Google Website Translator Gadget

Jul 26, 2011

Impak Ramadhan?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulilah.. pejam celik - pejam celik tidak sampai seminggu lagi kita nak masuk bulan Ramadhan Alhamdulillah, dengan izin Allah dan dengan nikmat Allah yang tidak terhingga sudah ku persiapkan diriku untuk mengecap Ramadhan kali ini dari bulan Rejab lagi untuk menyambut Ramadhan kali ini.. Harap -harap degan ibadah ku yang tidak seberapa sepanjang bulan rejab dan syaa'ban yang sudah berlalu dapatlah aku beristiqamah dan menenpuhi Ramdahan kali ini degan penuh Berkat dan mulia, Insya'Allah..


Alhamdulillah.. Kita suma dah prepared untuk Ramadhan dari bulan rejab bukan.. Kita smua berdoa pada awal bulan rejab yang berbunyi di atas bukan.. Doa diatas berbunyik "Ya Allah berkatilah kami dalam bulan rejab dan bulan syaa'ban dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan.." Doa jelas menyatakan ayat "Sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan".. Bukankah Ramadah itu sudah pasti dan sudah ada.. Mengapa perlu lagi disampaikan?


Mungkin bagi kebayakan masyarakat menganggap hal ini sebagai remeh dan hanya sebahagian dari tatabahasa dan lengang-lengung ayat didalam doa.. Percayalah setiap perkara yang datang dari Allah itu bukan sia-sia dan tiada yang sia-sia di sini Allah.. Bukankah Allah itu maha merancang dan sebaik-baik perancangan datang hanya dari Allah... 


Mungkin sebahagian Masyarakat tidak memperhatikan bahwasanya,
"Mereka yang sampai kepada Ramadhan,  Bukan Ramadhan yang sampai kepadanya.."
Mungkin susah untuk difahami bagi sekali pembacaan, Cuba baca dua tiga kali dan renungkan ayat ini sebelum meneruskan pembacaan.. Mungkin anda akan dapat bigger picture selepas anda berfikir sejenak.. Tujuan saya menulis bukan hendak menyuap anda dengan bahan-bahan bacaan tetapi adalah untuk anda berfikir bersama.. 


................................................................................................................


Mungkin ramai diantara yang tidak perasan bahwasanya hari-hari mereka pada bulan Ramdhan hanyalah sama seperti hari-haro bulan-bulan yang lain cuma ditambahkan dengan rasa lelah dan letih serta tidak bertenaga kerana menahan lapar dan dahaga..

Bulan Ramadhan bukanlah hanya bulan Menahan Lapar Dan Dahaga, tetapi bulan Ramadhan adalah lebih daripada itu, Bulan Ramadhan adalah bulan Talbiah, Bulan Madrasah dan bulan penyucian.. Dimana Bulan Ramadhan adalah Bulan dimana Direct Talbiah atau pendidikan terus dari pada Allah, dimana Allah telah menetapkan bahawa didalam Bulan Ramadhan setiap Insan harus menahan Lapar Dahaga, Menahan Hawa Nafsu sama ada nafsu Amarah mahupun nafsu-safsu yang lain.. 

Apa guna kita berpuasa sekiranya kita tidak dapat mengawal nafsu Amarah kita? Apaguna kita berpuasa tapi kita tidak dapat mengawal pandangan mata kita, Apa guna berpuasa tetapi tidak dapat menahan nafsu, mata melihat perkara dosa, Nafsu telinga mendegar perkara dosa dan nafsu mulut memperuturkan perkara dosa? Itu tidak termasuk pula mereka yang degan bersahajanya mendedahkan aurat mereka.. Nauzubillah..  Apa kita dapat? dapat lapar dan dahaga sahaja, Namun nilai ibadah dan pahala berpuasa dapatkah kita rangkul?  


Ramai yang berpuasa tetapi hanya dapat pahala berpuasa, Bukankah bulan Ramadhan ini bulan bagi kita berlumba-lumba dalam mengerjakan ibadah, Ibadah wajib itu sudah Pasti wajibnya.. Ibadah sunat harulah disusuli dan dilazimkan.. Daripada duduk melepet bermain vedio game, menonton TV membaca komik dan melepak sana-sini menyemakkan permadangan adalah elok vedio game dan tv itu digantikan degan Zikrullah, masa membaca komik itu digunakan bagi mengkhatamkan Al-quran dan masa melepak sana sini itu diambil untuk mengulang kaji pelajaran.. Bulan puasa tidur pon dapat pahala.. Susah sangat ke nak carik pahala bulan Ramadhan ni? 

Hah tu hah dok pokpet pokpet becerita tak tentu hala bercerita hal orang. Kan baik sama-sama ambil Wudhu ambil Quran baca Quran dan Khatamkan sama-sama kan banyak pahalanya.. Subhana'Allah.. Tidak susah nak sampaikan Ramadhan kepada kita... Istiqomah, Tawakal dan Yakin degan Allah sudah cukup.. Ibadah sunat jangan lupa pulak.. Satu hari satu Sunnah pun jadi.. Alhamdulillah dapat juga kita amalkan segala amalan-amalan Nabi.. Insya'Allah sama-samalah kita berusaha untuk sampai kepada Ramadhan.. Saya juga ingatkan diri saya dan anda semua.. Insya'Allah..



Ingatlah, 
Jangan sampai  Ramadhan itu sampai kepada kita, tapi sebaliknya KITA YANG KENA SAMPAI KEPADA RAMADAN ITU"

Waallahu'Alam

Jul 21, 2011

Ikhlaskah Kita Nanti?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Wanita Perhiasan dunia atau wanita Perhiasan Neraka? Lelaki Perempuan, Kau aku dia kamu, kita semua mempunyai pilihan.. Pilihan sama ada berbuat kebaikan, beramal soleh bertaqwa mahu pun pilihan berbuat dosa, berlaku zalim dan melakukan maksiat.. Semua itu terletak dekat tangan aku kau dia kamu dan kita semua..

Subhana'allah, Kerana Allah dan hanya Allah, aku sendiri yang membaca hadis di bawah sudah kegeringan ketakutan, apatah lagi mereka yang mengalaminya.. Subhana'Allah.. perintah Allah itu mudah dan Perintah Allah itu juga Sulit.. Mudah atau Sulit bukan ukuranya.. Mudah atau Sulit terletak pada keikhlasan hati,.. Tutup Aurat kerana keikhlasan, Solat dan Puasa mengikut keikhlasan hati, Sembayang Malam mengikut keihlasan hati dan puasa sunat juga keikhlasan hati..

Begitu jugalah situasinya dalam melakukan dosa.. Pernahkan ada siapa-siapa yang memaksa angkau melakukan dosa? pernahkan ada sesiapa-siapa yang menyuruh engkau mendedahkan kulit mu, mededahkan helaian rambut mu.. dan pernahkah engkau dipaksa dalam berbuat amal kebajikan? Tidak pernah bukan.. Memang zat asalnya semua itu kewajipan dan tuntutan.. tetapi anda tidak melakukanya dan meniggalkanya dengan kerelaan hati bukan? Dan inilah ikhlas dalam konteks ini..
 
Adakah engkau bakal ikhlas di akhirat kelak? adakah engkau bakal ikhlas bagi menghadapi hukuman dak seksaan Allah kelak? dan adakah engkau bakal ikhlas bagi menghabiskan waktu-waktu engkau diakhirat kelak dalam neraka dan merasakan kesakitan dan kesengsaraan neraka kelak?
 
Ahhhh.. Ikhlas atau tidak bukan persoalanya lagi di akhirat kelak.. Anda dengan ikhlasnya mennigalkan larangan Allah, anda dengan ikhlasnya menunjukan dan mendedahkan awrah anda.. Dan engkau rasakanlah seksaan yang engkau ikhlaskan sejak didunia lagi... Dan ikhlas atau tidak bukan isu nya lagi di akhirat kelak.. Ingatlah Seksaan Allah itu amatlah keras.. Ikhlaskah engkau menghadapi siksaan itu kelak.. Renung-renugnkanlah bersama..
Sayidina Ali r.a menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah.Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Beliau menjawab "Pada malam aku di-isra'-kan,aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan.Itulah sebabnya mengapa aku menangis.Kerana,menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya. Putri Rasulullah s.a.w kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya."Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya dimana otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya,tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya,diulurkan ular dan kalajengking. Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri,di bawahnya dinyalakan api neraka.Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam,memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta,dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung,badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing,sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi s.a.w Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? -
Rasulullah menjawab: "Wahai putriku,adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya. - Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya. - Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya,ia keluar rumah tanpa izin suaminya,dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas. - Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain. - Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya. - Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya kerana tidak sembahyang tapi mengamalkannya dan tidak mandi junub. - Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta..Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami. "Mendengar itu,Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis juga.."

