Google Website Translator Gadget

Nov 9, 2011

"Eh Kenapa Takda Orang Like?"

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Subhanallah, Setelah seketika lamanya senyap tanpa sebarang entry, Alhamdulillah, kini satu lagi entry menggamit hati untuk menulis.. 

Pernahkah anda Meng-update facebook anda, Dan tanpa disedari anda menunggu Status yang anda update itu untuk di-Like oleh Rakan-rakan anda.. Lagi banyak Like lagi seronok anda hendak meng-update status baru di Facebook anda..  Frankly speaking, Siapa yang tidak pernah rasa sebegini, Terus terang yang menulis ini juga kadang-kadang merasakan begitu dan kadang-kadang tidak boleh lari dari perasaan itu..  
Salah satu syarat sesuatu amalan itu diterima oleh Allah adalah amalan yang ikhlas dalam melakukanya semata-mata kerana Allah. Bukan kerana manusia, Bukan kerana mengejar pandangan keduniaan, bukan kerana menunjuk-nunjuk atau sebaginya..

Ingatlah, seseorang yang tidak ikhlas dalam amalanya, maka segala amal ibadat yang dilakukan adalah sia-sia dan ditolak oleh Allah, dan pokok-pangkal segala perbuatan kita adalah berdasarkan hati yang Ikhlas dalam mengerjakanya.. 

Tapi tidak dinafikan, Mungkin pada awalnya tujuan meng-Update status di Facebook adalah untuk memberi peringatan sesama muslim dan kenalan am-nya, Namun tidak mustahil niat yang pada asalnya murni dan tanpa cela kini dicemari oleh agenda-agenda Syaitan Laknatuallah yang cuba memesongkan hati anak-anak Adam itu, apabila ramai rakan-rakan yang Mennyukai status yang diupdate sebentar tadi dan kuantiti mereka yang meng-like status itu bertambah pada sekian-sekian masa..

Walau banyak mana mereka yang Like status itu, dan walau tiada siapa yang sudi Like akan status itu tidak membawa kemana, yang dibawa ke akhirat nanti adalah hati yang ikhlas dalam menyampaikan Ilmu itu.. Perbetulkan kembali niat kita, dan pereratkanlah kembalik hubungan Kita dengan yang Maha mencipta.. Insya'allah segala perurusan kita bakal peroleh kemudahan darinya.. Insya'Allah..

Waallahu'Alam..

 

Nov 3, 2011

Tanyalah Hati..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Dari riwayat dalam Syarah Al-Arbin al-Nawawiyah pernah menyatakan bahawa Nabi Adam AS pernah berwasiat kepada anak-anaknya. Dan wasiatnya berbunyi..
  • Jika kamu hendak berbuat sesuatu, tetapi hati kamu gelisah kerananya, maka janganlah kamu teruskan. Sewaktu akan memakan buah khuldi, hatiku telah bergoncang dan gelisah.
  • jika kamu hendak mengerjakan sesuatu perkara, lihatlah kesudahanya. Kalau aku lihat atau fikirkan tentang kesudahan akibat makan buah khuldi tersebut, tentu aku tidak memakannya.  
  • Jika kamu hendak melakukan sesuatu perkara, maka berundinglah dengan yang arif. Kalau aku dahulunya berunding dengan malikat, tentu diberitahu kepada aku supaya aku tidak memakan buah terlarang itu. 
Hati adalah pedoman dan pengukur bagi menetukan sesuatu perkara yang dihadapi seseorang, Maka sekiranya hati itu elok dijaga dan kawal dirapi nescaya eloklah segala prilaku dan urusan..

Abu Tha'labah al-Khasyani meinta kepada Rasulullah SAW supaya diterangkan apakah halal baginya dan yang haram atasnya? Rasulullah menyatakan..
"Kebaikan yang halal itu ialah sesuatu yang tetap oleh diri dan tenang oleh jiwa dalam menghadapinya. Dosa itu ialah  sesuatu yang tiada tetap oleh diri dan tiada tenang oleh hati"
Antara sifat orang mukmin yang Allah telah sebut dalam surah al-Anfal ayat 2-4 ialah..
(2) Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. (3) (yaitu) orang-orang yang mendirikan shalat dan yang menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka. (4) Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa derajat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezki (nikmat) yang mulia.
Ibn Mas'ud juga ada berkata..
"dosa itu menggoncangkan hati"
Dan akhir sekali..

