Google Website Translator Gadget

Aug 26, 2011

Ramadhan Terakhir..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Alhamdulillah, Firts Attempt Vedio dakwah, Error sana-sini, Minta Maaf yea.. 

Ramadhan, As easy as it come, and now he left us the same way as it come.. Ramadhan dak nak sampai ke penutupnya, Kini Syawal mengambil tempatnya, Namun sudah cukupkah kita degan bekalan untuk menemui Ramadhan seterusnya sekiranya diberikan Allah Rezekinya.. Sudahkah kita melaksanakan Puasa mengikut sunnah, Sudahkah kita beristiqomah memanjatkan doa kehadrat Allah tuhan semesta alam, Sudahkah kita mengkhatamkan Novel Allah itu sekurang-kurangnya sekali dalam Ramadhan ini? 

Sibuk Nak raya, Jangan sampai tercicir Ramadhan dek kerana mengejar Syawal.. Lets do some check List untuk semak Apa yang telah kita langsaikan sepanjang RAmadhan ini, Semoga dengan izin Allah boleh kita memperbaikinya bagi menghadapai Ramadhan depan..   

  • Bersahur Sehari-hari                                                                
  •  Niat Puasa Sehari-hari                                                           
  • Solat sehari semalam, Kalau mampu berjemaah                  
  • Bertadarus dan membaca Al-Quran                                        
  • Duet tiket, Sedekah Jariah                                                       
  • Memberi makan mereka yang berpuasa                                  
  • Segera berbuka                                                                       
  • Berbuka dengan Kurma                                                         
  • Solat Tarawikh                                                                         
  • Jaga Hati, Mata, Telinga, & Lidah                                           
  • Jauhi dosa dan Maksiat                                                            
  • Cari Ilmu                                                                                 
  • Qimulalil                                                                                 
  • Mencari Lailatul Qadr                                                             
 Adakah kita telah melaksanakan semua etika-etika puasa mengikut Sunnah Rasulullah ini? Tepuk dada tanya Iman.. Disini, Saya nak ingatkan diri saya and My Brother and Sister of Islam, Malam 1 syawal tu jaganlah sibuk dengan beraya sangat, Lengkapkanlah ibadah kita sepanjang Ramadhan ini dengan penutup yang Barokah, Solat sunatlah dua Rakaat malam hari raya, sesungguhnya,
“Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.)
 Serta laksanakanlah perkara-perkara sunat sepanjang raya ini bagi mendapat berkat kita berhari raya mengikut syariat dan bagi menuntut keredaan Allah, Insya Allah.. 
  • Melaungkan Takbir Hari Raya
  • Makan Sebelum Sembahyang Hari Raya Fitrah 
  • Mandi Sebelum Sembahyang Hari Raya
  • Memakai Pakaian Yang Cantik
  • Makmum Lebih Awal Datang Daripada Imam 
  • Berjalan Kaki Ke Tempat Mengerjakan Sembahyang
  • Pergi Ke Masjid Melalui Jalan Yang Panjang Dan Balik Melalui Jalan Yang Pendek 
  • Menyeru Dengan seruan ( Sama macam bertarawikh)   
p/s - Semoga kita memperoleh keberkatan dan memperoleh Rahmat Allah sepajang Syawal ini, Dan Selamat Hari Raya, Maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki, Insya'Allah Lepas Raya Entri blog ini akan berisi lagi, Insya'Allah..

Aug 25, 2011

Akhirat Kita kejar, Dunia Boleh tunggu...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
"Dari Ibnu Ibnu Umar r.a katanya: rasulullah S.A.W memegang bahuku lalu ia bersabda, Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara). Dan adalah Ibnu Umar r.a berkata:Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi, dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau.."
Melihat kerenah segelintir masyarakat yang sibuk fikir dunia walaupun dalam Ramadhan ini terasa sayup sangat, Tidak sedarkah mereka Allah itu sedang meberikah hadiah dan anugerahnya, Tidak sedarkah Mereka Allah itu sedang menyediakan Bonus yang besar buat mereka lebih-lebih lagi bulan Ramadhan ini.. 

Mungkin agak terlambat Entri ini untuk menyentuh isu sebegini, Tetapi tak salah untuk mengingatkan, Kerana ingat mengingati itu tidak akan pernah putus bagi kita sesama Muslim ini..  

Lihat disana, Buffet Ramadhan, Pandang kanan, SALE baju raya, Tengok Utara Bazar Ramadhannya, dan lihat belakang Jualan Murah Perabotnya, Haih.. Buat apa sibuk mengejar dunia, sekiranya Akhirat kita berciciran.. Nak kejar dunia ni tak terkejar dek kita ini.. 

Masa bukan tunggu kita, Pejam celik sudah hari ke-26 Ramadhan, si dia sibuk mencari baju rayanya, si dia sibuk mengira  Buffet Ramadhannya, Dan si Polan sibuk Beli Emas hendak bergaya masa raya, Bila lagi nak tunjuk Emas Bling-bling ni, Raya satu tahun sekali je.. 

Sedih tengok peluang dan hadiah Allah itu mereka ketepikan, Dunia yang tidak terkejar ni berbondong-bondong bungkus bawak balik.. Astaghfirullah Hal Azim, Bukan lah hendak mengata, atau hendak mengumpat tapi, Keluh Kesah hati melihat Hadiah dan Anugerah Allah itu diketepikan oleh kerana Demam mengejar Raya hanya Allah saja yang tahu..

***********************************  

Bersamalah kita mengambil iktibar dari Keluarga Waris nabi ini sebagi peringatan bersama,

Ketika cucu-cucu Rasulullah SAW ( Hasan dan Husain) sakit, Ali dan Fatimah yang merupakan kedua orang tuanya telah bernazar, Sekiranya anak mereka pulih dari sakitnya, mereka akan Puasa Nazar selama 3 hari, Masa berlalu dan kedua anak mereka sembuh dengan Izin Allah, Maka mereka melaksanakanlah Puasa Nazar tersebut..

