Google Website Translator Gadget

May 31, 2011

Neraca Anda?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Maksudnya,
(1) Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, (2) Karena Telah datang seorang buta kepadanya (3) Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa), (4) Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya? (5) Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup (6) Maka kamu melayaninya. (7) Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman). (8) Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran), (9) Sedang ia takut kepada (Allah). (10) Maka kamu mengabaikannya.
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa firman Allâh: “عبس و تولى” turun berkenaan dengan ‘Abdullah ibn Ummî Maktûm yang buta yang datang kepada Rasulullah saww, sambil berkata: 
“Berilah petunjuk kepadaku ya Rasulullah”. 
Pada waktu itu Rasulullah SAW sedang memberikan dakwah dan menghadapi para pembesar kaum musyrikin Quraisy, sehingga Rasulullah SAW berpaling daripadanya (‘Abdullah ibn Ummî Maktûm) dan tetap menghadapi pembesar-pembesar Quraisy. Kemudian Ibn Ummî Maktûm berkata: 
“Apakah yang saya katakan ini mengganggu tuan?” 
Rasulullah SAW: 
“Tidak”. 
Ayat di atas dan ayat berikut (sampai ayat sepuluh atau enam belas) menurut banyak ulama turun menyangkut sikap Nabi kepada sahabat beliau ‘Abdullah Ibn Ummî Maktûm, ketika Nabi Muhammad SAW sedang sibuk menjelaskan Islam kepada tokoh-tokoh kaum musyrikin Mekkah, atau salah seorang tokoh utamanya yaitu Al-Walîd Ibn Al-Mugîrah. Beliau berharap ajakannya dapat menyentuh hati dan pikiran mereka sehingga mereka bersedia memeluk Islam, dan ini tentu saja akan membawa impak positif bagi perkembangan dakwah Islam. Saat itulah datang ‘Abdullah Ibn Ummî Maktûm yang rupanya tidak mengetahui kesibukan penting Nabi itu lalu serta merta menyela pembicaraan Nabi saww memohon agar diajarkan kepadanya apa yang telah diajarkan Allâh kepada Nabi SAW. ini menurut riwayat, diucapkan berkali-kali. Sikap ‘Abdullah ini tidak berkenan di hati Nabi SAW, namun beliau tidak menegur apalagi menghardiknya, hanya saja nampak pada air muka beliau rasa tidak senang, maka turunlah ayat di atas untuk menegur beliau. 

Neraca Allah - Neraca Insan

Setiap manusia mempunyai lumrah mereka tersendiri, manusia mempunya pandangan atupun neraca mereka yang tersendiri. Hal ini termasuklah kekasih Allah Muhammad SAW. Di saat itu Nabi SAW merasakan dan berpendapat bahawa dakwahnya terhadap tokoh-tokoh kaum musyrikin Mekkah adalah lebih penting dan daripada pertanyaan dan juga persoalan yang dikemukakan oleh ‘Abdullah Ibn Ummî Maktûm hal ini kerana baginda merasakan bahawa dakwah beliau terhadapa masyarakat yang belum islam adalah lebih penting dari pada dakwah baginda terhadap 'Abdullah yang sudah mentauhidkan Allah dan bisa membezakan antara perkara yang zahir dan batil.

Namun neraca dan pandagan Bbaginda adalah bertentangan degan neraca Allah SWT, lalu turun lah wahyu iaitu Surah 'Abasa bagi menegur kekasihnya Muhammad SAW. Penggunaan kata عبس dalam bentuk persona ketiga,yang menunjuk Nabi SAW, mengisyaratkan betapa halus teguran ini, dan betapa Allah bersifat lembut dan penyayang dalam mendidik Nabi-Nya tanpa tidak menuding terhadap kesalahan beliau atau secara tegas mempersalahkannya.
Pada pendapat beliau musyrikin mekkah yang belum menganut agama islam seharusnya diberi keutamaan dalam berdakwah berbanding orang islam yang sudah benar dalam mentauhidkan Allah. HEndaklah diketahui bahawa keimanan meraka terhadap Allah dan Islam adalah bergantung kepada hidayah dari pada Allah. Sejurus turunya wahyu tersebut Muhammad SAW terus berpaling daripada orang musyrikin mekkah dan menjalankan kerja dakwahnya kepada ‘Abdullah Ibn Ummî Maktû. 

Neraca Insan - Neraca Allah

Apa yang menyedihakan masyarakat islam kini lebih memetingkan Neraca duniawi daripada neraca dan peraturan Allah SWT. Hal ini terbukti didalm negara kita sendiri dimana sistem pemerintahan kita amatlah bertentangan degan sistem pemerintahan Allah SWT yang Kamil lagi Muttakamil. Adakah ini neraca Allah yang kita jadikan pegangan dalam memerintah?

Selain itu, mentaliti masyarakat yang sering dimomokan dengan dengan agenda-agenda barat, ini ternyata apabila ramai muda-mudi yang tidak mampu melawan hawa nafsu yang ingin tampil cantik degan mendedahkan aurat mereka, mereka sering mempertontonkan perhiasan mereka dikhalayak ramai tanpa segan silu dan tanpa ada rasa keimanan dalam diri dan boleh menjebak kepada pelbagi masalah zina, Zina hati,zina tangan. zina mata mahupun zina kemaluan .  Rasulullah SWT bersabda yang maksudnya,
” Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak minum arak, tidak akan minum arak tersebut semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak mencuri, tidak kan melakukan perbuatan itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak melakukan rompakanyang lazimnya menjadikan orang yang merompak itu memandang sahaja kepadanya, tidak akan merompak semasa ia berkeadaan sempurna imannya.”
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya,
“Allah akan melaknat pemakan riba, yang memberi makan, dua orang saksinya dan juru tulisnya.” 
Hadis Rsullulah diatas terang menyatakan pengharaman riba dari sudut syariah mahupun dalam kehidupan seharian kita. Bahkan Allah melaknat mereka yang memakan harta riba. Namun senario hari ini issu riba bukan perkara yang ditidik berat kan lagi. Riba boleh didapati dimana-mana dan seolah-olah tiada penghujungnya seperti skim pinjaman, perbakan, insuran dan juga sistem bayaran microchip seperti kad kredit dan debit kad. Inikah Neraca Allah yang kita guna dalam kehidupan kita, adakah ini pandagan dan peraturan Allah yang kita amalkan? Anda jawab sendiri kerana setiap individu saya percaya mempunyai jawapanya.

