Google Website Translator Gadget

Aug 14, 2012

Keep Your Head High With Da'wah..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
  Assalamualikum, Ya Ikhwan dan Akhwat JOM DA'WAH..
  OBJEKTIF PROGRAM,


  • MENANGKIS SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
  • MELATIH PENDAKWAH MENYAMPAIKAN MESEJ ISLAM TERHADAP ORANG BUKAN ISLAM
  • MELATIH PENDAKWAH YANG PAKAR MEMBIMBING MUALLAF

  • Antara tajuk-tajuk pembentangan:


    Kewajipan Berdakwah
    Salahfaham Terhadap Agama Islam
    Sejarah agama Kristian
    Quran and Bible
    Al Quran and Science
    Muhammad in the Bible
    7 Persoalan Asas Tentang Kristian
    Pengajian Bible
    Buddhism
    Hinduism

    Penceramah jemputan yang sangat berpengalaman dalam dakwah ialah:

    1. Bro Lim Jooi Soon
    Penasihat PERKIM Ampang
    Pengerusi PERKIM Melaka


    2. Bro Mohammad Amin Yaacob
    Penulis buku:
    Isa Al-Masih: Jawapan Terhadap Risalah Kristian
    7 Persoalan Berkenaan Asas-Asas Agama Kristian
    Keaslian Al-Quran


    Bayangkanlah suatu hujung minggu kita pergi berkelah bersama keluarga ke pusat peranginan di tanah tinggi seperti di Genting Highland (tanpa singgah di kasino). Bila sampai ke puncak yang paling tinggi, kita pun menghamparkan tikar dan mula menjamu selera bersama-sama dengan keluarga. 

    Dalam kelekaan kita makan dan minum, anak kita yang berumur 2 tahun telah berlari-lari sampai ke hujung tebing; dihadapannya adalah jurang yang cukup dalam. Na’uzubillah, cuba bayangkan anak atau adik kita yang berumur 2 tahun berada dalam situasi itu. Cemas tak? Betul-betul sebelah anak kita ada seorang lelaki dewasa yang sihat dan waras. Apa yang perlu dilakukannya adalah hulurkan tangan dia dan pegang anak kita, InsyaAllah anak kita akan selamat.

    Tetapi... Lelaki tadi tidak endahkan anak kita dan anak kita melangkah lagi lalu jatuh kedalam gaung dan mati. Ketika itu adakah kita akan ucapkan terima-kasih kepada lelaki itu kerana tidak masuk campur dalam urusan orang lain? Tidak, kita akan salahkan dia kerana tidak mahu menolong anak kita. Kita akan tuduh lelaki itu sebagai seorang yang sangat kejam.
    Ya Ikhwat serta Akhwat ku sekalian, sebenarnya kitalah orang-orang Islam yang memegang watak lelaki yang kejam tadi. Kita ada ramai kenalan bukan Islam seperti rakan kerja, kawan, jiran dan sebagainya tetapi kita tidak pernah buka mulut untuk menyampaikan mesej Islam. Kita biarkan sahaja mereka mati dalam keadaan kafir. Di akhirat nanti mereka akan mengadu kepada Allah dan akan menarik kita sama-sama masuk ke dalam neraka, Na’uzubillah. Apakah alasan yang akan kita berikan pada Allah ketika itu? Marilah kita sama-sama bangun dan sampaikan da’wah kepada orang-orang bukan Islam sambil melakukan islah sesama orang Islam.


    Sketsa dari blog Bro Shah Kirit

    Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
    (Al-Hujuraat 13).
    Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam.”
    (Fussilat: 33)
      Waallahu'Alam..

    No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Music Player