Hari Pertama Puasa,
Hari pertama puasa mereka tiada apa-apa untuk dimakan. Ali pergi menemui Shum'un seorang lelaki Yahudi untuk Meminjam Gandum, Dan Ali pulanglah membawa tiga sa' gandum yang dipinjamnya, 1/3 gandum digunakan untuk membuat Roti bagi juadah berbuka puasa.. Setelah selesai solat berjemaah bersama Rasulullah, Ali pulang kerumah dan mendapatai Rotinya telah terhidang untuk santapan berbuka mereka. Namun seorang lelaki miskin telah datang ke rumah mereka..
"Assalamualikum, Wahai ahli keluarga Muhammad. Aku seorang Miskin daripada kalangan ummat Muhammad. Demi Allah, Aku lapar berilah aku moga Allah akan memberikan kamu makanan daripada hidangan syurga" Berkata simiskin yang datang kerumah mereka..
Tidak sampai hati mendengar rayuan si miskin itu, mereka pun memberi makanan yang telah disediakan untuk juadah berbuka mereka itu. Akhirnya mereka hanya minum air untuk berbuka, Sekadar membasah tekak..

Hari Kedua,
Hari kedua Fatimah menggunakan 1/3 dari sebahagian lebihan gandum yang telah dipinjam untuk membuat roti bagi juadah berbuka puasa mereka. Kejadian sama berulang kembali. Dimana seorang Anak yatim pula datang meminta Makanan dari mereka kerana kelaparan..
"Assalamualikum, Wahai ahli keluarga Muhammad. Aku seorang Anak Yatim daripada kalangan ummat Muhammad. Demi Allah, Aku lapar berilah aku moga Allah akan memberikan kamu makanan daripada hidangan syurga" Berkata Anak Yatim yang datang kerumah mereka..
Tidak sampai hati mendengar rayuan Anak Yatim itu, mereka pun memberi makanan yang telah disediakan untuk juadah berbuka mereka pada hari kedua . Akhirnya mereka hanya minum air untuk berbuka pada hari kedua puasa Nazar mereka.. 

Hari Ketiga, 
Hari ketiga  sekali lagi Fatimah menggunakan 1/3  lebihan gandum yang telah tinggal untuk membuat roti bagi juadah berbuka puasa mereka. Kejadian sama berulang kembali. Dimana seorang Tawanan Musyrik  pula datang meminta Makanan dari mereka kerana kelaparan, saat hampir berbuka..    
 "Assalamualikum, Wahai ahli keluarga Muhammad. Aku seorang Tawanan Musyrik dari tawanan Muhammad SAW.."
 Tanpa teragak-agak, Kedua-dua mereka meberikan makanan mereka kepada tawan itu..

Hari Keempat,
Ali membawa Hasan dan Husain menemui Rasulullah SAW. Mereka kelihatan tidak bertenaga kerana sudah tiga hari tiga malam tidak makan apa-apa melainkan hanya air bagi mengalas peurt dan menghilangkan dahaga..

Apabila Rasulullah melihat mereka. Baginda mendapati keadaan mereka agak teruk dengan perut yang kempis tidak berisi berserta mata yang cengkung menahan kelaparan. Rsulullah memohan pertolongan Allahdan turunlah Jibril dan berkata.
"Assalamualaikum, wahai Muhammad dan  keluargamu. Sesunguhnya Tuhan-Mu meyampaikan salam buatmu dan Tahniah buat Ahli Keluargamu" 
Lalu turunlah ayat 8 - 9 daripada surah al-Insan bagi memuji tindakan mereka..
"..Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.QS. Al-Insan  (76) : 9.."
***************************************

Ingatlah, sesunggunya dunia yang kita kejar itu sebenarnya datang hanya dari Allah, Tidaklah Allah mengurniakan rezeki dan Nikmat Allah dengan bayaran dan tax, Allah tidak pernah mintak Apa-apa dengan kita, Bahkan dialah yang memberikan segala nikmat buat kita.. Maka bersama-samalah kita bersyukur dengan nikmat Allah ini. 

Bersyukur bukan sahaja dengan Mengucap Alhamdulillah, Alhamdulillah is Easy to say but Hard  to perform. Bersyukurlah dengan cara kita melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan LarangaNya. Dan ingatlah dunia ini hanya tempat sementara, Kejarlah akhirat yang kekal abadi kelak..  Semoga kita tergolong antara orang yang bersyukur.. Insya'Allah..


p/s - Dunia tidak habis dipandang, tidak habis dirasa, tidak habis didengar, dan tidak terkejar jika dikejar.. Kejarlah Akhirat, Bukanlah Akhirat itu boleh dikejar, Tapi orang berusaha mencari Akhirat, nescaya Ketakqwaan Allah bersamanya.. Insya'Allah..

Aug 24, 2011

Anak-anak kunci syurga..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Muaz bin Jabal Radiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud “Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah La Ilaha Illallah (Riwayat Al-Imam Ahmad)
Imam Bukhari rahimahullah meriwayatkan dalam Sahihnya, bahawa seorang pernah bertanya kepada Imam Wahab Ibn Munabbih: “ Bukankah Laa ilaaha illallah itu kunci syurga?”

Wahab menjawab: “ Benar, akan tetapi tidaklah bagi setiap kunci itu melainkan ia mempunyai gigi.Jika engkau membawa kunci yang bergigi, maka pintu syurga akan di bukakan untukmu, jika tidak maka pintu tak akan di bukakan untukmu”

'Gigi' yang dimaksudkan ialah bukan sekadar menyebut kalimah syahadah tetapi memahaminya serta melaksanakan apa yg dimaksudkan darinya.
**************************************

Kisah Paderi & Kunci Syurga.

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. Memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita Ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?"

Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar.Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut Dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat. "

Si pemuda tersenyum Dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah Dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api,siapakah yang diazab dengan api Dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu Dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah Dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemudaitu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca Bismillah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil Dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat,Injil, Zabur Dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solatlima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlahHari ketika Allah s.w.t. Menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah,
"Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah Dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala. " Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?"

mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

Dari Umar Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:“Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya neraka jahanam. Kalimah itu ialah “La Ilaha Illallah”. (Riwayat Al-Imam Al-Hakim)
Dari Zaid bin Arqam Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya“Barangsiapa yang mengucapkan La Ilaha Illallah dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanyakan kepada baginda: “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram”. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)
Waallahu'Alam ...