Mahukan kita terus hidup berlandaskan Neraca dan pandagan manusia? Sesungguhnya neraca dan pandagan Allah adalah pandagan yang sempurna lagi menyempurnakan. Megapa kita harus pecah kepala memikirkan padangan dan neraca insaniah sedangkan Allah SWT telah menetapkan serta membekalkan kita degan pandangan, Neraca serta peraturan yang syumul didalam risalah agungnya Al-Quran. serta melalui akhlak Muhammad SAW kekasih agungnya. Fikir-fikirkanlah dimana landasan hidup kita dan dimana kita harus berpijak tanpa Neraca dan pandagan Allah ini? Insya'Allah marilah kita kembali mengagungkan wahyu Allah ini. Amin 



"Berhala Moden"

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Ada sebuah ayat di dalam Al-Qur’an yang mengisyaratkan bahwa suatu masyarakat sengaja menjadikan ”berhala” tertentu sebagai perekat hubungan antara satu individu dengan individu lainnya. Sedemikian rupa ”berhala” itu diagungkan sehingga para anggota masyarakat yang ”menyembahnya” merasakan tumbuhnya semacam ”kasih-sayang” di antara mereka satu sama lain.Suatu bentuk kasih-sayang yang bersifat artifisial dan temporer. Ia bukan kasih-sayang yang sejati apalagi abadi. Gambaran mengenai berhala pencipta kasih-sayang palsu ini dijelaskan berkenaan dengan kisah Nabiyullah Ibrahim ’alaihis-salam.

“Dan berkata Ibrahim ’alaihis-salam: "Sesungguhnya berhala-berhala yang kamu sembah selain Allah adalah untuk menciptakan perasaan kasih sayang di antara kamu dalam kehidupan dunia ini kemudian di hari kiamat sebahagian kamu mengingkari sebahagian (yang lain) dan sebahagian kamu melaknati sebahagian (yang lain); dan tempat kembalimu ialah neraka, dan sekali-kali tak ada bagimu para penolongpun.” (QS Al-Ankabut ayat 25)
Di zaman sains dan teknologi ini ada di antara kita beranggapan telah meninggalkan segala sifat-sifat zaman jahiliyah,di mana ketika itu tuhannya atau pemujaannya hanya berhala atau patung seperti Lata, uzza, hubal dan perbuatan syirik bermarajalela ketika itu.

Di zaman moden ini masih boleh di letakan ketaraf jahiliyah walaupun bercakap dengan bahasa IT dan pernah menjangkau ke bulan.

Pada hari ini kita telah mengagungkan dan bersujud kepada berhala-berhala moden,seumpama penayangan atau pamiran tubuh wanita yang berbogel. Marilah kita renung sejenak apa yang telah berlaku pada hari ini,bukankah ini juga boleh di sifatkan sebagai berhala yang mana kita menyembahnya atau pemujaan yang digilai oleh para pemuja?

Pemujaan Pertama

Kita sendiri boleh melihat dan menyaksikan apa yang di lakukan oleh masyarakat di persekitaran kita. Kita dapati gambar tubuh berbogel merupakan hasil utama saudagar-saudagar dan usahawan di setiap iklan rokok, minuman keras, sabun ,pakaian, kamera hinggakan kepada ubat-ubatan dan berbagai jenis barang dagangan.

Gambar bogel atau separuh bogel amat banyak kedapatan di setiap poster, filem yang tidak lain tujuannya semata-semata daya penarik.Seolah-olah tiada jalan lain untuk menarik perhatian,gambar seperti inilah merupakan pokok pemujaan mereka. Ada juga segelintir masyarakat yang menampal poster-poster ini di dalam bilik tidur dan sebaginya sebgai perhiasan dan ada juga yang menggap mereka sebagai idola dan inspirasi bagi mereka menjalankan kehidupan harian. Adakah ini yang diajar oleh islam? Kita seharusnya mengambil iktibar dan contoh tauladan hanya daripada Muhammad SAW yang merupakan insan tauladan sepanjang zaman. Bukannya mereka yang sudah terang-terang melalaikan dan boleh menjebakkan kita kedalam perkara-perkara yang lagho dan juga boleh mebawa kepada zina hati dan perkara-perkara maksiat yang menyusul kemudian.

Selain itu, phonomena global yang digilai oleh para remaja juga turut merupakan salah satu dari unsur pemujaan moden ini. Dimana para remaja sering di momokan dan di sogokan degan hiburan dari luar sebagai contoh K-Pop yang sudah menjadi-jadi. Sehingga ada segelintir para pemujanya sanggup berhabis ratusan dan ribuan ringgit bagi menyaksikan gelagat si kafir bermata sepet dan bersuara keras ini. Bahkan terdapat juga anak-anak remaja yang cuba mengadaptasi kehidupan si kafir ini degan meniru cara berpakaian mereka yang menjolok mata dan tidak sesuai degan masyarakat muslim di malaysia. Nabi SAW juga bersabda,
“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka”.
Mahukah kita dianggap kafir diakhirat kelak kerana tergolong didalam masyarat tersebut? Tepuk dada tanyalah iman.

Hiburan yang di selitkan dengan unsur-unsur ini dan di iringi dengan lakonan yang mencucurkan air mata,menuntonkan detik peristiwa yang mendebarkan,detik pelakon yang menanggalkan pakaian ,diiramakan trompet,nyanyian,pantun seloka dideklamasi puisi,yang membangkitkan nafsu pendengar dan berahi adalah merupakan zikir,doa, dan tasbih moden yang melalaikan yang tidak di sedari oleh kita,

Pemujaan kedua 

Merupakan barang-barang berupa kemewahan seperti Tv,peti ais,rekoder,jam tangan emas dan gelang zamrud,anak membunuh bapa,pegawai melakukan rasuah,pemalsuan wang, untuk tujuan mendapatkan barang-barang mewah yang mereka mahukan.Barang-barang mewah jadi impian dan matlamat hidupnya.

