بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Sayyid Qutb..
Walaupun Jasad mu terus ditelan zaman di perkuburan..
Namun, namau terus mekar berkembang dan harum merentasi zaman..
Kekuatan akidahmu, ketetapan hatimu hanya pada Syahadah yang satu..
Ketetapan Syahadah...
Keteguhan kalimah Lailahaillah Muhammadur Rasulullah
tanpa ragu menggadaikan nyawamu sehingga ke tali gantung..
Di Tali gantung terpancar cahaya..
Di Tali gantung terpancar keindahan Syahidmu menegakan Syahadah Allah yang satu..
Sayyid Qutb gugur di tiang gantungan pada 20 Ogos 1966. Ia dikenali
sebagai tokoh yang berjuang di jalan Allah, menyerahkan seluruh
hidupnya untuk Allah. Seorang mukmin yang begitu kuat keyakinannya. Ia
persembahkan nyawa yang murah kepada keyakinan dan akidahnya.
Beliau
melalui bertahun usia terakhir di penjara. Ia tuangkan jiwa dan fikiran
yang luar biasa dalam lembar tulisan tangannya dengan untaian kata
penuh makna dan bernilai sastera. Hampir semua orang yang membacanya,
akan rasa getar hati nurani dan fikirannya.
Sayyid Qutb
mendapat pendidikan pertama di rumah, daripada orang tuanya yang kuat
dan taat beragama. Ketika usia enam tahun, Qutb dihantar ke sekolah
rendah di kampungnya, Assiyut. Pada usia tujuh tahun, ia mula menghafal
al-Quran dan tiga tahun kemudian menghafal seluruh Al-Quran.
Awal
dekad 1940-an, satu era baru bermula dalam kehidupan Sayyid Qutb. Dalam
karya pada 1939, beliau mulai menulis beberapa siri At-Taswir Fanni Fi
Quran. Tulisan ini mengupas indahnya seni yang ada dalam ayat al-Quran.
Pada
1945, beliau menulis kitab Masyahidul Qiamah Fi Quran yang isinya
menggambarkan peristiwa hari kiamat dalam al-Quran. Pada 1948, Sayyid
Qutb menghasilkan Al-Adalah al-Ijtima’iyyah Fi Islam atau Keadilan
Sosial dalam Islam, menyatakan bahawa keadilan masyarakat sejati hanya
akan tercapai apabila masyarakat menerapkan sistem Islam.
Fasa
terakhir perjalanan Sayyid Qutb bermula pada 1951, waktu beliau mula
bergabung dengan Jama’ah al-Ihkwan al-Muslimun, sehingga beliau
meninggal di tali gantung pada 1966. Baginya, masa itu sangat penting
dan kerana itu beliau menyatakan 1951 adalah tahun kelahirannya.
Sayyid
Qutb bergabung bersama al-Ikhwan al-Muslimun, dua tahun selepas
meninggal Imam Hassan al-Banna, pelopor al-Ikhwan pada 1949. Mereka
tidak pernah bertemu muka meskipun dilahirkan tahun yang sama 1906 dan
mendapat pendidikan di Darul Ulum.
Walaupun begitu, mereka
mempunyai kesatuan jiwa dan persamaan orientasi berfikir. Sebelumnya,
ketika Hassan al-Banna membaca buku Al-’Adalah al-Ijtima’iyyah Fi Islam
karya Sayyid Qutb, dia menganggap pengarang adalah sebahagian daripada
Al-Ikhwan. Lalu, Al-Banna menyatakan bahawa ‘orang ini’ (Sayyid Qutb)
tidak lama lagi akan bergabung bersama Al-Ikhwan.
Sayyid
Qutb juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Hassan al-Banna.
Kematian al-Banna sangat terasa dalam jiwanya, walaupun belum pernah
bersama dengan al-Banna. Berita kematian al-Banna diterimanya dengan
perasaan menyayat hati ketika dirawat di sebuah hospital di Amerika.
Disebabkan
orang Amerika bergembira menyambut berita kematian al-Banna, selepas
pulang dari Amerika, Sayyid Qutb mengkaji kehidupan al-Banna dan membaca
seluruh risalah karangannya. Seterusnya ia pun memutuskan untuk memikul
amanah perjuangan Hassan al-Banna.