Kadang-kadang..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Ikhlas, Apa dia ikhlas.. 
"(Maksudnya): Diriwayatkan daripada Abi Hafsin Umar bin al-Khattab r.a, katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda (yang bermaksud): “Sesungguhnya segala amalan (ibadat) itu dinilai mengikut niatnya, dan sesungguhnya diberi ganjaran bagi seseorang itu (ganjaran) apa yang diniatkannya. Maka siapa yang hijrahnya kepada (keredaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (diredai) Allah dan Rasul-Nya, dan siapa yang untuk wanita hendak dikahwininya atau tujuan keduniaan yang diingininya, maka hijrah terpulang kepada apa yang diniatkannya.” (Muttafaqun ‘alaih).."
Pepatah melayu ade coretkah, "Mulut tempayan bolehlah kita tutup, Tapi mulut manusia.." Kadang-kadang apa daya kita nak menahan apa orang kata, Kadang-kadang kata-kata orang membuat hati kita terguris, dan kadang-kadang kata-kata orang buat kita rasa bersalah.. 

Tapi apakan daya kita insan yang lemah hanya mampu bersangka baik dan keep on beralah supaya keadaan menjadi harmoni kembali.. Buat apa kita nak kejar Redha manusia, sedangkan Redha Allah itu lah yang sepatutnya kita cari.. Mungkin jugak salah kita, mungkin salah kita dari segi kita approch mereka, bukan semua orang boleh terima ideology kita.. 

Kadang-kadang kita Ikhlas melakukan sesuatu itu kerana Allah, Tapi disalah tafsir pula.. Niat kita untuk mengingatkan, tapi telah disalah tafsir.. Takpalah selagi kita berlapang dada Insya'Allah, Allah pasti akan bantu kita.. Mungkin ini semua cara Allah nak Talbiyah hati kita, Allah nak uji keikhlasan kita dalam menyampaikan Syiar-syiarnya, serta dalam usaha mengajak kepada perkara Ma'ruf dan mencegah perkara Mungkar..

Kadang-kadang baru mahu buka mulut, Namun terus ditepis, baru mahu menyampaikan namun disuruh diam, disampaikan tapi dibuat tidak tahu pula.. Tapi tidak mengapa, Istilah Penat dalam menyampaikan itu Insya'Allah tidak akan pernah muncul..

Kadang-kadang bukan semua yang kita sampaikan pada pertama kalinya diterima, mungkin kali ke 2 diterima dan ketiga terbuka hatinya menerima.. Siapa tahu, itukan semua Rahasia Allah.. Biar Allah sahaja yang menetukan..Yang penting kita terus bersabar dan terus berusaha..

Tapi kadang-kadang mungkin apa yang kita sampaikan itu tidak kena pada masanya ataupun salah, Jangan terlalu Taksub dengan Ideology sendiri kerana setiap sesuatu itu datang dari Allah.. Dan ingatlah setiap inci apa yang kita lakukan atas bumi ini akan dihitung di Mahkamah Allah kelak.. Semoga apa yang kita lakukan dapat menjadi penyumbang dalam timbangan Mizan Allah kelak.. Insya'Allah..

P/s - Ikhlaskanlah niat dan hati dalam melakukan apa-apa sekalipun, Kerana hati yang ikhlas insya'Allah mendapat tempat dimata Allah, Walaupun sekecil zarah kerana itu mungkin lebih baik disis Allah..
Waallahu'Alam..

Aug 23, 2011

Jika Kau Ku Temui..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah, Dengan Izin Allah, dapat lagi Entri Blog ini diperbaharui.. Malam 21 sudah, Malam 23 pun Sudah.. Kini Malam ke 25, 27 dan 29 menunggu tiba.. Subhanallah, Seakan-akan Ramadhan kali ini berlalu lebih cepat dari Ramadhan Lepas-lepas, Namun, dalam kepantasan waktu berlalu, Subhanallah, Malam ibadah-ibadah ku seolah-olah tidak puas, dan sekira ada daya ku tidak mahu rasanya Ramadhan Kali ini berlalu Pergi, Tapi Nabi pernah berkata, Janganlah kita bertuhankan Ramadhan, Namun sebaliknya bertuhankanlah kita Allah yang Kekal.. 

Alhamdulillah, sakit pinggang, menghambakan diri, sakit kepala dan sakit badan menahan rasa megantuk saban hari tidak menjadi sesuatu yang membebankan, tapi sebliknya menjadi benteng dan menjadi tembok bagi kita menebalkan Iman kita.. Hati kecil selalu berkata, 
"Takpe sakit sikit-sikitni, nanti Insya'Allah, sakit-sakit ni boleh tolong kita jawab depan Mahkamah Allah kelak, Takpe sakit sikit-sikitni, Sakit dunia mengejar ibadah dan keredhaan Allah insya'Allah, membuahkan hasil kelak.." 
***********************************************

Walaupun entri kali ini macam terlambat sikit, Tapi Takpa Insya'Allah, Niat untuk menyampaikan itu biar allah sahaja yang tentukan.. Ok, Tips of The day.. Tips Untuk mengejar dan berdating dengan Malam Lailatul Qadr Allah.. Insya'Allah, Bersama-sama kita dapat memperoleh Manfaatnya.. 

  • Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, Yakin bahawasanya Malam Allah itu bakal menemui kita,  kesungguhan mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan beibadah, berqiamulail dan tadarus Quran semata-mata, tidak untuk kesibukan lain. Kalau sibuk pun, Takkan takda masa untuk Allah kot, Nikmat Allah tu setiap masa kita nikmati.  Kuih raya, Baju Raya, Langsir raya itu semua boleh tunggu, Malam Allah ini datang satu tahun sekali je, itu pun satu Malam je,  Raya hangpa semua boleh raya sebulan kan.. Save lah time sikit untuk Date dengan Allah..
  • Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera. Nanti kat Akhirat Kelak Allah tidak tanya, Baju raya korang tahun 1432H hari tu warna apa, Berapa riyal harganya.. Tidak Bukan.. Fikir-fikirkanlah Yea..
  • Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Kalau tidak mampu 24 jam, Ambil lah 20-30 minit sebelum atau selepas solat Fardu duduk sebentar niat Iktikaf dan tadarus, Insya'Allah, Walaupun sebesar zaraf pun akan dihitung kat akhirat kelak.. Kalau ade Qiyamulail Jemaah. Alhamdulillah, Kalau tidak ada Kita buat lah sendirian.. Ibadah kita bukan nak suruh orang tengok Ibadah kitakan Lillahita'ala..
  • Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah. Kalau takda teman, Kawan-kawan semua sibuk, Kita teruskanlah ajak mereka, dalam masa yang sama, kita tunjuklah keseronokan kita beribadah, Moga-moga Allah kurniakan cahaya kepada mereka agar terbukak hati dia nak ikut dan teransang untuk rasa seronok beribadah.. Insya'Allah..
  • Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad. Kalau tidak boleh cuti, Mintaklah Bos-bos tu izin Mintak masuk Lambat sikit kerja.. Akhirat kita kejar, dunia jagan pulak kita tinggalkan..
  • Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti. Yang ini terkena batang hidung sendiri, Assingement semua, Kita cubalah buat lepas balik Qiamulalil kita, Insya'Allah lama-lama selesailah.. Kalau nak balik Kampung tu, Pilih lah tiket awal pagi, supaya tidak penat dan ada masa untuk kita Tarawikh dan Qiamulail malamnya..
  • Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan. Jaganlah kita sibuk nak kejar dunia last-last Ramadhan ni, Allah dah bagi masa lama dah, 10 malam yang terakhir juga nak sibuk raya.. Sparelah time untuk Allah.. Time nikan Allah tengah bagi kita hadiah dan ganjaran.. Hidupkanlah malam-malam Ramadhan, supaya hadiah dan ganjaran Allah itu kita perolehi..
  • Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut. Insya'Allah.. Jadikanlah Ramadhan ini pemagkin bagi kita lebih dekat dengan Allah. Justeru dapat terus beristiqomah dalam beribadah kepada Allah sehingga tiba Ramadhan yang akan datang.. Insya'Allah..
p/s - olahan semula dari, http://www.iluvislam.com
“Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) telah datang kepada kamu, dalamnya ada malam yang amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah”. (riwayat Ibnu Majah)...

Wallahu'Alam.. 

Aug 21, 2011

Hujan Dunia..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah, Malam keberkatan Allah sudahpun pergi, Begitu juga malam Magfiratnya, Dan kini hanya tinggal malam-malam terakhirnya, malam perlepasan dari azab neraka.. Fasa terakhir ini jugalah, terjadinya malam Lailatul Qadr.. Entri kali ini bukanlah mahu bercerita fasal Lailatul Qadar tapi mahu mengambarkan kekesalan dan kekhilafan sesetengan pihak yang sering mengambil remeh tentang tawaran Allah yang julung-julung kali diberikan.. Lailatul Qadar yang datang satu kali dalam satu tahun, Satu Malam dari berpuluh-puluh malam dalam satu tahun, dan satu malam bersamaan satu ribu bulan beribadah.. 

Ibnu Kathir berkata: Allah swt menegaskan bahawa cinta dunia, kenikmatan yang ada padanya dan kemegahannya telah menyibukkan kamu dari berusaha mencari bekal di akhirat. Dunia ini begitu melalaikanmu sehingga maut menjemputmu lalu engkau berada dalam liang kubur dan menjadi penghuninya.
Imam Al-Ghazali ada merakamkan bahwasanya, Kehidupan dunia ini ibarat ular yang berbisa, lentuk liuk, lemah gemalai dan cantik bersinar karektornya, Tetapi Berbisa dalamnya, serta garang sifatnya. Begitulah sifat dunia, Dunia tidak membinasakan kita, tetapi kita yang membinasakan dunia.. Adakah seekor ular bakal mematuk dan melempiaskan bisanya tidak tentu hala tanpa ada sebarang situasi yang Meng-Trigger ular tersebut berkelakuan sedemikian.. Betul bukan..

Begitu jualah sifat dunia, Dunia Insya'Allah tidak akan meninggalkan kita selagi kita tidak meninggalkan Syariat Allah.. Dunia tidak pernah menjadi tempat bagi kita untuk melakukan sesuka hati kita, dan dunia tidak pernah pula menjadi tempat kita bersuka ria, bersenang lenang, dan bernafsu teruk.. Sering saya katakan, Dunia adalah ibarat padang yang luas, dan merupakan tempat untuk kita bercucuk tanam dan menyemai benih-benih akhirat yang bakal kita nikmati dan bakal kita petik diakhirat kelak.. 
Ulamak sufi turut juga mengatakan, Dunia Ibarat bayang-bayang, Bayang-bayang akan sentiasa mengekori kita dan menjadi peneman kita selagi kita berada dibawah limpahan cahaya, Ibaratnya, Siapa yang berada dalam cahaya Iman dan Taqwa nescaya, Dunia bakal berlari-lari dan berlumba-lumba mengejar mereka.. Barang siapa yang mengejar dan mengimpikan syiar-syiar Allah dari kemewahan dan kesenagan dunia, Nescaya dunia bakal berbondong-bondong mengekori kita.. Itukan Janji Allah, dan janji Allah itukan Pasti..

Persepsi saya, Dunia ibarat Hujan, Adakalanya hujan memberi Rahmat dan adakalanya Hujan mendatangkan Bencana.. Apabila kita mengejar akhirat dan keredhaan Allah, Insya'Allah Rahmat Allah datng melimpah-limpah menyuburi amal ibadah kita.. Namun apabila kita leka sedikit, dan asyik mengejar dunia, Hujan yang dianggap Rahmat kini bukanlah dianggap Rahmat lagi, Hujan itu kini menjadi bencana dalam bentuk Bah bagi kita.. Walaubagaimanapun, Hujan itukan datang dari Allah.. Dan setiap sesuatu itu semua datang dari Allah.. 
Ibnul Qayyim berkata: Perjalanan hidup manusia akan melewati alam kubur selepas kematian. Manusia tidak tinggal selamanya dan menetap di dalam kubur. Manusia (di alam kubur) sebagai orang yang datang menziarahinya, sama orang yang datang mengunjungi sebuah tempat lalu pergi beranjak darinya, sebagaimana keberadaan mereka di dunia sebagai pengunjung, bukannya menetap di dalamnya. Tempat menetap adalah surga atau neraka”
***************************************************

Sekarang, Let's make thing cleared, Tergerak hati menaip post yang panjang ini adalah sebab, Isu harini, Isu yang sama setiap kali menjelang Aidilfitri... Dimana, Pagi ini, Alhamdulillah, Dengan Rezeki Allah, dan dengan kekuatan dan kekuasaanya, dapatlah saya beraya dengan sepasang Baju melayu baru tahun ini. Tapi Itu bukan motifnya, Motifnya adalah, Masyarakat, Masyarakat Kini lebih berlumba-lumba dan lebih asyik mencari dan mempersiapkan diri bagi menyambut Aildilfitri dari sebuk menyiapkan diri dari menyhut peluang dan sahutan Allah iaitu Malam Lailatul Qadr-Nya.. Ingatlah, Peluang datang hanya sekali, dan sekiranya peluang yang sekali itu tersia-sia, Mungkinkah ada peluang yang sama Kelak?  

