Google Website Translator Gadget

Sep 17, 2011

Dek Kerana Manusia..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

"Alhamdulillah, Ya Allah, Finally jumpa juga dengan kisah penuh dengan kebesaran-Mu ini.. Sudah lama niat hendak menaaip cerita ini sejak dengar dari surau tempoh hari, tetapi ketidak sempurnaan hamba-Mu ini mengatasi segalanya, dek kerana takut akan tersalah riwayat dan tersalah dalam menyampai makna sebenar kisah ni ku tangguhkan niat ku ini.. Tapi Alhamdulillah.."


Al-kisah..
Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Al-Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut daripada belakang. Melihat tingkahlaku Luqman itu, setengah orang pun berkata; 

“Lihat itu, orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki”. 

Setelah mendengar desas-desus daripada orang ramai, maka Luqman pun turun daripada himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di kawasan itu berkata pula; 

“Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu”. 

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi; 

“Lihat itu, dua orang menaiki seekor himar, sungguh menyeksakan himar itu”. 

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun daripada himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata; 

“Lihat, dua orang yang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderaikan, membazir”. 

Dalam perjalanan ke rumah, Luqman Al-hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya; 

“Sesungguhnya tiada seorang pun terlepas daripada percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan pertimbangan Allah s.w.t sahaja (pandangan manusia yang baik boleh diambil). Barangsiapa mengenali kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu”
Kadang-kadang hati ini tewas..
Kadang-kadang hati ini juga lemah..
Tewas serta lemah dek kerana Manusia..
Tewas serta lemah dek kerana pandangan Manusia..

Tetapi..
Tetapi aku lupa..
Tetapi aku lalai dan Alpa..
Pandangan Allah itu tetap the First ever Though..
Dan Pandangan Allah itu jugalah yang paling mulia of them All..

Ya Allah,
Makin hari..
Makin hari aku makin tewas..
Tewas dengan hanya kata-kata..
dan tewas dengan hanya lidah dan pandangan..

Ya Allah..
Menyarungkan kain sarung di surau campusku sahaja aku tewas..
Menelaah kitab-Mu di tempat awam sahaja aku hampir tewas..
Bagai mana Jihad Fisabillah ku kepada-Mu mahu ku pertaruhkan..
Ya Allah.. Aku semakin lemah, Dan tidak mahu aku tetap lemah..

Ya Allah, Ya Allah.. Ya Allah..
Aku tewas, dan janganlah kau biarkan aku terus tewas..
tidak sanggup aku menjadi muslim yang terus lembik..
tidak sanggup aku melihat agamaku dipandang sunyi akibat kelemahan ku ini..

Aku tidak kuat, Aku Lemah dan Aku lembik..
Tetapi aku yakin, Ya Allah engkau terlalu dekat..
Lagi dekat dan hampir dari Nadi ku sendiri..
Ya Allah, Ya Rahman.. Ya Rahim..
Kau kurniakanlah kudrat dan dayaMu kepadaku..
Kudrat dan daya-Mu kepada ku yang Hina ini..
Kerana tida kudrat dan daya ku sekiranya tidak dariMu Ya Allah..
Ameen Ya Rabbul Al-Amin..

Sep 14, 2011

Kerana 6%..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

"Eh.. Prepaid pun dah nak kene cukai sekarang? 6% pulak tu.. Haish Riba' tau.."
"Mana kau tau Riba', Eh jap.. Kau baru tau, Ketinggalan zaman ke apa kau ni lah.. =P"

Entry ini tercetus akibat dari concern seorang Sahabat bertanya tentang hukum Cukai, And thanks for asking sahabat..

Baiklah, Cukai ataupun bayaran (sumbangan) yang dikenakan oleh kerajaan terhadap orang perseorangan (perbadanan, syarikat, barang-barang, dan lain-lain) untuk perbelanjaan negara dan lain-lain.

Baiklah, Berbalik kepada konsep asal setiap perkara. Memang pada azalinya setiap perkara adalah neutral yang hukumnya adalah harus. Sebagi Contoh arak dan Khamar yang dimana pada asalnya adalah harus untuk diminum sehinggalah turun firman Allah.. 
Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." (Sahih Muslim) 
Memang tidak disangkalkan sejak zaman Nabi SAW dan zaman Khalifah lagi sistem seakan cukai telah dipraktikan bagi menyumbang kepada pendapatan dan ekonomi negara. Sebagai contoh Jizyah. Jizyah ataupun sistem seakan cukai yang dikenakan kepada Non-Muslim yang mendiami negara dibawah pemerintahan islam. Jizyah atau bahasa kasarnya adalah wang perlindungan yang dikenakan bagi mendapatkan perlindungan penuh dibawah perundangan islam.

Namun, Bagi setiap perkara itu ada pro dan kontranya  dimana Jizyah hanya dikenakan kepada individu laki-laki dewasa baligh yang berkemampuan dan bukan pada wanita, kanak-kanak, fakir miskin dan orang gila.. Namun berlainan pula ceritanya bagi sistem percukaian yang dikenakan bagi sesetengah negara yang bercorak kapitalis dengan cara tidak memilih bulu dalam mengenakan cukai. 

Bagi sesetengah corak pemerintahan yang tanpa pernah memikirkan sedikit pun bagaimana Islam menjana pendapatan negara,  mereka rata-rata mengamalkan sistem ekonomi Kapitalis yang rakus menghisap darah rakyat melalui cukai. Namun Dari Ahmad, Abu Daud & Hakim Nabi SAW pernah bersabda,
Sesungguhnya tidak akan masuk syurga orang yang memungut cukai (mukus)
Dan dalam Riwayat lain juga, 
Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” [HR Ahmad].
Sudah terang bukan, hadis ini menunjukkan bahawa hukum menjatuhkan cukai bagi dijadikan pendapatan negara, malah sesiapa sahaja yang memungut cukai, maka tempatnya sedemikian didalam hadis. Namun, kerajaan Kapitalis yang tidak pernah takutkan azab Allah langsung tidak mempedulikan hadis dan syariah Allah.

Mangapa sibuk menyalak bukit mengikut corak kerajaan Kapitalis yang ada tidak pernah ingin mengkaji dimana dan bagaimana sumber pendapatan bagi sesebuah Negara Islam itu dapat dijana.

Telah terang ditetapkan oleh Allah dan RasulNya pelbagai cara sesebuah negara boleh menjana ekonomi negara.  Ghanimah, Fai’, Kharaj, ‘Usyur, Khumus, Rikaz, Jizyah dan lain-lain sudah cukup terang memberikan jawapan bagi segala permasalahan cukai yang bersifat Kapitalis yang sudah jelas haramnya. 

Sumber-sumber ini adalah  sumber yang diredhai oleh Alah dan langsung tidak menzalimi rakyat sebagaimana dalam sistem kufur Kapitalis yang bukan sahaja merampas harta rakyat, malah akan membawa pemerintah ke Neraka
Aisyah r.a berkata : saya telah mendengar rasulullah saw bersabda di rumahku ini : ya allah siapa yang menguasai sesuatu dari urusan umatku, lalu mempersukar pada mereka, maka persukarlah baginya. Dan siapa yang mengurusi umatku lalu berlemah lembut pada mereka, maka permudahlah baginya. (Muslim)
Imam Abu Hanifah menyatakan,
"Apabila seorang pemimpin menggunakan kekayaan negara dengan cara yang tidak sah ataupun melakukan kezaliman dalam melaksakan hukuman kepimpinannya dianggap batal.."
Kerana 6%  kerana itulah  akan memebawa pemerintah ke Neraka. Itulah ‘hadiah’ dari sebuah ideologi Kapitalis, yang bukan sahaja akan membinasakan negara, malah diri pemimpin itu sendiri.

P/s - Bukanlah hendak menfatwakan yang mana haram atau yang mana Halal, Entry ini juga tidak menyatakn dengan terang yang mana Halal atau yang Mana haram, Anda punya akal yang sempurna dikurnikan Allah, Fikirlah dengan akal yang dikurniakan Allah itu bukanya menggunakan nafsu bagi membezakan yang mana baik atau yang mana buruk.. Namun hukum Allah jelas menyatakan sebegitu.. Tepuk dada tanya iman, dan kerana segalnya datang dari Allah..
Waallahualam...

Sep 13, 2011

Kerana Kesempurnaan Hanya MilikMu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
“Sesungguhnya, Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, mereka yakin bahwa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan, “Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?” Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberi-Nya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik.”(Al Baqarah, ayat 26)
 
"Down syndrome (DS), also called Trisomy 21, is a condition in which extra genetic material causes delays in the way a child develops, both mentally and physically. It affects about 1 in every 800 babies."
 
