Google Website Translator Gadget

May 9, 2011

Rindu Muhammadku

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Rasulullah SAW telah menghiasi hidupnya dengan warna-warna cinta & kasih sayang. Baginda telah mencorakkan perjalanan hidupnya dengan perjuangan dan pengorbanan demi cinta kasihnya. Cinta dan kasih sayang yang tidak ternilai dan diluar jangkaan manusia biasa. Sekiranya kita menelusuri perjalanan hidup baginda serta menghayati setiap degupan nadi kehidupannya, kita akan lihat gambaran wajah kasih sayang yang terlalu mendalam serta cinta yang tidak berpenghujung pada umatnya.
Kasih baginda tak pernah padam hinggalah suatu pagi, pagi yang bersejarah, pagi yang suram dan penuh dengan kedukaan.....
Pagi itu, walaupun langit mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayapnya. Pagi itu, Rasulullah saw dengan suara yg tersekat-sekat memberikan khutbah;"wahai umatku, kita semuanya dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taati dan bertaqwalah kepada Nya."
Apabila malaikat maut datang menghampirinya, baginda bertanya kenapa jibril tidak bersamanya. Kemudian dipanggil jibril yg sebelumnya bersiap di atas langit dunia menyambut roh baginda.
Jibril, jelaskan apakah hakku nanti di hadapan Allah ? Tanya Rasulullah dengan suara yang sangat lemah. "pintu-pintu langit sudah terbuka, malaikat sedang menanti roh kamu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata jibril. Namun jawapan itu tidak membuatkan Rasulullah lega, malah matanya masih penuh keresahan. 
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?Tanya jibril. "Khabarkan kepadaku, bagaimanakah nasib umatku kelak? "Jangan khuatir wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku; "Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad sudah berada di dalamnya," kata jibril. Ketika it barulah nampak tanda-tanda kelegaan pada wajahnya yang mulia itu.
Detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan-lahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat leher baginda menegang. "jibril, betapa sakitnya sakaratul maut ini," perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Saidina Ali yang di samping baginda tunduk dan jibril memalingkan mukanya.
"Jijikkah engkau melihatku sehinggakan engkau palingkan wajahmu, jibril? Tanya Rasulullah kpd malaikat jibril. "Siapakah yg sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal." kata jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yg tidak tertahan lagi. "Ya Allah, dahsyatnya maut ini, timpakan sahaja siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai sejuk, kaki dan dadanya tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar-getar seakan-akan hendak membisikkan sesuatu, saidina Ali segera mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku (peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.)"

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii.. (Umatku, umatku, umatku).."

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Begitulah saat-saat akhir manusia agung yang jiwanya dipenuhi rasa kasih pada ummatnya. Setiap detik hayatnya adalah untuk ummatnya, setiap kepayahannya adalah untuk keselamatan ummatnya serta setiap jerih perit kehidupannya adalah untuk cahaya keimanan ini terus tersebar menyinari hidup ummatnya. Sejarahnya adalah sejarah petunjuk dan kasih sayang. Kasih sayang yang tiada ukurannya untuk kita ummatnya.
"Ya Allah Ya Tuhanku kau kurniakanlah limpah kurnia mu kepada kekasih-Mu Muhammad SAW. Ya Allah tiada siapa yang lebih mencintai ummatnya selain Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya kami merasa rindu akan kehadiran kekasih-Mu Ya Allah. Muhammadku Kau ajarkan hidup ini untuk saling mengasihi. Ku tanamkan dalam hati ku amalkan sejak kini. Engkaulah nabi pembawa cinta. Kau bimbing kami menjuju syurga.  Demi cintaMu ya Allah, Pada Muhammad nabi-Mu, Ampuni dosaku, Wujudkan harapanku, Ya Rasullallah, Siapa yang cinta pada nabinya, Pasti bahagia dalam hidupnya. Aku rindu aku rindu kepadamu Muhammadku."