Jul 20, 2011

Tangisan ku Kerana-Mu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dan seseorang yang berzikir mengingati Allah dalam keadaan sendirian, lalu berlinanganlah air matanya kerana takutkan Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Tangisan itu mendatangkan kelembutan hati dan membangkitkan rasa takut kepada Allah. Saidatina Aisyah Ummul Mukminin menangis ketika membaca ayat al-Quran dalam sembahyangnya, yang bermaksud: “Maka Allah memberi kurnia kepada kami dan memelihara kami dari azab neraka.” (Surah al-Tur, ayat 27)
Dan menangis pula ketika membaca ayat Allah yang bermaksud: “Jika Engkau menyeksa mereka sesungguhnya mereka adalah hamba-Mu. Dan jika Engkau mengampuni mereka, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Maidah, ayat 118)
Saidina Umar al-Khatab berkata: “Seandainya ada seruan dari langit yang mengatakan: Wahai manusia, sesungguhnya kalian semua masuk syurga, kecuali seorang. Tentulah aku amat takut kalaulah orang itu adalah diriku.” Maka beliau pun teresak-esak demi membayangkan kengerian peristiwa itu.
Saidina Ali bin Abi Talib berkata: “Sesungguhnya aku menyaksikan sahabat Rasulullah SAW, tetapi kini aku tidak menemukan lagi orang seperti mereka. Sesungguhnya mereka berpagi-pagi dalam keadaan yang kusut, mata yang bengkak kerana menangis ketika qiyam pada malam hari. Mereka membaca al-Quran sambil berdiri, duduk dan berbaring pada lambung mereka. Mereka berzikir dengan tubuh yang bergoncang bagaikan pohon ditiup angin kuat sedangkan mata mereka basah oleh air mata sehingga membasahi pakaian mereka. Demi Allah, seolah-olah keadaan umat sekarang seperti umat yang semalaman dalam keadaan lalai.”
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Aku belum pernah melihat sesuatu yang boleh menyebabkan orang yang tidur terbangun lantas lari daripada satu ancaman seperti ancaman neraka.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)
Ya Allah, Hatiku menagis, batinku managis, hanya keranamu Ya allah.. Seseungguhnya aku merasakan aku telah gagal dalam ujianmu  sepanjang hari ini Ya Allah.. Lemahnya aku sebagai Khalifah mu diatas muka bumi mu ini.. Lemah nya aku sebagai waris yang menjulang agama mu ini Ya Allah.. Lemah nya aku ini.. Mampukah aku menghadapi ujian mu yang lebih besar selepas ini Ya Allah.. Lemahnya aku Ya Allah.. Aku melebihkan Amarah ku dari pada kesabaranku.. Aku melebihkan Keluhanku dari Kesabaranmu.. Aku sedar Ya Allah.. Sesungguhnya Qda dan Qadar yang baik mahupun Buruk datang hanya dari pada mu Ya Allah.. 
 
Ya Allah.. Tangisanku  hanya untuk mu.. Tangisanku juga memujimu Ya Allah.. Tangisanku menggambarkan kesyukuran ku hanya kepada mu Ya Allah.. Tangisanku juga kerana rinduku kepadamu Ya Allah.. Makin hari ku rasa makin jauh dari mu Ya Allah.. Makin hari ku rasa Illahku kepadamu bukanlah sekuat dahulu Ya Allah.. Kuatkan lah Illah ku Ya Allah.. Bukan kepada perkara dunia.. bukan juga kepada harta benda.. Kuatkanlah Illahku hanya kepada Mu Ya Allah.. Tidak lah ku limpahkan Air Mata ku ini kalau bukan kerana mu Ya Allah..

Makin hari.. dosa-dosa ku tidaklah pernah ku insafi.. Dosa-dosa ku bukan lah ku cuba kurangkan.. Dan dosa-dosa ku bukan lah ku cuba lenyapkan.. Bahkan aku merasakan dosa-dosa ku makin bertambah dan tidak pernah kurang Ya Allah.. Ampunilah diri ku ini Ya Allah.. Ampunilah Anak Adam Ini Ya Allah.. Jangan lah kau pernah tarik kembali naikman Iman dan islam dari diri ku ini YA Allah.. Sesunnguhnya Aku kosong tanpa mu.. aku Lemah Tanpa mu dan hinalah aku tanpa Iman dan islam dari mu Ya Allah.. Ya Allah.. tetap kanlah ketaqwaan dan keimanan ku Hanya kepadamu Ya Allah..

Jul 17, 2011

"Be Inspired"

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Prophet SAW is the one and  only person that  has inspire almost billion of people in the whole wide world. Not only in the religious aspect but in almost every aspect even after fourteen century after he brought the message of Islam. His existence show the correct way of living, the correct way of  communication between ummah, and most important is the correct wasy of  communication towards the creator. The message of faith and the believe in Allah (taqwa)  will  continue to grow and always will..    Don't just sit and stare, Lets be inspired and Get Inspired..

Insya'Allah 
p/s Sorry for the English entry 

Aurat dan Lelaki

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Aurat lelaki sering diremehkan
Rasulullah s.a.w bersabda:
Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan. Lelaki tidak boleh berselimut sesama lelaki dalam satu selimut tanpa pakaian dan perempuan tidak boleh berselimut sesama perempuan dalam satu selimut tanpa pakaian.
(riwayat Bukhari)
Aurat lelaki seperti yang dinyatakan sebelum ini agak longgar kerana selain waktu bersendiri dan bersama isteri, aurat lelaki hanya antara pusat dan lutut sahaja. Maknanya kalau seseorang itu hendak melakukan solat, auratnya ialah cukup antara pusat dengan lutut, begitu juga kalau dia berada di khalayak ramai. Tetapi ini bukanlah sesuatu yang bolih diambil regan atau "taking for granted" sama sekali.

Berdasarkan itu, ramailah orang lelaki mengambil mudah dengan menyatakan harus kita berada dalam sesuatu majlis dengan hanya memakai seluar pendek sampai ke paras lutut. Sebab itulah barangkali kita sering melihat orang lelaki suka memakai seluar pendek ketika membasuh kereta di luar rumah.

Benar, jika mengikut hukum asal tidak salah memakai seluar pendek yang sampai ke paras lutut kerana itulah sahaja aurat bagi lelaki., harus diingatkan hukum assal sesuatu itu adalah Nutral iaitu Harus dimana ia boleh menjadi wajib, makruh, sunat dan haram pada kemudian situasi yang mendatang. Tetapi jangan lupa bahawa hukum itu perlu juga mengambil kira waktu berjalan dan duduk. Apakah ketika itu aurat lelaki tersebut masih terpelihara?

Bayangkan seorang lelaki yang hanya memakai kain sarung yang menutup pusatnya dan lutut. Solatnya sah kerana aurat bagi lelaki dalam solat ialah antara pusat dengan lutut. Tetapi bagaimana kalau dia rukuk, sujud, dan duduk antara dua sujud? Tidaklah lututnya ternampak? Sahkah solatnya ketika itu? Jawapannya ialah tidak sah.

Bagaimanapun pula kalau dia membasuh kereta dengan pakaian yang sama, sesekali dia akan tunduk juga. Adakah ketika itu tidak terbuka auratnya iaitu lutut? Kalaupun dia memakai seluar pendek yang labuh hingga ke paras lutut, waktu dia mencangkung akan ternampak lututnya. Tidak berdosakah dia ketika itu? Jawabnya tentu berdosa. Ya, kalau dalam solat tidak sah maka pada ketika waktu lain dia berdosa.

Bagi masyarakat kampung pula, mereka suka pakai kain pelakat yang digulung sampai ke paras lutut. Malah kadang-kadang ternampak pusatnya sewaktu terlondeh. Waktu berborak dengan kawan-kawan di serambi pasti tersingkap juga auratnya.

Bagaimana kalau dia melakukan solat dengan kain itu walaupun dilabuhkan di bawa lutut? Waktu rukuk dan sujud setidak-tidaknya akan ternampak pahanya oleh orang yang di belakangnya. Sahkah solatnya?

Begitu juga kalau si ayah memakai kain pelakat di dalam rumah bersama anak-anak, lalu pada waktu duduk terselak bahagian lututnya. Agaknya berdosa atau tidak ketika itu? Jawapannya sudah tentu berdosa kerana aurat ketika bersama mahram ialah antara pusat dengan lutut.

Kalau berdasarkan keterangan di atas adalah haram hukumnya, bagaimana keadaannya anak-anak muda yang suka memakai seluar pendek di dalam rumah, bersukan, main bola dan sebagainya? Seluar pendek yang dipakai mereka adalah di atas lutut, maka dalam keadaan itu dia bukan sahaja mendedahkan lututnya malah mendedahkan pahanya.

Nampaknya lelaki secara berleluasa mendedahkan aurat mereka tatkala bersukan. Apakah atas alasan bersukan aurat boleh didedahkan? Ya, kalau berhadapan dengan Allah sewaktu bersolat pun salah, betapa ketika berhadapan dengan orang ramai. Pada zaman ini, bukan sahaja orang yang dalam stadium yang melihatnya tetapi seluruh dunia melihatnya. Bayangkan berapa besar dosanya ketika itu.