Disana lagu raya, disini Lagu raya, Disana orang sibuk mebeli baju warna Purple, di situ oarang sibuk membeli baju warna Hijau.. Haih.. Raya yang tidak pasti sibuk dikejarkan, Malam Lailatul Qadr yang dalam tidak sedar berlalu pergi tidak dikejar.. Oh Masyarakat, Dimana kita, disaat Peluang Allah itu datang menjengah, Dimana kita disaat Malam yang lebih baik dari seribu bulan datang meberikan sinarnya.. 

Saudara-saudari yang saya cintai kerana Allah, Tidak salah dalam kita bersiap menyambut Aidilfitri, Tidak salah bagi kita membeli belah bagi mngalu-ngalukan kedatangan Aidilfitri, Namun, Kejarlah apa yang dihadapn dahulu.. Kejarlah Malam Seribu Rahmat Allah itu, Perbayakkan, Qiya Mulail kita, Perbayakkan tadarus kita, dan berbayakkan zikir kita.. Bukan sibuk perbanyakkan, kuih muih, bukan sibuk perbanyakkan baju raya, dan sibuk percantikkan diri menjelang Aidilfitri, Tetapi perbayakkan lah amal, dan percantikkanlah ibadah dalam bulan Ibadah dan Bulan Pesta ibadah ini.. Jadikanlah, Ramadhan kali ini, Ramadhan yang menjadi sebahagian dari Catalys dalam kita memperkuatkan dan memperindahkan Komunikasi dan hungan kita dengan tuhan sekali alam.. Insya Allah.. 
“Sesungguhnya Kami menurunkan al-Qur’an pada malam al-Qadar, tahukah engkau apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turunlah malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Rabb mereka (untuk mengatur) segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar.” (al-Qadar, 97: 1-5)
Dan pada malam itu dijelaskan segala urusan yagn penuh hikmah:“Sesungguhnya Kami menurunkan pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (iaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” 
Terkadang menulis kerana concern, Namun akibat Concern itu terkena batang hidung sendiri.. Moga Allah mengurniakan Rahmat dan Nikmatnya buat kita, dan menjadikan Ramadhan ini Ramadhan terbaik dan meyampaikan kita pada Malam Lailatul Qadr-Nya.. Insya'Allah..

Aug 16, 2011

Quran Petunjuk Ummah..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

  Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)

Alhamdulillah, Harini genap 17 Ramadhan, hari turunya Al-quran atau disebut sebagai Nuzul Al-Quran, Ramai yang biasa sebut Nuzul Quran - Nuzul Quran, Tapi pernahkah kita hayati makna sebenar Nuzul Quran itu?

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw. Dimana Surah pertama yang menjadi mukjizat dan wahyu Allah yang pertama bagi nabi junjungan kita adalah surah Al  Alaq' dan surah yang Terakhir adalah ayat kedua didalam surah Al Maidah.. 
Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)2  
Baiklah, Frankly speaking, Tanya diri kita, sudahkah kita melaksanakan tangungjawab kita terhadap Al-Quran, Tahukah kita apa yang kita harus jawab diketika mana Al-quran itu menuntut hak nya di akhirat kelak.. Bukankah kita sebagai seorang muslim itu harus khatam Al-quran itu sekurang-kurangnya satu tahun dua kali, Sudahkah kita melakukan tangungjawab itu, Tepuk dada tanyalah iman.. 

Itu baru salah satu dari Haknya, bagai mana Hak-haknya yang lain? Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya, Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan, dan Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya. Bagaimana kita mahu untuk memenuhi hak-haknya yang lain sekiranya mengkhatamkan Al-quran itu sebanyak dua kali dalam setahun sudah tidak mampu untuk kita lakukan.. 
Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.
 Marilah kita membaca Al-quran, bukan untuk siapa, tetapi untuk diri kita sendiri, sedarkah kita dengan Al-quran itu mungkin dapat kita berlindung dari teriknya padang mahsar itu, sedarkah kita dengan Al-quran itu mungkin dapat meringankan azab kubur kita, dan dengan Al-quran itu jugalah dapat membantu kita menjawab kuiz kelayakan didalam lianag lahad esok, sebelum kita menuju perjalanan kekal abadi kelak.. 
 Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)2 
 Ingatlah wahai sahabat yang dicintai tidak lain kerana Allah,  Al-Quran untuk dibaca dan dihayati bukan untuk dijadikan perhiasan. Sesungguhnya Al-Quran itu tidak akan menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim. Sesungguhnya Al-Quran itu mereupakan  petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang soleh. Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah. 
Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).
 Ingatlah, jangan lah kita dok menunggu Ramadhan baru sibuk nak memang Al-quran, Jangan tunggu ada kematian baru tahu untuk membacanya dan jangan tunggu nak kahain baru nak Kathamnya, Jadikanlah Al-quran itu teman terbaik kita, Peneman di waktu lapang dan Novel serta surat cinta kita Kepada Allah.. Sesungguhnya, sekiranya Al-quran itu bisa bersuara pada hari ini nescaya dia sedih dan kecewa melihat sikap kita yang mengambiln sikap sambil lewa terhadapnya.. Bukanlah niat dihati hendak mengecilkan mana-mana pihak, tetapi itulah realiti hidup masyarakat kita, kadang-kadang saya juga ade kekhilafanya, Tujuan utama adalah mengingatkan diri sendiri yang selebihnya adalah sebahagian dari usaha menegakan Amar ma'ruf itu.. Insya'Allah.. 

p/s - Maaf diatas entri yang agak serabut..

Aug 15, 2011

Tirai Ramadhan..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
 p/s - Entry ni extremely long, Kalau nak baca bacalah 
sehingga penghujungnya supaya beloleh Ilmu Allah itu, Insya'Allah..


Subhanallah, Pejam celik pejam celik, Alhamdulillah malam ke Limabelas Ramadhan baru je melabuhkan tirainya semalam.. Alhamdulillah, Allah itu maha besar, Dengan izinya Kita beristiqomah dalam mengerjakan Tarawikhnya.. Bagaimana Qiyamulail kita.. Allah Huakbar..