Berhala ketiga 
fikiran-fikiran abstrak,teori dan mazhab politik yang di pimpin oleh seorang pengikut taksub melihat kebenaran oleh mazhabnya sahaja.kalau orang lain berbicara dengan mazhab lain mereka di gelar pengkhianat,murtad,fasik yang sepatutnya di bakar hidup-hidup.
Kalau kita ingin mengemukan pertanyaan;kepada siapakah yang lebih mirip bercirikan sifat-sifat berhala tersebut?Jawapanya mejoriti di kalangan kita menujukannya kepada diktator,presedent yang berkuasa mutlak,pemerintah -pemerintah yang zalim yang menguasai tampuk pemerintah yang di kelilingi oleh bomoh, pawang, dukun ,tukang pengampu, kaki munafiq, peniup trompet di sambut lagu kebangsaan dan berbagai-bagai sifat lagi.

Pemujaan Keempat 
penyembah jiwa dan pengikut hawa nafsu contoh seperti wanita penyembah kecantikan, pelakon di personakan oleh kemasyhuran. seniman menyembah seni-seninya, tokoh sesuatu jurusan mengkagumi ketokohannya,sijutawan bangga dengan kejutawanya.

Mungkin berhala diri tersembunyi dalam berhala besar seperti; Perasaan Perkauman; terhadap bangsa dan keturunan yang mana semua merupakan ciri-ciri keberhalaan dan unsur-unsur syirik.


Mereka yang menyembah Allah tidak mungkin jadi hamba Allah kalau tidak bebaskan diri dari semua perkara ini iaitu segala halangan kesibukan,ikutan dan pertentangan. Hati untuk Allah tanpa rasa ragu-ragu itulah ugama sebenarnya,
Firman Allah.
MAKA BARANGSIAPA YANG MENGHARAP AKAN PRRTEMUAN TUHANNYA HENDAKLAH KERJAKAN AMAL SOLEH DAN JANGAN IA SEKUTUKAN SESUATUPUN DALAM BERIBADAH KEPADA TUHANNYA (Al-KAHFI;110)

May 30, 2011

Wahai Wanita Cantik...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Wahai wanita cantik,
Engkau yang diciptakan dengan sangat sempurna oleh Rabbmu..
Indah dengan segala kelebihanmu yang ada..

Wahai wanita cantik,
Sering kali aku melihatmu berjalan dengan baju yang sangat sederhana,
Bahan yang sederhana, dan ukuran yang sangat sangat sederhana,
Hingga bagian auratmu yang harusnya tak tampak menjadi tampak..

Wahai wanita cantik,
Acapkali aku melihat engkau berjalan di hadapan para lelaki denga pakaianmu yang tidak sempurna,
Dan para lelaki itu menatapmu dari hujung kakimu sampai ke hujung rambutmu,
Mengikuti langkahmu hingga hilang dari pandangan mereka, pandangan yg menjijikkan!

Wahai wanita cantik,
Suaramu sungguh merdu,
Mendayu-dayu layaknya putri duyung yang sedang bernyanyi,
Bening sebening sumber mata air yang mengalir..

Wahai wanita cantik…
Ketahuilah… engkau begitu berharga.. terlalu berharga…
Engkau bagai intan berlian yang terpelihara di dalam sebuah kotak kaca indah berkunci dan terbungkus rapi..
Engkau bukan emas campuran murahan yang diletakkan sebagai pertunjukkan.. dimana pembeli itu datang, memandang, menyentuh, dan memakaimu sewenang-wenangnya lalu meninggalkanmu seandainya hatinya tidak berkeinginan terhadapmu!!

Bukan, engkau bukan itu wahai wanita cantik!!
Engkau intan berlian yang terpelihara di dalam kotak kaca indah berkunci dan terbungkus rapi.. orang yang menginginkanmu tidak berhak menyentuhmu, bahkan mencuba memakainya!

Tidak, mereka terlalu kotor untuk itu… mereka harus terlebih dahulu membelimu dengan harga yang sangat mahal, setelah itu mereka akan dapat memilikimu sepenuhnya.. Engkau yang utuh, yang belum pernah di ‘cuba’ orang lain sebelumnya…

Wahai wanita cantik…
Engkau sungguh indah…
Bagai bunga mawar yang ketika orang ingin mengambilnya, terlebih dahulu mereka harus merasakan duri pertahanan diri yang kau punyai,

Bagai bunga edelweis yang ketika menginginkanmu, terlebih dahulu mereka harus mendaki gunung ke arah ketinggian, menantang keberanian dan cuaca yang tak bersahabat,

Engkau bukan bunga bangkai, yang terlihat begitu indah dari kejauhan dengan warna yang menyala yang membuat para serangga tertarik dengan warna indahmu, namun ketika didekati, kau busuk.. ahh…baumu saja sudah membuat orang mual, apalagi memilikimu, merekapun enggan…

Wahai wanita cantik…
Jagalah amanah keindahan yang ada pada dirimu..
Berjalan saja kau terlihat menawan, belum lagi pembawaanmu yang sangat anggun, apalagi jika kau bersuara merayu, dan menampakkan apa yang tak seharusnya tampak..
jagalah itu semua saudariku,

Tutuplah auratmu…agar tak ada yang berkeinginan lain terhadapmu… lelaki jalanan itu tak pantas menikmati tubuhmu dengan memandangimu dengan pandangan menjijikkan itu! mereka terlalu kotor untukmu!
Jagalah kehormatanmu saudariku… lelaki manapun yang belum halal bagimu tak selayaknya menyentuh tubuh dan kehormatanmu, walau atas nama cinta sekalipun… sungguh, cinta dan nafsu itu berbeza..

Apakah kau khuwatir tidak ada yang menyayangimu dan menjagamu atas nama cinta?
Apakah kau takut tidak akan ada yang mengharapkanmu dan merayumu atas nama cinta?
Wahai saudariku, sesungguhnya lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik..