Pakaian sukan tajaan Barat memang begitu. Hal ini kerana dalam teori sains, mereka yang memakai pakaian longgar dan menutup tubuh boleh melambatkan pergerakan. Tetapi teori itu ternyata tidak tepat apabila pelari pecut wanita Islam dapat mengalahkan pelari lain yang hanya sekadar memakai cawat dalam sukan bertaraf dunia baru-baru ini.

Selain itu, kalau benarlah teori itu, mengapa perlu pakaian itu diperkenalkan kepada pemain boling. Sukan itu tidak memerlukan pergerakan pantas. Barat menipu kita dan kita hanya menurut sahaja tanpa mahu membantah. Kita akur dengan peraturan itu demi sukan padahal kita belum berani berbincang secara serius untuk mohon pengecualian bagi atlet Muslim.

Bayangkan sudah berapa lama umat Islam melakukan dosa mendedahkan aurat dalam bidang sukan. Jika dalam hal ini kita sudah berdosa dengan Allah, bagaimana usaha kita untuk membentuk perpaduan melalui sukan seperti yang sering diuar-uarkan. Mahukah Allah merestuinya?

Pada pandangan penulis, cara berpakaian dalam sukan itulah yang menjadi sebab mengapa kurang penyertaan orang Islam dalam sukan. Sebenarnya mereka masih berminat untuk bersukan tetapi mereka tiada pilihan untuk bersukan. Akhirnya sukan dikuasai oleh orang bukan Islam.

Dalam hal ini, alangkah baiknya bagi negeri-negeri yang di perintah oleh PR itu menjadi model menganjurkan sukan yang mempunyai konsep pakaian sukan Islam. Jika mereka berjaya, pasti dunia akan melihat dan lambat laun mereka akan mencontohinya.


Pendapat dan pandangan hukum Imam Hanafi dan Imam Hambali :

"lelaki diwajibkan untuk menutupi auratnya di antara pusat hinggalah melebihi paras lutut daripada dilihat oleh lelaki atau wanita yang bukan mahramnya kecualilah kepada isterinya.Isteri boleh(harus) melihat aurat suaminya,kecuali pada kemaluannya dan demikian jugalah bagi suami kepada isterinya.Ini adalah kerana hukum suami isteri melihat kemaluan masing-masing adalah makhruh hukumnya.
Pendapat dan pandangan hukum menurut Imam Maliki dan Imam Shafie;

"Aurat kaum lelaki ada 2 keadaan.
  • Auratnya dengan sesama lelaki dan wanita yang mahram dengannya.
  • Auratnya dengan wanita yang bukan mahram dengannya.Keadaannya dengan golongan yang pertama,iaitu dengan lelaki dan wanita yang mahram dengannya adalah di antara atas pusat hinggalah melebihi paras lutut sahaja.Manakala dengan golongan yang ke 2,iaitu sesama dengan wanita yang bukan mahram dengannya adalah seluruh badannya itu aurat bagi mereka.Ertinya di sini adalah seluruh tubuhnya adalah dilarang untuk di lihat oleh kaum wanita yang bukan mahramnya.Kecuali bagi Imam Maliki yang membolehkan hujung-hujung aurat lelaki boleh di lihat oleh wanita yang bukan mahramnya apabila aman daripada fitnah.Sementara Imam Syafie mengharamkan melihat dengan mata"
(Rujuk kepada kitab Al-Fiqh ‘Ala Al-Mazahib Al-Arba’ah).


Senarai aurat bagi lelaki adalah seperti berikut:
1. Sewaktu bersendiri :
auratnya ialah bahagian kemaluan qubul dan dubur. Maknanya cukup dengan pakai seluar dalam.

2. Sewaktu sesama lelaki dan muhram :
auratnya ialah bahagian di antara pusat dengan lutut.

3. Sewaktu berhadapan dengan ajnabi :
auratnya ialah di antara pusat dengan lutut

4. Sewaktu menghadap Allah Swt(solat) :
auratnya ialah di antara pusat dengan lutut.



Artikel Oleh Ustaz Ahmad Baei Jaafar dan Diolah kembali oleh penulis, mengikut kesesuaian pembacaan

Jul 16, 2011

Malam Nisfu Syaa'ban

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Hadis – Hadis yang menerangkan kelebihan malam Nisfu Syaa’ban
1. Dari sayyidina Ali: Baginda Rasulullah SAW maksudnya: Apabila datang malam nisfu sya’ban maka beribadahlah di malamnya dan puasalah di siang harinya sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya dan para Malaikatnya pada malam itu dan berkata siapa yang minta rezeki ku beri, siapa meminta keselamatan aku pelihara, siapa yang hendak sesuatu maka akan ku kabulkan sampai terbit fajar.

2. Dari Muaz bin jabal, Bersabda baginda RasulullahuSAW maksudnya: pada malam nisfu sya’ban menurunkan Allah akan RahmatNYA dan para malaikatnya maka mengampuni Allah akan Dosa-dosa hambanya.
Di riwayatkan bahawa pemindahan semua perkara dari lauhil mahfuz pada malam nisfu sya’ban dan selesai pada malam lailatul Qadar Di serahkan urusan rezeki pada Malaikat Mikail urusan perang/gempa/bencana pada Malaikat Jibril , urusan amal pada Malaikat penghulu langit dunia dan urusan Musibah pada Malaikat maut.


3. Daripada sayyidah Aisyah  berkata:
Malam nisfu sya’ban aku terbagun dan rasulullah tidak ada di sampingku maka aku cari dan ternyata baginda ada di pekuburan sambil memandang ke langit kemudian berkata sungguh Allah menurunkan rahmatNya dan MalaikatNya ke langit dunia pada malam nisfu sya’ban dan mengampuni dosa hambanya 


4. Daripada Sayidah Aisyah berkata:
Rasulullah berdiri sembahyang dan kemudian sujud sangat lama sehingga aku menyangka beginda telah wafat. Was – was aku melihat sedemikian maka aku gerak-gerakan hujung kaki beliau maka bergeraklah.  Kemudian aku kembali ke rumah dan ketika beginda selesai dari sembahyang,  Baginda datang dan berkata: ” tahukah kamu malam apakah ini?
Berkata Aisyah: Allah dan Rasulnya yang lebih tahu
Berkata Baginda : Malam ini adalah malam Nisfu sya’ban sesungguhnya Allah Memandang dan mengampuni Hamba-hambanya pada malam ini.

5. Dari Naufal al bakali bahwasanya sayidina Ali keluar rumah pada malam nisfu sya’ban dan memandang kelangit sambil berkata keluar pada malam nisfu sya’ban nabiullah Daud alaihissalam dan memandang kelangit dan berkata Ya Allah sesungguhnya malam ini adalah malam mustajab do’a tidak berdo’a seseorang melainkan engkau kabulkan. 
6. Diriwayatkan dari Ka’ab al ahbar berkata:
Sesungguhnya Allah Mengutus malaikat Jibril pada malam nisfu sya’ban ke syurga dan memerintahkan  dihiaskan syurga.  Allah melepaskan dari api neraka pada malam ini hambanya sebanyak bilangan bintang di langit, sebilangan hari dan malam di dunia, sebilangan daun-daun pepohonan, seberat gunung-gunung dan sebilangan pasir-pasir.

7. Pada malam Nisfu Sya’ban Allah menambahkan air Zam Zam.

Jul 14, 2011

"Hayaatul ‘Am - Hayatul Khassah"

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.            (An Nur : 31)
Aurat Wanita dalam Hayaatul ‘Am (Kehidupan Umum/Public Life)

Yang dimaksudkan dengan hayaatul ‘am adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar dari kawasan rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu
(a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan
(b) libas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung).
Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti di jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai dan seumpamanya. Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah,
Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.”
Oleh sebab Al-Quran adalah berbahasa Arab, dan perkataan “jilbab” itu adalah perkataan Arab, maka kita hendaklah memahami apakah yang dimaksudkan “jilbab” di dalam bahasa Arab. Dengan kata lain, kita hendaklah memahami dan mengikuti apakah yang orang Arab faham bila disebut jilbab. Maka inilah pakaian yang diperintahkan oleh Allah kepada perempuan. Di samping itu, perincian tentang pakaian ini telah pun dijelaskan di dalam banyak hadis sahih yang wajib diikuti oleh setiap orang.

Jadi, apakah makna jilbab itu? Selain dari melihat sendiri kepada nas-nas hadis tentang pakaian yang dipakai Muslimah semasa zaman Rasulullah, kita juga boleh merujuk kepada banyak kamus Arab untuk mengetahui makna “jilbab”. Dalam kitab Al-Mu’jam Al-Wasith karya Dr. Ibrahim Anis , jilbab diertikan sebagai ats-tsaubul musytamil ala al-jasadi kullihi (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau ma fauqa ats-tsiyab kal milhafah (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah (seperti jubah), atau al-mula’ah asy-tamilu biha al-mar’ah (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita).

Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan pakaian yang satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah ke bawah, yakni hingga ke mata kaki. Maksud milhafah/mula’ah (Arab) adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar, lalu diulurkan ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya. Untuk pakaian atas, wanita diwajibkan memakai “khimar” iaitu tudung atau apa sahaja kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang leher baju di dada.

Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,
Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” 
Pakaian jenis ini (jilbab dan khimar) wajib dipakai oleh seorang Muslimah (yang telah baligh) apabila hendak keluar menuju ke pasar-pasar atau berjalan melalui jalanan umum. Setelah memakai kedua jenis pakaian ini (jilbab dan khimar) maka barulah dibolehkan baginya keluar dari rumahnya menuju ke kehidupan am tanpa sebarang dosa. Jika tidak, maka dia tidak boleh (haram) keluar dari rumah kerana perintah yang menyangkut kedua jenis pakaian ini datang dalam bentuk yang umum, dan tetap dalam keumumannya dalam semua keadaan. Mana-mana wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah mereka dan layak mendapat seksa Allah di akhirat nanti.  

Pakaian wanita dalam Hayatul Khassah (Kehidupan Khusus/private life) 
 
Yang dimaksudkan dengan hayatul khassah adalah keadaan di mana seseorang wanita itu menjalani kehidupannya di rumahnya bersama dengan anggota keluarganya yang lain.

Adapun cara seorang Muslimah menutupi auratnya di hadapan lelaki ajnabi dalam kehidupan khusus seperti di rumahnya atau di dalam kenderaan peribadi, syarak tidak menentukan bentuk/fesyen pakaian tertentu tetapi membiarkan secara mutlak tanpa menentukannya dan cukup dengan mencantumkan lafaz dalam firman-Nya,
wa laa yubdiina” (“dan janganlah mereka menampakkan”) (Surah An-Nur:31)
atau sabda Nabi,
lam yashluh an yura minha” (“tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya”) (HR Abu Dawud).
Jadi, pakaian yang menutupi seluruh auratnya kecuali wajah dan telapak tangan dianggap sudah menutupi, walau bagaimana pun bentuknya. Tetapi ia adalah tertakluk kepada hukum tabarruj (sila lihat perbincangan di bawah).

Berdasarkan hal ini maka setiap bentuk dan jenis pakaian yang dapat menutupi aurat iaitu yang tidak menampakkan aurat dianggap sebagai penutup bagi aurat secara syar'i, tanpa melihat lagi bentuk, jenis, atau fesyennya. Namun demikian syara' telah mensyaratkan dalam berpakaian agar pakaian yang dikenakan dapat menutupi kulit. Jadi pakaian wajib dapat menutupi kulit sehingga warna kulitnya tidak diketahui. Jika tidak demikian, maka tidak dikatakan menutup aurat. Oleh kerana itu apabila kain penutup itu tipis/transparent sehingga nampak warna kulitnya dan dapat diketahui sama ada kulitnya berwarna merah atau coklat, maka kain penutup seperti ini tidak boleh dijadikan penutup aurat dan haram hukum memakainya.
 
http://www.mykhilafah.com/fikih-muslimah/1273

 
Mungkin issue aurat dianggap "bias" oleh sesetegah pihak dimana aurat sering dikaitkan mostly on women rather then men. Namun bukanlah ini bertujuan bagi menjatuhkan maruah atau mennyukarkan keadaan, tapi sebaliknya adalah untuk menjaga maruah kedua-dua belah pihak samada laki-laki ataupun perempuan. Samada laki-laki ataupun perempuan, kedua-duanya mempunyai kepentingan masing-masing dalam menjaga auratnya. 
 
Namun keadaan dan situasinya berlainan bagi jantina ataupun pihak, dimana perempuan dianggap sedikit bertuah kerana mempunyai lebih kawasan yang diklasifikasikan sebagai keaiban dan harus dijaga dan disorokkan dari pandangan mahram nya. Ini kerana perempuan dianggap tinggi dari sisi islam bukan sekadar pemuas nafsu dan bahan tontonan bagi lelaki. kerana sebaik-baik perhiasan ada lah wanita solehah, dan wanita solehah adalah wanita yang menjaga batas-batasnya sebagi seorang wanita muslim dan harus berbangga menjadi wanita islam.

Islam bukanya melarang bagi seorang muslimah untuk menjadi fashionable ataupon mengikut peredaran masa dalam berpakaian. Memang sifat azali seorang insan mahu kelihatan cantik. Allah itu sendiri canti, dan Allah itu suka akan kecantikan. Namun ini bukanlah satu lesen bagi seseoarng itu untuk berlebih-lebihan dalam pakaian ataupun apa-apa perkarapun. Acuan islam itu haruslah diguna pakai dalam melakukan apa-apa perkara samada berpakaian mahupun dalam pergaulan. Berbanggalah menjadi seoarang islam kerana islam itu adalah agama yang syumul, dan segala yang diperintah dalam hukum-hakam islam ada untuk kesenangan dan kemudahan seorang muslim bukanlah sebagai bebanan. Kerana setiap qada' dan qadar yang baik ataupun buruk adalah datang dari Allah bagi menguji hamba ciptaanya. 
 
Tuntunan Islam dalam masalah pakaian sebenarnya tidaklah rumit untuk difahami. Kalaupun terkesan sulit, tidak lebih dari dorongan gejolak kebebasan diri kita. Tanpa disedari, virus kebebasan telah menjauhkan diri dari Islam. Sehingga terkesan tidak mudah untuk mengamalkan aturan Islam terutama dalam pergaulan pada saat ini. Selain itu, kebanyakan masyarakat telah jauh dari suasana Islam turut mempengaruhi - secara langsung atau tidak dari segi kebiasaan, tingkah laku, dan cara penilaian kita.

Perlu difahami, bahawa keadaan masyarakat akan tetap seperti ini, bahkan boleh jadi lebih buruk dari sekarang tatkala da’wah Islam masih belum berhasil. Tapi, suasana yang tidak Islam tidak boleh dijadikan hujah untuk meninggalkan syariat Islam. Kenapa ?
 
Pertama, kerana Allah Swt tetap meletakkan pahala dan dosa terhadap kita. Jika kita mentaati aturan -pergaulan Islam- dengan ikhlas, maka kita akan mendapat pahala, dan jika sebaliknya, kita akan mendapat dosa. Jika kita mengikuti kebiasaan masyarakat yang tidak Islami, maka bagaimana kita akan mempertanggungjawabkannya dihadapan Allah? Mungkinkah masyarakat akan membela kita nantinya? sudah pasti tidak.

Kedua, keadaan masyarakat yang tidak Islami tidak boleh dijadikan sebagai standard ukur untuk menilai baik, buruk, benar dan salah, tapi syariat Islamlah yang harus dipakai sebagai ukurannya. Upaya yang mesti dilakukan saat ini, semestinya tetap sabar dalam menjalani ‘berat’nya syariat, seraya berusaha mengajak masyarakat agar bertindak sesuai dengan Islam. Caranya? Da’wah. Nah, mari kita lakukan bersama, semoga Allah meredhainya. Amin


p/s - issue lelaki dan aurat bakal ditempatkan dalam entri yang seterus-seterusnya insya'Allah.

Jul 12, 2011

Ishh.. Ditegur salah, Tidak ditegur serbasalah..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
A - "Cantik keeee? Tak elok orang pandang.. Nanti pandangan masyarakat  macam mana? orang dah straight away boleh fitnah.. pakai pengilat kuku ( nak eje quetex takut salah) mesti tak sembayang.. Kan kita diwajibkan untuk jaga semua tu.. elakan dari fitnah bukan menimbulkan fitnah.. ^_^"

B - Whatever you sayyy! Mmg orang pakai nail polish jahat. Suit yourself, may you find better friends ahead aite?

C - "sy pkai bersebab! bkn sj2 xnak solat la derr! then xsmestinya org xpakai tu pon solat.ntah2 lg truk.huhu"

A - "takpelah sampi situ je lah.. as what you said.. pakai bersebab.. and one thing i didn't said sape2 pakai nail polish jahat.. I just said that.. lebih elok tak pakai.. takde timbul fitnah semua.. aku tegor ape yang aku rase patut tegor tu jea.. yang lain terpulang lah kat individu sendiri.."
Sabda Rasulullah S.A.W.
“Sesiapa antara kamu yang melihat satu kemungkaran, maka ubahlah ia dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka ubahlah dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu ubahlah dengan hatinya dan itu selemah-lemah iman.” (hadis Muslim)
Ya Allah salahkah aku menegur.. Tidak ditegur kata kawan.. Ditegur begini pulak jadinya.. Bukanlah niat dihati hendak menjatuhkan dan mengatakan yang dia jahat, Tapi niat dihati hendak tengok kita sama-sama berjaya dunia dan akhirat, Niat dihati hendak melihat syariat Allah itu dihormati dan ditegakkan... Salah ke aku Ya Allah.. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“ Berbicaralah kepada manusia menurut kadar kemampuan akal mereka masing-masing” (riwayat Muslim)
Aku cuba menegur degan cara tidak terlalu deras dan tegas, namun tidak juga aku tegur degan terlalu lembut.. Aku cuba mengalas teguranku degan cara tidak langsung kearah point yang aku cuba sampaikan.. Ya Allah kurnikanlah hidayah kepada mereka Ya Allah, Janganlah kau tutup hati mereka dari menerima hidayah mu Ya Allah.. Ternyata betulah ape yang berlegar difikiran ku, Memang sukar menegur orang yang sudah tahu.. 
 

