Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)
Alhamdulillah, Harini genap 17 Ramadhan, hari turunya Al-quran atau disebut sebagai Nuzul Al-Quran, Ramai yang biasa sebut Nuzul Quran - Nuzul Quran, Tapi pernahkah kita hayati makna sebenar Nuzul Quran itu?
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw. Dimana Surah pertama yang menjadi mukjizat dan wahyu Allah yang pertama bagi nabi junjungan kita adalah surah Al Alaq' dan surah yang Terakhir adalah ayat kedua didalam surah Al Maidah..
Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)2
Baiklah, Frankly speaking, Tanya diri kita, sudahkah kita melaksanakan tangungjawab kita terhadap Al-Quran, Tahukah kita apa yang kita harus jawab diketika mana Al-quran itu menuntut hak nya di akhirat kelak.. Bukankah kita sebagai seorang muslim itu harus khatam Al-quran itu sekurang-kurangnya satu tahun dua kali, Sudahkah kita melakukan tangungjawab itu, Tepuk dada tanyalah iman..
Itu baru salah satu dari Haknya, bagai mana Hak-haknya yang lain? Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya, Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan, dan Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya. Bagaimana kita mahu untuk memenuhi hak-haknya yang lain sekiranya mengkhatamkan Al-quran itu sebanyak dua kali dalam setahun sudah tidak mampu untuk kita lakukan..
Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”
Marilah kita membaca Al-quran, bukan untuk siapa, tetapi untuk diri kita sendiri, sedarkah kita dengan Al-quran itu mungkin dapat kita berlindung dari teriknya padang mahsar itu, sedarkah kita dengan Al-quran itu mungkin dapat meringankan azab kubur kita, dan dengan Al-quran itu jugalah dapat membantu kita menjawab kuiz kelayakan didalam lianag lahad esok, sebelum kita menuju perjalanan kekal abadi kelak..
Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)2
Ingatlah wahai sahabat yang dicintai tidak lain kerana Allah, Al-Quran untuk dibaca dan dihayati bukan untuk dijadikan perhiasan. Sesungguhnya Al-Quran itu tidak akan menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim. Sesungguhnya Al-Quran itu mereupakan petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang soleh. Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.
Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).
Ingatlah, jangan lah kita dok menunggu Ramadhan baru sibuk nak memang Al-quran, Jangan tunggu ada kematian baru tahu untuk membacanya dan jangan tunggu nak kahain baru nak Kathamnya, Jadikanlah Al-quran itu teman terbaik kita, Peneman di waktu lapang dan Novel serta surat cinta kita Kepada Allah.. Sesungguhnya, sekiranya Al-quran itu bisa bersuara pada hari ini nescaya dia sedih dan kecewa melihat sikap kita yang mengambiln sikap sambil lewa terhadapnya.. Bukanlah niat dihati hendak mengecilkan mana-mana pihak, tetapi itulah realiti hidup masyarakat kita, kadang-kadang saya juga ade kekhilafanya, Tujuan utama adalah mengingatkan diri sendiri yang selebihnya adalah sebahagian dari usaha menegakan Amar ma'ruf itu.. Insya'Allah..
p/s - Maaf diatas entri yang agak serabut..
1 comment:
trimas atas nasihat..
Post a Comment