Lihatlah.. aku disini… aku sangat sedih melihat keadaanmu sekarang… aku sedih melihat para lelaki itu menzalimimu.. diri ini terasa tercabik-cabik…

Lihatlah di sekitarmu… bukan hanya aku yang menginginkan semua ini yang terbaik untukmu.. lihatlah saudara-saudara semuslim mu… walau aku tahu, diri ini turut tidak sempurna.. tapi inilah luahan hatiku agar kau sama-sama mengikutiku menuju kejalanNya..

Lihatlah kami.. sungguh engkau membuat air mata kami mengalir dan menitis dari mata-mata kami… kami disini sedang memikirkan dan berbuat sesuatu untukmu.. agar tak pernah lagi engkau dizalimi siapapun…

Lihatlah kedua orang tuamu… apakah mereka menginginkanmu menjadi seperti ini? Sungguh engkau bagai mutiara bagi keluargamu… mutiara yang mereka jaga sejak kecilmu sampai engkau beranjak dewasa… apakah dengan ini engkau membalasnya?

Jika kau masih kurang dengan ini, maka lihatlah Allah Tuhanmu, Yang Menciptakanmu, Yang tiada henti-hentinya memberi nikmat padamu padahal tak jarang kau lupa denganNya… Ia masih memberimu nikmat udara, nikmat hidup, nikmat fisik dari tubuhmu yang indah itu.. Bayangkan, jika Ia tidak menyayangimu, mengapa tidak cabut sahaja nikmat wajahmu yang cantik dan tubuhmu yang indah?? Tapi tidak… meskipun engkau sering kali melupakanNya, nimkatNya tetap terus mengalir…

Wahai saudariku…
Biarlah hanya satu lelaki paling beruntung yang dapat menikmati dirimu seutuhnya, yakni suamimu kelak… ketika ikatan antara kalian halal dan meraih keredhaanNya… ketika suara mendayumu bukan lagi dosa tapi pahala… hanya dia yang layak, saudariku…

Wahai saudariku,
Sungguh tidak ada alasan lain yang membuat aku melakukan ini selain cintaku yang begitu tinggi kepadamu…
Cintaku yang membuak yang membuatkan aku memikirkanmu hingga kata-kata ini kugoreskan…

Cintaku yang menangis ketika melihat keadaanmu yang terzalimi oleh perbudakan hawa nafsu…
Cintaku yang akan tersenyum jika engkau berniat kembali ke jalanNya… Mari berjalam bersamaku, saudariku… temani aku dalam perjalanan indah yang tak singkat ini, menuju kepadaNya…

Wallahu’alam..

http://gadisleo18.blogspot.com - Rakan dari mesir

Ya Rasulullah Ya Habiballah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Ya Rasulullah - Raihan

May 29, 2011

"Taqrabu al-Zina" Sequel

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ












Allah hu'Akbar

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


“Anta dah siap ke? Jom la ke kelas”, saya memanggil Munawwar untuk keluar bersama ke kelas.
Sebaik sahaja kami mahu melangkah keluar, pandangan kami terlekat ke kaca televisyen.
Pagi itu, Televisyen Israel (Yahudi) Channel 1 menyiarkan rancangan TV Pendidikan. Saya menonton suatu rancangan yang dirakam di sebuah nursery. Guru yang mengajar anak muridnya menyanyi dengan diiringi sebuah piano, menyanyikan lagu berikut:
“Makanan paling sedap daging orang Arab, minuman paling sedap darah orang Islam”
Ya, itulah yang saya baca pada subtitle rancangan tersebut.
Kanak-kanak semuda 3 dan 4 tahun, diajar menyanyikan lagu tersebut dengan penuh keceriaan dan kegembiraan.
Demi Allah, suara cikgu dan kanak-kanak itu masih segar di dalam ingatan saya, dan jika saya pandai melukis, saya masih mampu melakarkan di mana cikgu dan piano itu berada, dan bagaimana kanak-kanak itu mendendangkan “nasyid” mereka. Walaupun sudah tepat 10 tahun peristiwa itu berlaku (1996).

Sesungguhnya gambar-gambar di ATAS adalah ‘surat cinta’ kanak-kanak Yahudi yang menjalani proses pembelajaran yang sama. Mereka melakar ‘mesej cinta’ itu pada peluru dan bom yang bakal dihantar kepada penpal mereka di seberang sempadan. Dari balik tembok, anak-anak Yahudi ini mengucapkan “salam” kepada rakan Palestin dan Lebanon mereka, moga dipanjangkan usia, bukan di dunia, tapi di alam kematian yang hitam.

Para ulama yang menyokong tindakan suicide bomber kebanyakannya membezakan di antara situasi Palestin dengan situasi bukan Palestin. Adalah tidak harus sama sekali pendekatan suicide bombing dilakukan di kawasan awam seperti di kota New York, London atau Istanbul.


Tetapi Palestin berbeza. Ia adalah medan perang dan di tengah-tengah medan perang tidak ada orang awam. Sama ada kamu sebahagian tentera Islam, atau tentera musuh. Maka jika Yahudi di Palestin tidak mahu diri mereka, kaum perempuan mereka, atau anak-anak mereka terbunuh, mereka mesti keluar dari medan perang. Bagi umat Islam di Palestin, sama ada mereka mati diletupkan dari jauh, atau lebih baik mereka mati meletupkan diri untuk meletupkan musuh. Itu sifirnya. Mungkin kita setuju atau mungkin tidak. Tetapi kita sukar untuk berkata banyak kerana mereka di Palestin itulah sebenarnya yang menderita dan tahu pahit getirnya hidup di medan tempur.


Mungkin sukar untuk dibayangkan hakikat kanak-kanak Yahudi sebagai sebahagian tentera mereka. Tetapi saya tidak lupa kepada program televisyen yang saya tonton, bahawa setiap anak Yahudi memang dididik seawal usia buaian untuk membesar menjadi Yahudi sejati. Sama ada kamu mahu menjadi doktor, jurutera, arkitek atau ‘Ustaz Rabai’, kamu adalah tentera Yahudi yang wajib mempertahankan bumi ‘Israel’ dari anjing Arab dan Islam!

Itulah semangat yang disuntik ke jiwa setiap Yahudi di bumi Palestin.