Firman Allah dalam surat Az-Zumar ayat 62 yang berbunyi:
Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya, padahal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya. Maha suci Allah dan Maha tinggi Dia dari apa yg mereka persekutuka"
Dikemulian Asar.. Disaat hati tenang menanti laungan Azan dari Tok Bilal, Terkesima hati dan  terkedu lidah melihat seorang kanak-kanak Down Syndrome yang dengan penuh kesempurnaan yang telah Allah berikan kepadanya, Dia menghulurkan tangan kirinya bagi berjabat tangan dengan seorang pemuda yang juga Khusyuk menantikan laungan Azan Asar dari Tok Bilal. Ya Tangan kiri, Hati ini mula tersenyum sendiri melihat karenah anak kecil ini. 

Mungkin kesempurnaan anak kecil ini tidak terpancar dari lahiriahnya. Namun kekuasaan Allah itu mendahului segalanya.. Hati ini sering kali luluh melihat karenah anak-anak Down Syndrome. Kesucian dan Kemuliaan anak-anak istimewa ini tidak siapa mampu sangkalkan. Kemulian Cahaya keimanan yang terpancar di wajahnya, Kemanisan iman yang terpancar disenyumanya dan kesempurnaan tingkah lakunya hanya datang dari Allah..

Sesungguhnya hati ini kerap kali tersentak dan terpana melihat keindahan ciptaan Allah yang sempurna ini.. Dan senyuman tidap pernah letih terukir melihat gelagat anak-anak  ini.. Subhanallah..

****************************************
 
Mungkin ada kalangan ibu-bapa yang merasa terhina, dan mungkin ada ibu bapa yang berasa seperti anak-anak DS ini membebankan dan tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak mereka DS. Namun ingatlah setiap perkara itu ada hikmahnya dan ingatlah "Special kids are given to the special parents!"..
 
Ya anak yang istimewa adalh untuk ibu bapa yang istimewa.  
 
Physically kanak-kanak DS mungkin dianggap cacat dan mungkin dianggap tidak sempurna. Namun diseblik ketidak sempurnaan itu terdapat kesempurnaan yang tersirat. Mungkin mereka tidak sempurna dari segi pemikiranya, dan mungkin mereka tidak sempurna dari segi tingkah laku mereka dan dari segi faktor luaranya juga. Namun segala kesempurnaan itu hanya milik Allah, dan tiada satu pun yang sempurna dia atas muka bumi ini selain Allah. 
 
Mengapa perlu menagung keluh kesah memikirkan nasib bakal melanda akibat menagung anak-anak DS yang dianggap sebagi mendukung biawak hidup. Mengapa sibuk memikirkan malu yang bakal ditanggup akibat dari anak DS..
 
Ada ketikanya anak DS ini lebih sempurna dari kita, Sesungguhnya mereka tiada daya berbuat apa-apa.. Dan sesungguhnya mereka terlepas dari segala ikatan hidup didunia dan terlepas dari segala syariat akibat dari kesempurnaan yang Allah telah berikan kepada mereka.. Mengapa sibuk mengeluh dan merungut menjaga Anak DS sedangkan mereka sudah dijamin syurga dari Allah, Mengapa sibuk mengeluh dan merungut anak DS sedangkan mereka sudah di jamin perlepasan dari Neraka Allah..
 
Bukankah kita patut merasa bangga, Bukankah kita patut berasa selesa kerana menjaga dan memelihara Ahli syurga ini.. Dan bukahkah kita patut merasa gembira kerana sudah tercatit didalam keluarga kita bahwasanya terdapat Ahli Syurga.. 
"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun." 
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Namun bukan mudah unttuk menjaga Ahli Syurga, Oleh kerana itulah, "Special kids are given to the special parents!"..
“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS  Al-Insyirah: 5-6)

Waallahualam..

Sep 12, 2011

Sistem Syura..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Mereka sibuk dengan isu pentadbiran british, Mereka sibuk dengan isu mempertahankan bangsa, dan mereka sibuk dengan idology Komunisme. Entry ni mungkin tidak jauh bercanggah dengan Entry ini tetapi Entry kali ini adalah lebih kearah kefahaman Syura atau pemerintahan berlandaskan syariat atau wahyu.. 

Hati ini tergerak menekankan isu ini adalah kerana ramai pihak yang masih tidak mengerti kesamarataan sistem syura samada anda Budha, Hindu, Kristian mahupun Islam sendiri. Dimana segelintir pendapat menggap sistem Syura tidaklah efektive sekiranya dilaksanakan di dalam Malaysia akibat dari pada tempias isu Rakyat  Majmuk dan juga tempiasa idology Satu Malaysia.. 

