Ya Allah, terkadang aku malu mengadapmu, Terkadang aku malu memohon keampunan dari mu, terkadang aku malu memandang langitmu dan segala keindahan alammu ini Allah. Aku hambamu yang kerdil aku hambamu yang leka dan aku hambamu yang lalai.. Seringkali aku melakukan dosa terhadapmu, dan seringkali itu juga aku memohon kemaafan darimu.. Aku malu, aku malu, aku melakukan dosa dengan panca inderamu, aku malu melakukan dosa dengan nikmatmu yang tidak terkira dan aku malu melakukan dosa dengan kedua belah kakiku berpijak diatas bumimu ini..
Dan hari ini adalah antara hari yang aku berasa sangat malu terhadapmu Ya Allah.. Hari ku kumulakan dengan rasa bersalah dan rasa kecewa terdahap diriku.. Hariku dimula dengan kelakuan dosa ku, hariku dimula dengan sifat sambil lewa ku, hari ku dimula dengan sifat tidak sabarku, hariku dimula dengan sifat amarahku.. Allah, hinanya aku berpijak diatas bumimu dan berpayungkan langitmu.. Seakan tidak layak bagi ku untuk berpijak dibumimu ini..
Hatiku hampa, hatiku sedih memikirkan perkara-perkara dosaku.. Namun aku risau aku mungkin akan mengulanginya lagi kemudian hari.. Aku beristighfar kepadamu dalam masa yang sama aku takut aku bakal membatalkan istighfarku.. Astaghfirullah Hal Azim.. Tuhan yang maha pengampun, hanya padamu aku memohon keampunan dan hanya padamu sahaja aku bertaubat.. Mungkin aku tidak kuat untuk tidak melakukan dosa, dan mungkin aku tidak kuat untuk terus tidak melakukan dosa.. Tetapi tidaklah pernah jemu aku bertawakal kepadamu dalam aku bersabar meninggalkan segala laranganmu dan segala dosa-dosamu..
Mungkin benar kata ustaz di surauku merangkap guru sains di sekolah rendahku, Kita kena bersyukur kerana kita melakukan dosa, Kita kena bersyukur kerana dikurniakan rasa menyesal dan rasa bersalah ketika melakukan dosa.. Adakah debaran yang kurasai setiap kali aku melakukan dosa adalah tanda aku takut melakukan dosamu.. Akan tetapi debaran itu tidaklah selalu hadir, debaran itu kadang-kadang hanya hadir sesudah aku melakukan dosa.. Astaghfirullah Hal Azim.. Hanya lafaz istighfar mampu ku alunkan ketika debaran itu tiba, dan hanya rasa bersalahdan rasa pilu hati kesedihan dapat ku talunkan disamping tidak dapat aku memperbetulkan lagi segala perkara dosa yang telah kulakukan..
Namun perkataan berputus asa terhadap mu Ya Allah tidaklah pernah wujud dalam vocabulary dan kamus hidupku.. Aku percaya pintu taubat mu tidak akan pernah tertutup buat hambanya sehingga matahari terbit dari barat.. Dan tidaklah pernah aku berputus harapan dari pada keampunan darimu Ya Allah.. Bismillah Hi Tawakal Tu Ala'allah.. Hanya itu yang lantunkan setiap kali aku mengangkat wudhuku,hanya itu ku lantunkan setiap kali aku mengabdikan dri kepadamu, dan hanya itulah yang kulantunkan dalam setiap perkara harianku.. Dengan harapan rahmat dan redha mu mengiringi segala perkara yang kulakukan.. Insya'Allah..
No comments:
Post a Comment