang positive dimana kematian ini secara tidak langsung meberi kesedaran dan keinsafan kepada setiap individu yang bergelar muslim. Dan ingatlah bahwasanya, 
"Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusiapun sebelum kamu (Muhammad), maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal?" ( Al-Anbiyaa' : 34)
Ingatlah bahawasanya kehidupan didunia ini hanyalah sesuatu persingggah bagi mencapai kehidupan yang kekal abadi diakhirat sana. Kehidupan didunia ini harulah dijadikan sebagi platform bagi kita bercucuk tanam dan menuai benih-benih akhirat yang berbuahkan kenikmatan kehidupan di akhirat.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.
Daripada lbnu 'Umar r.a beliau berkata:Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda : Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu.
dan ingatlah bahwasanya kematian merupakan rahsia Allah sepenuhnya, kenapa Allah merahsiakan kematian seseorang ialah agar orang itu sentiasa bersiap-sedia untuk menghadapi kematian. Dan orang yang dikatakan bersedia menghadapi kematian hanyalah mereka yang siap bekal untuk kembali kepada Allah dan bekal menghadapi kematian, mati adalah suatu kepastian, mati datangnya tanpa pemberitahuan. disebutkan oleh Allah dalam Al-Quran,
“Bawalah bekal, karena sesungguhnya sebaik-baiknya bekal adalah taqwa” (QS. 2 Al Baqarah : 197)
Begitulah apabila nyawa terpisah daripada jasadnya, maka tinggallah segala yang dimiliki, keluarga, anak, saudara, pangkat dan harta. Jasad terbujur kaku akan diurus dan dihantar ke kubur untuk dikebumikan. Saat itu, terpisahlah ia ke alam barzakh sementara menunggu hari hisab dan pembalasan di akhirat. 

Dan ingatlah kubur merupakan salah satu taman dari taman-taman syura, dan juga salah satu gaung dari gaung-gaung neraka.  Ketika berada di alam kubur, seseorang itu dapat menjangkakan sama ada akan mendapat kenikmatan atau kesengsaraan di akhirat kelak. Perkara ini dinyatakan dalam hadis.
Diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya kubur itu ialah penginapan pertama antara penginapan akhirat, maka sekiranya seseorang itu terlepas dari seksaannya, maka apa yang akan datang kemudian akan lebih mudah lagi dan seandainya seseorang itu tidak terlepas (kandas) daripada (seksaannya), maka yang akan datang sesudahnya akan lebih sukar (keras).”
Bagi orang beriman, kehidupan di alam kubur dipenuhi segala macam kenikmatan kurniaan Allah, sebaliknya bagi yang syirik, kufur dan ingkar terhadap suruhan serta perintah Allah, sudah pasti seksaan dan azab kubur diterima sebagai tanda hukuman akan diterima di hari akhirat.

Untuk kesekiankalinya marilah kita panjatkan kesyukuran dan bertakwa kepada Allah SWT sesungguhnya Allah maha melihat lagi maha mengetahui apa yang kita kerjakan, Dan ingat lah pintu taubat itu sentiasa terbuka bagi setiap mukmin dan doa itu merupakan senjata terpenting dan senjata unggul bagi setiap mukmin. Marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri dan menginsafi segala kekhilafan dan segala dosa-dosa yang telah kita lakukan, sesungguhnya kami adalah mereka yang yang menzalimi diri kami sendiri. Semoga entri kali ini menjadi suatu pemangkin dan suatu peringatan kepada anda semua dan diri saya sendiri dalam kita mendekatkan diri kita kepada allah dan mencapai keredhaan kehidupan didunia dan di akhirat sana, Insya'Allah..
Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". ( Al- Jumu'ah : 08)

p/s - Maaf untuk entri yang terlalu panjang dan sekiranya ada kesalah ejaan dan tatabahasa. Kerana yang baik hanya dari Allah dan segtala kekhilafan hanya dari diri saya juga. Insya 'Allah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player