Anak kita bagaimana?
Menjawab soalan ini, saya teringat kepada apa yang telah diungkapkan oleh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk “Antara Ilusi dan Realiti” (Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah), al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.

Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung “pemimpin”tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.


Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil?

Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi versus realiti.
Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya “seorang patung”. Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti.

Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan ilusi.
Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh. Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Aqidah mereka yang mengelirukan, paderi mereka yang kuat makan duit, kebencian mereka terhadap orang-orang yang beriman dan sebagainya, semua keterangan teori al-Quran itu menepati realiti kaum Nasrani hari ini. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Kristian sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?


Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.


Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?
Berat untuk lidah kita mengungkapkannya, namun al-Nadawi turut sampai kepada kesimpulan yang sama. Umat Islam hari ini tidak seperti umat Islam yang digambarkan al-Quran. Kita ramai tetapi kita hanya sebuah  ilusi,

ilusi sentiasa dikalahkan oleh realiti!
Muslim ilusi berdepan dengan Kristian realiti.
Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.
Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita.


Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.


Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang.


Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya hanya disebabkan oleh kuatnya dendam kesumat kita terhadap sesiapa sahaja yang tidak mengiyakan apa yang YA di sisi kita, dan menidakkan apa yang TIDAK di sisi kita. Penyakit hati kita sangat menjijikkan. Kita cekap mencari kelemahan orang lain, dan kita begitu berselera menjadikannya sebagai hidang ‘kari daging busuk’ santapan harian.


Ya, jika al-Quran yang menjadi pengukurnya, maka Yahudi di Palestin itu adalah realiti. Nasrani di Rumah Putih itu adalah realiti. Namun umat Islam yang mengelilingi Rumah Hitam di Masjidil Haram itu hanyalah ilusi. Dan ilusi akan terus dikalahkan oleh realiti.

Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa. Bukankah Allah telah menjelaskan di dalam al-Quran:

“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.” [Al-Israa' 17: 7]

Ya, janji Allah itu benar. Kesudahan isu Palestin adalah kemenangan yang akan berpihak kepada umat Islam. Namun kemenangan itu adalah kemenangan bersyarat. Allah mensyaratkan bahawa gerombolan kemenangan kita yang bakal masuk ke bumi Palestin mestilah sebagaimana kumpulan umat Islam masuk buat pertama kalinya dulu. Renunglah ciri-ciri Rasulullah SAW dan sahabat. Renunglah ciri-ciri Umar dan tenteranya semasa masuk ke bumi Palestin dan ingatlah, selagi kita tidak masuk dengan cara kemasukan yang pertama, perjuangan kita hanya ilusi. Ilusi yang dengan mudah dapat dimusnahkan oleh sebuah realiti.

Ajarlah anak-anak kita siapa musuh mereka. Besarkanlah mereka agar menjadi mukmin sejati. Bersiap sedialah untuk menghantar anak-anak kita ke masa depan mereka yang jauh lebih mencabar. Ramai ibu bapa yang sudah berjaya menukar fitrah kanak-kanak itu sehingga mereka membesar sebagai Yahudi, Nasrani dan Majusi yang sejati. Sudahkah kita membesarkan anak-anak kita menjadi Mukmin yang realiti?

Keluarlah dari ilusi, dan jadilah Mukmin sejati. Kamu sedang disembelih oleh sebuah realiti.


 *www.saifulislam.com
 "Ya Allah ya tuhan kami kau kurniakanlah kepada kami kekuatan bagi kami untuk mempertahankan agama sucimu ini ya Allah. Kau tanamkanlah didalam diri kami dengan semangat jihad agar kami dapat mempertahankan agama suci mu Ya Allah. Ya Allah kau limpahkanlah rahmat dan kurniamu kepada saudara-saudara kami di Palestine, Libya, Afghanistan, dan Sempadan Thailand agar mereka terus taqwa dan terus beristiqamah dalam melalui segala ujian yang telah kau berikan kepada mereka ya Allah. Sesungguhnya janji Allah itu adalah sesuatu yang pasti dan kemanangan pasti akan menjadi milik kita. Insya'Allah 


Muhammad: Legacy of a Prophet

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Muhammad: Legacy of a Prophet (Full Documentaries)

May 28, 2011

Keindahan TaQwa

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:
“Tidak sampai seseorang hamba keperingkat golongan orang-orang bertaqwa,sehinggalah ia tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang dan sentiasa berhati-hati daripadamelakukan perkara-perkara yang menimbulkan keraguan (perkara-perkara Syubhat)”.

Walaupun istilah taqwa selalu disebut tetapi ilmu tentang taqwa tidak pernah diajar. Syarat-syarat dan rukun-rukun taqwa juga tidak pernah dinyatakan. Orang sudah lali dengan perkataan taqwa. Sesetengah orang menganggap perkataan taqwa itu sudah tidak ada erti apa-apa lagi kerana kebanyakan orang tidak faham.

Sebab itu, setiap kali disuruh bertaqwa, orang tidak bertaqwa. Disebut Ittaqullah, ‘bertaqwalah kamu kepada Allah’, namun orang tidak bertaqwa juga. Walhal suruhan supaya bertaqwa itu disebut dalam setiap khutbah sembahyang Jumaat kerana ia adalah rukun khutbah. Kalau tidak disebut taqwa, tidak sah sembahyang Jumaat walaupun sembahyang khusyuk. Tetapi walaupun selalu disebut, orang tidak faham. Ia tidak jadi ilmu, ia tidak jadi amalan dan pegangan, jauh sekali untuk dihayati. Oleh itu macam mana hendak jadi orang yang bertaqwa.

Taqwa bukan setakat melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan. Bukan setakat menunai ketaatan dan menjauhkan kemaksiatan. Bukan setakat membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Bukan juga setakat meninggalkan apa yang haram dan menunaikan apa yang fardhu. Bukan setakat menjauhkan yang syirik dengan beramal dan taat kepada Allah. Bukan setakat menjauhkan diri dari segala apa yang akan menjauhkan diri kita daripada Allah. Bukan setakat menghadkan diri kepada yang halal sahaja dan bukan setakat Kebanyakan orang tidak faham apa sebenarnya taqwa. 