May 8, 2011

air mata taubat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Dosa hari ini, dosa semalam dan hari-hari yang telah berlalu kita lakukan. Subhanallah, Alangkah banyaknya sehingga tidak terkira. Namun demikian pernahkah Allah al-Rahman menarik balik nikmat penglihatan, pendengaran dan percakapan yang telah melakukan dosa? Malahan pula Allah al-Rahim sentiasa menutup keaiban dan kekurangan diri kita daripada diketahui oleh orang lain. Allah hu-Akbar
 
Setiap insan tidak dapat lari daripada melakukan dosa dalam menjalani kehidupan seharian. Amat banyak pendurhakaan kepada Allah yang telah kita lakukan sejak baligh hingga ke saat ini. Inilah kelemahan insan yang tidak dapat dinafikan. Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah.” (Surah al-Nisa’:ayat 28) 
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : 
“Setiap anak adam sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan ialah mereka yang sentiasa bertaubat”. ( Ibn Majah ) 
Sesiapa yang mengatakan bahawa dia tidak mempunyai dosa sebenarnya dia telah melakukan dosa dengan ucapan sedemikian. Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Maka janganlah kamu menganggap diri kamu suci. Dan dialah yang Maha Mengetahui siapa yang bertakwa”. ( Surah al-Najm : 32 )
Agama kita memperuntukkan satu amal soleh yang boleh menghapuskan segala dosa yang dilakukan iaitu taubat sebagai mengimbangi kelemahan manusia ini. Allah SWT yang bersifat dengan sifat al-Tawwab ( Maha Penerima Taubat) dan al-Ghafur ( Maha Pengampun) tidak akan membiarkan kelemahan hambanya ini dengan begitu sahaja. Dalam al-Quran bayak dijelaskan keutamaan, dorongan dan perintah agar kita sentiasa bertaubat. 
 
Maksud firman Allah SWT :
“Dan bertaubatlah kamu semua wahai orang-orang yang beriman supaya kamu memperolehi keuntungan.” (Surah al-Nur: 31)
Maksud Firman Allah SWT :
"Dan bersegeralah menuju kepada keampunan dari Tuhan kamu dan kepada syurga yang seluas langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. ( Surah Ali Imran :1"33)
Allah SWT juga berfirman:
"Dan dirikanlah shalat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya amalan-amalan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat." ( Surah Hud: 114).

Hadis-hadis Nabi saw juga banyak yang menyebut tentang kelebihan dan tuntutan taubat, antaranya ialah, Dari Nabi saw bersabda bahawa Allah berfirman ( hadis qudsi ) :
"Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kamu melakukan kesalahan siang dan malam dan Aku mengampuni semua dosa, oleh itu pohonlah keampunan kepadaKu, nescaya Aku mengampuni kamu." (Imam Muslim).
Sabda Nabi saw :
“Sesungguhnya Allah SWT sangat gembira dengan taubat hambaNya melebihi kegembiraan salah seorang di antara kamu yang kehilangan untanya di padang pasir kemudian menemukannya kembali”. ( Imam Muslim)
Dalam sabdanya yang lain, Rasulullah mengatakan:
Sesungguhnya Allah membentangkan tanganNya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada siang hari, dan Allah membentangkan tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada malam hari, sampai matahari terbit dari barat.” (Imam Muslim )
Rasulullah saw yang terpelihara daripada dosa dan diutuskan agar menjadi contoh kepada sekalian manusia juga memohon keampunan kepada Allah sebanyak seratus kali dalam sehari sebagai mana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Begitulah petunjuk sunnah Rasulullah saw kepada kita semua agar sentiasa bertaubat setiap masa. Jangan dibiarkan dosa berlanjutan dan dijadikan koleksi dari semasa ke semasa kerana maut datang tanpa isyarat dan amaran. Dosa yang dibiarkan pasti akan memberi kesan buruk kepada kita di akhirat kelak. Allah SWT yang bersifat Maha Penyayang telah mensyariatkan ibadat yang menjanjikan dosa-dosa diampunkan. Antaranya ;

Berwuduk
Rasulullah saw bersabda :
“Tidaklah salah seorang daripada kamu mendekati air wuduknya, kemudian berkumur-kumur, memasukkan air ke hidungnya lalu mengeluarkannya kembali, melainkan gugurlah dosa-dosa di (rongga) mulut dan rongga hidungnya bersama air wuduknya, kemudian (tidaklah) ia membasuh mukanya sebagaimana yang Allah perintahkan, melainkan gugurlah dosa-dosa wajahnya melalui hujung-hujung janggutnya bersama titisan air wuduk, kemudian (tidaklah) ia membasuh kedua tangannya sampai ke siku, melainkan gugurlah dosa-dosa tangannya bersama air wuduk melalui jari-jari tangannya, kemudian (tidaklah) ia menyapu kepalanya, melainkan gugur dosa-dasa kepalanya bersama air melalui hujung-hujung rambutnya, kemudian (tidaklah) ia membasuh kedua kakinya, melainkan gugur dosa-dosa kakinya bersama air melalui hujung-hujung jari kakinya.” (Imam Muslim)
Solat fardu, solat Jumaat dan Puasa Bulan Ramadan.
Rasulullah saw bersabda :
"Salat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadan ke Ramadan adalah penghapus dosa di antaranya selama dosa-dosa besar dihindari." (Imam Muslim)

Puasa Sunat Asyura’ dan puasa sunat wukuf.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
“Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyur (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.”( Imam Muslim )

Tasbih, tahmid dan takbir
Sabda Rasulullah saw :
“ Sesiapa yang menyebut setiap kali selepas solat dengan tasbih, tahmid dan takbir ( 33x) di akhiri dengan ucapan lah ila ha illa Allah….. maka diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan. ( Imam Muslim) 
Para ulama’ mentafsirkan dosa-dosa yang diampunkan di atas ialah hanyalah dosa kecil sebagai mana pendapat Imam al-Nawawiy dalam kitab syarh Muslim. Dosa besar hanya diampunkan bila dilakukan taubat nasuha. 
 
Begitulah perancangan Allah yang bersifat al-Hakim ( Maha Bijaksana ) menyusun ibadat-ibadat untuk menghapuskan dosa-dosa hambaNya. Solat fardu atau puasa Ramadan yang kita lakukan dengan ikhlas akan memberi kebaikan kepada kita sendiri. Dengan kata lain Allah mewajibkan amalan-amalan tertentu bukan untuk membebankan hamba-hambaNya tetapi sebagai ujian sama ada taat atau ingkar dan untuk menyucikan rohani mereka daripada kegelapan dosa.
Betapa ruginya mereka yang mengabaikan solat fardu dan puasa wajib. Tanpa mereka sedari golongan ini membuat koleksi dosa-dosanya dari semasa ke semasa. Mereka tiada peluang untuk menyucikan jiwa mereka daripada dosa. Lebih malang sekiranya mereka dijemput oleh Malakul Maut secara mengejut tanpa taubat, Na’uzubillah. 
 
Jadikanlah taubat sebagai amalan rutin seharian, pohonlah keampunan dariNya dan laksanakanlah amalan fardu sebaik-baiknya. Semua itu akan menyucikan dosa-dosa yang telah dilakukan. Jangan berputus asa dengan rahmat dan keampunan sekiranya selepas itu kembali melakukan dosa. Jangan terpedaya dengan tipu muslihat syaitan agar kita perputus asa dengan keampunan Allah SWT . Perbaharuilah taubat pada setiap waktu. Pohonlah pimpinan dan bimbingan Allah SWT agar sentiasa istiqamah dalam melakukan taubat kepadaNya.
 
 
mahatera.blogspot.com

"Muslimah"

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


1300 tahun Islam memerintah dunia, umat manusia diasuh dan dididik dengan aqidah Islam, tidak kira yang Islam mahupun yang bukan Islam. Ini bermakna, hidayah telah sampai kepada orang kafir, dan mereka boleh memilih untuk kekal dengan kekafiran mereka atau memilih Islam.

Atas dasar keimanan inilah Sang Khalifah memerintah dunia. Khalifah memerintah dunia mengikut apa yang telah disyariatkan mengikut al-Quran dan as-Sunnah. Atas dasar ini, segala sistem ciptaan Ilahi diterapkan dalam kehidupan, termasuk tatacara berpakaian dalam kehidupan sehari-harian.

Namun, sejak kejatuhan Daulah Khilafah pada 3 Mac 1924 bersamaan 28 Rajab 1342H, umat Islam kehilangan perisai untuk melindungi mereka. Apa yang ingin difokuskan adalah kehidupan muslimah semakin terancam, sejak penerapan sistem sekular oleh Mustafa Kemal Laknatullah mula menular. Sejak jatuhnya Daulah Khilafah di Turki, sistem sekular disebarluaskan dengan begitu pantas.

Sistem sekular yang diterapkan oleh Mustafa Kemal Laknatullah kononnya menjadi pemacu pemodenan Turki. Walhal, sistem tersebutlah yang menggagalkan dunia hingga ke saat ini. Muslimah dilarang untuk memakai pakaian yang menutup aurat. Sekiranya mereka memakai tudung, tudung mereka akan dirampas oleh pembelot-pembelot Islam yang digaji oleh pemerintah sekular. Tudung mereka ditarik dengan penuh rasa benci terhadap syariat Islam.

Tidak cukup sekadar itu, tudung dan niqab juga diharamkan oleh negara Barat seperti di Perancis. Perang propaganda seperti video dan kartun yang menyatakan Islam menindas wanita dengan hijab turut membuatkan muslimah di Barat bertambah tertekan. Mereka yang berhijab akan dipandang dengan pandangan yang semacam. Bahkan, ada juga yang dilabel sebagai 'pengganas' disebabkan oleh tudung mereka.

Walaupun masalah ini berlaku saban hari, muslimah di Barat tetap istiqamah dengan pemakaian tudung mereka. Malah, mereka telah mengadakan demonstrasi aman berkaitan perintah pengharaman tudung di Barat. Walaupun mereka dihina dan dipandang serong, pendirian mereka tetap tertancap kukuh.

Namun begitu, lain pula yang berlaku di negara kita. Tiada perintah pengharaman tudung sekalipun. Muslimah bebas untuk memakai tudung, niqab, mahupun jubah sesuka hati mereka tanpa ada halangan. Namun, peluang ini disia-siakan begitu sahaja.

Ramai wanita-wanita Islam di Malaysia dengan sesuka hati mendedahkan aurat. Tidak cukup dengan mendedahkan rambut mereka, pakaian ketat disarung pula pada badan mereka, bagaikan sarung nangka. Perasaan malu tidak sedikitpun lahir dari jiwa mereka tatkala tubuh mereka diperhatikan oleh masyarakat sekeliling lebih-lebih lagi kaum lelaki.

Mengapa perkara ini berlaku? Perkara ini berlaku adalah kerana sistem uqubat tidak diterapkan dalam kehidupan kita. Sebaliknya, undang-undang sekular diterapkan dalam kehidupan kita. Pendedah aurat, baik lelaki mahupun perempuan tidak dikenakan hukum takzir oleh pihak penguasa. Justeru, semakin ramailah golongan yang tidak tahu malu terbentuk. Semuanya kerana hukum hakam Islam tidak ditpraktikkan dalam kehidupan.

Justeru, ketiadaan Daulah Khilafah menjadi punca masalah dalam kehidupan. Kerana hanya Daulah Khilafah lah yang akan menerapkan sistem-sistem Islam dalam kehidupan. Di mana, sistem-sistem Islam tersebut diturunkan melalui wahyu. Lihatlah, bab aurat pun terjejas apabila ketiadaan Daulah Khilafah.
Memang benar, sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Sesungguhnya seorang Imam (Khalifah) adalah laksana perisai, di mana orang-orang akan berperang di belakangnya dan menjadikannya sebagai pelindung (bagi dirinya)." [HR Muslim]
iluvislam.com
Wahai muslimah, sesungguhnya kamu semua adalah perhiasan dunia. Memang tidak dinafikan bahwasanya kamu semua amat beruntung kerana tiket bagi kamu untuk memasuki syurga adalah mudah tetapi mudah juga bagi kamu untuk masuk neraka jahannam ingat lah batas-batas kamu dan tatatertib kamu sebagai muslimah Insya'Allah syurga milik kamu. sesungguhnya muslimah adalah simbol kebenaran islam serta mewakili suara dunia yang bisa megemparkan dunia. Subhanallah.
Wanita telah ditinggikan kemuliaannya dengan kedatangan agama Islam melalui wahyu yang telah diturunkan kepada para rasul. Anda tentu sudah tidak asing dengan cerita khalifah Islam yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khattab yang menanam hidup-hidup anak perempuannya kerana kepercayaan pada zaman tersebut bahawa anak perempuan hanya akan membawa nasib malang pada keluarga. Ini tidak lain tidak bukan, hanya meletakkan wanita sebagai serendah-rendah makhluk yang berada di muka bumi ini. Namun, kedatangan syariat Islam menenggelamkan segala kezaliman yang sekian lama wujud ini.

