Google Website Translator Gadget

Feb 25, 2012

Al- Alam Kama' Taqrifahu..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Subhanallah.. Diam tak diam hampir cukup dua bulan latihan amali dan practical berlalu, dan dua bulan menunggu untuk berlalu. Ya Allah, ini baru practical belum lagi Aku memulakan kerjayaku... Practical sahaja aku sudah hampir lupa membaitkan kata-kata dakwah ku, dan kata-kata sumpah setiaku mahu terus melontarkan bai'ah ku...  
Hadis nabi pernah tersirat,
Disuatu ketika, Nabi serta segerombolan rombongan sahabatnya pergi bersiar-siar di kala petang. Perjalanan dan kaki nabi terhenti dikala sahabat terus berlalu maju tnpa menyedari bahawa nabi terhenti seketika melihat kawasan pembuangan dan perlupusan sampah. Muhammad SAW terhenti, lantas  bersabda.. 
" Kejarlah dunia.."
Lantas sahabat seluruhnya terdiam diselubungi seribu pertanyaan. Lantas bertanya..
"Apakah yang membuatkan engkau berkata demikian Wahai Rasulullah?"
Nabi seterusnya menunjukan pada sehelai kain perca yang tiada nilainya, dan serangka tulang anak kambing yang tiada khasiat dan manfaatnya pada Sang Jin mahupun si semut merah. Disaat jari telunjuk terus menunjuk pada perca kain dan tulang itu, Muhammad lantas bersabda...
" Dunia ini ibarat Kain perca dan serangka tulang itu, sesungguhnya dunia ini tiada sedikit nilai bagi Allah. Dunia tidak lain hanya sebagi pentas dan pena ujian bagi Makhluk dan Hambanya. Dan yang terbaik antara mereka adalah mereka yang bertaqwa.."
Hadis lain ada juga tercatat,
Dari Abu Said al-Khudri, r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda: "Sesungguhnya dunia ini manis dan indah dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu wakil menguruskan apa yang ada padanya, maka dengan itu ia sentiasa memerhati bagaimana cara kamu menjalankan urusan itu; oleh itu hendaklah kamu menjaga diri dari keburukan yang disebabkan oleh dunia,  dan khasnya oleh perempuan,  kerana sesungguhnya fitnah yang mula-mula menimpa kaum Bani Israel adalah berpunca dari orang-orang perempuan."
Tak dapat dinafikan bahawa dunia ini mempunyai daya penarik yang kuat,  kerana Tuhan telah menjadikannya berkeadaan demikian adalah untuk menguji manusia siapakah yang lebih menguasai hawa nafsunya dan dapat menggunakan dunia itu menurut yang diredhai Allah setelah ia diberi kuasa menguruskan mana-mana yang ada padanya.

Jadilah engkau di dunia seakan-akan orang asing atau pengembara. Jika kamu berada di sore hari jangan tunggu pagi hari, dan jika kamu berada di pagi hari jangan tunggu sore hari, gunakanlah kesehatanmu untuk (persiapan saat) sakitmu dan kehidupanmu untuk kematianmu.

Dunia tidak lain merupakan perhiasan yang tiada akhirnya bgai si pencarinya, tetapi hakikatnya dunia tidak lain sebagi satu bom jangka yang menggu bagi meledakan particle serta zarah-zarah noda yang bakal meracun pemikiran mereka yang sibuk mengejarnya.

Namun bukan kesemua particle itu mampu untuk menembusi umat Muhammad, kerana bukan semua sibuk mengejar ksenagan dunia masih ada yang mampu mengenepikan kemewahan dunia yang meracuni kerana cinta akan tempat terbaik bagi sebaik-baik tempat kembali.

Waallahu Alam..
 




 
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player