Malam Rahmat sudah pergi, Malam pengampunan kini dilalui, Malam perlepasan dari jahannam ditunngu pasti, Dan Malam Laitatul Qadar Insya Allah dinanti.. Subhananallah, Malam kelimabelas, Sungguh Gah bunyiknya, Sudah Separuh Ramadhan kita lalui, Dalam separuh Ramdahan berlalu, Separuh juga Jemaah-jemaah di masjid dan surau tewas.. 

Di Malaysia mungkin fenomena biasa, Awal Ramadhan Masjid dan Surau dibanjiri oleh makmum-makmum, Saf yang tidak pernah penuh kini penuh meniti Ramadhan.. Imam dan qariah masjid yang dahulu merungut kekurangan jemaah kini pusing memikirkan kebanjiran jemaah, Subhanallah..  Bukankah itu bukti keunikan Ramadhan, Bulan Rahmat dan bulan keberkatan. Ego setiap muslim itu dilabuhkan agar berduyun-duyunlah mereka datang ke Masjid dan surau meraikan malam-malam Ramdhan..

Hari berganti hari, Malam berganti malam, Perut berganti penuh, Mata berganti berat dan Rajin berganti Malas.. Haih itulah realiti jemaah di Malaysia.. Saf yang melimpah ruah sehingga keluar semakin hilang dan mengecut menjelang malam kesepuluh, Saf yang penuh didalam, kini menjadi separuh menjelang Ramdhan ke 15.. Masjid dan surau menjadi sunyi, Bazar dan pasar menjadi pengganti.. Menjelang 10 malam terakhir, Hanya muka-muka yang lazim dan orang yang sama sahaja yang melabuhkan tirai cintanya dan meratapi pemergian Ramadhan yang mungkin Ramadhan terakhirnya..

Malam 10 pertama, Mungkin ramai yang mengharapkan Rahmat Allah itu, Alhamdulillah, Tiba fasa kedua Alhamdulillah masih ramai lagi yang masih mencari dan menginginkan kemaafan dari yang esa.. 10 malam terakhir dan Fasa Terakhir, Subhanallah, Ramai yang sudah yakin dengan perlepasan dari Api neraka dan Jahannam Allah.. Permerhatian dan hati kecil berkata,
" Ramai dah yakin tempat dekat akhirat kelak kot, tu sebab tak ramai manusia yang peduli dan obses mahu meraih keampunan Allah. Justeru, urusan ibadah sudah menjadi sisi dan bukan lagi agenda utama, dan bazar-bazar dan pasar-pasar menjadi keutamaan.."
Andai kata mereka sudah tahu nikmat syurga, Mengapa mereka tidak mereka mengejarnya.. Dan andaikata meraka tidak jelas kepedihan dan kepayahan neraka.. Mengapa tidak dikejar perlepasan neraka itu.. 
"Disebutkan dalam kitab, jika seorang ahli neraka itu diazab dalam neraka lalu dimasukkan ke dalam api dunia, maka dia akan tertidur di dalam api dunia"
 Bukankah sudah jelas disitu, Api dunia yang tidak seberapa ini pun sudah melecur dan meraung dibuatnya, Apakan pula mahu dibandingkan dengan Api neraka yang sejauh 1000 perjalanan itu..Allah berfirman dalam al-Quran,
"..mereka tidak hidup, dan tidak pula mati.."
Itulah kejadiannya dalam neraka. Siksa ditanggung oleh segenap saraf dan otot, tanpa rehat. Tanpa reda, kita menanggung derita sampaikan jika Allah beri peluang untuk api dalam neraka ditukar dengan api dunia, maka kita akan terlena kerana berasa... lega?

Wahai sahabat, Ingatlah Ramadhan bukan hanya sekadar pasarnya, Ramadhan Bukan hanya sekadar pesta makanannya, dan Ramadahan bukan hanaya satu fasa menanti kegirangan Syawal.. Syeikh Yusuf al-Qordhawi dalam sebuah pesanannya berkata, 'janganlah kita menjadi hamba Ramadhan'.Ramadhan itu hanyalah bersifat sementara, Tetapi yang kekal Abadi itu Adalah Allah,

Lakukanlah ibadah kita Ikhlas kerana Allah dan redha kerana Allah, Bukan tunggu Ramadhan baru sibuk hendak mengerjakan ibadahnya.. Analisa saya, Kalau kita ini diberikan sepanjang tahun Ramadhan sekalipun, Kita ini tetap sama, Yang sebulan sudah kita mempersiakan, apatah lagi sekiranya setahun..
“Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk ke jalan yang lurus, Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada dilangit dan yang ada di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan”. [asy-Syura 42:52-53]
 Dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami, Iaitu orang-orang yang MENGIKUT Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi…… [al-A'raaf 7:156-157]
 Sudah terang lagi bersuluh, Allah meberikan kita peluang keemasan ini hampir setiap tahu, Peluang beribadah seperti beribadah slema seribu bulan, bersamaan 83 tahun 4 bulan, Andaikata kita meninggal tanpa sempat kita meniti Ramadhan akan datang, Andai kata kita meninggal tanpa dapat keampunan Allah dari Ramadhan kali ini, Bukankah kita ini tergolong orang-orang yang rugi.. Saya cuba menyampaikan, Yang lain terletak pada iman saudara dan saudari.. 


Saudara dan saudari yang saya cinta kerana Allah. Marilah kita mengejar peluang Allah ini, Sekiranya Allah itu mempunyai batas kesabaran, Saya percaya sudah Allah itu kecewa dan sedih melihat kita yang sering leka dan tidak pernah mengambil berat setiap peluang yang Allah berikan itu..

 p/s - olahan semula dari, http://iqbalsyarie.blogspot.com/
Waahu'Alam Bisawab..

Hati kecil ini degil dan sedih mahu meninggalkan Ramadahn, Malamku kutangisi dengan ketakutan dan kerisauan yang mungkin ini Ramadhan teakhir ku, Hati kerap beerdoa, Sekiranya ini Ramadahn terakhir ku, Jadikanlah Ramadahn ini, Ramadhan yang terbaikku sepanjang aku hidup ku yang sia-sia selama 20 tahun ini.. Ameeen..

Aug 14, 2011

Niqab/Purdah..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum Warahmatullah.