Walaupun istilah taqwa selalu disebut tetapi ilmu tentang taqwa tidak pernah diajar. Jalan untuk mendapatkan taqwa beramal untuk menjuruskan ketaatan kepada Allah sematamata. Inilah kupasan dan kefahaman tentang taqwa yang dibawa oleh para ustaz, para muallim, orang yang hafaz Quran dan Hadis bahkan juga para mufti dan kadhi. Taqwa itu tersangat dipermudahkan sehingga orang tidak merasakan bahawa taqwa itu penting dan perlu diperjuangkan demi untuk mendapat keselamatan di dunia dan Akhirat. Maksud taqwa sebenarnya lebih dalam dan lebih luas dari itu. Taqwa adalah antara perkara yang terpokok dalam agama.

Orang membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang atau orang menunaikan ketaatan dan menjauhkan kemaksiatan, tidak semestinya berasaskan taqwa. Mereka taat mungkin kerana ada sebab-sebab lain. Mungkin mahu upah, mahu dipuji, mahu pengaruh atau untuk mengambil hati orang. Mereka meninggalkan apa yang dilarang pun mungkin ada sebab-sebab lain. Mungkin kerana mahu dihormati, mahu menjaga nama dan kedudukan, takut dihukum, takut orang mengata dan menghina atau takut dipulaukan orang.


TAKRIF
Bila disebut taqwa, orang terjemah sebagai takutkan Tuhan. Itu tidak betul. Taqwa bukan bererti takut. Taqwa pada Tuhan bukan bererti takutkan Tuhan. Takut kepada Tuhan hanyalah satu daripada sifat mahmudah yang terangkum dalam sifat taqwa tetapi ia bukan taqwa. Takut dalam bahasa Arab ialah khauf atau khasya.

Taqwa berasal dari perkataan waqa–yaqi–wiqoyah yang ertinya memelihara. Hujahnya ialah ayat Al Quran seperti berikut:
 “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu memelihara diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka.” (At Tahrim: 6)
Di dalam Al Quran, kerap Tuhan menyeru dengan kalimah ittaqu atau yattaqi. Di mana ada tambahan huruf pada asal kalimah waqa, ia membawa perubahan kepada makna. Di sini ittaqullah membawa maksud hendaklah kamu mengambil Allah sebagai pemelihara/pembenteng/pelindung. Iaitu hendaklah jadikan Tuhan itu pelindung. Jadikan Tuhan itu kubu atau benteng. Bila sudah berada dalam perlindungan, kubu atau benteng Tuhan, perkara yang negatif dan berbahaya tidak akan masuk atau tembus. Atau jadikan Tuhan itu dinding dari kejahatan. Usaha untuk menjadikan Allah sebagai pemelihara atau pelindung atau pembenteng ialah dengan melaksanakan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah lahir dan batin. Dengan kata-kata yang lain, perkara yang disuruh itu ialah membina sifat-sifat mahmudah. Mengumpul dan menyuburkan sifat-sifat mahmudah itulah usaha bagi menjadikan Allah itu sebagai pemelihara atau pelindung. Membina sifat-sifat mahmudah itulah usaha ke arah taqwa.

Taqwa atau wiqoyah telah disalahertikan. Maksudnya telah disempitkan. Ia sebenarnya adalah lebih global dan luas. Ia adalah gudang mahmudah dan merupakan himpunan segala sifat-sifat mahmudah. Di situ ada sabar, redha, pemurah, berkasih sayang, pemaaf, memberi maaf, meminta maaf dan sebagainya. Seluruh sifat mahmudah itulah taqwa. Jadi, besarlah erti taqwa. Ia membawa keselamatan dunia dan Akhirat. Oleh itu, kalau dikatakan ittaqullah, maknanya yang sebenar ialah ‘hendaklah kamu mengambil Allah sebagai pemelihara’. Oleh sebab istilah-istilah Islam telah banyak disalah guna dan disalahertikan, maka hilang berkatnya. Bila disebut istilahistilah Islam, tidak terasa apa-apa. Contohnya ialah perkataan ‘khalwat’. Maksudnya mulia iaitu menyendiri dengan Tuhan. Ia satu bentuk amalan sufi. Tetapi maksudnya itu telah diselewengkan dengan membawa erti ‘berdua-duaan lelaki dan perempuan yang bukan ajnabi’. Begitulah juga istilah ittaqullah ini. Setiap minggu pada hari Jumaat, dilaung-laungkan di mimbar masjid tetapi para jemaah tidak terasa apa-apa. Berkatnya telah hilang kerana maksudnya telah disalahertikan.

Untuk menjadi orang yang bertaqwa ertinya menjadi orang yang berada dalam perlindungan Tuhan atau dalam pemeliharaan Tuhan. Orang yang berada dalam benteng dan kubu Tuhan. Dia selamat dari serangan luar. Serangan luar tidak lut dan tidak mengenai dirinya. Orang bertaqwa itu seolah-olah telah dipakaikan baju besi atau jaket kalis peluru. Taqwa adalah pakaian jasad batin atau roh. Ia adalah amalan jiwa atau roh. Taqwa adalah perkara dalaman dan banyak melibatkan amalan hati. Kalau sungguh-sungguh diamalkan dan dihayati, akan lahir sifat-sifat mahmudah seperti jujur, adil, benar, berkasih sayang, lemah lembut, pemurah, tawadhuk, pemalu, bertimbang rasa, berperikemanusiaan, sabar, redha, tawakal, bertolak ansur, mengutamakan orang lain, pemaaf, amanah, tekun, rajin, lapang dada, bekerjasama, simpati, belas kasihan dan sebagainya.

Orang yang bertaqwa adalah orang yang luar biasa. Sebab dia manusia yang sudah bersifat malaikat. Sifat malaikat sudah ada dalam dirinya. Dia sudah jadi orang Tuhan. Sebab itulah dia dibantu dan dibela oleh Tuhan. Orang bertaqwa sahaja yang akan selamat di dunia dan di Akhirat.


 Insya'Allah

May 24, 2011

Allah knows best..

