بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Maha suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa.
Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.
Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?Siapakah Nabi kamu?Apakah agama kamu?Apakah kiblat kamu?Siapakah saudara kamu?Apakah pegangan iktikad kamu?Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,Muhammad nabiku,Islam agamaku,Al-Quran ikutanku,Baitullah itu qiblatku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap kalimah “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah“.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada-Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihini, Ingatlah Rasulluah SAW telah bersabda bahawa,
“Perbanyakkanlah mengingati akan sesuatu yang memisahkan ni’mat yaitu mati”.
dan ingatlah bahawa,
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati” (QS. 3 Ali Imran : 185).
“Dimanapun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh” (QS. 4 An nisa : 78).
Pertama sekali, entri kali ini bukanlah hendak manakutkan sesiapa tetapi ingain mengingatkan diri saya dan sahabat sekalian akan sesuatu yang pasti berlaku dan ingatlah janji Allah itu benar, tidaklah dilambatkan satu saat dan tidak pula dipercepatkan satu saat sekiranya janji Allah itu tiba.
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan."(Al-Ankabut : 57)
Marilah kita mengambil iktibar dan pengajaran terhadap peristiwa kematian ini, sesungguhnya kita haruslah mengambil peristiwa kematian ini sebgai sesuatu yang positive dimana kematian ini secara tidak langsung meberi kesedaran dan keinsafan kepada setiap individu yang bergelar muslim. Dan ingatlah bahwasanya,
"Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusiapun sebelum kamu (Muhammad), maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal?" ( Al-Anbiyaa' : 34)
Ingatlah bahawasanya kehidupan didunia ini hanyalah sesuatu persingggah bagi mencapai kehidupan yang kekal abadi diakhirat sana. Kehidupan didunia ini harulah dijadikan sebagi platform bagi kita bercucuk tanam dan menuai benih-benih akhirat yang berbuahkan kenikmatan kehidupan di akhirat.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.
Daripada lbnu 'Umar r.a beliau berkata:Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda : Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu.
dan ingatlah bahwasanya kematian merupakan rahsia Allah sepenuhnya, kenapa Allah merahsiakan kematian seseorang ialah agar orang itu sentiasa bersiap-sedia untuk menghadapi kematian. Dan orang yang dikatakan bersedia menghadapi kematian hanyalah mereka yang siap bekal untuk kembali kepada Allah dan bekal menghadapi kematian, mati adalah suatu kepastian, mati datangnya tanpa pemberitahuan. disebutkan oleh Allah dalam Al-Quran,
“Bawalah bekal, karena sesungguhnya sebaik-baiknya bekal adalah taqwa” (QS. 2 Al Baqarah : 197)
Begitulah apabila nyawa terpisah daripada jasadnya, maka tinggallah segala yang dimiliki, keluarga, anak, saudara, pangkat dan harta. Jasad terbujur kaku akan diurus dan dihantar ke kubur untuk dikebumikan. Saat itu, terpisahlah ia ke alam barzakh sementara menunggu hari hisab dan pembalasan di akhirat.
Dan ingatlah kubur merupakan salah satu taman dari taman-taman syura, dan juga salah satu gaung dari gaung-gaung neraka. Ketika berada di alam kubur, seseorang itu dapat menjangkakan sama ada akan mendapat kenikmatan atau kesengsaraan di akhirat kelak. Perkara ini dinyatakan dalam hadis.
Diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya kubur itu ialah penginapan pertama antara penginapan akhirat, maka sekiranya seseorang itu terlepas dari seksaannya, maka apa yang akan datang kemudian akan lebih mudah lagi dan seandainya seseorang itu tidak terlepas (kandas) daripada (seksaannya), maka yang akan datang sesudahnya akan lebih sukar (keras).”
Bagi orang beriman, kehidupan di alam kubur dipenuhi segala macam kenikmatan kurniaan Allah, sebaliknya bagi yang syirik, kufur dan ingkar terhadap suruhan serta perintah Allah, sudah pasti seksaan dan azab kubur diterima sebagai tanda hukuman akan diterima di hari akhirat.
Untuk kesekiankalinya marilah kita panjatkan kesyukuran dan bertakwa kepada Allah SWT sesungguhnya Allah maha melihat lagi maha mengetahui apa yang kita kerjakan, Dan ingat lah pintu taubat itu sentiasa terbuka bagi setiap mukmin dan doa itu merupakan senjata terpenting dan senjata unggul bagi setiap mukmin. Marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri dan menginsafi segala kekhilafan dan segala dosa-dosa yang telah kita lakukan, sesungguhnya kami adalah mereka yang yang menzalimi diri kami sendiri. Semoga entri kali ini menjadi suatu pemangkin dan suatu peringatan kepada anda semua dan diri saya sendiri dalam kita mendekatkan diri kita kepada allah dan mencapai keredhaan kehidupan didunia dan di akhirat sana, Insya'Allah..
Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". ( Al- Jumu'ah : 08)
p/s - Maaf untuk entri yang terlalu panjang dan sekiranya ada kesalah ejaan dan tatabahasa. Kerana yang baik hanya dari Allah dan segtala kekhilafan hanya dari diri saya juga. Insya 'Allah..
No comments:
Post a Comment