Google Website Translator Gadget

Apr 28, 2011

Pasak Kehidupan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Sebagaimana bumi memerlukan pasak-pasaknya yang merupakan bukit bukau serta gunung-ganag yang gagah berdiri memasakkan bumi ciptaan illahi. Maka begitulah kehidupan kita ummat Muhammad SAW . Jika bumi boleh bergoncang apabila pasaknya semakin lemah, maka begitulah juga kita hamba Allah SWT yang tidak sempurna dan tidak terlepas dari musibah serta ujian-Nya.

Ini sudah terang lagi bersuluh, buktinya betapa saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai berita serta khabar masalah sosial, akhlak serta moral masyarakat yang tiada penghujungnya dan dan seolah-olah tidak akan selesai. Justeru kita sebagai ummat Muhammad SAW yang agung lagi hebat haruslah kembali memperkukuhkan pasal kehidupan kita, agar kita dapat melayari bahtera kehidupan yang diciptakan olah Allah SAW tanpa banyak goncang, kegelinciran dan kemusnahan. 


Empat Pasak
Salafussoleh pernah berpesan agak kita menjaga empat perkara sebagai pasak kehidupan iaitu :-
  • Zikrullah
  • Muzakarah
  • Ilmu
  • Mahabbah
Namun kesemua pasak ini sekiranya tidak dibaluti dengan akhlak serta adab yang mulia nescaya ia tidak akan menjadi pelindung kepada kehidupan kita.

Kestabilan Hati

Zikrullah
Zikrullah merupakan ibadah yang menjadi tanda cinta dan kasih seorang hamba degan maha penciptanya Allah SWT, penawar segala penyakit hati, serta membekalkan kemantapan hati dan ketenangan jiwa. Ini teah dirakamkan di dalam Al-Quran melalui surah  al-Ra'ad ayat 28 mahfumnya,
"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"
Itmi'nan yang merujuk kepada stabil, tidak bergoncang,bergelora dan bergolak. Ketenangan hati merupakan puncak kebahagian hidup seseorang kerana ketenangan hati tidaklah boleh diperdagangkan. Tiada harga yang dapat membeli ketenangan kerana ketenangan hati boleh dimiliki pada hati yang berzikir. 
Lemah zikir maka lemahlah hati yang akan mededahkan kita kepada gelora dan pergolakan hati. Hati akan menjadi mudah beremosi dan bergelora  dan akan mudah marah, kecewa, geram, sedih, hiba, pilu, lemah , mengalah dan kebahagian jiwa. Kehilangan kebahagian iwa hanyalah boleh dipulih dan di dikuti kembali melainkan dengan jalan zikir kepada Allah SWT.

Muzakarah.
Muzakarah atapun menghadiri majlis ilmu sama ada saling berkongsi ilmu dengan guru mahupun rakan seperngajian. Muzakarah akan memantapkan kefahaman dan pengetahuan seseorang itu. Dengan bermuzakarah kejahilan serta kekeliruan terhadap agama dan kejahilan akan hilang malah kejituan dan kemntapan fikhrah dan fahaman akan diperoleh. Akal yang terasuh oleh muzakarah akan menjadi lebih tetap dan anjal dalam menghadapi cabaran pelbagai pemikiran dan fikhrah jahiliah moden.

Mahabah dan Ilmu

Ilmu
Ilmu merupakan penyuluh kehidpuan dan kegelapan. Hanya dengan ilmu dapat memantapkan pendirian seseorang. Insan yang berilmu tidak akan mudah ditipu akau di kelirukan dan dapat membezakan serta menilai baik atau buruknya sesuatu perkara. Justeru ilmu merupakan panduan hidup di dunia mahupan kehidpuan akhirat. 

Mahabbah
Mahabah merupakan ikatan kasih sayang yang ikhlas dan tulus yang merupakan pengikat jiwa. Jiwa yang memiliki mahabah terhadap Allah SWT pasti akan terikat dengan segala perintah dan aturan-Nya. Manakala mahabbah terhadap rasul terulung akan menjadikan baginda sebagai qudwah dan kekasih kita serta idola dalam melakukan segala ibadat dan hukum hakam dunia. Manakala mahabbah antara suami isteri adalah ikatan yang menyempurnakan  dan melangsungkan rumah tangga berkekalan hingga akhir hayat dan mungkin juga di akhirat sana.  Kehipdupan yang dinaungi dan dilindungi mahabbah  akan menjadikan jiwa yang tenang dan tenteram. Mahabbah adalah ubat penenang yang diperlukan dalam berinteraksi dengan insan. Mahabbah terhadap Allah dan Rasulnya adalah kemuncak kepada dalam mencapai hidup yang sempurna.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player