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Kita sebagai manusia merupakan makhluk yang bersifat lemah dan hamba yang penuh dengan kebergantungan kepada Allah SWT. Sepanjang kita hidup saban hari, kita tidak mungkin terlepas daripada melakukan dosa. Dosa yang kita lakukan itu boleh jadi secara terang-terangan atau secara sembunyi-sembunyi. Dosa yang terang-terangan akan mengundang rasa malu kita terhadap orang lain, melainkan jika hati kita sudah menjadi sekeras batu. Oleh itu, kita lebih banyak melakukan dosa yang tersembunyi. Dosa yang tidak siapa tahu melainkan kita dan Allah.

Daripada An Nawas bin Sam'an RA, Nabi SAW bersabda:
"Kebajikan itu keluhuran akhlak sedangkan dosa adalah apa-apa yang dirimu merasa ragu-ragu dan kamu tidak suka jika orang lain mengetahuinya." (HR Muslim)
Kalau dibukakan segala dosa yang kita lakukan, tentu tidak akan ada sesiapa yang akan menghormati kita. Kalau Allah membuka segala dosa yang kita lakukan sembunyi-sembunyi baik dalam pandangan, pendengaran, perbuatan, ataupun lintasan hati, nescaya tidak akan ada pun manusia yang mahu memuji kita. Pujian yang manusia berikan adalah atas zahir yang terlihat mata. Namun, kita tentu lebih mengenali diri sendiri dan lebih tahu bagaimana status kita.

Apakah kita berasa sangat suci sehingga tidak pernah melakukan dosa di belakang manusia atau diri kita ini penuh dengan dosa rahsia? Misalnya di saat kita seorang diri melayari internet dan tidak ada mata lain yang melihat, apakah kita sudah melepasi batas penglihatan yang diizinkan Allah? Bagaimana dengan prasangka buruk dalam hati kita yang telah dilemparkan kepada sekian banyak manusia lain tanpa pengetahuan mereka? Bagaimana pula dengan perbuatan-perbuatan kita tatkala berseorangan?  Astaghfirullahalaziim, banyak sangat dosa kita!

Firman Allah:
"...Dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi..." (Surah Al-An'am:151)
Allah Maha Penyayang dan Dia tahu betapa lemahnya kita. Lalu Dia menutup keaiban-keaiban kita sehingga kita mampu berjalan di tengah-tengah manusia tanpa rasa malu, sekalipun kita telah melakukan segunung dosa di belakang mereka. Namun, adalah sesuatu yang sangat takabur jika dengan Allah pun kita tidak berasa malu. Bukankah Allah mengetahui apa yang tidak diketahui oleh manusia lain tentang diri kita? Maka, setiap kali kita ingin melakukan dosa di belakang manusia, ingatlah bahawa ada Allah yang lebih patut kita rasa malu kepadaNya berbanding manusia.

Mengapa? Kerana di akhirat kelak bukan manusia yang akan menghitung amalan kita. Allah yang paling tahu tentang diri kita dan Dia jugalah yang akan menghitung amalan kita. Hanya dengan rahmatNya kita akan dimasukkan ke dalam syurga. Kalau kita merasakan lindungan Allah ke atas keaiban kita itu adalah satu zon selesa, maka kita silap. Boleh jadi keaiban yang Allah tutup sementara atas muka bumi ini akan dibukakan kepada seluruh umat manusia di akhirat kelak jika kita tak benar-benar bertaubat kepadaNya.

Kadang-kadang kita suka mencanangkan dosa orang lain, sekalipun dosa tersebut tidak diceritakannya kepada orang lain, hanya kepada kita. Ingatlah akan sebuah hadith:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:
"...Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah ta'ala akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah Ta'ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya..." (HR Muslim)
Hadis ini menyeru kita untuk memelihara keaiban orang lain. Sebagai timbal balik, Allah akan menutup keaiban kita di dunia dan di akhirat. Subhanallah! Masihkah kita berhajat untuk mencanangkan dosa orang lain sehingga Allah juga akan membuka keaiban kita nanti? Malulah kepada Allah, takutlah kepada ancaman Allah. Jika kita hanya malu kepada manusia, kita tidak akan malu berbuat dosa di belakang mereka. Namun jika kita malu kepada Allah, kita akan sentiasa memelihara diri daripada dosa, dalam terang-terangan atau sembunyi-sembunyi.


Waspadalah akan firman Allah:
"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui." (Surah An-Nuur: 19)
Apabila Allah telah menutup keaiban kita, janganlah pula kita yang membukanya. Setelah selesai dosa sembunyi-sembunyi kita, janganlah diceritakan kepada orang lain. Renungilah sebuah hadis di bawah:
Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata,
"Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya. Ia berkata, "Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu". Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah." (Muttafaqun 'alaih HR Bukhari dan Muslim).
Sungguh, Allah sentiasa menginginkan kebaikan bagi kita. Allah sentiasa membuka peluang dan ruang bagi kita untuk kembali bertaubat atas dosa yang kita lakukan di sebalik tabir. Namun, kita yang sebenarnya tidak mengambil peluang dan tidak menghargai tutupan-tutupan aib tersebut oleh Allah SWT. Setelah apa yang Allah lindungi daripada sekian banyak keaiban kita, apakah tidak wajar untuk kita bersyukur dan bertaubat? Renung-renungkan dan muhasabahlah diri kita, insyaAllah.