Pesan utama Sayyid
Qutb yang ditekankan dalam tulisan adalah konsep al-Tauhid dari sudut
al-Uluhiyyah. Menurutnya, inti tauhid Uluhiyyah adalah hak Allah
daripada sudut al-Hakimiyyah dan al-Tasyri (pembuatan peraturan).
Beliau
berkata, ikrar syahadah adalah pernyataan revolusi terhadap seluruh
kedaulatan yang berkuasa di atas muka bumi-Nya. Maka seluruhnya itu
mesti dikembalikan kepada hak-Nya.
Pada 13 Januari 1954, Revolusi
Mesir melarang al-Ikhwan al-Muslimun dan pimpinannya ditangkap kerana
dituduh hendak merampas kuasa. Tanpa bukti yang jelas, tujuh pemimpin
tertinggi al-Ikhwan dijatuhi hukuman mati, termasuk Hassan Hudhaibi,
Abdul Qadir Audah dan Syeikh Muhammad Farghali, ketua sukarelawan
Mujahidin Ikhwan al-Muslimin di dalam Perang Suez 1948.
Tetapi
hukuman terhadap Hassan Hudhaibi diubah menjadi penjara seumur hidup
dan Sayyid Qutb dihukum penjara 15 tahun dengan kerja berat.
Pada
1964, Sayyid Qutb dibebaskan atas permintaan peribadi Presiden Iraq,
Abdul Salam Arif tetapi pemerintahan Revolusi Mesir belum menerima
pembebasan itu. Selepas Presiden Abdul Salam Arif meninggal dalam satu
musibah pesawat, Sayyid Qutb ditangkap semula pada tahun berikutnya.
Alasannya
beliau dituduh hendak merampas kuasa. Selain itu, Mahkamah Revolusi
merujuk pada buku Sayyid Qutb terutama Ma’alim Fi Tariq, yang menyatakan
seruan revolusi terhadap seluruh kedaulatan yang tidak berdasarkan
syariat Allah.
Sayyid Qutb ditahan bersama seluruh anggota
keluarganya. Sebelum hukuman gantung dilaksanakan, Presiden Naser
menghantar utusan menemui Sayyid Qutb. Melalui utusan itu Presiden Naser
meminta Sayyid Qutb menulis pernyataan memohon ampun supaya ia
dibebaskan.
Bagaimanapun Sayyid Qutb dengan tegas menjawab:
“Telunjuk
yang bersyahadah setiap kali dalam solat menegaskan bahawa tiada Tuhan
yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan Muhammad adalah
Rasulullah, dan aku takkan menulis satu perkataan yang hina. Jika aku
dipenjara kerana kebenaran, aku reda. Jika aku dipenjara kerana batil,
aku tidak akan menuntut rahmat daripada kebatilan.”
Pada
pagi Isnin, 29 Ogos 1966, Sayyid Qutb digantung bersama sahabat
seperjuangannya, Muhammad Yusuf Hawwasy dan Abdul Fatah Ismail. Dunia
Islam kehilangan salah seorang pejuangnya yang berani mempertaruhkan
nyawanya untuk membela kalimah tauhid.
Namun, Kehilanganya bukanlah sia-sia.. Kehilanganya terus memerakkan api Jihad dalam diri Mujahid dan Mujahadah yang sentiasa merindui Syahid Di Jalan Allah..
Bait-bait syair terakhir
sebelum Ash-Syahid Sayyid Qutb meninggal dunia di tali gantung terus dilaungkan dan di semarakkan dari dahulu sehingga kini walaupun
pemergianya telah berzaman meniggalkan kita..
Moga rohnya sentiasa dicucuri Rahmat
dan semangatnya sentiasa diwarisi...
Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulangku yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat mulia ini
Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya
Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan Kekasih yang sedang merinduku
Taman-taman di syurga bangga menerimaku
Burung-burung berkicau riang menyambut ku
Berbahagialah hidupku di alam abadi
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah roh ku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelana ke alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar
Jazakumu Allahu Khair..
Wallahu'alam