Bukanlah niat dihati hendak mengatakan yang aku ini baik manakal yang engkau itu jahat, Dihati cuma ada perasaan kasih-sayang kerana Allah sebagai saudara semuslim dan kawan sekuliah. Tidak pernah telintas aku memandang engkau rendah, kerana semua nikmat itu datang dari Allah.. Mungkin juga aku tidak layak untuk menegurnya, Namun tidak salah jika  aku mencuba, Sekurang-kurangnya niat dihati untuk menegur dan mengajak kepada kebenaran dapat juga kurialisasikan.. 


Memang sudah menjadi lumrah bagi setiap muslim yang beriman kepada Tuhannya untuk merasa cemburu terhadap kemungkaran yang berlaku di hadapan mata. Begitulah juga diriku yang cuba untuk menghalang kemungkaran itu terus berlaku..  Begitulah sepatutnya yang perlu ada dalam setiap jiwa muslim hari ini. Merasa benci dan tidak setuju dengan ‘muhkhalafah syar`iyyah’ yang terjadi.


Mungkin benar kata mereka, Itu semua bersebab.. Tetapi sekuat mana sebab mu itu jikalau hendak dibandingkan dengan syariat Allah?.. Ingatlah setiap perbuatan kita diatas bumi ini akan disoalkan kembali diakhirat kelak.. Aku tidak mahu mengambil share dan saham kemungkaran yang telah engkau lakukan kerana aku tidak menegur engkau.. Mungkin juga sering dikatakan " aku pakai nail polish masa aku uzur, Bukan masa aku tidak uzur dan aku boleh sembahyang. Nanti dah boleh sembahyang aku tanggalkanlah" Persoalanya bukan Uzur atau Tidak Uzur, Namun persoalanya, Akidah kita dan akhlak kita sebgai seorang muslim dan seorang yang bergelar islam. Sekiranya orang islam itu mewarnakan kukunya seperti orang-orang sudah terang kafirnya, Apakah yang membezakan kita dengan mereka? Bukanlah hendak mengkafirkan mereka, namun imej islam dan imej wanita islam itu haruslah dijaga dan pelihara. sesungguhnya,
“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka”.

Isunya bukan masaalah uzur atau tidak uzur, Sekiranya diwaktu uzur mungkin dianggap halal bagi mereka yang mewarnakan dan mengilatkan kuku kerana mereka tidak mengerjakan solat maka tiada yang dianngap sebagi solatnya tidak sah sekiranya wuduknya tidak sampai keseluruh anggota badan... Walau bagaimanapun itu bukan isunya, isunya adalah perbuatan tersebut boleh menimbulkan fitnah.. Bukankah tidak elok dipandang masyarakat, wanita muslim tapi kuku warna merah hitam kuning..Haruslah difikir pandangan masyarak, Mereka yang pakai nail polish  orang dah straight away boleh fitnah.. pakai pengilat kuku mesti tak sembayang.. bukankah kita diwajibkan bagi mengelakkan  dari berlakunya fitnah bukan menimbulkan fitnah..


 Dalam hadis yang lain diriwiyatkan oleh Imam Ahmad bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud
 "Sesungguhnya Allah, tidak mengazab orang ramai dengan perbuatan yang dilakukan oleh orang yang khusus (Allah tidak mengazabkan orang ramai apabila ada golongan tertentu mengerjakan maksiat di kalangan mereka) sehinggalah mereka melihat maksiat berlaku di kalangan mereka sedangkan mereka mampu mencegahnya tetapi tiba-tiba mereka tidak mencegahnya."


Apabila berlaku demikian Allah Ta’ala mengazabkan orang yang khusus (tertentu) mengerjakan maksiat dan orang ramai yang tidak melakukan maksiat turut sama ditimpakan azab." Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ada menulis dalam artikel nya "Mesti ada tegur menegur antara satu sama".. Maka sudah menjadi kewajipan kita sebagai sesama islam menegur satu sama lain..


Wallahu ‘alam bi sawab.
  

Jul 11, 2011

Ishh.. Malu..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

 
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.            (An Nur : 31)
Kiri kanan, depan belakang.. Lihatlah remaja kini semakin berani mendedahkan perhiasanya seperti tiada rasa segan dan rasa malu. Bukan kata remaja mak remaja makcik remaja pun turut sama tanpa segan silu sibuk menayangkan perhiasan-perhiasan mereka. Cantik kata nya.. Ish nak cantik, setakat mana nak cantik tu? Cantik lagi wanita bertudung berjilbab.
Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (HR Abu Dawud)
Yang tidak menutup auratnya satu cerita, Yang menutup aurat begini pulak rupanya, Dari atas tegok molek cantik mulus. sejuk mata memandang Bertudung, dari jauh tengok Berbaju kurung bertudung litup. Subhana'Allah mai dekat, Ya Allah, Astaghfirullah Hal Azim, baju nampak lengan nampak ketiak pulak.Itu satu hal, Yang lain pulak tudung dah cantik tapi seluar tak pakai, ish cantik sangat ke pakai legig tu? Lucah tau? , Subhana'Allah ternyata benar hadis nabi, Umat akhir zaman kebanyakanya akan berbogel. Subhana'Allah ternyata kita memang berada dizaman-zaman kritikal itu. Ingatlah Insan jangan diambil ringan setiap tuntutan Allah. Ingatlah siksaan Allah itu amatlah pedih.

Perempuan tidak reti segan, Kita orang lelaki yang naik segan, naik geli geleman tengok tabiat-tabiat perempuan-perempuan ini, Mana pegi malu korang ntah tak tahu, Tolonglah, dah banyak sangatkah nikmat Allah yang kamu semua dapat untuk diagihkan kepada mata-mata yang ranjang melihat susuk tubuh badan kamu itu? Bersyukurlah dengan nikmat Allah itu wahai muslimah, wahai anak-anak hawa..

Yang tidak menutup aurat sibuk menunding jari pada mereka yang menutup aurat, "Eleh perempuan yang bertudung tu, Kadang-kadang lagi teruk dari kami yang tidak bertudung ni" Yang bertudung sibuk menunding jari pada yang bertoncet dan bersanggul " Tengok tu, rambut perang rambut karat, di ingat cantik agaknya, tengok kami pakai tudung cantik molek, suci jea muka" Ishh.. Cerminlah diri masing-masing dahulu kalau nak mengata nak menunding jari dekat orang, Ingat lah,
Dari Abi Hurairah r.a katanya : “Telah bersabda Rasulullah SAW : “ Janganlah kamu saling dengki mendengki, janganlah kamu saling tipu menipu, janganlah kamu saling belakang membelakangi dan janganlah kamu menjual di atas jualan setengah daripada kamu dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayai dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) serta tidak boleh mendustai dan tidak boleh menghinanya. Taqwa itu di sini (Nabi berkata sambil menunjukkan ke arah dadanya tiga kali) Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu bahawa ia merendahkan saudara seIslamnya. Sekalian orang Islam atas orang Islam yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya.
Batasan aurat wanita
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Agaknya, semua laki-laki tu saudara dia, mahram die, tu yang die sibuk menampakkan auratnya. Astaghfirullah Hal Azim.  Yang si artis lain pulak ceritanya, bertudung-bertudung, Sanggul remos nah amek kau.. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [An-Nur (24):31].
Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan.

Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah

Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan.

Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an.

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar,
Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud] 
Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian. Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi:


Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa".

p/s -Batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum), akan dibincankan dalam entri yang seterus-seterusnya... Insya'Allah
Wallahu ‘alam bi sawab.




Jul 10, 2011

"Allah Memang Dekat"

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dari Anas ra. dari Nabi saw. di dalam menceriterakan apa yang difirmankan oleh Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Agung, di mana Allah berfirman: "Bila seseorang itu mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta, bila ia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa, dan apabila ia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari". (Riwayat Bukhari).
Entri kali ini merupakan sebuah kisah yang dihadapi seorang pemuda yang bernama Ahmad. Ahmad merupakan seorang pelajar IPTS yang berulang alik dari campusnya. Perjalan pemuda tersebut mengambil masa 20 minit bagi setiap perjalan menuju ke campusnya.

