بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
12 Rabiul Awal 1433..
Eh Maulidur Rasul lah..
Berkumandanglah disini dan disana..
Media Massa Media Hiburan yang sibuk menyanjung dan mengaungkan Muhammad SAW..
Kesal..
Terus dengan kekesalan..
Mengapa tiba Rabiul Awal baru sibuk nak mengagungkan Imam kita..
Saidina Kita dan Maulana kita...
" Menghayati Perjuangan Rasulullah di TV * "
Demikianlah tema salah sebuah media swasta yang mula menghayati perjuangan Rasul Junjungan.. Barulah mula menyanagkan kisah perjuangan dan kisah tauladan yang memaparkan Akhlak baginda..
**************************
Tanggal 12 Rabiul Awal...
tercatat sejarah seorang pemuda bakal mengemparkan tanah arab jahiliyah dan mengemparkan seluruh alam dengan berkat dan keindahan Akhlak beliau..
Tanggal 12 Rabiul Awal..
Mmencatat sejarah sebagai permulaan Syariat serba lengkap,
syariat yang Kamil lagi Mutakamil..
Tangal 12 Rabiul Awal..
Mengukir keindahan dunia Hijrah..
Hijrah mengagungkan Allah sebagai tuhan yang esa..
Tuhan yang mencipta dan menghapuskan..
Tuhan yang maha bijak sana merancang..
Tuhan yang mengetahui akan segala yang Hak dan Batil..
Dan Kini selepas 1433 tahun kelahiran beliau..
12 RAbiul Awal masih tetap Gah disambut..
Persoalanya...
Apakah yang kita sambut..
Kita sambut kelahiran seorang Nabi?
Kita sambut kelahiran seorang Rasul?
Atau hanya sekadar itu saja.?
Adakah kita sambut Islam yang dibawa?
Adakah kita menyambut syariat yang dibawa?
Adakah kita sambut Corak dan gaya hidup Baginda?
Adakah kita sambut corak dan gaya pemerintahan yang baginda didik?
Adakah kita menyambut baik Sunnah-sunnah dan Hadis-hadis Baginda?
Adakah kita menyam sifat Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatanoh baginda?
Adakah kita menyambut baik prinsip dan undang-undang yang baginda bawa?
Atau kita hanya sekadar menyambut hari kelahiran Baginda?
Bukankah Kesyumulan Islam yang dibawa oleh baginda?
Apakah yang sebenrnya kita sambut?
Keputeraan baginda?
*********************************
KEPUTERAAN RASULULLAH SAW
Adapun nasab keturunan baginda SAW adalah: Muhammad bin Abdullah bin
Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf. Dikatakan bahawa nasib baginda
SAW ini sampai kepada Nabi Ismail AS.
Nabi Muhammad SAW lahir pada tahun Gajah iaitu tahun tentera Abrahah
melanggar masuk untuk menyerang dan menawan kota Makkah. Namun percubaan
untuk menawan Kaabah ini menemuni jalan kegagalan apabila Allah Taala
menghantar sekumpulan burung Ababil untuk memusnahkan angkatan tentera
Abrahah itu dalam sekelip mata sahaja. Mengikut pendapat yang paling
hampir bahawa baginda SAW telah dilahirkan pada 12 Rabiulawal tahun itu
(terdapat juga beberapa pendapat lain lagi).
Baginda SAW adalah seorang yatim ketika dilahirkan. Bapanya wafat
ketika usia baginda SAW dua bulan dalam kandungan ibunya. Setelah
dilahirkan baginda SAW dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib kemudian
disusukan oleh Halimah binti Abi Zuwaib dari puak Bani Saad Bakri.
Kampung Bani Saad pada ketika itu mengalami kemarau yang teruk.
Setelah sampai Nabi Muhammad SAW untuk menyusu maka kampung tersebut
berubah dari sebuah kampung yang tandus kepada sebuah kampung yang subur
lagi menghijau. Di kampung ini jugalah baginda SAW telah dibedah perut
oleh malaikat ketika usia baginda lima tahun. Ini adalah di antara
keberkatan dan mukjizat baginda SAW yang telah dikurniakan oleh Allah
Taala.
Ibu baginda SAW telah wafat ketika usia baginda enam tahun. Ini
menyebabkan baginda SAW menjadi yatim piatu. Kemudian baginda dipelihara
dan dididik pula oleh datuknya Abdul Mutalib sehingga usia baginda
lapan tahun. Setelah datuknya meninggal dunia baginda dipelihara oleh
bapa saudaranya Abu Talib.
RASULULLAH SAW UTUSAN ALLAH TAALA
Rasulullah SAW merupakan pesuruh Allah Taala yang diutuskan kepada
umat Islam dan seluruhnya. Sebagai umat Islam yang beriman maka wajiblah
kita mentaati segala perintah dan suruhan yang datangnya dari junjungan
besar Rasulullah SAW tanpa membantahnya walaupun sedikit. Perintah
mentaati rasul-Nya amat jelas dinyatakan di dalam nas-nas dari al-Quran
al-Karim ataupun al-Hadis antaranya:
Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah
kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan
kepada orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu. Jika kamu
berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara maka hendaklah
kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan sunnah
rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang
demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.
(Surah an-Nisa: ayat 59).
Oleh itu, sebagai tanda kita mengimani dan mencintai Rasulullah SAW,
beberapa perkara yang akan saya nyatakan di bawah ini boleh dijadikan
pegangan kita:
BERADAB DENGAN RASULULLAH SAW
Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasul-Nya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah a-Hujuraat: ayat 1).
Firman Allah Taala bermaksud:
Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul (Rasulullah SAW) di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (Surah an-Nur: ayat 63).
MENTAATI RASULULLAH SAW
Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah SAW) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad: Ayat 33).
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah SAW) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. (Surah al-Hasyr: ayat 7).
Firman Allah Taala bermaksud:
Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasul-Nya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32).
BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH SAW
Firman Allah Taala bermaksud:
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).
MENGASIHI RASULULLAH SAW
Firman Allah Taala bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah ali-Imran: ayat 31).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasul-Nya lebih daripada cinta kepada perkara lain... (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
MENGIKUTI SUNNAH RASULULLAH SAW
Firman Allah Taala bermaksud:
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Surah al-Ahzab: ayat 21).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasul-Nya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).
PENUTUP
Sebagai umat Islam yang sayangkan baginda SAW hendaklah kita
mengikuti segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Ini
sahajalah bukti yang paling kukuh bahawa kita menyayangi dan mencintai
Rasulullah SAW sepenuh jiwa. Akhir sekali, di kesempatan ini saya ingin
mengucapkan selamat menyambut Sambutan Maulidur Rasul SAW 1433 H / 2012 M
kepada seluruh umat Islam. Jadikanlah amalan mengikuti ajaran baginda
SAW pada setiap ketika dan bukan sekali dalam setahun.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment