بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
TOPS, Training Of The Palestinian Specialist.
Ya Allah, tiada kata pegantar kata syukur yang dapat ku alun dan lontarkan yang lebih mulia selain dari Alhamdulillah, Ya Segala Puji bagi-Mu Ya Allah, yang terah menyentap batin dan tubuh kaku ini disaat alunan Al-fatihah dialunkan oleh Imam.
Hati ku kini tersentak sekali lagi, Ini bukan Imam Abd. Hakim mahupun Hj. Sharom yang mengimami solat Isyak malam ku ini. Hati ku kuat mengatakan Ini Imam dari Palestine yang Diuar-uarkan sehari sebelum ketibaan mereka.
Ya Kali Ini naluri ku terus kuat mengatakan sebegitu, dan terbukilah kini Imam Sulaiman dan Tenaga pengajar Dari Universiti Islam Gaza Imam Muhamed, datang mengjegah bagi menyampaikan Khabar dari Palestine.
Alhamdulillah, Khabar dari saudara dan Ikhwat dari Palestine ini megetarkan dan merafakan kembali semagat yang kian pudar, dan semagat yang telah lama lena dibuai cara hidup ZION yang aku sendiri mengetahu aku hidup didalamnya. Ya Allah Lindungilah aku dari terus leka Ya Allah..
Hari ini 12/08 2012,
Pintu hatiku dikejut dah diketuk terus diketuk oleh TOPS di KUIS dimana aku
bentangkan tentang senario sebanar perjuangan pembebasan Palestin hanya akan
berlaku apabila umat ini menyokong agenda jihad.
Jihad tidak pernah
luput sepanjang zaman, didokong oleh ulama dan pendukong-pendukong baik
pada fasa kelemahan apatah lagi pada fasa umat membina kekuatan. Makna
kata kerja-kerja membina manusia dengan tarbiyah iman tetap berjalan di saat-saat paling suram dalam sejarah umat ini. Buktinya tersangatlah banyak.
Ketika Turki di cengkam oleh pemikiran Attaturk yang cuba membunuh
Islam dari kehidupan umat Islam, para pekerja-pekerja Islam yang ikhlas
terus menekuri risalah peninggalan Badi uzaman Said Nursi. Kita
menyangka Islam diTurki akan hilang ruhnya apabila Turkilah negara
pertama yang mengiktiraf Israel pada tahun 1949 selepas termetri The
Rhodes Armistice yang memuktamadkan sempadan negara haram Israel
berdasarkan garisan hijau (green line) yang dibatasi oleh sempadan
Baitul Makdis Timur dan Tebing Barat sekaligus berdirinay entiti zionis
di atas 78% bumi Palestin. 6o tahun selepasnya kita melihat Turki yang
kembali bangkit sehingga dijoloki sebagai 'The New Ottoman'.
Ya dari
mana lahirnya figur-figur Raccep Tayyip Erdogan yang menjadi pemimpin
paling tegas menghadapi Israel. Bahkan beliau menggunakan hubungan
diplomatik dan setiakawan yang telah wujud di antara Turki dan Israel
sejak 60 tahun dahulu untuk kembali menjerut regim Zionis itu. Siapa
dapat menjangka, hubungan diplomatik yang terbina selama ini menjadi
saluran oaling berkesan untuk Turki mengenakan tekanan demi tekanan yang
tidak bolih diperlekeh oleh Israel sebagaimana mereka memekakkan
telinga dari cemuhan dan kutukan antarabangsa. Inilah dia buah dari
tarbiyah - biarlah ia mengambil masa puluhan tahun, ia tetap merupakan
jalan keluar dan penyelesaian kepada masalah umat.
Jawapan atau solusi
untuk keluar dari kelemahan dan kelesuan umat ini ialah membina manusia -
membina ruh, fikrah dan jasadnya dengan acuan Rabbani. Kini kita
memetik hasilnya dari satu usaha tulus yang tidak pernah mengenal erti
lelah dan menyerah.
Inilah pengajaran yang amat besar bagi umat Islam. Lihatlah kesan dari tarbiyah ini. Tarbiyyah inilah yang menjadi motivasi kepada Ahmad Tovudoglu dan Ermine Erdogan (isteri PM Turki) untuk menjengah saudara-saudaranya yang jauh, nun di bumi Arakan, membelai dan menangis bersama-sama tatkala suadara umat Islam Rohingya yang paling dekat menutup sempadan dan menyerahkan nasib mereka kepada musuh-musuh yang siap untuk menyembelih mereka.
Inilah keajaiban tarbiyah. Jalannya jauh tetapi pasti membuahkan penyelesaian kepada permasalahan umat ini secara tuntas dan penuh kerahmatan.
Inilah pengajaran yang amat besar bagi umat Islam. Lihatlah kesan dari tarbiyah ini. Tarbiyyah inilah yang menjadi motivasi kepada Ahmad Tovudoglu dan Ermine Erdogan (isteri PM Turki) untuk menjengah saudara-saudaranya yang jauh, nun di bumi Arakan, membelai dan menangis bersama-sama tatkala suadara umat Islam Rohingya yang paling dekat menutup sempadan dan menyerahkan nasib mereka kepada musuh-musuh yang siap untuk menyembelih mereka.
Inilah keajaiban tarbiyah. Jalannya jauh tetapi pasti membuahkan penyelesaian kepada permasalahan umat ini secara tuntas dan penuh kerahmatan.
Insya'Allah, Wahai Ikhwanul Muslimin dan Ikhwat ku di Palestine, Gaza will be Free and Palestine will be ours Insya'Allah.. Because This Ummah Is Our Ummah..
No comments:
Post a Comment