Sesungguhnya dalam sistem pemerintahan atau pentadbiran negara Islam, prinsip keadilan dan persamaan hak adalah penting dalam menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyatnya tidak kiralah umat Islam mahupun bukan Islam. Ini dapat dilihat pada zaman pemerintahan Rasullullah s.a.w yang telah berjaya menubuhkan sebuah negara Islam yang mengamalkan sistem pemerintahan dan perundangan yang berasaskan syariat islam. Semua rakyatnya mendapat hak yang adil dan saksama. Walaupun menghadapi tentangan daripada kaum Quraisy Makkah dan gangguan daripada Yahudi dan kaum bukan Islam. 

Ia terbentuk berdasarkan sebuah kanun atau perjanjian bertulis iaitu Piagam Madinah yang telah dibentuk berdasarkan wahyu.. Ia mengandungi beberapa fasal yang melibatkan hubungan antara orang Islam dan bukan Islam dan merangkumi aspek politik, agama, sosial, ekonomi dan ketenteraan. Dalam bidang politik, semua manusia adalah berprinsipkan sama rata dalam Islam. Sistem pemerintahan yang berasaskan sistem syura adalah tidak sama dengan sistem demokrasi yang telah dijalankan oleh negara kita sekarang ini. Ia dapat dliihat dari segi hak dan tanggugngjawab rakyatnya. 
Syura adalah suatu bentuk perbincangan yang membawa kepada kebenaran dan ketepatan dalam menyelesaikan masalah. (Al-Nasafi)
Undang-undang Syura ataupun syariat adalah telah ditetapkan oleh Allah s.w.t yang mencakupi segala kehidupan manusia tidak kira dari aspek politik, ekonomi, mahupun sosial atau muamalat. Oleh itu sistem syura adalah merupakan suatu sistem pemerintahan yang berlandaskan syariat yang telah digariskan oleh Allah s.w.t dalam al-Quran. Sistem syura ini adalah merupakan suatu sistem yang dicernakan sejak zaman Rasulullah s.a.w untuk melaksanakan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dengan cara bermusyawwarah.

Definisi syura adalah kata nama daripada perkataan “Al-Musyawwaratun” atau “Watasyawwarun” bererti mengutarakan pendapat (Dr. Lukman Thaib, 1995). Definisi syura ini jelas menunjukkan bahawa pendapat adalah diutamakan di dalam sesebuah perkara. Melalui prinsip ini peranan ummah atau rakyat Islam adalah dipentingkan di dalam perlaksanaan dan pembuatan sesuatu dasar yang berlandaskan al-Quran.

Sebaliknya Islam sebagai satu agama yang mempunyai prinsip keimanan yang tinggi kepada Tuhan, mengasaskan sesebuah negara itu berdasarkan kekuasaan Allah dan manusia pula ditugaskan sebagai khalifah. Amalan-amalan di dalam demokrasi Islam adalah merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah. Bagi demokrasi liberal menurut setengah-setengah sarjana menganggap demokrasi sebagai asas atau dasar manakala sebahagian yang lain pula mendefinisikannya sebagai bentuk atau kaedah. Namun begitu kebanyakan sarjana bersependapat bahawa demokrasi ialah sistem yang berasaskan pihak berasingan yang majoriti, pentadbir menghormati hak minoriti (Dr. Lukman Thaib 1995:8).
Allah SWT telah menyatakan di dalam kitabnya akan kebatilan mana-mana perundangan yang menyimpang daripada apa yang telah ditetapkannya.
“Ingatlah, kepunyaan Allah hak ciptaan dan segala urusan“ (Al- A'raf 54)
“Hukum itu tidak lain hanya bagi  Allah.. Dia menyuruh supaya kamu jangan menyembah  melainkan kepadanya. Demikian itulah agama yang lurus”.( Yusuf 40)
Dari Dr. Solah Sowi bahawa meletakkan kekuasaan tertinggi di tangan rakyat adalah merupakan perkara yang bertentangan dengan agama Islam dan juga agama-agama samawi yang  lain. Semenjak Nabi Adam A.S. diciptakan sehinggalah lahirnya Nabi Muhammad SAW tiadalah kuasa tertinggi dalam pentadbiran melainkan syariat Allah SWT sahaja.   