Bermulalah kisah dimana pada suatu hari, kelas pemuda tersebut bermula pada pukul 10.00 pagi, dan tanpa disedari pemuda tersebut telah bangun awal dan bergerak menuju ke campusnya pada pukul 8.00 pagi. Kebiasaanya pemuda tersebut bertolak dari rumahnya satu jam sebelum kelasnya bermula. Namun pada hari tersebut, kehendak Allah adalah melebihi daripada kehendak pemuda tersebut. 

Hari pemuda tersebut dilimpahi rahmat Allah dimana, hujan melimpahi dan membasahi bumi Allah yang berkat ini. Pemuda tersebut tiba di pintu belakang campusnya berdekatan dengan rumah kedai yang berhampiran dan meletakkan keretanya dengan selamat. Pemuda tersebut memaki "hooded sweater" nya dan berlari menuju ke campusnya kerana hujan lebat melimpahi bumi. 

Hari berlalu dengan pemuda tersebut menghadiri kelasnya yang pada dari pukul 10.00 sehinggalah kelas terakhirnya pada pukul 4.00 dan berakhir pada pukul 6.00. Keadaan pemuda tersebut kian gelisah pada pertengan waktu di kelas terakhirnya kerana pemuda tersebut tidak menjumpai kunci keretanya.  Puas pemuda tersebut mencari kunci keratanya, dari pada Lab immunology hingga ke u-cafe. Ditanya SCD juga tidak menjumpai kunci keretanya. 

Pemuda tersebut mengucap panjang dan beristighfar, namun keadaan pemuda tersebut semakin kusut kerana tidak menjumpai kunci keratanya lagi. Hati kecil pemuda tersebut kuat mengatakan bahawa kunci keratnya sudah tertinggal di dalam keretanya, dan masih berada disoket kunci keretanya.  Sehinggalah pemuda tersebut mengambil keputusan degan bertawakal dan terus menuju ketempat letak keretanya. Fikiran pemuda tersebut sudah bercelaru memikirkan bahawa kebarangkalian keretanya sudah dicuri dan mungkin sudah tiada harapan bagi pemuda tersebut untuk berjumpa dengan keretanya lagi.
Hati pemuda tersebut semakin tidak menentu semakin dia menghampiri tempat letak keretanya. Dari jauh pemuda tersebut memerhatikan bahawa keretanya masih berada ditempat pakirnya lagi. Hati pemuda tersebut sakin reda dan berasa syurkur kerana keratnaya masih berada ditempatnya. Namun adakah kunci keratanya ada di sana?

Keadaam menjadi tegag apabila pemuda tersebut tiba di keratanya mendapati kunci kereta yang disangkakan masih berada di keretanya sudah tiada dan keretanya berkunci seperti ada seseorang yang menguncinya. Benak hati pemuda tersebut terasa kecewa dan sedih dan takut memikirkan kemungkinan yang mungkin berlaku seterusnya. 

Namun keadaan semakin tenang apabila terdapat satu note yang bertulis " Kunci kereta awak berada dengan saya" berserta nombor telifon. Pemuda tersebut tidak henti-henti bersyukur dan memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana pemuda tersebut masih mempunya rezeki terhadap keretanya. Pemuda tersebut yakin bahawa dengan kuasa Allahlah pemuda tersebut telah diselamtkan. Lantas pemuda tersebut terus menelifon nombor tersebut dan pemilik telefon tersebut menceritakan bahwasanya dia tergerak hati untuk melihat kereta pemuda tersebut yang berjam-jam tidak dimatikan enjin tanpa ada pemiliknya, Pemilik nombor telifon tersebut turut menggu selam 2 jam bagi memastikan pemilik tersebut tiba, namun tiada.

Lantas pemilik telifon tersebut mengambil keputusan untuk mengambil kunci kereta tersebut dan menyerahkan kepada guard di campusnya. Alhamdulillah semuanya selesai apabila pemuda tersebut dapat memperoleh kembali kunci keratnaya daripada pak guard campusnya. Subhna'Allah, Allah maha besar.. sesungguhnya allah telah merancangkan semuanya, dan setiap qada dan qadar yang baik atau buruk datangnya pada Allah. Dan Allah itu lebih dekat dari apa yang kita sangka. ingatlah barang siapa yang menjaga hak Allah, nescaya Allah akan menjaga haknya kembali, dan hanya Allah lah yang berhak merancang, dan rancangan Allah itu sangat lah sempurna dan demi kebaikan ummat nya..

peristiwa ini terjadi kepada penulis sendri, dan saya amat bersyukur kepad Allah SWT, dan kini saya lebih mengetahui bahawa Allah itu sangatlah dekat dengan kita
Wallahu'Alam

Jul 4, 2011

"Aku Cinta Allah?"

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Daripada Anas B. Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda:- "Tiga (3) perkara apabila terdapat dalam diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Sesiapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul melebihi cintanya kepada yang lain; sesiapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (daripada kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api neraka".(Hadth Sahih Riwayat Muslim)
Kita sibuk mengecap cinta insan, Kita sibuk mengecap cinta Pangkat dan Kehormatan. Kita sibuk mengecap cinta Harta dan kekayaan, dan kita sibuk mengecap cinta pandagan insan terhadap diri kita. Tetapi pernahkah kita mengecap cinta kepada zat asal yang mencipta insan, pernahkah kita mengecap cinta yang menganugerahkan Pangkat dan Kehormatan kepada kita, pernahkah kita mengecap cinta zat yang memberikan nikmat limpah kurnianya yang berupa harta dan kekayaan, dan pernahkah kita mengecap cinta kepada zat yang sepatutnya melebihi pandangan insan? Ingatlah wahai Ummat wahai insan, utamakanlah pandangan Allah dalam apa-apa perkarapun melebihi pandangan didunia ini.
Orang-orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah. (al- Baqarah: 165)
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Allah, Yang Maha Agung dan Mulia menjumpaiku – yakni dalam tidurku – kemudian berfirman kepadaku, “Wahai Muhammad, katakanlah : “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk mencintai-Mu, mencintai siapa saja yang mencintai-Mu, serta mencintai perbuatan yang mengantarkan aku untuk mencintai-Mu.”Dalam amal ubudiyah, cinta (mahbbah) menempati derajat yang paling tinggi. Mencintai Allah dan rasul-Nya berarti melaksanakan seluruh amanat dan ajaran Al-Qur’an dan Sunnah Rasul, disertai luapan kalbu yang dipenuhi rasa cinta. 
Situasi hari ini menyaksikan umat Islam tidak lagi menjulang cinta kepada Allah sebagai cinta yang utama, tidak lagi mahu bermujahadah mengejar cinta Khaliqnya. Tetapi, sentiasa bersemangat meluahkan rasa cintanya kepada dunia dan hamba-hamba dunia.  Setiap hari, sertiap saat sang kekasih berusaha mengenali hati kekasihnya tetapi tidak pernah sesaat sang hamba berusaha mengenali Khaliq dan kekasihnya yang sepatutnya menjadi cinta awal dan akhirnya. Saban hari sang kekasih sibuk meluahkan rasa cinta kepada kekasihnya 
" awak saya rindu awak", "awak saya sayang awak, awak jangan tigalkan saya ya?".
Namun Sebaliknya, melafaskan dan mengambarkan cinta kepada Allah atau menyebut nama Allah terasa tawar dan hambar, tetapi menyebut cinta kepada manusia terasa sungguh bahagia dan menyeronokkan. Kenapa tragedi ini boleh berlaku, sedangkan Allah itu bersifat Maha Sempurna, manakala manusia bersifat dengan segala kekurangan.

Mencintai Allah tidak akan pernah ada erti kecewa, Mencintai Allah tidak akan pernah ada rasa dikhianati. Allah memiliki kemuncak segala kecantikan, keagungan dan kebaikan. Cinta kepada-Nya pasti dibalas dengan pelbagai curahan nikmat dan rahsia yang seni. Pendek kata, akal yang singkat turut mengatakan, Allah paling layak dicintai kerana Dia memiliki segala ciri-ciri yang diingini oleh seorang kekasih.