May 16, 2011

Jinayah Syar`iyyah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ



Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jinayah syar`iyyah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima perkara: 

Menjaga agama
iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia." (Riwayat Bukhari) 
Menjaga nyawa
menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman qisas atau diyat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah, 2:179) 
Menjaga akal fikiran
memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang meminum arak wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Saiyidina Ali di dalam sebuah hadith yang bermaksud:
"Rasulullah s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saiyidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh kali sebat juga, dan Saiyidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali .
Menjaga keturunan
memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada `Ubadah bin As-Somit r.a. yang bermaksud:
"Ambillah peraturan daripada aku, ambillah peraturan daripada aku. Sesungguhnya Allah telah memberi jalan untuk mereka. Perawan dengan jejaka yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat, dan dibuang negeri selama setahun. Dan janda dengan janda yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat dan direjam." (Riwayat Muslim dan Abu Daud) 

Menjaga harta benda
memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak. Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu dilakukan sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Ma'idah: 38)
Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:
"Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan membunuh orang di jalan ) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja, atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab siksa yang amat besar." (Surah Al-Ma'idah: 33)

May 15, 2011

"Sirah" Tuntutan menutup aurat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
 
Dari Abu said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda,
”Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan. Lelaki tidak boleh berselimut sesama lelaki dalam satu selimut tanpa pakaian dan perempuan tidak boleh berselimut sesama perermpuan dalam satu selimut tanpa pakaian.”
Pakaian adalah satu keperluan penting bagi manusia. Secara lahirnya, pakaian melindungi manusia, tetapi secara batinnya adalah lambang kemuliaan insan. Syarak mendefinisikan bahawa aurat adalah sesuatu yang wajib disembunyikan dan haram dilihat. Menurut pendapat jumhur ulama’, wajib menutup aurat dalam semua keadaan sama ada pada waktu solat atau di luar solat Secara keseluruhannya empat mazhab utama dalam fiqh Islam iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali menetapkan bahawa aurat bagi lelaki adalah antara pusat dan lutut manakala bagi wanita ialah keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan berdasarkan nas yang kuat daripada al-Quran dan al-sunnah.

Dari Umar Al Khatab,

Hafshah merupakan anak gadis Umar bin Khatab yang telah kehilangan suaminya dalam usia yang muda. Suaminya syahid dalam pertempuran di lembah badar ataupun perang badar. Umar menawarkan anak gadisnya kepada Uthman tetapi beliau menolak. Kemudian di tawarkan pada Abu bakar, namun Abu bakhar turut menolak. 

Akhirnya Muhammad SAW memutuskan Baginda sendiri akan meminang Hafshah. Sejak Hafshah menjadi isteri Rasullah, umar sering mengunjungi rumah MUhammad SAW dan sering juga melihat orang keluar masuk rumah baginda tanpa meminta izin Muhammad SAW. Bahkan turut juga melihat orang yang masuk ke bilik tidur Muhammad berbincang dengan para isterinya.  Umar juga melihat salah seorang isteri baginda berbincang dengan seorang lelaki dan pakaian yang dikenakan isteri Muhammad SAW pon menerawang (ditiup angin) hingga lekuku tubuhnya jelas kelihatan. 

Setelah kejadian itu Umar meminta agar anak gadisnya untuk mengenakan pakaian yang menutup tubuhnya. Umar segera menemui Rasullah untuk menceritakan kejadian yang dilihatnya itu. 

Dia berkata,
"Ya rasullah! aku melihat banyak laki-laki yang menjumpai isteri-isterimu dirumahmu itu. AKu tidak mengetahui maksud kedatangn mereka ke rumahmu. Alangkah baik sekiranya kamu memerintahkan isteri-isterimu menggunakan kain menutup tubuh mereka."
Namun pada ketika itu Muhammad sedang sibuk memikirkan masa hadapan madinah setelah kemenangan di badar dan mengatur strategi bagi memulakan perang perang khandak yang bakal melanda madinah tidak lama lagi. Muhammad SAw kembali kerumah dan teringat terhadap saranan yang disampaikan oleh umar. Untuk itu baginda mengajarkan kepada isterinya tatacara hubungan kaum lelaki dan wanita dan menyeru agar mereka dapat mengajarkan hal tersebut kepada para wanita muslimah lain.

Sehinggalah satu berlangsung nya perayaan perkahwianan anatara Muhammad dengan Zainab kerana bagi mengubah paradigmaberfikir terhadap keenganan dihati sahabat-sahabat mengahwini anak-anak angkat mereka. Zainab merupakan isteri kepada anak angkat Muhammad SAW yang merupakan keturunan bani HAsyim. Manakala anak angkat baginda merupakan hamba sahaya Saidatina Khadijah iaitu Zaid bin Haritshah yang dibebaskan oleh Muhammad SAW. Oleh kerana perbedaan kasta Zainab mengangap Zaid sebagai hamba manakala Zainab adalah majikan dan perkahwinan mereka tidak berkekalan. 
Didalam mjlis risepsi perkahwinan tersebut ketiga-tiga isteri iaiti Saudah, Aisyah dan Hafshah. Muhammad duduk bersama keempat-empat isterinya dan menjamu hidangan yang dijamu di atas wadah (dulang) sehingga semua tangan undangan terarah pada wadah tersebut.

Tanpa sengaja, Umar yang menghulurkan tangan pada wadah makanan itu melanggar tangan Aisyah. Wajah Aisyah merah padam kerana malu dan tersinggung begitu juga umar. Dengan berat hati umar memohan maaf kepada Aisyah  dan berkata kepada Muhammad SAW ,
"Ya Rasullah. Andai engkaumahu menerima sarananku waktu itu, sudah tentu tidak ada sepasang matapun yang dapat melihat isteri-isterimu."
Umar lalu mendesak Muhammad SAW untuk memerintahkan isteri-isterinya mengenekan furdah. Umar mengatakan bahawa kecantikan ketiga-tiga isterinya itu tidak boleh menimbulkan fitnah kepada baginda. Lalu MUhammad SAW memerintahkan isteri-isterinya mengenakan furdah. Tidak lama berselang baginda memerintahkan agar kaum wanita tidak meperlihatkan perhiasan mereka kepada kaum laki-laki  yang tidak memiliki pertalian mahram. 
RAsullah mengatakan bahawa para isteri bahawa mereka tidak sama dengan wanita-wanita yang lain dan tidak ingin terjebak dalam persoalan-persoalan peribadi. RAsullah membuat peraturan mengenai hubungan antara laki-laki dengan perempuan dan mengancam akan menjatuhkan hukumam yang berat bagi yang melanggarnya. 

"sesungguhnya menuntut aurat bukanlah perkara yang sia-sia, BAhkan merupakan salah satu ibadah bagi menjaga kehormatan seorang wanita agar mereka dipandang tinggi dan mengelakkan dari fitnah yang mendatang. Sesungguhnya muslimah sejati adalah muslimah yang menjaga dirinya dari dalam dan luar"
 Insya'Allah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Music Player