Adab-adab sebagai muslimah,
Pertama. 
Memelihara pandangan matanya dan memelihara kesuciannya, sebagaimana firman Allah SWT
"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya...'" (An Nur: 31)
Kedua. 
Menutup aurat dan perhiasannya dengan baik, tidak berpakaian terlalu sempit dan menjolok mata. Allah SWT berfirman
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya, dan hendaklah mereka menutupkan kain jilbabnya ke dadanya."(An Nur: 31)
Ketiga. 
Hendaknya jangan menampakkan perhiasannya yang tersamar, seperti rambut, leher, kedua lengan dan kedua betis kecuali kepada suaminya atau muhrimnya. Allah SWT berfirman
“Dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. . ." (An-Nur: 31)
Keempat. 
Hendaklah bersopan dalam berjalan dan berbicara. Allah SWT berfirman.
“Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan ... " (An-Nur: 31)
“Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit di dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik." (Al Ahzab: 32)
Kelima.
Hendaklah ia menjauhi segala sesuatu yang menarik perhatian lelaki dari dirinya seperti berdandan (tabarruj) dengan dandanan ala jahiliyah. kerana ini bukanlah akhlaq seorang wanita yang bersih. Rasulullah SAW bersabda:
“Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian keluar dari rumahnya agar dicium baunya oleh orang maka ia berzina." (HR. Abu Dawud)
Maksudnya seakan ia berbuat zina, meskipun ia tidak berbuat demikian, maka wajib atas wanita menjauhi perilaku seperti itu

Keenam. 
Wanita dilarang berduaan dengan lelaki lain yang bukan suaminya dan bukan muhrimnya, hal itu untuk memelihara dirinya dan diri orang lain dari bisikan-bisikan dosa dan memelihara dirinya dari berita-berita bohong. Nabi SAW bersabda
“Jangan sekali-kali seseorang itu bersepi-sepi dengan seorang wanita kecuali dengan muhrimnya" (HR. Muttafaqun 'Alaih)
Ketujuh. 
Jangan berikhtilath dengan kaum lelaki lain kecuali kerana keperluan yang terpaksa dan kemaslahatan yang dibenarkan dan dilakukan dengan seperlunya, seperti solat di masjid, menuntut ilmu, berta'awun untuk kebaikan dan ketaqwaan, yang tidak terlarang bagi wanita itu untuk ikut serta dalam memberi pelayanan kepada masyarakat, tetapi jangan lupa batas-batas syari'at dalam bertemu dengan lelaki.

"Taqrabu al-Zina"


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Dimana batas kita?
Sms, phone call,dating, chatting dan berpuluh-puluh lagi fitnah komunikasi tanpa sebarang urusan penting antara laki-laki dan wanita yang bukan mahram adalah merupan selangkah kehadapan menghampiri zina. Ia merupakan jangkitan jangkitan ikhtilat yang boleh menjerumus seseorang kepada penyakit merbahaya tidak hairanlah mengapa dirakamkan didalam Al-Quran didalam surah Al-isra' 17:32,
"janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk-buruk jalan"
Ikhtilat
Ikhtilat, ikhtilat merupakan pergaulan antara laki-laki dan perempuan yang bukan mahram yang pada asalnya haram." al-asl al-ikhtilat haram". Namum keindahan islam telah memberi keringanan bagi kita namun jika hanya atas dasar urusan dan kerja maka berinteraksi antara laki-laki dan perumpuan bukan lah menjadi haram namum sudah menjadi harus. 
 
tetapi keharusan ini tidaklah seharusnya diambil kesempatan dengan melepaskan sebebas-bebasnya, tetapi sebaliknya terdapat adab, akhlak dan batasan yang menjadi perantara. syarak sendiri telah menyebut "al darudah tuqaddaru bi qadaruha" yang bermaksud darurat hendaklah diukur dengan kadarnya. tetapi situasi anak muda sekarang sering menjadikan alasan "urusan" sebagai cara ataupun kaedah bagi mereka meg-halal kan ikhtilat yang pada asalnya haram. Perkara-perkara ini seolah-olah telah menjadi sebati dan dianggap sebagai budaya.

"URUSAN" dari sudut manakah urusan yang memharuskan ikhtilat? urusan adalah sesuatu yang kita boleh hujahkan dan pertahankan tatkala dibentangkan bahawa itu adalah urusan apabila dibentangkan dihadapan Allah di akhirat kelak. sekiranya masih terdapat sekelumit rasa was-was sama ada ia adalah satu urusan ataupun tidak maka was-was itulah yang dapat memagari diri kita dari berlakunya ikhtilat dan berwaslah .Nabi SAW bersabda,
"kebaikan itu ialah kelokan budi perkerti dan dosa itu adalah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya."
Fitnah cinta
cinta adalah sesuatu yang pada asalnya suci dan bersih kurnian Allah. tidak dinafikan sememangya fitrah manusia mahu disayangi dan ingin menyangi namum sesuatu yang dulunya suci boleh tercemar apabila disalurkan kepada jalan-jalan yang mendekati zina ataupun Taqrabu al-Zina. bercionta sebelum berniklah ini adalah sangat ditentang berkata Prof. Syeikh Yusuf al-Qaradawi,
"saya ingin menegasakan apa yang sering saya katakan. saya tidak meneyetujui apa yang dilaungkan segolongan orang tentang pentingnya bercinta sebelum berkahwin kerana cara seperti ini di khuatiri mengundang bahaya dan terjebak dalam syubhah"
hal ini kerana terlampau ramai yang bercinta melalui medium yang salah seperti berpacaran melalui panggilan telefon yang sia-sia lebih-lebih lagi anak-anak muda. pada awalnya berpacaran melalui cara ini hanyalah tujuan suka-suka namun kemudain ia nya boleh menjadi ketagih sehingga akhirnya menghampiri zina.

pernahkan kita dengar sesuatu perhubungan itu dimulakan dengan sesuatu yang "berat-berat"? hal ini tidak ubah seperti pepatah melayu sikit-sikit lama-lama jadi bukit. sesuatu biasa dimulai dengan yang "ringan-ringan" dahulu iaitu menghampiri zina. menghampiri zina seolah-olah sudah menjadi trend seluruh pelusuk masyarakat sama ada muda mudi orang dewasa mahu pun kanak-kanak.  Nabi SAW sendiri telah bersabda,
"kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membua kamu buta tuli"
Dalam riwayat yang lain Nabi SAW telah bersabda,
"mata itu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan). Lisan itu berzina dan zinya adalah dengan bercakap ( yang sia-sia,lucah dan sebagainya). Kaki itu berzina dan zinanya adalah dengan melangkah (untuk bermaksiat). Tangan itu berzina dan zinanya adalah dengan merangkul (untuk bermaksiat). Hati itu berkeinginan dan berangan-angan.Faraj yang kemudian membenarkan atau medustakanya." Riwayat al-Bukhari,Muslim dan Abu-daud.
Insya'Allah
 Allah telah berpesan dan mengingatkan kita dalam firmanya yang bermaksud,
"Teman-teman kesayangan pada hari itu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang yang bertaqwa"
marilah kita sama-sama memikul tangungjawab menjadi remaja yang menjaga kesucian diri. sesungguhnya remaja yang menjaga dan membina kualiti fardu muslim Insya'Allah  akan dianugerahkan dengan baitul muslim. Manakala baitul muslim ini pula akan mencorakan generasi yang hebat untuk membina masyarakat muslim seterusnya negara dan khalifah di masa hadapan. Insya'Allah.

cinta yang berlandaskan fitnah yang tersalur ke jalan-jalan yang menghampiri zina ini tidak kemana dan hanya akan disakiti dan dikecewakan sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak. Marilah kita sebagai jentera islam bersama-sama dalah memerangi "Taqrabu al-Zina". Insya'Allah, Allah sentiasa bersama-sama orang yang benar. 

May 1, 2011

Wasiat Illahi


Dari Nabi S.A.W., 
"Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga. Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail."
Ibrahim bin Adham berkata, 
"Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T."
Lalu mereka berkata, 
"Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu, Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.   ·  Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya. Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."
Perkara-perkara yang di wasiatkan oleh Allah SWT kepada Nabi SAW untuk disampaikan kepada hamba-hamba-Nya,
  • Janganlah engkau menggantungkan hati engkau kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau .
  • Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga. 
  • Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
  • Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.
7 nasihat dan wasiat yang boleh meningkatkan rasa takut dan ketaqwaan kita kepada Allah, 
  • Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
  • Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
  • Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.   ·
  • Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
  • Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
  • Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player