PENDAHULUAN
Sesungguhnya pemakaian purdah oleh para wanita Islam merupakan masalah khilafiyah iaitu sesuatu perkara yang menjadi perselisihan pendapat dan pertikaian di kalangan para ulama. Ulama berselisih pendapat tentang masalah ini sejak dahulu lagi dan perselisihan ini berterusan sehingga sekarang. Punca berlakunya perselisihan adalah kerana dalil-dalil yang berkaitan dengan masalah purdah ini tidak terdapat dalil-dalil yang putus dan jelas. Jadi para ulama menyatakan pendirian mereka berdasarkan pemahaman dan ijtihad masing-masing di dalam memahami nas-nas yang dikemukakan itu. Maka berlakulah di sana khilaf di kalangan para ulama di dalam menetapkan hukum memakai purdah terhadap wanita Islam. Perselisihan pendapat ini berpunca dari penafsiran ayat al-Quran al-Karim berikut:

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. (Surah al-Nur: Ayat 31).
Isu purdah menjadi topik hangat pada waktu ini memandangkan beberapa surat khabar di Malaysia melaporkan bahawa Syeikh al-Azhar sekarang iaitu Syeikh Prof. Dr. Muhammad Sayyid Tantawi akan mengharamkan pemakaian purdah di institusi-institusi al-Azhar. Selepas berita ini disiarkan di dada-dada akhbar, beberapa orang ahli iLuvislam serta beberapa kenalan saya dari Malaysia telah meminta pandangan dan pengesahan dari saya mengenai isu ini. Ada di antara mereka yang meminta saya menulis satu artikel bagi menjelaskan secara terperinci mengenai isu purdah yang sedang panas diperkatakan ini. Memandangkan saya mempunyai sedikit masalah teknikal pada ketika itu, jadi saya tidak dapat memberikan jawapan kepada setiap persoalan yang dikemukan dengan panjang lebar. Di samping itu juga, berita sebenar dari beberapa dada-dada akhbar di Mesir belum saya terokai sepenuhnya memandangkan hanya akhbar al-Masr al-Yaum (terjemahan dari akhbar inilah yang dimasukkan di dada-dada akhbar di Malaysia) sahaja yang memaparkan berita itu.

Bagi memberikan sedikit sumbangan saya kepada kefahaman umat Islam di Malaysia berkenaan isu purdah ini, di sini saya cuba menjelaskan isu ini secara ringkas agar semua pihak dapat mengambil manfaat. Saya berharap agar masalah khilafiyah ini dapat di tangani dengan baik tanpa menjejaskan kesatuan dan keharmonian umat Islam pada waktu ini. InsyaAllah. Semoga penerangan dan penjelasan ini juga akan membuka minda dan memberi peringatan kepada semua pihak terhadap kepentingan institusi ulama di dalam Islam.

PENGERTIAN PURDAH
Di dalam Bahasa Arab, purdah disebut sebagai niqab. Menurut Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, purdah bermaksud kain penutup muka perempuan. Secara lazimnya, kain tersebut digunakan menutup sebahagian besar kawasan muka sesesorang perempuan itu melainkan matanya sahaja.

ADAKAH PURDAH ITU WAJIB ATAU TIDAK?
Berdasarkan dalil al-Quran al-Karim dari surah al-Nur ayat 31 yang saya kemukakan di atas, sebilangan ulama berpendapat muka dan kedua-dua tangan adalah aurat iaitu dengan maksud mudahnya setiap perempuan Islam mesti memakai purdah. Sebilangan ulama lagi berpendapat muka dan kedua-dua tangan bukan dikategorikan sebagai aurat dan memakai purdah bukanlah suatu yang wajib. Di sini saya bentangkan pandangan mazhab-mazhab secara ringkas sahaja berkenaan aurat perempuan di hadapan bukan mahram bagi memudahkan kita memahami isu ini dengan sempurna. Saya tidak bercadang untuk meletakkan dalil-dalil yang digunapakai oleh mazhab-mazhab melainkan jika difikirkan perlu sahaja serta tidak saya nyatakan juga munaqasyah dalil-dalil bagi tidak memanjangkan perbahasan ini.

Jumhur Ulama:
Tidak wajib purdah dan mengharuskan pendedahan muka dan kedua-dua tangan di hadapan lelaki asing yang bukan mahram sekiranya aman dari fitnah.


Mazhab Hanafi:
Tidak harus lelaki melihat perempuan asing dan merdeka melainkan muka dan kedua-dua tangan sekiranya tidak dibimbangi mendatangkan syahwat. Adapun kedua-dua kaki juga bukan aurat.

Mazhab Maliki:
Aurat perempuan merdeka ketika bersama lelaki asing ialah seluruh badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan syahwat.


Mazhab Shafie:
Aurat perempuan yang merdeka adalah seluruh badannya melainkan muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah. Pendapat lain mengatakan seluruh tubuh perempuan adalah aurat termasuk muka dan kedua-dua tangan.


Mazhab Hanbali:
Seluruh tubuh perempuan Islam adalah aurat. Pendapat lain mengatakan aurat perempuan di hadapan lelaki asing adalah suluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah.

Kesimpulan
Pendapat jumhur ulama yang mengatakan aurat perempuan Islam adalah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan kedua-dua tangan selagimana tidak membawa kepada syahwat dan fitnah adalah lebih bertepatan berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan. Pendapat ini ditarjih oleh Syeikh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi sepertimana yang telah dinyatakan di dalam kitabnya bertajuk al-Niqab Limaraah dengan mengatakan juga memakai purdah tidak diwajibkan.

Untuk mengetahui penjelasan lebih lanjut mengenai aurat perempuan Islam samada aurat ketika solat ataupun di luar solat silalah meneliti dan merujuk kitab al-Majmuk Syarah al-Muhazzab karangan Imam Nawawi. Pada saya, kitab ini adalah kitab paling baik di dalam membincangkan masalah fiqh kerana di sana dibentangkan pelbagai pandangan dan dalil-dalil secara teperinci dan jelas. Sebagai penuntut ilmu agama, kita hendaklah sentiasa melazimi pembacaan kitab-kitab karangan para ulama muktabar untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang sesuatu perkara itu.