Jelasnya perlembagaan tertinggi hanyalah terletak kepada syara’ dan tidak kepada selainnya. Keseluruhan undang-undang yang menuntut  kepada perintah yang berkaitan dengan mukallaf ataupun pilihan kepada hambanya hanyalah milik Allah SWT sahaja. Manakala manusia tiada baginya hak sedikitpun untuk mengubah mana-mana ketetapan yang telah nyata dan pasti melalui petunjuk dan wahyunya.
Sumber :
Wallahualam.. 

Muhammad SAW

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Nabi Muhammad s.a.w. meskipun sama kejadiannya dengan manusia lain di muka bumi ini, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama. Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia-manusia biasa. Sebagai manusia yang terbaik di muka bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh untuk diteladani.

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :
Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw, Aku melihat cahaya dari lidahnya..Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan. Rasulullah umpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah. Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama. Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona. Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat. Wajahnya seperti bulan purnama. Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah. Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang. Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut. Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya. Mulut baginda sederhana luas dan cantik. Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan. Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya. Janggutnya penuh dan tebal menawan. Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah. Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya. Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.- Rambutnya terbelah di tengah. 
Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat. Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa. Seimbang antara kedua bahunya. Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik. Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut. Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya. 
Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak. Warna kulit baginda putih kemerah-merahan. Warna kulitnya putih tapi sihat. Kulitnya putih lagi bercahaya. Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh. Badannya tidak gemuk. Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak. Perutnya tidak buncit. Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka. 

Sesungguhnya mereka yang benar-benar mengkaji secara adil dan saksama berkenaan Nabi Muhammad SAW pasti mengagumi dan menghormati beliau seperti yang dikatakan oleh tokoh dari india, Mrs. Annie Besat, didalam bukunya yang bertajuk the life and teaching of Muhammad.
"Seseorang yang mengkaji kehidupan dan sifat nabi dari bumi arab ini dan tahu mengenai ajaran dan cara hidupnya pasti memberikan penghormatan kepada nabi yang agung ini"
Manusia yang ganas dapat beliau lembutkan, insan yang tertindas berjaya dimerdekakan dan manusia padang pasir yang tidak pernah dikenali akhirnya mampu meruntuhkan empayar Rom dan Parsi. Beliau juga berjaya mengantikan cara hidup sesat yang jahiliyah kepada tamadun unggul.

Dari Michael H. Hart, seorang ahli astronomi dan ahli sejarah terkenal di AS dalam bukunya "The 100", Nabi Muhammad SAW adalah orang yang paling berpengaruh di antara taburan penduduk dunia sepanjang zaman , ini karena Baginda SAW adalah satu-satunya manusia yang berhasil secara luar biasa baik dalam kegiatan keagamaan mahupun pemerintahan dan perilaku beliau. 

Namun aspriasi rasa cinta kita terhadap Baginda SAW bukanlah melalui aspriasi Fizikal, Namun melalui akidah baginda, Akhlak baginda dan tingkah laku baginda dan tauladan yang baginda pamerkan. Bukan hanya zahir Fizikal yang menjadi ukuran kemulian baginda dan bukan hanya fizikal yang menjadi kemulian sepanjang zaman, Akan tetapi tingkah laku akidah, akhlak dan kepimpinan  bagindalah yang disanjung sehingga kini hal ini kerana Akhlak baginda adalah Al-Quran itu sendiri..  

Syaikh Abdurrahman as-Sa’di, beliau berkata, “Teladan yang baik (pada diri Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam) ini, yang akan mendapatkan taufik (dari Allah Ta’ala) untuk mengikutinya hanyalah orang-orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (balasan kebaikan) di hari akhir. Karena (kesempurnaan) iman, ketakutan pada Allah, serta pengharapan balasan kebaikan dan ketakutan akan siksaan Allah, inilah yang memotivasi seseorang untuk meneladani (sunnah) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam“

Aspriasi Cinta Kita bukan sahaja melalui amatan Fizikal dan Tingkahlaku beliau sahaja, Namun aspriasi cinta kita terhadap baginda adalah melalui pengamalan dan kelaziman kita dalam melaksanakan Al-Sunnah beliau, Perlaksanaan kita dalam mendukung kerja-kerja dakwah beliau, dan perlaksanaan kita dalam melaksanakan Amar Makruf, Nahi Mungkar dan disusuli selawat serta salam terhadap baginda yang sering membasahi lidah yang dahagakan selawat serta salam terhadap baginda Muhammad SAW. 
Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun“
Allah Ta’ala memuji semua perbuatan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan menamakannya sebagai “teladan yang baik“, dalam firman-Nya,
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (balasan kebaikan pada) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah” (QS al-Ahzaab:21).
Wallahualam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player