Wailah bin al--asqa meminta kepada Rasulullah SAW: 
"berilah kepadaku satu fatwa tentang suatu perkara sehingga aku tiada lagi akan bertanya kepada seseorang sesudah engkau." 
Maka RAsulullah pun berkata kepadanya: 
" MIntalah fatwa daripada diri engkau sendiri" 
kataku:
" Bagaimanakah yang demikian?"
Rasulullah menjawab: 
" Engkau tinggal apa yang meragukan engkau kepada apa yang tiada meragukan engkau, sekalipun telah berfatwa kepada engkau oleh sekalian orang yang berfatwa" 
kata ku lagi :
"bagaimanakan yang demikian?" 
Jawab baginda: 
"Letakkan tangan engkau diatas hati engkau (bagaimanakah perasaan engkau?)" Hati yang akan tenang kepada perkara yang halal dan tiada resah gelisah kepada perkara haram.
  Waallahu'Alam...




Nov 2, 2011

Haji : Pesanan Untuk Pemuda..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



Menunaikan haji adalah rukun Islam yang kelima. Pergi ke sana bermaksud kita menyahut panggilan Allah SWT, yang telah dilaungkan oleh nabi-nabi terdahulu seperti Adam dan Ibrahim. Firman Allah SWT di dalam Surah al-Haj ayat 27:
"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh."
Menurut Ibn Kathir di dalam tafsirnya, ayat ini merujuk kepada arahan Allah kepada nabi Ibrahim supaya menyeru manusia datang ke tanah suci itu untuk menunaikan haji bagi menyahut seruan Allah. Nabi Ibrahim terpinga-pinga, dan tertanya-tanya bagaimanakah mampu baginda memanggil manusia datang sedangkan bumi tersebut pada waktu itu adalah bumi yang kering-kontang tanpa berpenghuni.

Allah menjawab, 
"Engkau serulah, dan biarkan Kami yang menyampaikan seruan tersebut."
Lantas nabi Ibrahim pun berdiri di tempat yang tinggi, dan menyeru sekuat-kuatnya,
"Wahai manusia, sesungguhnya Allah telah menyediakan rumah ibadah untuk kamu, maka tunaikanlah haji ke sini."
Menurut riwayat, bukit-bukau dan gunung-ganang tunduk ketika seruan itu dibuat, sehingga ianya didengar ke seluruh alam. Akhirnya manusia sehinggalah ke hari ini, berduyun-duyun datang ke Makkah setiap musim haji, menyahut seruan Allah melalui nabi Ibrahim, dengan berkata Labbaikallahumma Labbaik.... kami datang wahai Tuhan, kami datang menyahut seruanmu.

Sewajarnya zikir talbiah itu perlu dilaungkan dengan rasa kerdil, insaf dan bersyukur, kerana Allah memilih kita untuk menjadi mereka yang menyahut seruannya itu. Subhanallah.... mustahil manusia yang jernih hatinya tidak rasa tersentuh ketika membaca talbiah ini.

Menunaikan haji juga membawa maksud kita menziarahi rumah ibadat pertama yang telah dibina oleh nabi Adam mengikut beberapa riwayat yang telah dilaporkan oleh Imam al-Tabari di dalam tafsirnya. Ahli sejarah menyatakan yang Ka'bah telah roboh antara 5 hingga 12 kali akibat banjir dan faktor lain. Nabi Muhammad merupakan nabi terakhir yang turut terlibat di dalam pembangunan semula Ka'bah.

Rukun dan wajib haji adalah simbolik siaran ulangan terhadap nilai sebuah pengorbanan nabi Ibrahim dan Ismail terhadap arahan Allah. Melaksanakannya memerlukan pengorbanan serta ketabahan mental dan fizikal. Pengorbanan itu falsafahnya ialah sebagai neraca keIslaman kita. Lagi tinggi pengorbanan, lagi tinggi nilai Islam kita di sisi Allah. Dengan sebab itulah apabila Allah menceritakan kesanggupan nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail melakukan pengorbanan besar di dalam hidup anak-beranak, maka Allah menggunakan perkataan Aslama di dalamnya, yang daripadanya lahirlah perkataan Islam. Firman Allah SWT dalam surah Al-Soffat ayat 103:
Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami).