Justeru marilah kita mengamati dan cuba menggapai cinta Allah, 
  • Membaca al-Qur’an dengan merenung dan memahami kandungan maknanya sesuai dengan maksudnya yang benar. Itu tidak lain adalah renungan seorang hamba Allah yang hafal dan mampu menjelaskan al-Qur’an agar dipahami maksudnya sesuai dengan kehendak Allah swt. Al-Quran merupakan kemuliaan bagi manusia yang tidak bisa ditandingi dengan kemuliaan apapun. Ibnu Sholah mengatakan 
    “Membaca Al-Qur’an merupakan kemuliaan, dengan kemuliaan itu Allah ingin memuliakan manusia di atas mahluk lainnya. Bahkan malaikat pun tidak pernah diberi kemuliaan semacam itu, malah mereka selalu berusaha mendengarkannya dari manusia”.
  • Taqarub kepada Allah swt, melalui ibadah-ibadah sunnah setalah melakukan ibadah-ibadah fardu. Orang yang menunaikan ibadah-ibadah fardu dengan sempurna mereka itu adalah yang mencintai Allah. Sementara orang yang menunaikannya kemudian menambahnya dengan ibadah-ibadah sunnah, mereka itu adalah orang yang dicintai Allah. Ibadah-ibadah sunnah untuk mendekatkan diri kepada Allah, diantaranya adalah: solat-solat sunat, puasa-puasa sunat ,sedekah dan amalan-amalan sunat dalam Haji dan Umrah.
  • Menggalakkan zikir kepada Allah dalam segala tingkah laku, melaui lisan, kalbu, amal dan perilaku. Kadar kecintaan seseorang terhadap Allah tergantung kepada kadar dzikirnya kepadaNya. Dzikir kepada Allah merupakan syiar bagi mereka yang mencintai Allah dan orang yang dicintai Allah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
    “Sesungguhnya Allah aza wajalla berfirman :”Aku bersama hambaKu,selama ia mengingatKu dan kedua bibirnya bergerak (untuk berdzikir) kepadaKu”.
  • Cinta kepada Allah melebihi cinta kepada diri sendiri. Mempractikelkan cinta kepada Allah di atas cinta kepada diri sendiri, meskipun dibayang-bayangi oleh hawa nafsu yang selalu mengajak lebih mencintai diri sendiri. Ertinya rela mencintai Allah meskipun beresiko tidak dicintai oleh mahluk. Inilah darjat para Nabi, diatas itu darjat para Rasul dan diatasnya lagi darjat para Rasul Ulul Azmi, lalu yang paling tinggi adalah darjat Rasulullah Muhammad SAW. sebab beliau mampu melawan kehendak dunia seisinya demi cintanya kepada Allah.
  • Sentiasa musyahadah (menyaksikan) dan ma’rifat (mengenal) Allah s.w.t. Penglihatan kalbunya terarah kepada nama-nama Allah dan sifat-sifatNya. Kesadaran dan penglihatan kalbunya berkelana di taman ma’rifatullah (pengenalan Allah yang paling tinggi). Barang siapa ma’rifat kepada asma-asma Allah, sifat-sifat dan af’al-af’al Allah dengan penyaksian dan kesadaran yang mendalam, niscaya akan dicintai Allah.
  • Menghayati kebaikan, kebesaran dan nikmat Allah zahir dan batin akan mengantarkan kepada cinta hakiki kepadaNya. Tidak ada pemberi nikmat dan kebaikan yang hakiki selain Allah. Oleh sebab itu, tidak ada satu pun kekasih yang hakiki bagi seorang hamba yang mampu melihat dengan mata batinnya, kecuali Allah SWT. Sudah menjadi sifat manusia, ia akan mencintai orang baik, lembut dan suka menolongnya dan bahkan tidak mustahil ia akan menjadikannya sebagai kekasih. Siapa yang memberi kita semua nikmat ini? Dengan menghayati kebaikan dan kebesaran Allah secara zahir dan batin, akan mengantarkan kepada rasa cinta yang mendalam kepadaNya.
  • Ketertundukan hati secara menyeluruh di hadapan Allah, inilah yang disebut dengan khusyu’. Hati yang khusyu’ tidak hanya dalam melakukan sholat tetapi dalam semua aspek kehidupan ini, akan mengantarkan kepada cinta Allah yang hakiki.
  • Menyendiri bersama Allah ketika Dia turun. Iaitu saat sepertiga terakhir malam (Qiamullail). Di saat itulah Allah SWT turun ke dunia dan di saat itulah saat yang paling berharga bagi seorang hamba untuk mendekatkan diri kepadaNya dengan melaksanakan solat malam (lail') agar mendapatkan cinta Allah.
  • Bergaul dengan orang-orang yang mencintai Allah, maka iapun akan mendapatkan cinta Allah s.w.t.
  • Menjauhi sebab-sebab yang menghalangi komunikai kalbu dan Al-Khaliq, Allah subhanahu wataala.
 
Insya'allah semoga kita mendapat kemanisan iman dan akhirsekali dapat melahirkan rasa cinta kita kepada zat pencipta kita Allah ya Rabb, Insya'Allah..

Insya'Allah..

Jul 2, 2011

"Kubur Lain-Lain"

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Pertama sekali, sekiranya entri ini menyakitkan hati sebahagian reader saya degan rendah diri meminta maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki, kerana niat dihati hanya ingin menyampaikan dan ingin meningatkan kita sesama ummah dan saya rasa ini adalah tanggungjawab bersama. Dalam menjalankan dakwah, sering kali terdapat berbagai jenis halangan, jenis ragam manusia,jenis soalan, jenis jawapan, jenis bangkangan dan sebagainya.

antara ucapan bangkangan yang sering di utarakan adalah,
"Engkau Tak payah la nak membebel sangatlah, Kubur Lain-lainkan, kau sape nak tegur-tegur aku pulak, dah alim sangat ke?" " bukan kau yang tentukan aku masuk syurga ataupun neraka"
sekali dipandang bagi sesetengah  orang yang menyampaikan dakwah atau cuba menegur, jawapan atau tentangan ini adalah pemati ayat untuk mereka, bagi para pembangkang pula, ayat-ayat tidak masuk akal seperti itu sangat lah digemari kerana dapat mematikan ayat pendakwah dan memuaskan hati mereka. bagi orang-orang yang tidak berilmu pula, dengan mudahnya akan menerima dan menyokong ayat-ayat pembangkang itu hanya mengunakan akal tanpa befikir panjang.

Perkara sebegini terjadi adalah disebabkan kerana kekerasan hati dan tidak boleh terima teguran, keluarlah ayat yang melampau seperti itu, tidak ubah seperti kaum jahiliah, yang agak malangnya ayat-ayat seperti itu keluarnya dari mulut seorang yang beragama islam dan lebih dikesalkan lagi ayat itu keluar dari rakan-rakan kita.

wahai saudara-saudari ku, ketahuilah,setiap perkataan yang keluarnya dari mulut kita ini akan dipertangungjawabkan di akhirat kelak, dan ingatlah setiap ayat itu adalah doa. amatlah jahil sesiapa yang berkata-kata tanpa berfikir, wahai saudara-saudari serta diriku ini, jika kita tidak mengetahui akan sesuatu hal, berlajarlah, jika kita hendak bertindak atas sesuatu perkara berfikirlah dahulu...

Ketahuilah, Al-Quran itu diturunkan oleh Allah kepada rasullulah dan sebagai pembimbing dan contoh kepada kita bagi mendapatkan keredhaan allah kelak di akhirat, Didalam Al-quran serta sunah rasullullah sendiri pun telah diajarkan kepada kita akan perkara yang perlu dibuat dan perlu dihindar, satu persoalan buat mereka2 yang suka mengeluarkan ayat seperti diatas tadi,
saya ingin bertanya,

Hukum hudud, cara solat, larangan berzina, suruhan berbuat baik dan lain-lain terdapat di dalam Al-Quran dan sunnah Rasulullah dosa,pahala,neraka,bentuk hukuman, dan lain-lain adalah kerja Allah menasihati,mengingatkan, menegur, menguat kuasakan undang-undang islam,mencegahkan kemungkaran dan lain-lain seperti yang termaktub didalam alquran dan suruhan nabi adalah kerja seluruh umat islam, dan disinilah letaknya tugas setiap orang sebagai pendakwah
Nampakah mereka bahawa kerja yang kita semua lakukan adalah suruhan Allah dan bukannya kerja Allah, dan memang benar untuk menentukan hukuman dosa pahala, syurga neraka bukan kerja kita, dan tidak pernah sesekali pun para-para ustaz/pendakwah melakukan kerja yang memang hak mutlak milik Allah, jika kebencian dan tuduhan masih lagi mahu diteruskan, ingin saya bertanya adakah saya dan pihak-pihak pendakwah dikatakan melakukan kerja Allah jika kami menyampaikan ataupun menasihati dengan mengatakan:

"seorang penzina perlulah disebat 100x, seorang penfitnah dosanya lebih besar daripada membunuh, sesiapa yang tidak menutupi aurat (rambut) maka di dalam neraka kelak rambutnya akan digantung dan kepalanya mendidih2, berdosa jika kita derhaka terhadap ibu bapa dan lain-lain"
Adakah ini semua jika kami "katakan dan sampaikan" maka itu dikira kami melakukan kerja Allah? tidak sama sekali, tidakkah kalian mengetahui bahawa itu semua firman Allah dan kata Rasulullah? Kami hanya menyampaikan dan menghukum mengikut syariat Allah
DAN MENJADI KEWAJIPAN BAGI SETIAP MUSLIM UNTUK MENYAMPAIKAN, MENGAJAR DAN SALING INGAT MENGINGATI ANTARA SATU SAMA LAIN, kerana ini adalah SURUHAN ALLAH!! KERJA KITA SEMUA...