AL-AZHAR MENGHARAMKAN PURDAH?
Saya berkesempatan membaca beberapa keratan akhbar di Malaysia melalui internet yang melaporkan perihal ini. Adakah benar kenyataan Syeikh Prof. Dr. Muhammad Sayyid Tantawi seperti yang disiarkan itu? Setelah membaca beberapa akhbar di Mesir untuk mendapatkan gambaran lebih tepat, pada saya, berita yang disiarkan oleh akhbar al-Misr al-Yaum di Mesir adalah begitu melampau dan bersikap ingin menimbulkan kegelisahan umat Islam berkenaan isu purdah ini. Kenyataan sebenar Syeikh al-Azhar tersebut di putar belit oleh mereka dan menyebabkan orang ramai di sini mentohmah al-Azhar dengan pelbagai kata-kata yang tidak sedap didengar. Saya tidak pasti apakah tujuan sebenar mereka melaporkan berita-berita yang tidak benar itu kepada umum sedangkan ia satu fitnah terhadap seorang ulama.

Kenyataan yang sebenarnya ialah, Syeikh al-Azhar hanya melarang perempuan memakai purdah ketika bersama-sama perempuan sahaja dan bukan mengharamkannya secara mutlak. Larangan hanya di institusi-institusi al-Azhar sahaja kerana pemakaian purdah sesama perempuan itu bukanlah bertepatan pada tempatnya. Adapun tempat-tempat selain yang disebutkan itu, beliau tidak melarang atau mengharamkan perempuan Islam memakai purdah kerana itu adalah hak peribadi setiap perempuan Islam. Surat khabar al-Masai, al-Liwa al-Islami dan Akidati bertarikh 12 dan 13 Oktober 2009 dan beberapa akhbar lain turut melaporkan yang Syeikh al-Azhar tidak menghalang atau mengharamkan pemakaian purdah ketika di jalanan dan semasa bekerja. Menurut beliau lagi, 80 peratus daripada para ulama fiqh berpendapat muka perempuan Islam bukanlah aurat.

Akhbar-akhbar di Malaysia juga tidak ketinggalan di dalam melaporkan berita ini. Namun laporannya sama sahaja seperti akhbar al-Misr al-Yaum itu bahkan agak keterlaluan dengan tajuk berita ini juga sudah cukup menggerunkan untuk dibaca. Perkara seperti ini amatlah di kesali kerana ia dilakukan oleh orang Islam sendiri dan saya yakin musuh-musuh Islam berketawa melihat situasi ini. Apa yang lebih mendukacitakan, mereka sanggup mentohmah seorang ulama yang hebat dan tidak mustahil mereka akan terus mentohmah para ulama lain lagi dengan membawakan berita-berita yang tidak bertepatan.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Bukan termasuk umatku orang yang tidak memuliakan orang dewasa kami, menyayangi anak kecil kami dan menghormati ulama kami.(Riwayat Ahmad).
Namun mungkin ada yang berkata Syeikh Prof. Dr. Muhammad Sayyid Tantawi adalah ulama yang di sokong pemilihannya oleh kerajaan, jadi pendapat beliau harus ditolak terus. Saya katakan di sini, sememangnya perlantikkan beliau di sokong oleh pihak kerajaan Mesir sebagai Syeikh al-Azhar, namun bukanlah semua pendapatnya harus ditolak kerana beliau juga terdiri daripada salah seorang para ulama besar al-Azhar yang diiktiraf keilmuannya sebelum beliau dilantik menjadi Syeikh al-Azhar lagi. Sememangnya keilmuan, kealiman dan kewarakannya adalah sebahagian dari sifat-sifat yang ada pada diri beliau. Namun saya tidak menafikan juga ada beberapa pandangan beliau yang dikritik oleh para ulama lain. Walaupun beliau pernah dikritik, ini tidak bermakna beliau bukan seorang ulama yang hebat kerana kritikkan di dalam menuntut ilmu Islam adalah sesuatu yang sihat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna. (Riwayat Ahmad, Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah).
BAGAIMANAKAH MENGHADAPI KHILAF?
Perkara ini selalu saya ulangi pada setiap tulisan saya yang terdapat khilaf di antara para ulama. Namun masih ada segelintir golongan masih tidak berlapang dada atau menerima nasihat ini dengan hati yang terbuka. Jadi di sini saya akan mengingatkan semula perkara ini agar kesatuan dan keharmonian umat Islam terus terjaga.

Kaedah Fiqhiyah menyatakan bermaksud:
Tidak boleh dibantah sesuatu hukum yang berlaku khilaf di kalangan fuqaha. Hanya yang boleh dibantah ialah perkara mungkar yang disepakati oleh para ulama di atas pengharamannya.
(Lihat kitab: al-Asybah Wa al-Nazair Fi Qawaid Wa Furu Fiqh al-Syafiiyah karangan Imam Jalaluddin Al-Sayuti).

Maksud kaedah ini (di atas) secara lebih jelasnya ialah kita tidak boleh menafikan, membantah atau menuduh orang lain adalah tidak betul atau salah kepada orang lain yang memilih salah satu pendapat dalam perkara yang berlaku perselisihan pendapat ulama padanya. Malangnya jika dilihat fenomena hari ini terdapat segelintir golongan yang menyanggah dan menyalahi kaedah ini lantas menyalahkan orang lain yang tidak sependapat dengannya. Malah mereka hanya menyeru orang lain supaya memahami dan menerima pendapat mereka sahaja sedangkan mereka tidak melihat terlebih dahulu keadaan tempat dan suasana pada ketika itu. Inilah di antara masalah terbesar yang menimbulkan banyak kesan negatif kepada umat Islam di Malaysia khususnya semenjak sekian lama.

KESIMPULAN
Isu purdah ini hanyalah perkara khilafiyyah dan agak mustahil ia boleh mencapai kata sepakat daripada para ulama Islam sepanjang zaman. Perselisihan ini boleh dileraikan jika kita masing-masing boleh bertolak-ansur dengan mengutamakan sifat saling hormat-menghormati di antara satu sama lain. Inilah yang di jelaskan oleh Islam kepada pengganutnya. Di dalam mengangani isu pemakaian purdah ini secara baik, di sini saya simpulkan bahawa mana-mana perempuan Islam yang hendak memakai purdah maka kita tidak boleh menghalangnya atau mengejinya. Bagi sesiapa yang memilih untuk tidak memakai purdah pula maka kita juga tidak boleh menghalangnya atau mengejinya. Kedua-dua pihak adalah betul. Apa yang terlebih penting adalah: Bagaimana dengan perempuan Islam yang tidak menutup aurat?


buluh.iluvislam.com
Wallahualam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player