Menunaikan Haji Di Waktu Muda

Saya amat bersyukur kerana diberikan peluang untuk menunaikan haji di waktu muda kerana kemurahan hati arwah ayah saya menanggung perbelanjaan haji semasa saya menuntut di Mesir dahulu. Tetapi dalam masa yang sama masih rasa terkilan kerana kesibukan duniawi masih menghambat tanggungjawab saya membawa isteri pergi ke sana. Bilalah agaknya saya boleh berasa kepuasan pergi ke sana dengan pendapatan tangan sendiri serta membawa isteri yang merupakan amanah Allah kepada diri saya.

Saya masih ingat, semasa menunaikan haji dulu, ada perbezaan yang ketara antara jemaah haji Malaysia dengan jemaah haji Indonesia, Turki, Iran dan Pakistan, sekadar memberikan beberapa contoh negara. Majoriti jemaah haji Malaysia agak ketara terdiri daripada pakcik makcik yang sudah berusia tua, melebihi usia pencen, bahkan ada yang sudah berbongkok tiga. Banyak ritual haji yang terpaksa diwakilkan kepada orang lain seperti melontar, sa'ie dan tawaf, lalu tidaklah merasa akan kepuasan atau tepatnya kelazatan membuat haji.

Ringkasnya, jemaah haji Malaysia adalah jemaah yang paling beruntung di dunia kerana mempunyai sistem pengurusan ibadah agung tersebut melalui Lembaga Tabung Haji. Dengan tidak sampai RM10,000, anda boleh berada selama 40 hari di tanah haram, lengkap dengan hidangan makanan yang banyak, penginapan yang terletak beratus-ratus meter sahaja daripada Masjidil Haram dan Masjid Nabi, serta pemandu (mutawwif) haji yang berpengalaman. Anda hanya perlu bayar dengan harga yang murah untuk 'pelancongan' 40 hari, pergi dan mengikut orang sahaja. Itu pun, majoriti yang pergi adalah warga emas.

Berbanding dengan jemaah haji dari Indonesia, dengan pendapatan mereka yang kurang berbanding Malaysia, mereka lebih melihat faktor kemampuan fizikal itu sebagai keutamaan untuk pergi menunaikan haji. Lalu ramai rakyat mereka yang berumur 40 tahun ke bawah, muda gagah perkasa mengharungi cabaran menunaikan rukun Islam kelima itu. Pakej paling murah untuk mereka menunaikan haji ialah RM15,000. Harga itu tidak termasuk makanan, dan penginapan yang disediakan letaknya lebih kurang 7 kilometer dari Masjidil Haram! Banyak urusan perlu dibuat sendiri.

Bila ditanya bagaimana mereka mampu menyediakan wang sebanyak RM15,000 itu; jumlah yang amat besar di Indonesia, mereka menjawab bahawa ada antara insitusi kewangan di negara itu yang menyediakan pakej bayaran ansuran, atau pinjaman tanpa faedah untuk pakej haji. Ulamak berselisih pandangan terhadap bayaran haji secara ansuran, kebanyakan yang saya baca menyatakan tiada nas larangan. Akan tetapi jumhur ulamak menyatakan orang yang tidak berduit (termasuklah pada pandangan saya mereka yang tidak layak untuk pakej ansuran seperti di Indonesia) sehingga terpaksa berhutang, tidak termasuk daripada golongan yang wajib membuat haji. Akan tetapi sekiranya mereka berhutang juga dengan lunas syara', kewajiban membuat haji ketika mampu akan dianggap sudah terlunas.

Dibenarkan Berlengah Membuat Haji Ketika Mampu, Tetapi Perlu Bersegera Mencari Mampu

Di dalam kitab fiqh, ada perbahasan ulamak mengenai kewajiban membuat haji, adakah ianya perlu disegerakan atau boleh dilambat-lambatkan. Saya ringkaskan pandangan ulamak seperti berikut:

1. Ibn Qudamah daripada Mazhab Hanbali, Imam Malik, Mazhab Zaidiyyah dan satu riwayat daripada Imam Abu Hanifah menyatakan yang haji wajib ditunaikan segera bagi yang mampu. Sekiranya dilewat-lewatkan, maka luputlah pahalanya walaupun terlepas kewajibannya. Hujjah pandangan ini adalah berdasarkan sepotong hadith Abu Daud yang disahihkan oleh Al-Hakim dan al-Zahabi:
"Barangsiapa yang ingin membuat haji, maka bersegeralah."
Hadith di atas menggunakan kata perintah, dan kata perintah membawa maksud perlu bersegera ketika sudah mampu untuk menunaikan haji.
2. Imam al-Shafi'e pula berpandangan yang apabila seseorang itu sudah mampu, dibenarkan dia untuk berlengah atau tidak bersegera melakukannya pada tahun dia mencapai kemampuan tersebut. Pandangan ini adalah berdasarkan kepada sunnah Rasulullah yang hanya menunaikan haji pada tahun ke-10 hijrah, walaupun baginda dan sahabat-sahabat lain sudah mampu berbuat demikian mulai tahun kelapan hijrah lagi.
3. Adapun pandangan jumhur mazhab Hanafi menyatakan yang semua hujjah berkaitan isu ini, mempunyai hukum galakan bersegera dan dalam masa yang sama turut membenarkan berlengah-berlengah ketika mampu membuat haji, akan tetapi mereka cenderung menyatakan adalah lebih baik dan selamat untuk melaksanakannya dalam kadar yang segera.

Khilaf ini walau bagaimanapun, selalu dimanipulasi sebahagian Muslim. Perlu diperjelaskan yang memang ulamak berbeza pandangan terhadap hukum wajibkah bersegera atau boleh berlengah membuat haji ketika mampu. Akan tetapi semua mereka bersepakat yang mencari kemampuan untuk menunaikan haji adalah sesuatu yang dituntut, kerana Allah mewajibkan kita berlumba-lumba untuk membuat kebaikan, dan haji adalah antara kebaikan yang besar dalam kehidupan manusia. Kemampuan membuat haji perlu dicari, bukan ditunggu.

Salah faham ini menyebabkan sebahagian Muslim melengah-lengahkan usaha mencari kemampuan untuk melaksanakan haji, atau menggunakan kemampuan harta dan sihat yang sedia ada ke tempat lain. Maka tidak hairanlah segelintir umat Islam lebih dahulu sampai ke tempat-tempat suci agama lain berbanding ke tempat suci agama sendiri kerana tidak nampak kepentingan perlu bersegera membuat haji ini. Golongan ini sebenarnya terlalai dengan dunia, tidak sedar yang dunia yang Allah pinjamkan kepada mereka perlu diperuntukkan sebahagiannya untuk tambang haji.

Rakyat Malaysia patut bersyukur kerana urusan ibadah kita sering dipermudahkan. Dalam konteks ibadah haji, kita mempunyai Lembaga Tabung Haji yang menguruskan ibadah haji kita dengan harga yang amat-amat murah. Cuti membuat haji pun biasanya diberikan dengan gaji penuh. Sekiranya kita mempunyai simpanan sebanyak RM1,300 di dalam akaun Tabung Haji, maka kita boleh mendaftar untuk membuat haji.

Ada rakan yang memaklumkan giliran terhampir sekiranya mendaftar pada tahun ini (2009), ialah pada tahun 2027; kebiasaannya akan diawalkan.  Renungilah, berapa agaknya usia kita semasa itu. Atau, adakah Allah masih mengizinkan kita menghirup nafas lagi pada waktu tersebut.  Mendaftar itu tanda niat kita. Sekiranya ditarik nyawa kita sebelum kita naik haji, dalam keadaan tiada siapa boleh mengganti haji kita, sekurang-kurangnya ada jawapan yang boleh diberikan di hadapan mahkamah akhirat kelak.

Saya benar-benar mencadangkan kepada ibu bapa supaya menggalakkan anak-anak menyimpan di dalam Tabung Haji sejak kecil lagi. Bagi mahasiswa, terutamanya yang ditaja di luar negara, merancanglah simpanan untuk menunaikan haji. Bagi graduan yang baru masuk alam pekerjaan, jangan terlalu ghairah membelanjakan wang besar untuk membeli simbol kekayaan dan kestabilan, sehingga terlupa menyediakan kemampuan untuk membuat haji.

Adalah cantik sekiranya pasangan yang baru berkahwin, terus menunaikan haji ketika mereka belum mendapat anak lagi. Dan bagi mereka yang masih lalai untuk menyediakan kemampuan membuat haji, jangan lengah-lengah lagi. Marilah menukar budaya membuat haji semasa di usia senja, kepada membuat haji di usia muda. Kesan daripada budaya pergi haji di usia tua itu ialah, ramai yang bersedih apabila menghantar saudaranya menunaikan haji, antaranya kerana merasakan itulah perjalanan terakhir mereka di muka bumi dan bimbang tidak akan berjumpa lagi. Sedangkan kita membuat haji, adalah untuk memenuhi tuntutan Ilahi, bukannya nak pergi mati.

Merancanglah sekarang sementara hayat dikandung badan.




Sumber..

Waallahu'Alam..

Oct 27, 2011

Anak Muda, Jom Rebut Lima Perkara..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ




Hey Anak muda, Ya Kita Anak muda... Sadarkah kita bahawasanya kita adalah golongan pelapis? Pelapis yang bakal menjadi pengganti kepada pemimpin yang sedia ada, Tidak kiralah sama ada pemimpin yang Corrupt atau amanah, at the end of the day still were the one who gonna replace them... Tidak perlu fikir terlalu jauh, Lambat laun kita juga bakal menjadi pemimpin kepada keluarga sakinah kita kelak.. Tidak begitu?

Sekali lagi, Sadarkah kita bahawa antara Tujuh golongan yang bakal mendapat perlindungan Allah kelak diketika tiada lagi pelindungan dan naungan selain dari naungan-Nya sahaja adalah kita Anak-Anak Muda? Golongan muda yang sering mengabdikan diri dan mentaati perintah Allah serta menjauhi larangan-Nya adalah antara Tujuh golongan yang bakal mendapat perlindungan Allah pada akhirat kelak. Siapakah Golongan muda itu? Kau aku saudara dan saudari sekalianlah Golongan Muda itu.. 

Bukhari dan Muslim merekodkan dalam satu hadis Rasullullah SAw memberitahu:
"Tujuh golongan yang bakal dilindungai Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali perlindungan-Nya ialah anak-anak muda yang hidup sentiasa menghambakan diri kepada Allah" 
Infact,  Rasulullah SAW selalu berpesan dalam sebuah hadis yang direkodkan oleh Al-Hakim, Baginda bersabda, 
"Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara iaitu hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, masa lapangmu sebelum sibukmu, masa mudamu sebelum masa tuamu dan masa kayamu sebelum miskinmu"
Dan hadis lain juga turut merekodkan Jamaah Rasulullah SAW mengingatkan, 
"Wahai anak-anak muda, sesiapa di kalangan kamu mampu untuk berkahwin maka berkahwinlah kerana ia mampu menjaga pandangan dan memelihara kemaluanmu"
Justeru, Golongan muda macam kita semua yang bertenaga dan sihat tubuh badan ini dinasihatkan supaya menggunakan masa muda dengan perkara-perkara yang mendatangkan manfaat dan merebut keredhaan Allah AWJ.  

Dari At-Tarmizi merekodkan dalam satu hadis, Nabi SAW menjelaskan,
"Tidak melangkah seorang hamba pada hari akhirat sehingga dia ditanyakan apakah yang telah dilakukan semasa usia mudanya, dari mana dia memperolehi hartanya, dan kemana dia membelanjakan harta itu serta apakah yang telah digunakan dengan ilmu yang ada padanya" 
Hey Anak muda, Ya anak muda.. Bukankah kita golongan yang mempunyai banyak kelebihan berbanding mereka yang terlebih dahulu Usianya..  Rasulullah SAW sendiri menegaskan hal ini dalam wasiatnya kepada Umat Islam seluruhnya.. 

Tidak sedarkah kita Anak muda, Di saat Nabi Muhammad SAW berada dalam kesusahan ketika zaman awal kemunculan Islam, golongan mudalah yang banyak membantu baginda sedangkan golongan berumur kaum Quraisy pula menjadi kepala yang menentang dakwah baginda.. 

Anak muda, Tidakkah kita rasa beruntung jika masih ada diantara kita anak muda pada zaman ini yang meninggalkan kekhilafan dunia dan meninggalkan hiburan dan keseronokan dunia semata-mata kerana ingin mencari redha dan cinta Ilahi. 

Wahai Anak muda, Isilah masa terluang kita dengan tidak membuang masa ketempat sia-sia dan penuhilah masa kita dengan amal ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah AWJ.. 

Anak Muda, Anak Muda.. Dan Anak Muda.. 


Waallahu'Alam..

"Wa layaalin ‘asr"

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Alhamdulillah, Pejam celik-pejam celik, Hari ini kemungkinan besar hari terakhir bulan Dzulqa'dah 1432H, dan bermula esok bermulalah perjalanan para jemaah Haji dan tetamu-tetamu Allah yang diundang Khas nun jauh dari seluruh pelusuk dunia, Alangkah bahagia kalau Kita juga menjadi salah satu dari tetamu-tetamu Khas Allah itu.. Jangan Khawatir,  Insya'Allah, ade rezeki masa kita juga bakal Menyusul..

Mengikut aliran dan kiraan Kalender di negara kita Malaysia, dijangkakan esok Jumaat bersamaan 1 Dzulhijjah 1432H, dan ini sekali gus berarti 10 Dzulhijjah 1432H jatuh pada tanggal 6 November 2011. “Wa layaalin ‘asr (dan malam yang sepuluh),"mulai dari esok hari.. 

Dzulhijjah merupakan salah satu bulan istimewa dalam Islam. Terutama, pada sepuluh hari pertama dari bulan Dzulhijjah itu. Setidaknya, ada 10 Keutamaan Sepuluh Hari Pertama Bulan Dzulhijjah

........................................................................ 

1. Sepuluh Hari Pertama Bulan Dzulhijjah merupakan waktu yang mulia dan barakah
Keutamaan pertama dari 10 Keutamaan Sepuluh Hari Pertama Bulan Dzulhijjah adalah, bahwa waktu itu adalah waktu yang mulia dan barakah.

Bukti kemuliaan ini adalah sumpah Allah Ta’ala dalam Al-Qur’an al-Karim.
Demi fajar, dan malam yang sepuluh (Al-Fajr: 1-2)
“Wa layaalin ‘asr (dan malam yang sepuluh)," kata Imam al-Thabari dalam tafsirnya,"adalah adalah malam-malam sepuluh Dzulhijjah berdasarkan kesepakatan hujjah dari ahli tafsir.”

Ibnu Katsir juga menjelaskan hal yang sama dalam tafsir Qur'anil adhim. “Dan malam-malam yang sepuluh," tulisnya, "adalah sepuluh (hari pertama) Dzulhijjah sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Abbas, Ibnu Zubair, Mujahid, dan lebih dari satu ulama salaf dan khalaf.”
2. Amal pada Sepuluh Hari Pertama Bulan Dzulhijjah paling dicintai Allah
Keutamaan kedua dari 10 Keutamaan Sepuluh Hari Pertama Bulan Dzulhijjah adalah, bahwa amal di waktu itu paling dicintai Allah Ta'ala.
“Tidak ada satu amal shaleh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal shaleh yang dilakukan pada hari-hari ini (yaitu 10 hari pertama bulan Dzul Hijjah).” Para sahabat bertanya: “Tidak pula jihad di jalan Allah?” Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Tidak pula jihad di jalan Allah, kecuali orang yang berangkat jihad dengan jiwa dan hartanya namun tidak ada yang kembali satupun." (HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah).
3. Haji dilakukan dalam waktu itu
Keutamaan ketiga dari 10 Keutamaan Sepuluh Hari Pertama Bulan Dzulhijjah adalah, bahwa di waktu itulah disyariatkan Ibadah haji yang merupakan rukun Islam kelima.
4. Di dalamnya ada hari Arafah
Keutamaan keempat dari 10 Keutamaan Sepuluh Hari Pertama Bulan Dzulhijjah adalah, pada waktu itu ada hari Arafah, yaitu jatuh pada tanggal 9 Dzulhijjah. Pada hari itu jama'ah haji diwajibkan melakukan wukuf yang merupakan puncak ibadah haji. Sedangkan bagi umat Islam yang tidak sedang menjalankan ibadah haji disunnah melakukan puasa arafah yang keutamaannya dapat menghapus dosa selama dua tahun.
Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa hari Arafah, beliau menjawab, “Puasa itu menghapus dosa satu tahun yang lalu dan satu tahun berikutnya.” (HR. Muslim)
5. Pahala Amal di Hari-hari itu dilipatgandakan
Keutamaan kelima dari 10 Keutamaan Sepuluh Hari Pertama Bulan Dzulhijjah adalah, amal-amal pada hari itu dilipatgandakan pahalanya, baik amal di siang hari maupun amal di malam hari.
Tidak ada hari-hari yang lebih disukai Allah untuk digunakan beribadah sebagaimana halnya hari-hari sepuluh Dzulhijjah. Berpuasa pada siang harinya sama dengan berpuasa selama satu tahun dan shalat pada malam harinya sama nilainya dengan mengerjakan shalat pada malam lailatul qadar. (HR. Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Baihaqi)
Tentu saja, ada pengecualian untuk puasa pada tanggal 10 Dzulhijjah karena pada hari itu diharamkan berpuasa.
6. Keistimewaan membaca tahlil, takbir dan tahmid
Keutamaan keenam dari 10 Keutamaan Sepuluh Hari Pertama Bulan Dzulhijjah adalah, istimewanya waktu itu untuk membaca tahlil, takbir dan tahmid sehingga Rasulullah SAW memerintahkan umatnya untuk memperbanyaknya.
Tidak ada hari-ahri yang dianggap lebih agung oleh Allah SWT dan lebih disukai untuk digunakan sebagai tempat beramal sebagaimana hari pertama hingga kesepuluh Dzulhijjah ini. Karenanya, perbanyaklah pada hari-hari itu bacaan tahlil, takbir, dan tahmid. (HR. Ahmad)
7. Di dalamnya ada Idul Adha
Keutamaan ketujuh dari 10 Keutamaan Sepuluh Hari Pertama Bulan Dzulhijjah adalah, pada akhir waktu itu yaitu tanggal 10 Dzulhijjah adalah Hari raya Idul Adha yang merupakan hari yang sangat istimewa bagi umat Islam.
8. Di dalamnya disyariatkan ibadah udhiyah (berkurban)
Keutamaan kedelapan dari 10 Keutamaan Sepuluh Hari Pertama Bulan Dzulhijjah adalah, disyariatkannya ibadah udhiyah. Yaitu menyembelih kurban -baik unta, sapi atau kambing- yang dimulai pada tanggal 10 Dzulhijjah itu.
9. Disyariatkannya Takbir Muthlaq
Keutamaan kesembilan dari 10 Keutamaan Sepuluh Hari Pertama Bulan Dzulhijjah adalah disyariatkannya takbir muthlaq (setiap saat) dan muqayyad (setelah shalat fardhu). Kesempatan bertakbir ini jauh lebih panjang daripada Idul Fitri.

Ibnu Taimiyah dalam majmu' Fatawa menjelaskan, "Hendaklah takbir dilakukan mulai dari waktu fajar hari Arafah sampai akhir hari Tasyriq ( tanggal 11,12,13 Dzulhijjah), dilakukan setiap selesai mengerjakan shalat, dan disyariatkan bagi setiap orang untuk mengeraskan suara dalam bertakbir ketika keluar untuk shalat Id. Ini merupakan kesepakatan para imam yang empat".
10. Berkumpulnya keutamaan-keutamaan Ibadah
Keutamaan kesepuluh dari 10 Keutamaan Sepuluh Hari Pertama Bulan Dzulhijjah adalah berkumpulnya induk-induk ibadah pada waktu itu. Sebab inilah yang menjadikan 10 hari pertama bulan Dzhulhijjah begitu istimewa.

Imam Ibnu Hajar al-Asqalani berkata, “Tampaknya sebab yang menjadikan istimewanya sepuluh hari (pertama) Dzulhijjah adalah karena padanya terkumpul ibadah-ibadah induk (besar), yaitu: shalat, puasa, sedekah dan haji, yang (semua) ini tidak terdapat pada hari-hari yang lain.”

Subhanallah, Tidak henti-henti Allah memberikan Bonus Bulanan buat Hamba-hambaNya yang bertaqwa, Sebanyak mana Allah memberikan kita bonus merupakan kemanisan Beribadah namun pokok-pangkalnya berbalik kepada individu itu sendiri.. 

Ingatlah, Kalau kita tidak Solat dan tidak mahu solat silakan, Kalau kita mahu melakukan Maksiat silakan, Namun atas segala kederhakaan dan kezaliman yang kita lakukan, Sedikitpun tidak akan menjejaskan kemuliaan Allah, dan sedikitpun tidak akan memudarkan Hak Allah sebagi tuhan sekalian alam, Namun sebaliknya, kita yang bakal mendapat rugi besar, Bukan sahaja didunia, namun kerugian yang terbesar adalah kerugian diakhirat sana dimana tiada lagi tempat bernaung selain dari naungan Allah..

p/s - Saya hanya mengingatkan dan lain datang dari Anda sendiri, Yang baik datang dari Allah, dan silap salah datang dari Hamba Allah yang banyak Khilafnya ini..


Waallahu'alam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player