Berhati-hatilah ketika bicara wahai saudara-saudariku, kerana jika silap berbicara kelak binasa di hari muka, fikir-fikirkanlah, bahawa jika kita berkata seperti diatas tadi "adalah umpama kita memperlecehkan suruhan Allah," 
Menolak nasihat atau teguran pndakwah tanpa sebab adalah sama seperti menolak penyampaian suruhan Allah iaitu tidak mahu dengar dan memperlecehkan suruhan Allah dan samalah juga seperti  melawan Allah. Fikirkanlah saudara-saudari seislamku, adalah dikira cukup baik jika ada yang mahu menegur dan menasihati kita, kerana disitu terletaknya tanda bahawa orang-orang tersebut "concern" akan kita, mengambil berat akan kita dan sayang akan kita, bersyukurlah dan terimalah teguran dengan hati yang terbuka,mudah-mudahan kelak Allah mempermudahkan kita dalam melakukan kebaikan dan memperbaikkan lagi akhlak kita,

Ya Allah, permudahkanlah perjuangan hamba-hamba-Mu dalam menegakkan agama-Mu,suruhan-Mu dan hukum-Mu di muka bumi ini, bantulah mereka ya Allah, dan berikanlah kesedaran kepada mereka yang masih lalai serta yang keras di hati, hanya kepadamu kami pohonkan ya Allah..

Keadilan, Kelebihan dan Kekuasaan Allah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Imam Ali as di saat ditanya tentang keutamaan keadilan atau kedermawanan, beliau Menjawab: Pertama, keadilan adalah meletakkan segala urusan pada tempat (porsi) nya, sedangkan kedermawanan mengeluarkannya dari tempatnya ke tujuannya yang benar. Kedua, keadilan merupakan sebuah kaidah umum sedangkan kedermawanan adalah kasuistik, karenanya keadilan lebih mulia dan utama.  (Nahjul Balaghah, kata-kata Hikmah No 437)
Pertama sekali, entri kali ini bukanlah hendak mecetuskan sebarang kontroversi dan kecelaruan tetapi adalah sebagai kesedaran bersama dalam mengecapi keredhaan Allah dan memperjuangkan Syariah Allah SWT. Telah hampir kepada tarikh hari Perhimpunan Bersih, Ketua Dewan Ulama PAS kata Wajib dan Ulama' Muda UMNO kata haram. Pertentangan dua berlebel ulama' adalah berbeza, seorang kata wajib kerana di nisbahkan kepada AMAN dan seorang kata HARAM nisbah kepada menyusahkan. Orang yang taksub kepada ULAMA' PAS tidak kata apa-apa terus ikut dan kata wajib, seorang yang taksub kepada ULAMA' UMNO pun terus kata haram.


Bukanlah niat dihati hendak memihak kepada mana-mana pihak tetapi kebenaran haruslah ditegakkan, dan kebenaran tetaplah kebanaran walau bagimana kebatilan itu mendapat sanjungan dan mendapat penghormatan. Namun ingatlah bahwasanya kebenaran yang tidak terancang akan dikalahkan oleh kebatilan yang dirancang.

Ingatlah bahwasanya sekiranya sesuatu kaum itu atau sesuatu ummah itu melaksanakan sesuatu pakatan atau dalam situasi ini "perhimpunan BERSIH" atas nama Allah dan keadilan rakyat dan bagi menegakkan Syariah Allah maka secara tidak langsung perkara tersebut adalah sesuatu yang harus disertai dan disokong. 

Ulama' Yaman telah mengeluarkan fatwa di Yaman, barang siapa yang keluar bagi melakukan demostrasi menuntut keadilan dan menegakkan syariah islam, dan sekiranya dia gugur di demostrasi tersebut maka dia adalah Syahid, dan bagi mereka yang ditangkap dan di penjarakan, maka dia adalah pejuang kejalan Allah. Subhan'Allah.
Sayyidah Fatimah Az Zahra as: Allah mewajibkan keadilan untuk menjadikan hati tenang. (‘Ilalusy Syarâ i’ juz 2 hal 248)
‘Aisjah r.a berkata : saya telah mendengar rasulullah saw bersabda di rumahku ini : ya allah siapa yang menguasai sesuatu dari urusan umatku, lalu mempersukar pada mereka, maka persukarlah baginya. Dan siapa yang mengurusi umatku lalu berlemah lembut pada mereka, maka permudahlah baginya. (hr. Muslim)
Maka sekiranya melalui demostrasi bersih ini segala kezaliman, segala kemaksiatan dan segala penindasan yang berlaku di Malaysia dapat dihalang dan diberhentikan mengapa tidak? dan sekiranya melalui perhimpunan ini pemimpin yang zalim dan pemimpin yang melebihkan kepentingannya sendiri dari bejikan rakyat dapat di tumbangkan dan negera dapat diselamtkan, mengapa juga tidak? 
Ibn umar r.a berkata : saya telah mendengar rasulullah saw bersabda : setiap orang adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepemimpinannnya. Seorang kepala negara akan diminta pertanggungjawaban  perihal rakyat yang dipimpinnya. Seorang suami akan ditanya perihal keluarga yang dipimpinnya. Seorang isteri yang memelihara rumah tangga suaminya akan ditanya perihal tanggungjawab dan tugasnya. Bahkan seorang pembantu/pekerja rumah tangga yang bertugas memelihara barang milik majikannya juga akan ditanya dari hal yang dipimpinnya. Dan kamu sekalian pemimpin dan akan ditanya (diminta pertanggungan jawab) darihal hal yang dipimpinnya. (buchary, muslim)
Maka melalui hadis diatas, sudah terang dan nyata bahawasanya setiap individu yang berdiri di bumi Allah ini mempunyai tangungjawab samada pebantu rumah ataupun pemimpin. Maka anda tentukan apakah tangungjawab anda, sekiranya melalui perhimpunan bersih ini anda berasa bertangugjawab mendapatkan keadilan dan memperjuangkan Syariah Islam dan Neraca Allah maka jalankanlah tangunjawab anda itu. sekiranya anda berasa bertangunjawab bagi membanteras dan membendungnya dari berlakunya kecelaruan dan kucar-kacir di Malaysia melalui perhimpunan ini maka jalankanlah tangungjawab anda itu. Bersamalah kita mengecapi keredhaan Allah  melalui tangungjawab kita ini.  Ingatlah, 
Imam Jakfar Shadiq as: Keadilan itu lebih manis dari air yang diminum oleh orang yang sedang kehausan. (Al Kafi juz 2 hal 146 hadits no 11)
Imam Jakfar Shadiq as: Keadilan itu lebih manis dari madu, lebih lembut dari mentega dan lebih wangi dari minyak misik. (Al Kafi juz 2 hal 147 hadits no 15)
Tetapi haruslah diingatkan, Sekiranya terdapat beberapa pendapat yang berbeza antara dalil naqli dan dalil naqli, wujud fleksibiliti untuk memilih mana-mana pendapat yang dilontarkan asalkan ianya berlandaskan nas-nas yang sahih, dan nas-nas tersebut telahpun difahami dahulu maksudnya dengan tepat; melalui guru-guru yang terpercaya dan rujukan daripada kitab-kitab yang mahsyur. Jika terjadi kes dimana kedua-dua pihak tidak boleh dipersalahkan kerana masing-masing berpegang kepada nas-nas yang sahih, pilihlah mana-mana pendapat pun. Bukankah lebih memudahkan kehidupan kita jika wujud beberapa pilihan daripada satu pilihan sahaja? 

Sekiranya berlaku percanggahan pendapat antara dalil naqli dan aqli, semestinya dalil naqli yang akan diterima. Akal manusia sama sekali tidak mampu menentang keunggulan hukum-hukum Allah. Dalam suatu situasi, jika diri kita suka melakukan sesuatu tetapi tiba-tiba kita dinasihati oleh seorang saudara kita yang prihatin bahawa perbuatan kita tadi tidak dibenarkan dalam Islam, maka janganlah merungut dan janganlah berkeras hati untuk menerima hakikat ini. Ingatlah bahawa Allah s.w.t. telahpun berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 216 yang bermaksud:
“…boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Dan Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”. Sesungguhnya pengetahuan Allah itu meliputi segalanya dan tiadalah berdaya ilmu manusia untuk mempersoalkan ketetapanNya.
Pilihlah pandangan anda sama ada mahu menyertai atau tidak kerana Allah dan bukanya kerana mana-mana pihak. Kerana segalanya datang dari Allah, Sesungguhnya kita adalah Mujahedeen dan Mujahidah dalam menegakkan syariah dan agama Allah SWT dan hanya kerana dahagakan kebangkitan islam di bumi Malaysia ini. And choose wisely, Hanya Allah lah yang mengetahui segala yang Hak dan Batil..Insya'Allah
Waallahu'alam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player